Menang Pertandingan Memasak Dengan McCormick & Chefology

Monday, December 18, 2017

Assalamualaikum

Sejak jadi mak-mak ni, banyak pulak invitation untuk event masak-masak. Alahai, bahagia betul hati. Kau bagi lah event masak 10kali sehari pun, yuyu relaaa....

Latest event adalah di The Cooking House, anjuran McCormick & Chefology. *jerit dalam bantal!* Sukanyaaaa! McCormick memang  banyak betul kat rumah yuyu ni, lagi-lagi herbs. Syurganya hati! Ada pulak Chefology cooking ware, korang tau lah kan macam mana bestnya semua periuk belanga dia, tapi yang baru ni, nanti yuyu cerita, best nak matik!

Main highlight kali ni adalah product dari McCormick & pan dari Chefology ni.


Kali ni, ingatkan tengok chef masak, lepas tu try masak macam event dengan Panasonic hari tu, rupanya siap ada pertandingan masak lagi. Berderau darah panglima (celah mana entah) yuyu. Nak pulak organiser kata nanti dapat hadiah best. Eh! Jangan banyak cakap, sengseng lengan baju, jom berentap sekarang!

Mula sekali, Chef Collin Handsome buat demo dulu untuk kami para blogger. Task berikutnya, kami kena buat sendiri. Blogger dibahagikan kepada beberapa group. Yuyu dalam group 2, termasuk kak Aida Sue & Bayle Yong.

Menu kami kali ni adalah Chicken Salad with Cheese & Caramelized Banana Crepe. Simple menu, tapi it's takes special ingredients & the best cooking ware to make it difference. 

Gambar tengah masak takda, takdan aih nak ambik gambaq, chef bagi 40minit ja nak sediakan dua menu tu. Jadi, sebab masa tak banyak, kami group 2 ni bahagikan tugas. Kak Aida Sue sediakan crepe, yuyu marinate ayam untuk buat salad, dan Bayle Yong khas untuk menghias plate atau tolong kami berdua. Jadi, kerja menjadi amat lancar.

Menggeletar weh nak bertanding masak, last dulu pun masa form 2, lawan masak Masalode dengan Puteri Islam. Dapat number satu, cikgu bagi hadiah cawan kedai dua ringgit. 

Bahan-bahan asas untuk crepe & salad tadi

Yang penting, untuk pertandingan kali ni, kami hanya diberikan beberapa herbs dari McCormick & SATU 24'' marble pan dari Chefology. Haa. Pandai lah kami kena cari idea macam mana nak buat crepe & salad guna satu pan tu saja.

Jadi, kami bersepakat, yuyu masak ayam dulu, sementara kak Aida Sue & Bayle Yong sediakan bahan untuk crepe dan sediakan salad. Haa. 

Taraaa.. Kami hias simple, acah-acah hotel. Muka selenge dah, ko jangan banyak cakap, aku penat lari-lari ke oven dah ni

Chicken Salad with Cheese. Untuk menu ni, kami gunakan BBQ Marinade & Dipping Sauce dari McCormick untuk marinate ayam & lebihan marinate, kami tambahkan sikit lagi buat dipping sauce. Haa. Sedap nak koma! kami seasoningkan dengan herbs, dan yang penting sea salt dari McCormick. Sedap lagi menyihatkan, sebab sea salt ni ada 25 mineral!


Caramelized Banana Crepe ni, kak Aida Sue siap letak herb & black pepper dari McCormick! Sedapppp jadinya. Balik tu, terus yuyu ikut cara ni, masakkan untuk suami & anak-anak. Menjilat siku kami makan. Tipu :p

Walaupun menggeletar, Alhamdulillah, menang juga kami.

Balik tidur peluk hadiah. Eceh 

Nak frame lah. Rasa sayang nak guna pulak. lulz

InsyaAllah, nanti yuyu share resepi pulak k.


Terima kasih sudi baca


Love,

10 comments:

terima kasih sudi komen :)

CopyRight © | Theme Designed By Hello Manhattan