December 19, 2017

RESEPI Basil Crepes with Caramelized Banana

10 comments
Assalamualaikum

Jangan ingat ni resepi lempeng biasa-biasa tau. Masa Chef Collin cakap nak buat lempeng, eh, takkan lempeng ja kot chef. Sekali tengok resepi, rupanya Basil Crepes with Caramelized Banana atau Lempeng Selasih dengan Pisang Gula Hangus.

Ya Allah, serius korang, memang sedap sangat. First time try masak, first time makan, memang balik dari event McCormick & Chefology tu, terus esoknya yuyu buatkan sarapan untuk family. Menjilat jari semua makan. Sedapppp

Okay, jom yuyu bagitau resepi dia, supaya yuyu sendiri tak terlupa cara buat dia, sambil korang pun boleh try di rumah. Simple sangat.



Bahan-bahan Crepe:
 1/2 sk McCormick Sea Salt Grinder
 1 sk McCormick Basil Leaves
   200g tepung (diayak)
  80 g gula
  4 biji telur, dipukul ringan
   400 ml susu
30 g mentega (dicairkan)

Bahan Pisang Gula Hangus :
   6 biji pisang
   20 g mentega
  150 g gula perang
  40 g kismis/sultanas



Cara-cara:
1. Mula kita buat lempeng dulu. Campur semua bahan crepe yang kering ke dalam mixing bowl.
2. Tambah bahan-bahan selebihnya, dan gaul sebati.
3. Biarkan adunan selama lebih kurang 10 minit. Lebih pun takpa, tak kena rotan pun
4. Sambil biar adunan crepe tadi, sambil panaskan Nature Series Frying Pan, dan sapu sikit minyak pada permukaan pan tadi.
5. Ceduk satu senduk adunan ke pan tadi, dengan api sederhana panas, dan biar sampai nampak 'masak'. Alah, macam golden sikit lah kan, tapi hari tu kitorang biar betul masak, macam hampir garing, huish, sedap dia lain machiam lah
6. Ulang lah buat crepe/lempeng tadi sampai habis adunan
7. Untuk caramelized banana pulak, ini mencabar sikit, panaskan Nature Series Frying Pan, untuk cairkan gula perang & mentega.
8. Masak hingga gula + mentega menjadi cair dan mula jadi caramel
9. Masukkan pisang + kismis ke dalam pan dan gaulkan dengan caramel tadi, hingga pisang menjadi agak lembut
10. Letakkan pisang bersama gula hangus/caramel tadi ke lempeng, dan lipat dua crepe tadi
11. SIAP


Haa. Simple sebenarnya. Nak masuk pisang dalam lempeng lepas tu lipat pun boleh, celup-celup boleh, hiris pisang kecik pun boleh, asalkan boleh telan, sebab macam mana pun, sedap hingga mengamuk taknak share dengan laki kau. Eh asal, nak buat sendiri lah. 

Paling best kalau guna Chefology Nature Series Frying Pan 24', sebab size dia ngam ngam elok untuk sebuah lempeng yang berjaya. Lepas tu, sebab pan tu diperbuat daripada lava stone, jadi, dia sangat membantu untuk menjadikan masakan dimasak dengan sempurna, takdak lah sebelah masak, sebelah lagi macam malas-malas je perangai dia nak masak tu

yang penting, masa masak, tak melekat. hilang stress :p


Lepas ni try lah ok. Kalau rasa taknak pisang pun boleh, ganti ja dengan berries atau apa-apa ja lah yang dalam benak fikiran korang. Hmm, cempedak best juga kan? Boleh lah try lepas ni. InsyaAllah..

Best kalau tetamu datang rumah, hidang crepe ni. Kalau hidang lempeng bodo-bodo biasa, terus blah tetamu kita, tapi kalau hidang menu ni, boleh lah belagak masterchef sikit kann. Memang sedap pun, cuma leceh sikit bab karamel la. Kalau salah buat sikit, berketul pulak.

Terima kasih sudi baca


Love,

10 comments

  1. SEDAPNYA CREPE YUYU BUAT TU... TERLIUR TGK PTG2 NIII

    ReplyDelete
  2. tengok gambar pon tempting. Rasa macam manis manis pulak dalam mulut :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi lagi kalau ada berries. ishh. macam nak buat lah pulak

      Delete
  3. perghhh. betul la orang kata. first impression ni penting. tambah tambah makanan. hahahaah

    ReplyDelete
  4. klau sy buat belum tentu jd..haha..btw new followers here..looking forward for next article..follow me back..kiki..

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.