Blogger Vs Kerja.

by Yuyu Zulaikha, 9:59:00 PM
Assalamualaikum

Ada yang tanya yuyu, kenapa yuyu tak kerja? Sayangnya dah ada degree, ko tak kerja, dok rumah ja.

Ha? Tak kerja? Habis tu yang yuyu buat selama ni, dipanggil 'buang masa' ke?

Okay lah, macam ni. Dulu masa kecik, yuyu bercita-cita nak jadi Miss World (kah! muntah gulai ayam makan tadi). Lepas tu, bila darjah enam, baru sedar diri yang muka pun muka jawa, tinggi pun separuh daripada requirement Miss World, yuyu pun patah hati, dan terpaksa rela mencari cita-cita baru. Dari nak jadi Miss World, terus teringin nak jadi Ustazah, tak pun motivator.

 Besaq nanti, suruh dorang baca entry ni, biar nangis dorang enam malam 😛



Boleh bersimpul urat leher ni punya semangat nak sharing is caring depan orang ramai, tapi tu lah, masa tingkatan dua, yuyu pernah join pertandingan sajak mengenai merdeka. Bila kena turn yuyu, satu Maktab Mahmud tepuk tangan, bila nak naik stage, terus kena 'stage-fright'. Baru masuk pendahuluan "Merdeka! Merdeka! Merdeka! Inilah negara kita!", terus gelak sorang-sorang, letak mic, dan lari terus turun stage. Satu dewan gelak weh. Aku dah kenapa buat hal ni? Dapat lah number 20 daripada 20 peserta. --'

Tobat aku takut gila stage lepas tu. Lepas tu macam mana nak jadi cikgu, macam mana nak motivate orang ramai. Apa ni? Aduh malas betul lah cari cita-cita baru.

Masuk form 3, time tu tengah membangunnya sistem perbankan islam. Ish, best pulak, yuyu ni suka Maths. Terus belajar rajin-rajin nak jadi 'islamic banker'. Cita-cita ni kekal hingga lah yuyu ambik "Bachelor of Islamic Finance (Banking) (Hons.)". Dari semester satu lagi dah berangan nak kerja dengan Bank Islam ataupun Bank Rakyat.

Akhirnya, bila sampai semester terakhir degree yuyu, terus yuyu kenal dengan suami. Kami kenal, hujung semester, yuyu pun kahwin.

Tau-tau lepas kahwin, yuyu terus pregnant. Time tu, yuyu nekad, aku nak kerja sendiri, aku nak jaga anak sendiri. Syukur sangat waktu tu, kemuncak dunia blogging yuyu, yuyu diinterview untuk majalah itu ini, untuk program tivi itu ini, dan diinvite untuk bagi talk di pelbagai universiti (haha. akhirnya, hilang lah stage-fright tadi).

Dari situ, yuyu dapat banyak paid advertorial yang mana selalunya mencecah lima angka, sebulan. Alhamdulillah. Jadi, masa tu yuyu rasa, baiklah aku teruskan jadi blogger kat rumah ni, sambil nanti jaga anak.

Sampailah sekarang...

Ada blogger yang suka-suka share kat blog, ada blogger, dia buat duit juga. Macam yuyu, yuyu suka share life yuyu di blog, sambil tu, syukur, Alhamdulillah, ada company/brand yang minta service yuyu untuk review/buat advertorial pasal product atau company dorang, dan dorang bayar yuyu untuk semua tu.

Disamping tu juga, yuyu sendiri pun hantar proposal di company itu ini, untuk khidmat yuyu. Macam tu lah yuyu buat duit. Kadang sekadar tulis pasal product, kadang kena attend event, kadang company hantar product ke rumah terus. Macam-macam bentuk dan cara yuyu pernah buat.

Selain daripada blogger, yuyu juga founder untuk product kecantikan & kesihatan, Yulaeka Cosmetics & Yulaeka Wellness. Semuanya buat masa ni, yuyu buat di rumah lagi, office pun ada di rumah juga. Cuma dalam perancangan untuk pindah ke office betul insyaAllah awal tahun depan.

Haa. Macam tu lah kerja yuyu. Walaupun takdak lah kena bangun pagi, mandi, start kereta, redah jem, masuk office macam orang lain, tapi tetap ni adalah kerja yuyu. Walaupun takdak lah setiap bulan yuyu dapat gaji macam orang lain daripada bos, tetap ini adalah kerja yuyu.

Yuyu lah kuli, yuyu lah bos. Yuyu kerja sebagai Blogger, kadang client panggil yuyu Media, dan yuyu juga sebagai pengasas produk kecantikan dan kesihatan. InsyaAllah, dalam perancangan bulan November, nak buat servis lunch box. Amin. Doa lah!

Di rumah pulak, sambil jadi blogger, yuyu juga suri rumah. Bangun pagi, masakkan untuk suami & anak-anak, bagi anak-anak mandi, kemas rumah, macam suri rumah lain, dan sambil tu, yuyu cari masa untuk kerja yuyu juga. Dulu pernah buat jadual, tapi semua tu tak efisien, konon pukul 10am nak blogging, eh, tau tau pukul 10am lah si Affan tu meragam nak peluk-peluk. --'

Haa.. Macam tu lah. Bab belajar pulak, yuyu tak rasa rugi langsung ambik sampai degree tapi tak 'kerja' macam orang lain. Hatta, yuyu sendiri nak sangat sambung MBA-i insyaAllah sebelum umur 30, dan plan nak juga ada PhD. Amin!

Jadi, bagi yuyu, jangan lah letakkan definasi "KERJA" tu, macam apa yang kita tengok di tivi, macam apa yang kita selalu buat, sebab, konsep kerja ni luas. Ada saja orang yang nampak macam goyang kaki di rumah, tapi tau tau dia punya lah stress dengan kerja, dok handle staf sampai berpuluh orang.

Dua budak ni banyak akai ok --'


Kerja sendiri kat rumah ni best, dapat layan anak-anak, setiap masa kerja, setiap masa cuti sebenarnya. Cuma, stress sangat kadang tu bila nak cari masa kerja. Ada waktu kita nak buat kerja, time tu lah anak-anak nak minta layan dorang main, bila bagitau nak buat kerja, mula dorang macam terasa. Adoi nakkkk...

Aku pun tutup laptop, dan layan anak. Yes, ini serius, sambil tengah taip perenggan ni, sambil Habib ajak pi toilet (tengah potty training dia), baru tadi, dia ajak layan dia main Thomas & Friends. Hmm..

Sampai di sini sajalah, baru ingat nak taip lagi panjang.

Terima kasih sudi baca



Love,


SHARE 51 comments

Add your comment

  1. alhamdulilah walaupun yuyu takde kerja tetap tapi rezeki bertambah. doakan saya juga begitu

    ReplyDelete
  2. Berinspirasi sangat kak yuyu. Thank you!

    Mesti Habib dan Affan bangga dengan ibu dorang kalau baca balik ni hehe

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..rezeki ada kat mana2..yang ckp org belajar tinggi2 rugi sbb x keje (makan gaji) tu abaikan jer..yg bercakap tu, sampai bila2 dok situ jugak. jiran2 akak ramai jer surirumah yg ade degree tp income dorang lagi dasyat dari akak yg makan gaji ni. makan gaji + gaji tetap t[ stress jgk ngadap org kat opis...tp syukur masih kerja, masih bleh isi perut sendiri tanpa mintak2 kat orang lain.. alhamdulillah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi bila kerja macam ni, selalu dipandang rendah 😞

      Delete
  4. Yup kerja ada mcam2 cara. Dan saya pun kerja dari rumah.

    ReplyDelete
  5. Rezeki masing-masing. Ada yang berjaya macam ni ada yang berjaya macam tu. Selagi tak buat salah, jangan lah hentam usaha seseorang itu.

    ReplyDelete
  6. macam mane advertorial tu? i ols stress la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Advertorial tu, entry yang kita buat review atu promote brand atau product 😅

      Delete
  7. Bestnya Yuyu, admire sangat kat Yuyu. serba boleh dengan jadi founder product lagi. hoi menarik. Teruskan berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru nak belajar. Banyak lagi kena perbaiki. Hehe.

      Delete
  8. dah ada anak 2 baru sedar kehebatan blog ni pun boleh jadi income work at home mom. Better late than never kan? doakan saya ye Yuyu. :)

    ReplyDelete
  9. Semoga yuyu dimurahkan rezeki. 😊 affan tuuu omeyyy sgt

    ReplyDelete
  10. InsyaAllah keja apa2 janji halal.. Kagummm., banyak boleh handle.. Hehe.

    ReplyDelete
  11. Kann! Seronok sebenarnya bila dapat jaga anak kat rumah walaupun kadang struggle juga nak kejar dateline , nak curi masa draft blog dan dan time tula anak mahukan kita haha aduh btw this is really inspiring :')

    ReplyDelete
  12. Kak yuyu maahad langkawi ka dulu ?

    Kerja kat rumah best walaupun org pandang rendah.

    Teringin nk jumpa kak yuyu.

    ReplyDelete
  13. Bangga dgn yuyu..menyesalnya tak blogging sungguh2 dari dulu. Sis yang makan gaji pun rasa2 nak cari cita2 baru,nak kerja dari rumah.

    ReplyDelete
  14. kak yuyu bisnes tu kan..itu dikira kerja lah..pround of u kak.

    ReplyDelete
  15. Btol tu.. lepas anak setahun sis decide ntk resign n besarkn ank depan mata.. seronok sgt smbil jaga anak bole bissness sendiri..ofiz pon kat rumah ke..tp mmg betol nk update blog kena btol2 time anak tdo..kalau x mmg kena kaco jela..hehe..

    ReplyDelete
  16. Seronok juga kerja blogger ni kan, dapat duit juga even jaga anak-anak kat rumah

    ReplyDelete
  17. Tahniah...ini pun kerja juga. Berpahala besar lagi.

    ReplyDelete
  18. baca post ni, buat hati meronta ronta nak kerja mcm yuyu.. penat jadi kuli orang lain. .. tup tup, anak dah besar..

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah rezeki.
    Moga rutin Yuyu dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete
  20. Macam mana nak jd blogger and buat review produk dibayar eh?

    ReplyDelete
  21. Be a working at home mom is my dream too.
    Semoga yuyu terus suksesssss !

    ReplyDelete
  22. alhamdulillah..moga rezeki yuyu akan semakin bertambah...amin

    ReplyDelete
  23. Terpaut dengan blog sis cantik sangat. Dengan isi isinya yang suka sangat bila saya membacanya. Harap saya pun boleh jadi macam sis suatu hari nanti. Saya blogger baru nak belajar. Harap sis boleh bagi tunjuk ajar.

    http://yangunguitumanggis.blogspot.my/

    ReplyDelete
  24. bila kerja dari rumah ni, anak la boss segala boss. hehhee.

    ReplyDelete
  25. Best sbnrnya klu dpt kerja dr rumah. Dpt tgok anak2 mmbesar dpn mata. Yg kite ni blum smpi tahap mcm yuyu. Rasa mcm xda bakat nk berbisnes😢

    ReplyDelete
  26. TAKPA. INSYAALLAH REZEKI ADA DI MANA2. BUAT JE APA YANG KITA SUKA

    ReplyDelete
  27. mak2 kita dulu pun surirumah..
    jadi surirumah pun kerja jugak tu..
    kdg2 kerja blogger ni org xnnmpk..biasa la tu org tgk kerja je, nmpk mcm tv tu, buat kerja ofis, pkui 6 baru balik rumah..

    ReplyDelete
  28. salam kak yuyu..jadi suri rumah ni sebenaqnya kerja yang tak pernah habis. Cuma mentaliti masyarakat kita ni suka pandang orang yang jadi surirumah ni tak dak wawasan dalam hidup.As long kak yuyu happy and enjoy why not lah kan.

    ReplyDelete
  29. Assalam kak yuyu,jadi surirumah pon satu pekerjaan jugak,yang tak pernah habis sebenaqnya.Cuma mindset masyarakat kita ni menganggap jadisurirumah/bekerja sendiri orang tak belajaq tinggi pon boleh,ada ijazah kenalah kerja office/makan gaji.As long as you happy,why not lah kan jadi surirumah,at the same time boleh jana pendapatan sendiri without neglect your child.

    ReplyDelete
  30. yes, soalan yg sama pernah ditanya pada kita..ruginya tak kerja, ada diploma, ada degree..

    ReplyDelete
  31. Hai Assalammualaikum Yuyu. Sangat terinspirasi bila baca entri Yuyu, ini saya sebenarnya dah lama ber'blogging' since 2010, but then saya berhenti terus macam itu tanpa membina apa apa. Now, in 2017 saya cuba untuk kembali aktif. Ada sebarang tips ataupun perkongsian mengenai mendapat pulangan daripada ber'blogging'?. Terima kasih.

    ReplyDelete
  32. proud of you. sy pun cadang mcm tu. ad degree duk rumah pun ok what. anak tak terabai kan.

    ReplyDelete
  33. Bila dah kerja rasa nak jadi surirumah macam tulah sebaliknyakan...yang nyata jadi perempuan ni mmg tak habis2 dgn keje.

    ReplyDelete
  34. seronoknya dapat tengok anak-anak membesar depan mata. Pedulikan cakap2 orang taj kenyang pun

    ReplyDelete
  35. Hehe slowly nak beralih arah nak bekerja dari rumah as blogger/author jugak ni Sis Yuyu. Yr stories inspiring me kekeke

    ReplyDelete
  36. hari ni akak terbaca 2 blogger cerita tentang pengalaman masing2 berjaya dengan kerja dari rumah. Yuyu dengan Atie dr http://vanillapink3113.blogspot.my. Dua2 bg inspirasi. Boleh jadi contoh untuk surirumah yg lain tapi 1 je.. semangat mesti kena kuat, hati mesti mau berani n ilmu kena gak kumpul sikit... hope akak pon de semangat camni... huhuhu

    ReplyDelete
  37. Sama ada kerja office or kerja di rumah, it's doesn't matter okay janji kak yuyu happy

    ReplyDelete
  38. kerja dari rumah dan jaga anak sendiri banyak manfaat. Tahniah yuyu! ^^

    ReplyDelete
  39. Proud to be housewife dan blogger... just Liez xmacam yuyu dah kira otai... hihihihi

    ReplyDelete
  40. pandai bahagi masa Yuyu ni - baguss2222

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS