PUMP IT | Milkbooster Sapu Ja

by Yuyu Zulaikha, 4:44:00 PM
Assalamualaikum

Baiklah. Cabaran satu hari satu entry dah gagal. Last entry, minggu lepas kot. Pfft. Apa ni. Apa ni --' Okay lah, sebab dah gagal, jadi kali ni yuyu update juga, tapi khas untuk ibu-ibu yang tercari sangat milkbooster, lepas tu selalu bermonolog dalaman.

"takde ke milkbooster yang aku takpayah telan. dilema betul nak telan tablet ni."

Setiap hari juga, ibu-ibu bertarung dengan terlupa nak makan milkbooster. Dah set alarm pukul 11, time tu juga lah anak tarik kain mintak layan sat. tau tau lupa makan/minum milkbooter. Tau-tau dah kempis, susu secoet tinggal sebab kepenatan sepanjang hari.

Alahai. Pernah rasa kan situasi berat macam ni? Lepas tu nak buat macam mana?

Macam ni lah, ibu-ibu, senang cerita, kita try pulak milkbooster spesis paling membantu. Yuyu baru je jumpa hari tu masa pergi mommy_baby_nursing fair. Kalau selalu kita beli milkbooster jenis serbuk, susu, atau kemam tablet, yang ni jenis SAPU sahaja.

senang anak nak menyusu bagai juara

Yuyu ingat lagi, zaman dulu, mana ada pendedahan pasal milkbooster ni sangat, mak-mak selalunya surrender je menyusu anak sampai 2tahun lebih. Alah budak ni. Menyusu sampai habis pantang tu, kira besaq rahmat lah. Siku kang -_-'

La ni, bila makin ramai yang support ibu-ibu menyusu (Alhamdulillah!), siap buat baju pun menekankan aspek breastfeed friendly, makanan pun semua nak boost susu ja, ya Allah, kalau macam ni, menyusu sampai namblas tahun pun takdak hal.

Taraaa!

milkbooster jenis SAPU yang yuyu cakap tu. PUMP IT

PUMP IT
Instagram : Pump It Malaysia
Facebook : Pump It Malaysia


sini yuyu review sikit, macam mana nak guna PUMP IT milkbooster ni, dan apa kebaikan dia okay.

time berehat, melayan karenah anak-anak, sambil calit sikit Relax Mama. rasa tenang je. serius.


Cara Penggunaan:
Setiap kotak akan ada tiga jenis botol yang wajib kita tahu. Masing-masing ada tujuan masing-masing. Jangan lah main bantai je pakai. 

RELAX MAMA
Ini fungsinya untuk memberi ketenangan kepada mommies. Sangat penting untuk banyakkan susu. Penting untuk mommies dalam emosi yang stabil dan rilek, sebabnya, bila mommies dalam keadaan stress, milk production pun akan berkurangan, dan essential oil adalah salah satu solusi untuk mommies rilek, serta merta.

Simple, cuma calitkan sedikit Relax Mama ni di belakang telinga, nadi, belakang (tulang belakang), dan sapu di tapak tangan lepas tu, tekup tapak tangan ke muka, dan hidu bau ketenangan dari Relax Mama ni.

Jadi ni, wajib ada dalam handbag mommies, okay. Rasa macam mommies pun nak tantrum, cepat-cepat calit & bau.


MILK UP
Kalau Relax Mama untuk menenangkan, Milk Up pula milkbooster yang diperkatakan tadi tu. Alaa. yang sapu-sapu tu..Cuma sapu di bahagian dada selepas menyusu atau pumping. insyaAllah, milk production menjadi-jadi tau.

Walaupun botol dia secoet kecik ja, tapi, tahan lama yakmat. Serius. Berbaloi ada satu. Nak guna pun sikit-sikit je. Setakat calit-calit. Itu yang tahan boleh berbulan tu.


SORE AWAY
kalau Milk Up & Relax Mama untuk tingkatkan milk production, Sore Away sangat penting untuk puting merekah. kesian mommies baru. Semangat nak menyusu, merekah pula, nak menyusu, azabnya macam nak pitam. Lepas ni try Sore Away ya. cuma sapu saja untuk menghilangkan rekahan. insyaAllah.


Bahan-bahan
A'ah.  100% campuran pure essential oil. yakni, tiada bahan kimia ya mommies sekalian. jadi, jangan macam nak taknak je try PUMP IT ni. bahan-bahan semua selamat, antaranya:

  • Virgin Coconut Oil
  • Lavender
  • Basil
  • Grape Seed Oil
  • Fennel
  • Jasmine
  • Roman Chamomile
  • Ylang Ylang
  • Myrrh
  • Bergamot
  • Rose
  • Rosewood
  • Lemon
  • Mandarin



tapiii....

Paling best, ada benda yang yuyu suka sangat nak share. Sebab PUMP IT sangat membantu yuyu, dan yuyu nak sangat kongsi juga kebaikan PUMP IT ni dengan mommies di luar sana. Tengok, baca entry ni pun, tau tau boleh dapat FREE PUMP IT milkbooster ni. haish.

Simple je, cuma:

  1. Share entry yuyu ni di Facebook/Instagram
  2. Bagi link di ruangan komen entry ni
  3. Bagitau yuyu, PUMP IT mana satu yang mommy nak menang (Relax Mama/Sore Away/Milk Up). kenapa?
Seorang pemenang, akan yuyu pilih, dan menang satu PUMP IT milkbooster berdasarkan pilihan hadiah yang diinginkan!

haa. Simple je kan. Jangan lupa join okay. 



budak ni menyusu kuat. jadi, PUMP IT kena la ada selalu. hmm



Terima kasih sudi baca :)

SHARE 11 comments

Add your comment

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS