RESEPI Bubur Cha Cha Keledek

Monday, August 14, 2017

Assalamualaikum

Lama dah tak share apa-apa resepi, kan? Setiap kali masak, setiap kali tu lah teringin nak share resepi, tapi, biasa lah, semua benda nak cepat, nak ambik gambar pun tak sempat. Kali ni, bila rilek sikit, lunch kat luar, makan petang ja buat sendiri, masak pun santai, baru lah ada peluang nak bergambar.

Kalau tak... hmm

Raya hari tu, mak sedara yuyu ada buat Bubur Cha Cha ni. Amboi. Sedap dia kemahen! Dia pulak bagi satu bekas ja, berebut yuyu dengan adik. Macam taknak share pun ada. Huhu. Memang teringat juga balik saja Puchong, nak terus buat, petang Sabtu hari tu baru ada semua bahan lengkap untuk buat, kena pula hari tu tak sibuk.

Suami yuyu pula memang suka keledek, jadi, untuk kali ni, Bubur Cha Cha yang yuyu buat, yuyu letak banyak keledek oren tu. Hoi, lagi lah bertambah lemak manis dia. Ok lah, jom kita mula:

Bahan-bahan:

2 cawan Cha-cha (direbus dan ditoskan)
1 cawan sagu (direbus dan ditoskan)
11 sudu gula (ikut selera manis sendiri)
3 batang ubi keledek oren
1 ketul gula melaka
2 helai pandan
1 kotak santan
Air secukupnya

Cara-cara Bubur Cha Cha Keledek:

1. Mula sekali, rebus dulu Cha-cha dan sagu sampai kembang. Selalunya orang akan rebus asing, tapi yuyu nak jimat masa, rebus saja dua dua ni terus. Haha. Itu orang panggil bijak tau, bukan malas.


2. Sambil rebus sagu + cha cha tadi, rebus juga keledek oren sampai lembut empuk.

3. Bila sagu + cha cha tadi dah mengembang, toskan air dia.

4. Kalau air rebusan sagu + cha cha tadi kita buang, air rebusan keledek pula kita jangan buang. Bila keledek dah empuk, tambah air secukupnya, tambah gula + gula melaka + pandan dan rebus sampai menggelegak air.

Sukatan gula yang yuyu bagi tu, untuk orang yang kurang suka manis. Yuyu dan suami memang kurang gemar manis sangat, jadi, ada sipi sipi manis tu dah sedap sangat dah. Kalau orang jenis makan manis, tambah lah gula. Ada juga orang tak letak gula melaka, pun boleh, tapi bila letak, rasa dia macam manis berlemak.

5. Bila dah rebusan mendidih, masukkan santan, kacau sebati, kemudian terus masukkan chacha + sagu tadi.

6. SIAP

taraaaaa! dah menjadi pun Bubur Cha Cha Keledek ni

Proses masak dalam 15minit lebih kurang. Paling lama pun nak tunggu sagu betul mengembang dan keledek empuk. Selebihnya memang campak terus ja. Itu yang best kalau buat Bubur Cha Cha Keledek ni. Nak nak pula ada keledek, lagi lah tambah rasa lemak tu. Alahh. Macam nak buat lagi pula sekarang.

Bubur Cha Cha Keledek ni, sedap betul kalau makan panas-panas, pun sangat sedap kalau kita sejukkan. Bila dah suam tu, masuk saja dalam peti sejuk, tunggu sampai betul sejuk, nikmatnyaaaa. Macam makan cendol rasa dia!

Ok lah, nanti korang try lah buat. Simple macam ni, buat setiap hari pun tak apa. Portion yuyu masak tu, untuk 5-6 orang makan. Elok-elok saja untuk masak, tak banyak dan tak kurang. InsyaAllah.



Terima kasih sudi baca :)

8 comments:

  1. erm... sedapnya akak pun dh lama tak masak bubur keledek... nice sharing... terliur ni... hehe

    ReplyDelete
  2. Lamanya tak makan bubur chacha ni..tengok resepo sis ni alahai rasa nak g beli bahan terus..nyum2..hujan2 ni sedap makan bubur

    ReplyDelete
  3. fav mak ni. boleh try resepi ni hehehe

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

CopyRight © | Theme Designed By Hello Manhattan