Pelancaran FESTIRA'17.

in , , , , , by Yuyu Zulaikha, 9:36:00 AM
Assalamualaikum

baru ni, yuyu dijemput untuk ke majlis pelancaran Festira'17 (Festival Ramadhan 2017) di SACC Mall (Shah Alam Convention Center Mall). event launching ni sebelum puasa lagi, tapi sekarang baru nak share dengan korang, sebab rasa macam kali ni baru waktu sesuai orang tengah menggelabah nak tahu bab-bab 'Raya'.


Festira'17 ni berlansung sepanjang Ramadhan ni sahaja. lepas bulan ni, habis lah. sebabnya, Festira adalah festival yang mana dibuat oleh PKNS untuk memudahkan kita untuk mencari keperluan raya. contohnya kuih raya, baju raya, dan macam-macam lah berkaitan raya ni.

yang bestnya dengan Festira ni ada 500 gerai tau. ya Allah nakk, berpinar mata nak pilih mana satu. ada tiga tempat kita boleh pilih, samaada di SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam atau di Kompleks PKNS Bangi. lagi bagus kalau kita pergi je tiga-tiga tempat ni, senang membanyakkan pilihan kita boleh buat nanti kan.


majlis dilancarkan oleh Sr. Fakru Radzi Ab Ghani (Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) 


eh. abang-abang In Team lah! dulu time sekolah siap tulis lirik nasyid kat buku latihan tau. ish :p


apa yang lagi best pasal FESTIRA'17?
semua benda best. tapi, yang paling-paling kita kena tahu, di Festira ada #BazaarPaknil di Tempat Orang Lokal (T.O.L). mesti lah menggeletar tak menyabar nak pi Festira kan. selain tu, dengan konsep tahun ni yang lebih islamik, kita boleh tengok persembahan dari artis dan kumpulan nasyid & seperti:
  1. Inteam
  2. Rabbani
  3. Far East
  4. Raihan
  5. Lah Ahmad
  6. UNIC
  7. Nowseeheart
  8. Saff-one
  9. Munif Ahmad
  10. Sterk Production


alahai! ni mengundang zaman sekolah betul lah! wajib bawa suami ni, bagi sama-sama mengimbau zaman tulis lirik nasyid kat buku latihan tu. huhu. lepas tu kena rampas dengan cikgu. awak nak belajar ke nak jadi penyanyi. --' 

selain tu, pertandingan nasyid pun ada, Nasyid Starz anjuran Inteam Records. nanti boleh lah setiap kali hujung minggu pi Festira, boleh tengok persembahan dorang. insyaAllah. dah lebih 50 peserta okay. 

yang penting, please lah ok, join lah excited terlebih yuyu ni. kalau nak beli kuih raya, baju raya, songkok raya, pin raya, alah, semua benda raya lah, WAJIB cari antara SACC Mall, Kompleks PKNS Bangi atau Kompleks PKNS Shah Alam ja tau? janji?

kalau nak tengok persembahan apa semua tu, WAJIB juga heret suami, anak-anak, datang time weekend petang. boleh terus berbuka sana. haa. settle masalah. 

insyaAllah hujung minggu ni, yuyu satu family akan join FESTIRA'17 ni. mungkin pi yang di SACC Mall kot. hehe. nanti yuyu update lagi, apa yang best dan apa yang ada di sana, okay? dah pertengahan Ramadhan, time ni lah orang tengah excited nak tahu pasal raya kan. kan. 


terima kasih sudi baca :)
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. mmg kena bawak suami kalu tempat gini ni.. hikhik :p

    ReplyDelete
  2. Siap melatah lagi time launching. Terkezut tau. Haha

    ReplyDelete
  3. wahh meriahnya kat sana.. kene p juga ni


    singahlah blog amira ye

    http://seriwanita.com/
    https://www.facebook.com/seriwanitablog/

    ReplyDelete
  4. Wau! Bestnya. :) Senang nak shopping raya.

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS