McCafe Untuk Coffee Lover

Thursday, December 7, 2017

Assalamualaikum

Sapa coffee lover di sini, jom lompat bintang dopblas kali! Yuyu bukan lah hardcore coffee lover,  yang bangun tidur wajib bantai coffee, yuyu jenis yang hirup secawan je boleh, lebih je, terus tak berasap dapur, kepeningan satu hari, tapi suka kopi, tapi tak boleh minum banyak. Macam mana tu? 😒


Coffee lover wajib baca entry ni sampai habis, k!



Baru ni, yuyu ada join McDonald's McCafe Launching event. Beruntung sangat dapat join, sebab dapatlah tahu plan McDonald's McCafe dan dapat juga belajar pasal jenis-jenis coffee yang sebenarnya ada banyak. Selama ni ingatkan latte tu dari kacang gkopi nama latte. lulz

Perasmian McDonald's McCafe. Yaiy! Lepas ni boleh minum coffee yang premium dengan harga RM5 jurr 😗


Selain daripada dapat brighten kan mood kita, coffee juga bagus sangat untuk kurangkan stress. Sebab tu lah tak heran kenapa manusia dalam dunia ni ramai sungguh yang suka coffee, dan sebab tu juga kalau orang yang suka coffee ni, dia macam hardcore punya suka, bukan alaa-suka-gitu-gitu-jeww.

Celik mata, coffee, nak study, coffee, nak kerja, coffee, nak tidur, coffee, rilek tengok tivi, coffee.

Jadi, YAIY! Lepas ni, coffee lover, atau yang baru nak convert jadi coffee lover, kena happy, sebab McDonald's akan buka McCafe di hampir seluruh cawangan McDonald's di Malaysia ni, dan dorang invest juta-juta okay untuk McCafe ni. Yuyu perasan lama dah, nampak banyak dah McDonald's la ni ada tambahan McCafe tu.

Apa yang best dengan McCafe & kopi dari McDonald's ni? Sini ada empat (4) pillars McCafe yang kita semua kena tahu

1. Great Taste
Kalau korang nak tahu, setiap coffee yang kita order akan freshly brewed di McCafe. Sebab tu lah rasa coffee di McCafe memang sedap sangat. Sekali rasa coffee di McCafe, rasa malas dah nak bancuh sendiri kat rumah. Haha

2. Quality
McDonald's ni ada satu tabiat yang suka pilih sesuatu yang high quality. Jadi, pilihan kopi sendiri pun pastilah yang terbaik, yakni coffee yang kita minum di McCafe adalah diperbuat daripada 100% kopi Arabica!

3. Ease & Simplicity
Welcoming atmosphere di McCafe, memang buatkan kita rasa nak lepak lama-lama. Kan? Nak cari McCafe pun senang, sebab McDonald's ada banyak sangat di seluruh Malaysia. Dengar Puan Melati kata hari tu, lepas ni siap ada Mc delivery McCafe lagi. Halahhh. Ini yang nak bagi sebelas bintang ni!

4. Great Value
Di McCafe, kita boleh dapatkan coffee dengan kualiti premium, rasa sedap-nangis-enam-malam, dengan harga cuma RM5! Kalau tempat lain dah RM10++ dah. Jadi, lepas ni, coffee lover boleh saving lebih banyak, sebab di McCafe, kita boleh minum coffee kegemaran dengan harga sangat berbaloi!


Haa. Happy kann. Yuyu sendiri pun happy. Lepas ni boleh selalu ajak suami lepak McCafe minum Mocha (my favourite!).

Masa launching event ni, ada quiz untuk media. Semangat okay yuyu menjawab, sebab hadiah dia dapat belajar Coffee Art di McCafe oleh barista di sana. Syukurlah jawab betul, habis saja event, terus siap-siap untuk coffee art lesson dengan Puan Salmah (McCafe Barista).

Semangat nih!

Ingatkan senang ja jadi barista ni. Haha. Try lah sendiri. Menggigil tangan

Bila dah yuyu berpeluang cuba sendiri buat coffee sendiri, dapat lah rasa macam mana sebenarnya susah jadi barista di McCafe. Nampak dorang macam ilek-ilek ja, tapi rupanya nak ilek-ilek tu kena betul-betul expert dulu. Kalau tak, jadilah macam yuyu yang baru try 1st time, macam nak give up --'

1st, Puan Salmah tunjuk dulu step-step dia. Nanti kami sendiri akan buat, tapi dia guide lah

Machine & kelengkapan di McCafe sangat bersih & canggih. Bukan sebarangan ok

Bila sampai saja turn yuyu untuk buat latte, ya Allah, ketaq weh tangan ni, takut kena parts machine yang panas tadi, takut salah buat lah. 


Eh, macam mana dorang buat laju-laju! Dorang takboleh lemah gemalai brew coffee macam yuyu, orang orang coffee ni beribu ok! Sabar je Puan Salmah ajar sikap lemah longlai yuyu ni 😨

tapi berjaya juga lah buat latte sendiri, 'heart' tu pun perfect macam expert barista buat! halahhh!Aci lah kan buat self-proclaim di belog sendiri. Huhu

Syafiq Kylez pun ada time ni. Ish. Segan lah.... :p


Minum latte yang yuyu buat sendiri. Ihiks. 

Coffee ni, sifat dia adalah pahit, jadi, best kalau kita minum coffee digandingkan dengan kek yang manis. Haa. Terus balance dia punya rasa, sebab tu kalau ke coffee shop, mesti akan ada kek di menu. Best kalau makan dengan redvelvet yang manis tu.

Hmm. Teringin lah pulak --' Okay lah, yuyu dah taip panjang-panjang ni, lepas ni, korang try lah ke McCafe, try sendiri, kalau baca saja, tak best lah. Hehe. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh terus tengok website dorang:






Terima kasih sudi baca,



Love,

12 comments:

  1. Ermmm my lovely cafe, lepas ni lagi suka lah nak minum mccafe sebab dah murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Lepas tu nanti ada McCafe Delivery 💜

      Delete
  2. Kita peminat coffee dan suka mccafe latte

    ReplyDelete
  3. hakak pun giler coffee..mmg x leh sari x ngopi..hehehe...tp x leh minum lebih2..heheh kene jaga jugak gula bagai tu... btw, yuyu comel sangat..nampak cam budak baru amek result PT3 semalam... hehehe

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

CopyRight © | Theme Designed By Hello Manhattan