Assalamualaikum ♥

Aww. Rasa terharu tak habis lagi, thanks McDonald's sudi jemput yuyu sekali lagi untuk jadi judge McDonald's Storytelling Contest. Yang tahun lepas boleh baca di sini [LINK], dan sekali lagi, yuyu jadi juri di McDonald's Putraya.
Yuyu sangat berbesar hati, sebab yuyu memang suka sangat tengok keletah anak-anak kecik bercerita, dan bila tengok ja dorang, terus rasa semangat nak balik rumah, suruh Habib practice untuk contest tahun depan. lol. potty training pun tak lepas lagi. :p
Ok. Contest dianggarkan bermula pada 10pagi, tapi semua contestant awal-awal lagi dah sampai. Ada yang chillek dulu makan Double Cheese Burger dengan parent, ada yang duduk hujung sudut hafal cerita, ada juga yang tengah mula pakai costume.

Gigih tau adik ni, dan dia pun antara contestant yang menarik sangat di pentas

Contestants akan diberi masa hanya 5minit sahaja untuk bercerita. Ada yang bercerita dalam Bahasa Melayu, ada juga yang menggunakan dalam Bahasa Inggeris. Cerita adalah bebas mengikut kreativiti masing-masing, asalkan berunsurkan positif.
Masing-masing bercerita sarat dengan moral. Ada pasal kekeluargaan, ada pasal masa, ada juga yang cerita pasal true love.

Bersama cikgu-cikgu dari sekolah di Putrajaya yang turut jadi judge. Haa. Kite je blogger

Sempat selfie sebelum mula :p
Markah diberikan mengikut penguasaan pentas, intonasi, ayat, body language, props, eye-contact, cerita. Tugas yuyu, dengar cerita sampai habis, dan bulatkan 1 hingga 5. Lagi bagus, lagi tinggi markah yuyu kena bulatkan

masing-masing tunggu giliran. Comey kannn :D
Sepanjang dah dua kali yuyu jadi judge, memang macam-macam ragam yuyu tengok. Semuanya bersemangat, cuma ada yang tiba-tiba naik stage, terus stage fright. Eh! Teringat diri sendiri yang stage fright masa form 3 dulu. lulz

Adik ni antara contestant yang pernah ke final tahun lepas, dan cuba lagi tahun ni. Hebat ni!

Adik ni ada prop & cerita yang sangat menarik! Yuyu suka!

Youngest contestant. baru enam tahun. Anyonyonyoo. Contestant masa di McDonald's Putrajaya ni, dari umur enam tahun, sampai sembilan tahun.
Tahun ni, ada 34 contestant untuk McDonald's branch Putrajaya. Haa. Ramai kann. Memang bagus betul McDonald's buat contest ni setiap tahun, bukan setakat dapat gilap bakat anak-anak kecik ni untuk lebih berkeyakinan diri, malah dorang dapat share & collect macam-macam pengajaran dari cerita semua contestant.
Sebabkan ramai sangat contestant di Putrajaya ni, maka, kenalah bahagi kepada dua session, yakni session 10am, dan session 1pm untuk habiskan kesemua 34 contestant comel tu.

Setiap contestant akan diberi sijil penghargaan.

Antara contestant yang join hari tu.

Session 1

Session 2
Untuk hadiah pulak, ya Allah, yuyu tengok pun yuyu rasa nak join! Grand prize adalah trip 4pax ke Tokyo Disneyland & Disney Sea weh! Nangis sembilan malam akak yang besar ni pun tak pernah dapat pergi lagi dik! Setiap 11 consolation prize akan dapat RM2,000.

InsyaAllah, finalist akan dihubungi oleh pihak McDonald's sendiri, untuk final contest 25November ni. Tak sabarnya nak tengok! Apa pun, semua adalah pemenang. Yuyu tahu, dengar sangat cliche, tapi serius weh, kalau korang tengok, korang rasa nak bagi semua menang.
Dorang join pun dah satu kemenangan. Kita yang besar ni pun belum tentu berani bercerita atas stage depan orang ramai. Kan? Kan?
Untuk lebih lanjut mengenai McDonald's Storytelling Contest 2017, boleh terus di sini:
Terima kasih sudi baca
Love,

Is sad 😢😢 my girl did not enter the final....but, nevermind, will fighting next year...if still have oppotunity💪💪💪
ReplyDeleteAww. No worries, because for me, all of them are the real winner. It's okay, dont give up for next year, the most important thing is, she enjoyed and learned many things <3
Deletewow meriah
ReplyDeletemeriah sangat! <3
DeleteComel je anak-anak dengan juri sekalli.
ReplyDeletehahaha. dorang comel tau, lagi comel masa tengah bercerita. erghhh!
Deletecomel jak budak-budak tu..:)..
ReplyDeleteYang amat-amat comel!! macam nak bawa balik :p
Deletebest gak kan. Event macam ni bagus untuk budak-budak. supaya mereka lebih berani tampil depan ramai orang..
ReplyDeleteaah. kecik-kecik dah pandai komunikasi :)
Deletecomel-comel je
ReplyDeletemacam nak cubit semua :p
Deletewahhh .. hebat semua anak2 nie
ReplyDelete