RESEPI BBQ Chicken with Classic Hand Tossed Crust Pizza

Saturday, December 30, 2017

Assalamualaikum

Dua bulan lepas, yuyu banyak sangat attend event. Hampir setiap hari yuyu ada event, meeting, appointment. Alhamdulillah. Bila dah hujung tahun ni, kurang lah sikit, mesti lah orang nak tutup akaun khenn. 

Jadi, dah free ni, yuyu ajak Habib buat pizza. Pizza adalah menu yang paling Habib suka sangat ajak yuyu buat. Paling dia suka adalah letak herbs, carikkan ayam & uli doh. Dapur akan semak lah, (of course), tapi asalkan anak-anak suka masuk dapur.

Kali ni, yuyu try BBQ Chicken with Classic Hand Tossed Crust Pizza. Ni adalah favorite suami, dia memang suka apa-apa yang berkaitan BBQ & black-paper. Alang-alang, yuyu memang ada McCormick Vintage Smokehouse BBQ Sauce tu, bukan saja sedap untuk marinate, dipping atau sauce, sedap juga untuk jadikan topping pizza. 


Okay, jom yuyu share dari bahan-bahan hinggalah cara buat. 


Yang best bila buat pizza ni, sebab boleh buat dengan rilek. Mula-mula kita buat doh dulu. Doh ni, yuyu buat jenis Classic Hand Tossed. Tak nipis sangat, tak tebal sangat, tapi hoishhh, rangup dia MasyaAllah, nangis tepi tong gas. Biar sejuk pun, tak kejung keras, tak liat, InsyaAllah.


Bahan-bahan Doh Pizza:

1 1/2 sudu teh dry yeast (dilarutkan dalam 180 ml air suhu bilik)
1 sudu makan olive oil
250 gram tepung gandum
Garam secukup rasa (kalau yuyu lebih kurang 2 sudu teh)


Cara-cara:
1. Campurkan garam ke tepung. Yuyu guna McCormick Sea Salt Grinder, sebab dia bukan sekadar perasa, tapi dia ada 25 mineral yang baik untuk kita. Paling best, Sea Salt Grinder ni akan kekalkan freshness garam tu, sebab grinder ni dicipta untuk tak boleh buka, supaya tak contaminate. Habis je, ko jangan ngade isi garam, beli je baru. 

2. Larutkan yeast ke dalam air, dah biarkan lebih kurang 10 minit dulu

3. Campak je semua bahan tadi ke bekas adunan tu, uli ja macam rajah 1. Air yis masuk sikit-sikit, jangan bantai tuang semua
4. Pastikan doh macam elastik, dan tak melekat dah, haa, macam rajah 2. Okay lah tu. Kalau terlebih air, tambah ja tepung,
5. Sapu minyak pada permukaan bekas adunan macam rajah 3
6. Masukkan doh ke dalam bekas adunan yang berminyak tadi, macam rajah 4, lepas tu, tutup ja dengan kain lembab ka, dengan serkup kepala ka, okay tipu, yuyu tutup guna pinggan je pun, dan biar lebih kurang 2 jam, sampai size dia double

Sementara tunggu doh mengembang, kita siapkan marinate ayam BBQ untuk topping


Bahan-bahan Marinate Ayam:
Paling yuyu suka part ni, lebih baik korang beli McCormick Vintage Smokehouse BBQ Sauce ni. Senang kerja mak-mak nak masak. Boleh buat celup-celup ayam, marinate senang, jadi sos pun boleh. Nak marinate paling best, sapu je kat ayam, sedap meninggal!

Chicken keel, potong sederhana
McCormick Vintage Smokehouse BBQ Sauce
McCormick Oregano Grinder
McCormick Black Pepper Grinder

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan tadi ke ayam, sukatan ikut suka hati. Lumur saja. 
2. Kalau yuyu, lebihkan sikit McCormick Black Pepper tu, supaya dapat rasa black pepper tu
3. Biarkan lebih kurang sejam, kalau buat siap-siap malam semalam tu, haa, lagi sedap!

4. Lepas tu goreng. Yuyu goreng guna Chefology Nature Series Pan yang diperbuat daripada Lava Stone. Sangat bagus guna pan ni, sebab pan ni non-stick, masak ayam paling best, tak hangit, dan senang guna sudip besi pun tak apa.

Lagi best pasal Chefology Nature Series Pan ni, boleh masuk ke dalam oven. Senang! Kalau taknak masak di dapur, masuk terus ke oven dengan pan tu sekali. Ya Allah. Apa ke bagus sangat pan zaman sekarang ni! Senang kerja aku.

5. Ayam tu jangan sampai terlalu masak, sebab nanti hilang jus ayam tu, nanti kita nak potong halus & masukkan dalam oven pulak kan :)


Bila doh dah mengembang, haa, jomm uli nak buat pizza pulak. Part paling best untuk Habib & Affan. Affan siap makan doh. --'


Macam mana nak uli jadi pizza? Boleh guna rolling pin, kalau yuyu, bulatkan je, lepas tu lenyek ja kat pizza pan. Senang. Sebab Habib suka buat cara ni. 

Tebal tak sekata, lantak lah, asalkan tak tebal sangat, tak nipis sangat, lebih kurang suku inci tu, okay lah. Ehh, buat ja lah macam mana pun. Kalau tebal sangat tak sedap, kalau nipis sangat nanti rangup semachiem pulak.

Size tu, boleh buat size mini, boleh buat size regular atau personal. Ikut suka kita lah. Kali ni, yuyu buat dua size regular, satu size personal. Habib suka buat size mini. :)


Bahan-bahan Topping:
Doh Pizza
McCormick Oregano
McCormick Vintage Smokehouse BBQ Sauce
McCormick Black Pepper Grinder
Parmesan Cheese
Mozzarella Cheese
Ayam (yang dimarinate, digoreng dan dicincang)


Cara-cara:
1. Panaskan oven 210c, atas bawah paling kurang 10 minit sebelum bakar. 

2. Salut/sapu/lumur McCormick Vintage Smokehouse BBQ Sauce ke crust pizza tadi, lagi banyak lagi sedap, tapi yuyu letak sikit-sikit je, sayang, nanti habis. lulz. Tabur ja McCormick Black Pepper Grinder & McCormick Oregano. Sedapp bila gandingkan dua bendaalah tu.

3. Lepas tu, tabur lah ayam, cheese setamaknyaa. Dalam hal ni, sapa tamak takkan rugi, lagi tamak, lagi sedap pizza kau.

Sepatutnya lagi tamakk, letak banyakk lagi ayam, cheese & sauseeeee. Hoi! Nak buat lagi lah pizza!

Ni personal size pizza, konon untuk suami, tapi tak cukup, dia bantai minta buat lagi. Hmm. Fine. Extra cheese & black pepper. Sedia untuk masuk oven.

4. Pizza kita sedia untuk di masuk ke oven. Bakar dalam oven 210c, selama lebih kurang 15 minit, atas bawah api dia. eh, sebut api ke? Haha. Takpun asalkan nampak rupa pizza masak tu, angkat lah.

5. SIAP!


Haa. Nampak macam susah kan, macam leceh, tapi sebenarnya senang, lepas buat doh, kita marinate ayam,lepas tu kita siap boleh rilek check Instagram, main Saidina sat ka. Baru sambung buat topping yang senang tu. Topping tu, ikut suka lah nak buat rasa apa. Yuyu ni ingat lepas ni nak try topping Kari Ayam pulak. Macam sedap. Ikut suka imaginasi kita.

Yang lagi best, bila kita ajak anak-anak & suami buat sekali. Sedap tak sedap, tetap nanti jadi puas hati juga. Senang hati, insyaAllah :)

Jangan lupa try okay, BBQ Chicken Pizza dengan Classic Hand Tossed Crust ni. InsyaAllah, memang sedap, suami yuyu siap minta lagi dan lagi, Habib pun happy makan sambil tengok tivi time tu. Yuyu yang kurang minat pizza pun, kemahen bantai banyak juga.


Terima kasih sudi baca, & selamat mencuba

Love,

3 comments:

terima kasih sudi komen :)

CopyRight © | Theme Designed By Hello Manhattan