June 23, 2017

Entry Sebelum Cuti Raya

18 comments
Assalamualaikum

Korang dah kat kampung ke? Yuyu baru nak kemas luggage ni ha. Baju pun kat penyidai lagi. hahahahahahaha. --' *larinangistepirakbuku*

Tahun ni, kami plan awal-awal dah, tahun beraya di Batu Gajah & Bidor. Sebelah suami lah pulak. Plannya juga nak balik kampung dua hari sebelum raya, tapi, hari ni dua hari sebelum raya ni, baju baru basuh, orang baru datang kemas rumah, luggage tak siap lagi. Tengok pulak waze, alahaiii .... (tidak lebih dari 18patah perkataan)

Ini nak balik ke tak sebenarnya? Padahal kan, masa awal puasa hari tu, dah excited dah nak buat samperit lah, mazola lah, siap bookmarked terus resepi blog kak Azlita, akhirnya, kuih tunjuk ja yang mampu buat. Baru nak uli tepung, dah kena uli anak sendiri. Habis terus tenaga ibu ni. 

Baiklah, untuk entry ni, yuyu cuma nak, ucapkan:

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin
Dari yuyu sekeluarga. semoga Ramadhan & Syawal yang bakal tiba ni, akan menjadi moment indah yang diberkati Allah s.w.t. Amin. Minta maaf kalau ada salah silap & halalkan semuanya.


Terima kasih sudi baca :)

June 12, 2017

Hujung Minggu dengan Festira'17

16 comments
Assalamualaikum

Salam Nuzul Quran!

sementara tengah cuti ni, email client tak masuk banyak, lebih baik yuyu share sikit pengalaman yuyu di Festira'17. survey siap-siap baju raya satu family, kuih raya, sambil tengok performance di setiap FESTIRA'17. yang dimaksudkan 'setiap' tu, adalah di: 
  1. SACC Mall
  2. Kompleks PKNS Shah Alam
  3. Kompleks PKNS Bangi
haa. semangat dak? :p

tak sure muka tu nak cari baju raya ke nak cari gaduh --'

June 8, 2017

Diari Ibu : Karenah Anak-Anak

21 comments
Assalamualaikum

sementara dua-dua anak tengah tidoq, ibu kalutkan diri buat entry baru. nanti kalau dah dua-dua bangun, ibu hanya mampu bertawakal kepada-Nya agar diberi kekuatan mental dan fizikal sahaja. nasiblah kecik lagi. --'

sebelum ni kalau tengok orang update pasal karenah anak-anak dorang yang kecik lagi, getus hati ni "ala, budak-budak, biasa lah, sabar ja la". ambik hang! bila dah ada dua anak yang masih kecik, baru lah tahu erti kesabaran sebenar. ini baru dua, entah macam mana la mak-mak yang ada anak kecik tiga empat lima tu. tabik spring sambil sengseng lengan baju. penat.

terbeliak bijik mata anak ibu!

June 7, 2017

Pelancaran FESTIRA'17.

6 comments
Assalamualaikum

baru ni, yuyu dijemput untuk ke majlis pelancaran Festira'17 (Festival Ramadhan 2017) di SACC Mall (Shah Alam Convention Center Mall). event launching ni sebelum puasa lagi, tapi sekarang baru nak share dengan korang, sebab rasa macam kali ni baru waktu sesuai orang tengah menggelabah nak tahu bab-bab 'Raya'.


Festira'17 ni berlansung sepanjang Ramadhan ni sahaja. lepas bulan ni, habis lah. sebabnya, Festira adalah festival yang mana dibuat oleh PKNS untuk memudahkan kita untuk mencari keperluan raya. contohnya kuih raya, baju raya, dan macam-macam lah berkaitan raya ni.

June 6, 2017

Best Ke Jadi Blogger?

22 comments
Assalamualaikum

eh. mesti lah best. ramai yang tanya apa sebenarnya yang best dengan blogging ni. sebenarnya, blogging ni best kalau blogger tu adalah seorang yang suka menulis, dan berkongsi penulisan dia dengan umum. dah cukup. ada dua benda ni, insyaAllah, dia pasti akan suka blogging.


ada juga yang kata, blogger apa kalau blog pasal merepek. -_-' serius okay pernah orang kata macam tu. benda ni terpulang lah. macam yuyu, yuyu suka share pasal lifestyle yuyu, best ke tak tu, rilek ja, yang penting, ni blog yuyu, dan ni cerita pasal kehidupan yuyu, korang semua dipersilakan untuk baca sesuka hati. tiada paksaan, dan yuyu sangat suka kalau orang baca.

June 1, 2017

Berbuka Puasa di 9Kedondong

6 comments
Assalamualaikum

Salam Ramadhan Karim semua!

okaylah. straight to the point. korang ada plan berbuka dengan family kat mana-mana ka? tahun ni yuyu tolak tepi sikit bajet untuk berbuka dengan family lebih sikit. hehe. sebab tengok suami dari belum puasa lagi dah bertungkus-lumus kerja itu ini. kira reward lah sikit khen. ada lah survey beberapa yang best. tapi, yang satu ni, yuyu nak share sikit dengan korang.

sebab dia MURAH, BANYAK PILIHAN & MENARIK! di mana? haa..

selamat datang ke:

9, Jalan Kedondong, 
Off Jalan Ampang Hilir
55100, Kuala Lumpur
 017-2250705/016-8868311
Waze : 9Kedondong

terima kasih  team 9Kedondong sudi invite yuyu satu family untuk berbuka pre-Ramadhan itu hari :')

© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.