October 25, 2017

Blogger Vs Kerja.

54 comments
Assalamualaikum

Ada yang tanya yuyu, kenapa yuyu tak kerja? Sayangnya dah ada degree, ko tak kerja, dok rumah ja.

Ha? Tak kerja? Habis tu yang yuyu buat selama ni, dipanggil 'buang masa' ke?

Okay lah, macam ni. Dulu masa kecik, yuyu bercita-cita nak jadi Miss World (kah! muntah gulai ayam makan tadi). Lepas tu, bila darjah enam, baru sedar diri yang muka pun muka jawa, tinggi pun separuh daripada requirement Miss World, yuyu pun patah hati, dan terpaksa rela mencari cita-cita baru. Dari nak jadi Miss World, terus teringin nak jadi Ustazah, tak pun motivator.

 Besaq nanti, suruh dorang baca entry ni, biar nangis dorang enam malam 😛


October 20, 2017

1st SouthEast Asia Hot Wheels Epic Championship

5 comments
Assalamualaikum

Habib adalah sejenis kanak-kanak yang suka kenderaan, tapi paling suka kereta. Tak lah, dia tak suka, dia obses! Sampaikan dia baru setahun, dia suka sangat duduk lama-lama tengok Hot Wheels kat rak Toys'RUs. Setiap kali melintas bahagian Hot Wheels, terus dia macam wahhhhhh... Jadi, mainan dia banyak pun lebih kepada kereta. Hot Wheels lah semestinya. Beli sikit-sikit lama-lama jadi bukit kat rumah ni.

Baru ni, ada exhibition Hot Wheels sempena 1st SouthEast Asia Hot Wheels Epic Championship di Sunway Pyramid, jadi, kita-kita ni boleh lah tengok-tengok sendiri track-track terbaru yang mencabar dan best kat sana.

Tapi, paling penting kita kena tahu, mommies yang free, boleh lah bawa anak-anak tengok grand finale 1st SouthEast Asia Hot Wheels Epic Championship di Blue Concourse Sunway Pyramid 21/Oktober/2017 yakni Sabtu ni okay. 


Menjerit-jerit dia bagitau sama Batman Car macam dia punya. --'


Okay, apa 1st SouthEast Asia Hot Wheels Epic Championship ni?

October 19, 2017

Paling Penting Untuk Anak

2 comments
Assalamualaikum

Ingat lagi dulu masa awal-awal dapat tahu yuyu pregnant, kalau boleh, semua benda nak beli. Perut baru enam bulan, dah ada set lengkap baby dari atas sampai bawah ok! Siap sippy cup pun ada. Apehal weh pompuan ni. --'

Bila dah bersalin, malam ke dua kat hospital, tiba-tiba Habib nangis yang amat-amat-amat. Bagi susu taknak. Bagi tidur taknak. Dodoi pun taknak. Habis tu dia nak apa? Maka, si ibu pun berlawan menangis lah dengan anak. Lepas satu, satu, satu nure datang tengok.


"Awak ada minyak untuk anak tak? Minyak Yu Yee ke?"

MINYAK YU YEE!

Ya Allah, dalam banyak-banyak barang aku sedia dari perut enam bulan sampai anak dah beranak, bergunung-gunung barang anak aku beli, minyak Yu Yee Cap Limau yang amat penting tu lah pulak aku lupa beli. Apa ni? Apa ni? Anak dah nangis dah ni 😭

October 11, 2017

CLUB MICKEY MOUSE | GIVEAWAY

6 comments
Assalamualaikum

Hari Jumaat adalah hari yang sangat menggembirakan! Apa yang sangat best untuk parent & anak-anak?

Ish. Mak-mak dah join ke dengan anak-anak "Club Mickey Mouse". Alahh. Sayangnya kalau belum, tak mengekek gelak lah. Hehe. Jom lah join yuyu, setiap Jumaat, 1.30petang, terus buka Disney channel Astro 615, kita tengok Club Mickey Mouse.

Buat kali pertamanya, Club Mickey Mouse bersiaran di Malaysia yang sarat dengan komedi, lagu, games & penampilan selebriti. Club Mickey Mouse ni bukan saja anak-anak suka, malah yuyu sekeluarga pun suka. Sesuai untuk seisi keluarga. 

Kalau yuyu, paling suka perangai Mouseketeer Gabriel. Ya Allah, ada-ada saja perangai budak ni. Huhu. Korang suka Mouseketeers mana?

Okay lah, entry ni bukan saja-saja tau, Yuyu & Club Mickey Mouse nak bagi untuk mak-mak/pak-pak yang bertuah. Sebab apa bertuah? Sebab tengok lah hadiah dia, padahal kontes ni sangat simple. Macam mana nak join?


1 x Club Mickey Mouse paperbag
1 x Club Mickey Mouse notebook
1 x Club Mickey Mouse bluetooth headset

October 10, 2017

Susu Untuk Habib | Enfagrow A+

7 comments
Assalamualaikum

Susu formula apa paling bagus untuk anak-anak? Mommies sebelum bagi anak, ada buat survey dulu tak? Ke main beli saja asal nampak berbaloi & selalu keluar tivi?

Bukan senang kan nak cari susu untuk anak ni. Macam-macam benda kena ambik tahu. Dari khasiat, sampai lah ke selera tekak anak kita. Ingatkan senang macam nak pilih baju ke. Yuyu ni, dah try banyak brand untuk Habib.

Lepas tu, sesi survey susu formula yang sesuai untuk Habib pun bermula. Dari satu ke satu brand dia kena cuba. Eh, tak senang ok. Ada yang dia minum terus geli taknak dah, ada yang dia suka sangat tapi tinggi gula, ada pula yang khasiat hmm biasa-biasa ja.

Jadi, susu apa ja yang ok kan? Akhirnya, biar yuyu decide, yang terbaik untuk Habib adalah ENFAGROW A+

suka bila setiap pagi, petang, malam dia minta "ibu nak A+, nak A+!"


Kenapa akhirnya ENFAGROW A+?

October 3, 2017

Pengalaman Beli Dengan CJ WOW Shop

7 comments
Assalamualaikum

Ini yang malas tengok tivi ni. Setiap kali tengok tivi, nampak CJ WOW Shop, halahhhh, tak tahan betul keimanan nih! Hari tu tengok CJ WOW Shop promote mop, hoi, dia punya power tu sampai tak menahan nak beli. Habis kalau beli, mop kat rumah sampai dua dah ni, sapa nak pakai. Pfft 

Setiap kali tengok CJ WOW Shop, bergetar kad bank aku. Setiap kali, ok. --'

Kali ni memang tak tahan dah, tengok segmen untuk Coocan Diamond Pan, inilah masanya untuk bersihkan dapur dari periuk-belanga tradisional, supaya boleh letak periuk-belanga zaman sekarang, yang tak melekat dah telur bila goreng, yang tak payah guna minyak segelen dah bila goreng ayam, yang masak sayur cun-cun cantik semua.

Yang paling penting, yang buatkan makin rajin nak masak. Ehem.

*ini point yuyu bagitau kat husband, dan ini menjadi*
**korang boleh juga guna point-point tu. tehee. Good luck**

Lepas tu, sehari selepas terima Coocan Diamond Pan tu, hoi, terus tanya suami nak yuyu masak special apa. Cakap saja, nak masakan Thai? Barat? Timur Tengah? Korea? Jepun? Cekodok saja? Tapi, yang dia nak, cuma Gulai Daging Berkentang. Alaa. Baru nak masak melampau-lampau sikit....

Jadi, yuyu share sikit Resepi Gulai Daging Berkentang, cara yuyu. Sebab apa cara yuyu? Sebab yuyu tengok banyak sangat cara yang berbeza kalau nak masak gulai ni. Ada yang letak asam lah, ada yang campur serbuk kari dengan air lah. Malah, cara yuyu pun berbeza, tapi tetap rasa mesti lebih kurang juga dengan gulai orang lain. Hehe

Cuma, kali ni, gulai berkentang, suami suka sungguh kalau gulai yuyu berkentang, katanya, lebih 'gulai'.


Bahan-bahan Gulai Daging Berkentang
Simple je kan bahan-bahan dia.
© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.