MOMMA Pregolact Milkbooster Untuk Ibu Menyusu & Mengandung.

Sunday, April 30, 2017

Assalamualaikum 

ish. sebenarnya, eksaited ni nak bagitau dah habis pantang. hehe. best wey. walaupun yuyu ni takdak la hardcore pun bab-bab pantang, siap kena keluar beli ayam lagi kat Tesco masa 10hari, tapi bila dah nama pantang ni, tetap banyak benda juga kan kena jaga. habis ja pantang tu, hoi! MERDEKA habis!

ya laa. sepanjang tempoh pantang, kerja yuyu ni mengadap anak, main Instagram sampai muak bijik mata, layan Habib lepas tu menyusu Affan. menyusu Affan. menyusu. menyusu. menyusu... mimpi pun mimpi menyusu dia --'

haa. alang-alang bercerita pasal menyusu. Affan ni antara bayi yang, masyaAllah, kuat betoi menyusu. dia boleh menyusu walaupun dia dah kenyang, sampai muak pun dia nak menyusu lagi. jadi, ada dak baby korang yang spesis baby yuyu juga?

syukur lah depa nak menyusu kann. tapi, ada juga mommies yang stress fikir macam mana nak banyakkan stock susu, pantang baru habis, tapi stock susu secoet. eh. macam mana nak pi kerja dengan tenang ni. nanti dok kat office, tapi hati dok stress anak cukup ka susu kat rumah tu kan. aah. ramai mommies macam ni.

okay, yuyu bantu sikit. lepas ni mommies jangan risau sangat. boleh try milkbooster ni haa...


Formula Using Nutritious Goat's Milk for Conceiving, Expecting and Lactating Mother


Great Creation | Wedding Planner Terbaik

Sunday, April 16, 2017

Assalamualaikum

Great Creation ni, takpayah bagitau banyak-banyak pun, takpa kan? eh. femes kott depa ni. gila hang tak kenai. kalau cakap pasal wedding planner, mesti kepala otak terus keluaq pasal Great Creation. hehe. yuyu pun macam tu :p

penting ka wedding planner ni? mesti lah SANGAT PENTING! kita bukan jenis satu kampung datang merewang kat rumah dah. bukan zaman mak yang lah buat pelamin, makngah buat meja beradab, paklong susun khemah dengan geng masjid, adik bungsu pinjam DSLR kawan jadi photographer terjun, jiran sebelah pulak macam nak taknak je tolong lipat kad kahwin.

 mampu ke buat sendiri cenggini? -_-


Aktiviti Berpantang, Shopping Online 11Street.

Wednesday, April 5, 2017

Assalamualaikum

alahh. baru pantang 22 hari, dah rasa nak keluaq jalan-jalan dah. setiap hari dok mengadap benda yang sama. dinding bilik, tivi, henpon. naik jemu mak nak. lagi 22hari oi. jadi, apa saja aktivi yang boleh hilangkan boring ni, ada ke tidak?

ish. mesti lah ada!

shopping lah 24jam. lulz. nak pi IOICity Mall ka Mid Valley macam selalu tak boleh, kang bentan pulek, jadi, hadap lah online shopping. lagi-lagi la ni tengah ada sale teramat besaran di 11street, aku pulun lah mencari apa saja yang murah ni. stress pulak dok fikir mana satu nak beli. akhirnya, dapat apa? nih:

Naelofar Hijab wehhh! RM39 ja. adoi. kang beli juga semua kaler. -_-

CopyRight © | Theme Designed By Hello Manhattan