March 15, 2018

Cara Hilangkan Selsema Bayi Dengan Urutan

6 comments
Assalamualaikum

Sapa stress kalau anak selsema? Angkat tangan 😔

Lagi-lagi kalau tetiba selsema tu sampai berminggu. Naik sedih ibu hadap anak nangis setiap kali nak lap atau sedut hingus dia. Tolong lah jangan selsema lagi. Mana ada anak tak selsema kan. Selalunya cara yuyu, slowkan kipas & jangan pakai aircond langsung time anak-anak selsema. Lepas tu anak meragam panas. Apa ni, serba tak kena.

Yuyu syukur sangat yang Habib & Affan susah sikit selsema, cuma Affan tu kalau sekali selsema, alahai, bukan sehari dua lah selsema dia. Sudah lah budak besar Affan tak boleh makan ubat pulak tu.

Tapi kann...

Lepas ni jangan risau dah, ok. Boleh hilangkan selsema anak tanpa ubat cuma guna therapy oil NARINAR FT sahaja! Urut-urut kaki anak dengan NARINAR FT, insyaAllah, tak sampai sehari dah boleh nampak kesan dia

NARINAR FT ni femes ok. Masuk tivi, magazine lah paper lah. Sekarang, siap ada TT & ST. Nanti yuyu cerita, k.


Sebenarnya NARINAR ni ditubuhkan dari 2016 lagi, oleh seorang ibu engineer yang sekarang menjadi pengasas NARINAR demi anaknya yang selalu kena sawan. Anak pengasas ni sangat selalu kena tarik, sampaikan doktor nak buat operation otak, tapi pengasas buat ikhtiar lain, supaya anak dia tak selalu kena tarik dengan cara minyak terapi

Surprisingly, ianya berkesan, dan anak pengasas jarang sangat dah kena selsema. Start daripada tu, pengasas NARINAR selalu share terapi untuk selsema ni di media social, dan selalu sangat dapat liputan majalah, tivi dan radio. Alhamdulillah

Sebab tu sekarang adanya:

NARINAR


Instagram : Flutherapy_Hq
Website : narinar.com


dan bagusnya, NARINAR siap buat lapan lab test di UKM, termasuk allergy test kau! InsyaAllah. Sebab ni juga, yuyu sangat percaya dengan kebaikan minyak terapi NARINAR ni, dan kandungannya adalah 100% natural daripada minyak bunga dan buah, contohnya Lavender, Lemon dan banyak lagi lah. Terus jadi benda wajib dalam handbag untuk Habib & Affan.

Ok. Jom yuyu cerita pasal NARINAR dengan lebih detail:


NARINAR FT (Flu Therapy):


Sebabkan selama product NARINAR ni ada dengan yuyu, tapi anak-anak yuyu tak pernah kena selsema lagi (nauzubillah), jadi, yuyu tak boleh nak cerita kebaikan NARINAR dari pengalaman yuyu. Cuma, seperti yang yuyu cerita di atas, kebaikan NARINAR FT ni boleh kita bayang sendiri, melalui pengalaman anak pengasas.

NARINAR FT ni adalah sangat bagus untuk anak-anak yang selsema, hatta, kita boleh selalu massage therapy oil ni pada anak, untuk mengelakkan daripada selsema. Lepas tu kalau orang tanya, eh takkan anak ja, mak pun nak pakai, ini tak adil! *hentak kepala kat dinding*

Ehh! Mommies pun boleh pakai lah, seisi keluarga

Antara kandungan daripada NARINAR FT ni adalah gabungan pati minyak gam arab, lemon, pudina, lavender yang diadun dengan minyak zaitun. Gam Arab sangat bagus untuk longgarkan kahak, dan lemon tinggi dengan vitamin C kan, baik untuk sistem imunisasi. :)

Boleh selalu massage untuk anak-anak, supaya kurangkan risiko selsema insyaAllah.

Cara dia simple, cuma guna beberapa titis minyak terapi NARINAR FT ni, dan sapu pada tapak kaki anak, massage secara rolling di bahagian yang ada arrow tu. Sebab situ adalah point untuk paru-paru, dan massage juga bahagian batang hidung tu.


NARINAR TT (Tummy Therapy):

Sedihkan kalau anak colic, urut perut pun keras ja. Memang menangis meragam lah anak sepanjang hari. Lepas ni mommies boleh try NARINAR TT pulak. NARINAR TT adalah product kedua selepas NARINAR FT tadi. Selalunya kalau yuyu, anak kembung perut, memang sapu punya telon bayi lah, tapi sebab anak yuyu ada eczema, minyak telon pula ada bahan kimia, memang boleh nampak bahagian perut anak macam terkesan sikit.

InsyaALLAH, lepas ni kalau anak colic atau kembung perut, boleh kita massage perut anak dengan NARINAR TT ni. NARINAR TT adalah gabungan daripada minyak serai yang sangat baik untuk membantu melancarkan sistem penghadaman anak-anak dan aloe vera yang kaya dengan antioksida untuk melegakan sembelit


Haa. Ni boleh jadi hadiah Affan, selalu kembung. Menyusu banyak sangat :P

Untuk NARINAR TT, cara untuk massage adalah, dengan titis beberapa minyak titis minyak terapi pada perut anak, dan urut dengan circular motion, dan clockwise macam arrow dalam gambar tu ha. Kenapa kena clockwise, sebab susunan usus besar kita memang arah tu. 

Dengan urutan yang betul, dan minyak terapi yang baik, insyaALLAH, sembelih dapat diatasi, dan angin dalam perut anak pun keluar. Daripada pengalaman pengguna NARINAR TT, lepas ja sapu, terus anak tentutt. Ihik :P


NARINAR ST (Sleep Therapy):

Haa. Yang ni yuyu semangat nak share, sebab yuyu sendiri dah ada pengalaman guna NARINAR ST ni. NARINAR ST ni sangat bagus untuk anak-anak yang tantrum, long journey dan susah tidur. Memang anak kalau susah tidur ni, letih lebih lah kita kan. Mesti lah dorang meragam.

Lepas ni boleh try NARINAR ST. Yuyu pernah guna ni untuk Affan yang active sangat, lepas tu taknak tidur walaupun dah masuk waktu tidur dia. Time tu dalam kereta. Sapu ja sikit NARINAR ST di tengkuk dan point nadi dia, tak lama lepas tu, nampak dia gosok mata nak tidur. Kami laki bini dalam kereta pun layu ja mata rasa nak tidur juga. Ya ALLAH, tenang betul bau dia weh!


Bau aroma epal hijau NARINAR ST ni, Alhamdulillah, rasa sedapp je kepala, senang kita nak tidur. Yang ni bukan setakat guna untuk Affan & Habib, kami laki bini pun pakai. lulz. 

Ini wajib dalam handbag lepas ni insyaALLAH. Lagi-lagi lusa nak pi Thailand, nak lah anak tenang dalam flight nanti. Amin. 

Untuk NARINAR ST, gunakan beberapa titis sahaja, dan massage di belakang telinga (point nadi), dan tengkuk (point untuk redakan sakit kepala). InsyaALLAH memang efektif!


***


Mahal tak NARINAR ni? Bagi yuyu, berbaloi, sebab tahan lama dan kandungan dia selamat insyaALLAH. Ada kelulusan KKM dan siap ada lab test khenn. Cuma RM59 sahaja satu botol, dan RM159 untuk tiga botol, boleh campur. 

Macam mana nak beli? Boleh terus ke link yang yuyu bagi di atas k

Terima kasih sudi baca,





Love,


6 comments

  1. betul tu yuyu.. yang sleep therapy tu boleh coolkan mood kita. kalo tgh marah tu sapu or bau kat hidung rasa fresh tenang jer.. mcm aromatherapy sangat

    ReplyDelete
  2. Pengalaman saya ada urut di leher belakang bayi di kedua-dua tepi sepanjang tulang adalah amat berkesan utk hapus kan selsema. Lepas tu sapu dengan essential oil lagi rasa tenang.

    ReplyDelete
  3. mmg best baunya... tenang je.. selain bagus utk anak-anak bagus juga untuk kita-kita juga

    ReplyDelete
  4. good product for kids. jom tambah info dengan lawati blog kami https://www.ketamkecil.com/pesakit-endometriosis-perlu-elakkan-perkara-yang-dicadangkan-oleh-pakar-sakit-puan-no-2-paling-ramai-orang-buat/

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.