August 25, 2017

Makanan Korea Halal. Mana Nak Dapat?

5 comments
Assalamualaikum

Kami laki bini, spesis pasangan kerja sendiri, kerja kat rumah. Sweet tak? Jangan lah muntah warna warni pulak. Point dia bukan nak cerita pasal sweet, tapi nak cerita, weh, boring tau mengadap muka sama setiap masa. Haha.

Jadi, marilah sayang, kita pergi Halfest kat The Mines, kot-kot lah ada makanan baru kita boleh penuhkan lemari, kita makan tester/sample sampai kenyang, save bajet dinner, kata nak travel hujung tahun. lulz

Ini adalah kali pertama yuyu nak jalan-jalan di Halfest. Sebelum ni, asyik tengok Chef Wan update di Instagram dia saja, lepas tu kawan-kawan bawa balik makanan rare, selfie upload di Facebook. Eh, tahun ni, nekad nak pi juga Halfest!

Awal-awal terus pi booth 530. Nak cari makanan Korea Halal punya pasal. tak kira! tak kira!

August 18, 2017

Plan Hujung Minggu

9 comments
Assalamualaikum

Salam Jumaat. Eh, tak sabar pulak nak tunggu weekend. Esok ja pun. Kalau zaman belajar dulu, weekend ja wajib ada di Mid Valley. Rasa market habis, ok. Belinya tak pun. Penat ja yang dapat, duit habis tahan taxi & naik KTM. Tak faham macam mana sanggup lepak Mid Valley setiap weekend dulu --'

Bila dah ada family ni, kalau boleh nak pergi mall ni, tobat aku malas nak pi time weekend. Tak sanggup berhimpit dengan orang ramai, bersesak nak order makanan, susah cari parking, belum lagi kes nak kat surau, nak tunggu giliran solat pun macam tunggu tarikh kiamat.

tapi esok ada event Thomas and Friends lah. 


August 17, 2017

Apa Impian Yang Dah Tercapai?

20 comments
Assalamualaikum

Tahun ni yuyu dah 28tahun. Rasa awkward ok umur ni. Best memang best, tapi, hmm, macam takut pun ada, tau tau dah nak masuk 30an. 

Yuyu ingat lagi, kecik-kecik dulu, yuyu suka sangat tengok kakak-kakak kat kampung yuyu pakai baju cantik-cantik galas handbag lawa, ada kereta sendiri, takpayah pergi sekolah, lepas tu pagi-pagi berebut keluar kerja. Masa tu nak ja cepat jadi besar. Tolong lah ALLAH. Apehal lama sangat, aku ni baru enam tahun.

ambik gambar dari tepi, taknampak pipi terlebih isipadu sangat. tehee


August 15, 2017

Dua Hari Satu Malam di Legoland

6 comments
Assalamualaikum

Best juga kalau sekali sekala kita curi masa bawa anak-anak travel. Tak perlu pun sampai ke overseas. Hello, dalam Malaysia pun ada banyak tempat yang kita tak sampai lagi, ok. Mana yuyu pernah lagi pergi Kundasang yang orang kata macam New Zealand tu, Kelantan pun tak pernah sampai...*nangisdiamdiam*

Tiba-tiba dapat pula kerja + bercuti di LEGOLAND! Alhamdulillah. macam nak tampar dinding happy dia! #ntahpape


Akhirnya, bila pi sana, banyak sangat ambik gambar, tapi banyak share di Instagram saja. Lepas tu, ramai pulak PM/DM/komen tanya pasal Legoland. Best ke tak? Berapa rate di sana? Berbaloi tak? Alaa, rasa serba salah pula tak tulis entry pasal tu, macam seronok sorang-sorang ja kan.

Harapya, dapatlah gambaran betapa happynya yuyu sekeluarga di Legoland ni. Kita sama-sama share happy tu, ok.😍

August 14, 2017

RESEPI Bubur Cha Cha Keledek

8 comments
Assalamualaikum

Lama dah tak share apa-apa resepi, kan? Setiap kali masak, setiap kali tu lah teringin nak share resepi, tapi, biasa lah, semua benda nak cepat, nak ambik gambar pun tak sempat. Kali ni, bila rilek sikit, lunch kat luar, makan petang ja buat sendiri, masak pun santai, baru lah ada peluang nak bergambar.

Kalau tak... hmm

Raya hari tu, mak sedara yuyu ada buat Bubur Cha Cha ni. Amboi. Sedap dia kemahen! Dia pulak bagi satu bekas ja, berebut yuyu dengan adik. Macam taknak share pun ada. Huhu. Memang teringat juga balik saja Puchong, nak terus buat, petang Sabtu hari tu baru ada semua bahan lengkap untuk buat, kena pula hari tu tak sibuk.

Suami yuyu pula memang suka keledek, jadi, untuk kali ni, Bubur Cha Cha yang yuyu buat, yuyu letak banyak keledek oren tu. Hoi, lagi lah bertambah lemak manis dia. Ok lah, jom kita mula:

Bahan-bahan:

2 cawan Cha-cha (direbus dan ditoskan)
1 cawan sagu (direbus dan ditoskan)
11 sudu gula (ikut selera manis sendiri)
3 batang ubi keledek oren
1 ketul gula melaka
2 helai pandan
1 kotak santan
Air secukupnya

August 3, 2017

Menang Honda Jazz Dengan #JOMSIMPANRESITKK

27 comments
Assalamualaikum

Selalunya, aktiviti yuyu setiap minggu, kami akan ke supermarket, cari barang rumah. Nak lengkapkan dari barang dapur, sampailah ke toiletries. Masa ni, resit akan jadi panjang. Wallet menipis. ber huhuhu lah seorang diri dalam hati :p

 kalau sampai KK Super Mart, Habib akan terus lari ke bahagian coklat ada kereta. tengok lepas tu buat muka kesian. 


Tapi minggu ni, ada benda yang yuyu nak kongsi sangat. Kalau sebelum ni, alah, malas betul lah nak beli barang, nanti tengok resit panjang, tengok wallet nipis lain machiam, sedih sendirian pulek, kali ni takkk...

Yuyu suggest, lepas ni nak beli barang, tolonglah beli di KK Super Mart! Ada dua sebab, kenapa:

August 2, 2017

Diari Ibu : Nifas, Istihadah & Cara Solat

20 comments
Assalamualaikum

Pengalaman bersalin dua anak ni, Alhamdulillah, yuyu dapat dua pengalaman. Masa bersalin Habib dulu, lain sangat dengan pengalaman bersalin Affan. Patutlah orang kata, kalau ada 10 anak, sepuluh-sepuluh dapat lain pengalaman.

Macam tu jugalah pengalaman yuyu dengan darah nifas. Lepas bersalin Habib, tempoh nifas yuyu normal macam ibu-ibu lain, dalam 30++ hari, terus solat macam biasa, dan tak pernah tahu pasal istihadah.

Sekali bila dah lahirkan Affan, nifas yuyu sampai Affan hampir tiga bulan. Selang 29hari, datang balik dalam sejam, lepas tu berselang berberapa hari pula. Lama kan? Bayangkan macam mana yuyu nak solat & emosi yuyu, aku ni normal ke atau penyakit apa, ke aku kanser? Nangis, tak sanggup bayang Habib & Affan duduk dengan ibu baru. Over ok ibu dorang ni.

Jangan kecam sis, sis nak share ilmu & pengalaman je 😛

© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.