December 10, 2017

Baking Dengan Panasonic Oven Baru

11 comments
Assalamualaikum


Sebab ramai sangat tanya, yuyu pakai oven apa, apesal menarik sangat oven yuyu, ok, entry ni yuyu cerita dulu, event baking menggunakan oven menarik-tertarik Panasonic yang yuyu join hari tu. Seronok nak mampos, lagi-lagi oven menarik-tertarik tu terus dapat kat kami. 

Tidur peluk oven Panasonic, seminggu.

Masa event tu, ada Chef Collin Lim dari The Cooking House guide kami untuk baking guna oven Panasonic tu. Kami? Sebab ada beberapa lagi yang join contohnya daripada Masterchef, food blogger, & parenting blogger. Segan silu ni, sah-sah lah aku yang paling noob bab-bab baking.


Menu pertama yang kami akan buat adalah Salted Cheesecake with Chicken Floss menggunakan base daripada Kellogg's corn flakes! Baca recipe pun dah terlioq. Dapat rasa manis, cheesy, mesti nanti gigit, dapat rasa cornflakes Kellogg's tu.

Chef Collin demo dulu untuk kami. Time ni, macam nak luruh jantung. Kejap lagi aku kena buat sendiri!

Bau diaaaaa.. Drolling 😧


Bila kena part buat sendiri, ehh, tadi tengok Chef Collin buat macam senang saja. Apesal aku buat sendiri macam kemahen susah pulak jadi dia. Tengok resepi pun terus tak faham. lulz. Tapi rasa enjoy sangat, jadi tak jadi tu belakang hal, yang penting enjoy kann.

    Tak sabar nak guna oven Panasonic baru sebenarnya. :p

Semangat time ni! Ko jangan lah kacau kalau taknak kena kamehameha


Best tak baking guna oven Panasonic NB-H38 baru ni?
Personally, best nak mampos! Yuyu paling suka sebab dia 38L, besar yang sesuai untuk kegunaan harian rumah. Menyenangkan nak cooking atau baking, dan paling best boleh goleh ayam! Aku mencari betul yang senang nak buat ayam golek ni, senang kerja buat Nasi Ayam atau Ayam Golek nanti haa


ada guide suhu di oven ni, mudah betul untuk spesis noob macam yuyu. 😏


Bake cheesecake tadi rasa lebih mudah, semuanya menjadi dengan elok bila kita guna oven yang elok kan. InsyaAllah. Cheesecake ni bila rasa, adoi, sedapnyaa, terus simpan buat makan dengan suami. Balik rumah terus googled mana nak cari chickenfloos, nak baking time mertua nak datang rumah nanti. :p


Dah settle menu pertama tadi, Chef Collin start ajar kami untuk menu kedua pulak yakni Unicorn Cupcake. Ini lagi tak sabar nak buat, sebab nampak macam mudah. Nampak ja lah kann..

Tau-tau aku salah buat. -_-

Yuyu pi creamkan Butter + Gula, sekali dengan tepung dan telur. Jenuh kena kacau semua bahan tadi sampai berurat lengan. Tak sado lagi tak tau lah. Kesian Chef Collin kena turun padang tolong kacau semua bahan tadi. 😴 Tak pasal-pasal

Tapi, selamatlah semuanya menjadi dengan elok. Cupcake naik cantik sangat. Ish. Nak nangis 😭

Buat Unicorn guna sugarpaste!! Aku teruja lalu buat muka ketat kat situ. Cover keterujaan tu :p


Best lah kelas/event macam ni. Manusia noob macam yuyu pun, terus semangat nak baking/cooking lepas tu. Kalau korang tak caya, tengok lah, lepas daripada kejadian event ni, tahap kerajinan yuyu baking menjadi-jadi. Tau-tau buat Bread Butter Pudding, tau tau buat Moist Cake, tau tau buat pizza. Tau-tau ajak suami pi MPH beli buat resepi. 

Halahhh. Kasik lah chance :p

Siap boleh bawa balik hasil baking tadi. Suami & Habib kata, sedap nak mampos! Kembang lobang hedong 6cm 

Salted Egg Yolk Cheesecake with Chicken Floss saya! 


Unicorn Cupcake saya!

Alhamdulillah. Balik tu, siap-siapkan bilik baking dengan husband untuk oven Panasonic terbaru tu, terus yuyu ketagih nak baking macam-macam. Sambil taip entry ni, ish, teringin pulak nak try buat Chicken Cordon Bleu esok.

InsyaAllah. Lepas ni yuyu rajinkan diri share resepi ya.


Terima kasih sudi baca

Love,

11 comments

  1. Seronoknya yuyu! Comel jeaa cupcake unicorn, jeles jeles! hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap pulak tu. haha. balik rumah, try buat sekali lagi, terus jadi lain. lol

      Delete
  2. Comel je kak yuyu pakai topi chef tu and that cupcake looks so good!

    ReplyDelete
  3. Yuyu.. sharelah resepi cheesecake tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti yuyu try share kalau jumpa chicken floss :p insyaAllah

      Delete
  4. wahhh...menariknya tgk...comel yuyu...hihihi

    ReplyDelete
  5. waaahhhhh .... berkenan lah pulak dgn oven tu .. aduiiii

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.