December 31, 2017

Huggies Hug2Hug. Kontes Mudah Menang Travel

4 comments
Assalamualaikum

Dulu masa tak kahwin lagi, tak ada anak lagi, selalu terfikir, kenapalah mak sayang sangat dan selalu buat apa saja untuk kami (adik-beradik), dan macam mana lah perasan mak-mak kan yang selalu meletakkan anak-anak sebagai nombor satu.

Hello, yuyu ni dan lah degil kalah firaun, adik yuyu Yasmin manja mengada eh macam nak lempang, adik yuyu Akmal pulak malasnya nak belajar tau nak main saja, tapi mak tetap cara mak, sayang kami yang sungguh. 

Bila yuyu dah kahwin, Alhamdulillah, dapat Habib, 3 tahun 2 bulan, Affan, 9 bulan, ya Allah, baru faham perasaan tu. 

December 30, 2017

RESEPI BBQ Chicken with Classic Hand Tossed Crust Pizza

3 comments
Assalamualaikum

Dua bulan lepas, yuyu banyak sangat attend event. Hampir setiap hari yuyu ada event, meeting, appointment. Alhamdulillah. Bila dah hujung tahun ni, kurang lah sikit, mesti lah orang nak tutup akaun khenn. 

Jadi, dah free ni, yuyu ajak Habib buat pizza. Pizza adalah menu yang paling Habib suka sangat ajak yuyu buat. Paling dia suka adalah letak herbs, carikkan ayam & uli doh. Dapur akan semak lah, (of course), tapi asalkan anak-anak suka masuk dapur.

Kali ni, yuyu try BBQ Chicken with Classic Hand Tossed Crust Pizza. Ni adalah favorite suami, dia memang suka apa-apa yang berkaitan BBQ & black-paper. Alang-alang, yuyu memang ada McCormick Vintage Smokehouse BBQ Sauce tu, bukan saja sedap untuk marinate, dipping atau sauce, sedap juga untuk jadikan topping pizza. 


Okay, jom yuyu share dari bahan-bahan hinggalah cara buat. 

December 21, 2017

Ami Vitamin Skincare, Untuk Kulit Flawless

4 comments
Assalamualaikum 

Skincare untuk mencerahkan sangat famous kalau di Asia. Syukur sangat yuyu memang orang Asia, dan skincare untuk mencerahkan ni, tak susah langsung nak cari. Lagi-lagi di Malaysia. Paling hot sekarang boleh kita cuba:

Ami Vitamin Skincare
Enriched with Vitamin C, Glutathione & Astaxanthin

Kalau korang sedang mencari skincare untuk mencerahkan, boleh lah lepas ni try Ami Vitamin Skincare. Sebenarnya, Ami Vitamin Skincare bukan setakat untuk membantu kulit untuk tampak lebih cerah, tapi, membantu juga untuk:
  • memudarkan parut jerawat
  • tona kulit lebih sekata
  • melembutkan whitehead
  • menghilangkan jerawat
  • melambatkan proses penuaan
  • melindungi daripada UV
  • mengurangkan kedut
*berdasarkan daripada testimoni & kebaikan bahan*

December 19, 2017

RESEPI Basil Crepes with Caramelized Banana

10 comments
Assalamualaikum

Jangan ingat ni resepi lempeng biasa-biasa tau. Masa Chef Collin cakap nak buat lempeng, eh, takkan lempeng ja kot chef. Sekali tengok resepi, rupanya Basil Crepes with Caramelized Banana atau Lempeng Selasih dengan Pisang Gula Hangus.

Ya Allah, serius korang, memang sedap sangat. First time try masak, first time makan, memang balik dari event McCormick & Chefology tu, terus esoknya yuyu buatkan sarapan untuk family. Menjilat jari semua makan. Sedapppp

Okay, jom yuyu bagitau resepi dia, supaya yuyu sendiri tak terlupa cara buat dia, sambil korang pun boleh try di rumah. Simple sangat.


December 18, 2017

Menang Pertandingan Memasak Dengan McCormick & Chefology

10 comments
Assalamualaikum

Sejak jadi mak-mak ni, banyak pulak invitation untuk event masak-masak. Alahai, bahagia betul hati. Kau bagi lah event masak 10kali sehari pun, yuyu relaaa....

Latest event adalah di The Cooking House, anjuran McCormick & Chefology. *jerit dalam bantal!* Sukanyaaaa! McCormick memang  banyak betul kat rumah yuyu ni, lagi-lagi herbs. Syurganya hati! Ada pulak Chefology cooking ware, korang tau lah kan macam mana bestnya semua periuk belanga dia, tapi yang baru ni, nanti yuyu cerita, best nak matik!

Main highlight kali ni adalah product dari McCormick & pan dari Chefology ni.

December 13, 2017

4th Anniversary Yuyu Zulaikha ♥ Izwan Safuan

9 comments
Assalamualaikum

13/12/2017 Jumaat 8:30pm

Macam mana kami sambut anniversary kami hari ni? Mesti sweet-sweet bersemut sampai kencing manis kan? Okay lah, mari yuyu ceritakan celebration yang paling 'manis' kami sempena empat tahun kami jadi suami isteri...

Sweet sungguh --'

December 10, 2017

Baking Dengan Panasonic Oven Baru

11 comments
Assalamualaikum


Sebab ramai sangat tanya, yuyu pakai oven apa, apesal menarik sangat oven yuyu, ok, entry ni yuyu cerita dulu, event baking menggunakan oven menarik-tertarik Panasonic yang yuyu join hari tu. Seronok nak mampos, lagi-lagi oven menarik-tertarik tu terus dapat kat kami. 

Tidur peluk oven Panasonic, seminggu.

Masa event tu, ada Chef Collin Lim dari The Cooking House guide kami untuk baking guna oven Panasonic tu. Kami? Sebab ada beberapa lagi yang join contohnya daripada Masterchef, food blogger, & parenting blogger. Segan silu ni, sah-sah lah aku yang paling noob bab-bab baking.

December 7, 2017

McCafe Untuk Coffee Lover

12 comments
Assalamualaikum

Sapa coffee lover di sini, jom lompat bintang dopblas kali! Yuyu bukan lah hardcore coffee lover,  yang bangun tidur wajib bantai coffee, yuyu jenis yang hirup secawan je boleh, lebih je, terus tak berasap dapur, kepeningan satu hari, tapi suka kopi, tapi tak boleh minum banyak. Macam mana tu? 😒


Coffee lover wajib baca entry ni sampai habis, k!


November 16, 2017

Happy 3rd Birthday Habib Muhammad | Part 1

14 comments
Assalamualaikum

Happy 3rd Birthday Habib Muhammad, anak sulung soleh ibu!


Justice League tak lama dah, 16November ni kan, dah ready ke belum? Habib ni peminat tegar superheroes semua tu, sebab tu lah kali ni birthday celebration untuk Habib bertemakan Justice League.

Ok, sebetulnya 10Oktober hari tu, tapi baru saja dapat gambar & video penuh, haa, terus ibu rasa menggelupur nak share di belog. Penting, mana tahu 10 tahun lagi, Habib boleh baca, biar Habib nangis terharu. Mana tau, boleh juga bagi inspirasi untuk parent di luar sana yang stress dengan tema-apa-pulak-aku-nak-buat-kat-anak-aku-ni.

November 15, 2017

Brick or Treat Legoland

10 comments
Assalamualaikum

Kali ni, kali ke dua ke Legoland. Kalau Jun hari tu yuyu satu family pi untuk celebrate Star Wars 40th Anniversary, dia punya best tu sampai ke hari ni dapat rasa. Meriahnya time marching parade tu, bukan setakat dari Malaysia, tapi seluruh Asia datang celebrate juga di Legoland. Jadi, faham kan dia punya meriah tu macam mana?

Kali ni, yuyu satu family juga ke Legoland untuk celebrate Halloween! yaiy! Sebelum ni pernah layan Halloween dengan suami kat tempat kerja dia je. huhu 

20/10/2017 Jumaat, kali bertolak dari Puchong ke Legoland. Perjalanan ambil masa sepatutnya 3jam30minit, tapi sebab cuaca sangat panas terik, kitorang buka aircond dalam kereta pun tetap rasa bahang, anak-anak asyik meragam, jadi, perjalanan pun jadi 4jam lebih.

Kami sampai pukul 1.45pm di Legoland. Huyyo! Awai! Apa nak buat, nak check-in pun kena tunggu pukul 4pm, tapi takpa, sebab lobby hotel sangat selesa, siap ada tempat untuk anak-anak main kan, hari tu pulak Halloween, jadi, bersepah staf Legoland dengan costume hantu. 


Sementara tunggu masuk bilik. Lepak di lobby yang riangriahariraya ni dulu

November 11, 2017

Marvel's Spider-Man GIVEAWAY!

7 comments
Assalamualaikum

Yuyu syak Peter Parker datang rumah yuyu semalam, sebab dia tertinggal ni di rumah. hmm 

Siap tinggal surat

Hehe. Sebenarnya, ini adalah kolaborasi yuyu dengan Marvel untuk GIVEAWAY kali ni! Yaiy! Mesti hadiah dia best-best kan. Yes, memang best, bila tengok hadiah dia, hoish, macam nak simpan kedekut taknak kasik korang pun ada. 

November 10, 2017

Juri Untuk McDonald's Storytelling Contest 2017 - Putrajaya

13 comments
Assalamualaikum


Aww. Rasa terharu tak habis lagi, thanks McDonald's sudi jemput yuyu sekali lagi untuk jadi judge McDonald's Storytelling Contest. Yang tahun lepas boleh baca di sini [LINK], dan sekali lagi, yuyu jadi juri di McDonald's Putraya.

Yuyu sangat berbesar hati, sebab yuyu memang suka sangat tengok keletah anak-anak kecik bercerita, dan bila tengok ja dorang, terus rasa semangat nak balik rumah, suruh Habib practice untuk contest tahun depan. lol. potty training pun tak lepas lagi. :p

Ok. Contest dianggarkan bermula pada 10pagi, tapi semua contestant awal-awal lagi dah sampai. Ada yang chillek dulu makan Double Cheese Burger dengan parent, ada yang duduk hujung sudut hafal cerita, ada juga yang tengah mula pakai costume. 

October 25, 2017

Blogger Vs Kerja.

54 comments
Assalamualaikum

Ada yang tanya yuyu, kenapa yuyu tak kerja? Sayangnya dah ada degree, ko tak kerja, dok rumah ja.

Ha? Tak kerja? Habis tu yang yuyu buat selama ni, dipanggil 'buang masa' ke?

Okay lah, macam ni. Dulu masa kecik, yuyu bercita-cita nak jadi Miss World (kah! muntah gulai ayam makan tadi). Lepas tu, bila darjah enam, baru sedar diri yang muka pun muka jawa, tinggi pun separuh daripada requirement Miss World, yuyu pun patah hati, dan terpaksa rela mencari cita-cita baru. Dari nak jadi Miss World, terus teringin nak jadi Ustazah, tak pun motivator.

 Besaq nanti, suruh dorang baca entry ni, biar nangis dorang enam malam 😛


October 20, 2017

1st SouthEast Asia Hot Wheels Epic Championship

5 comments
Assalamualaikum

Habib adalah sejenis kanak-kanak yang suka kenderaan, tapi paling suka kereta. Tak lah, dia tak suka, dia obses! Sampaikan dia baru setahun, dia suka sangat duduk lama-lama tengok Hot Wheels kat rak Toys'RUs. Setiap kali melintas bahagian Hot Wheels, terus dia macam wahhhhhh... Jadi, mainan dia banyak pun lebih kepada kereta. Hot Wheels lah semestinya. Beli sikit-sikit lama-lama jadi bukit kat rumah ni.

Baru ni, ada exhibition Hot Wheels sempena 1st SouthEast Asia Hot Wheels Epic Championship di Sunway Pyramid, jadi, kita-kita ni boleh lah tengok-tengok sendiri track-track terbaru yang mencabar dan best kat sana.

Tapi, paling penting kita kena tahu, mommies yang free, boleh lah bawa anak-anak tengok grand finale 1st SouthEast Asia Hot Wheels Epic Championship di Blue Concourse Sunway Pyramid 21/Oktober/2017 yakni Sabtu ni okay. 


Menjerit-jerit dia bagitau sama Batman Car macam dia punya. --'


Okay, apa 1st SouthEast Asia Hot Wheels Epic Championship ni?

October 19, 2017

Paling Penting Untuk Anak

2 comments
Assalamualaikum

Ingat lagi dulu masa awal-awal dapat tahu yuyu pregnant, kalau boleh, semua benda nak beli. Perut baru enam bulan, dah ada set lengkap baby dari atas sampai bawah ok! Siap sippy cup pun ada. Apehal weh pompuan ni. --'

Bila dah bersalin, malam ke dua kat hospital, tiba-tiba Habib nangis yang amat-amat-amat. Bagi susu taknak. Bagi tidur taknak. Dodoi pun taknak. Habis tu dia nak apa? Maka, si ibu pun berlawan menangis lah dengan anak. Lepas satu, satu, satu nure datang tengok.


"Awak ada minyak untuk anak tak? Minyak Yu Yee ke?"

MINYAK YU YEE!

Ya Allah, dalam banyak-banyak barang aku sedia dari perut enam bulan sampai anak dah beranak, bergunung-gunung barang anak aku beli, minyak Yu Yee Cap Limau yang amat penting tu lah pulak aku lupa beli. Apa ni? Apa ni? Anak dah nangis dah ni 😭

October 11, 2017

CLUB MICKEY MOUSE | GIVEAWAY

6 comments
Assalamualaikum

Hari Jumaat adalah hari yang sangat menggembirakan! Apa yang sangat best untuk parent & anak-anak?

Ish. Mak-mak dah join ke dengan anak-anak "Club Mickey Mouse". Alahh. Sayangnya kalau belum, tak mengekek gelak lah. Hehe. Jom lah join yuyu, setiap Jumaat, 1.30petang, terus buka Disney channel Astro 615, kita tengok Club Mickey Mouse.

Buat kali pertamanya, Club Mickey Mouse bersiaran di Malaysia yang sarat dengan komedi, lagu, games & penampilan selebriti. Club Mickey Mouse ni bukan saja anak-anak suka, malah yuyu sekeluarga pun suka. Sesuai untuk seisi keluarga. 

Kalau yuyu, paling suka perangai Mouseketeer Gabriel. Ya Allah, ada-ada saja perangai budak ni. Huhu. Korang suka Mouseketeers mana?

Okay lah, entry ni bukan saja-saja tau, Yuyu & Club Mickey Mouse nak bagi untuk mak-mak/pak-pak yang bertuah. Sebab apa bertuah? Sebab tengok lah hadiah dia, padahal kontes ni sangat simple. Macam mana nak join?


1 x Club Mickey Mouse paperbag
1 x Club Mickey Mouse notebook
1 x Club Mickey Mouse bluetooth headset

October 10, 2017

Susu Untuk Habib | Enfagrow A+

7 comments
Assalamualaikum

Susu formula apa paling bagus untuk anak-anak? Mommies sebelum bagi anak, ada buat survey dulu tak? Ke main beli saja asal nampak berbaloi & selalu keluar tivi?

Bukan senang kan nak cari susu untuk anak ni. Macam-macam benda kena ambik tahu. Dari khasiat, sampai lah ke selera tekak anak kita. Ingatkan senang macam nak pilih baju ke. Yuyu ni, dah try banyak brand untuk Habib.

Lepas tu, sesi survey susu formula yang sesuai untuk Habib pun bermula. Dari satu ke satu brand dia kena cuba. Eh, tak senang ok. Ada yang dia minum terus geli taknak dah, ada yang dia suka sangat tapi tinggi gula, ada pula yang khasiat hmm biasa-biasa ja.

Jadi, susu apa ja yang ok kan? Akhirnya, biar yuyu decide, yang terbaik untuk Habib adalah ENFAGROW A+

suka bila setiap pagi, petang, malam dia minta "ibu nak A+, nak A+!"


Kenapa akhirnya ENFAGROW A+?

October 3, 2017

Pengalaman Beli Dengan CJ WOW Shop

7 comments
Assalamualaikum

Ini yang malas tengok tivi ni. Setiap kali tengok tivi, nampak CJ WOW Shop, halahhhh, tak tahan betul keimanan nih! Hari tu tengok CJ WOW Shop promote mop, hoi, dia punya power tu sampai tak menahan nak beli. Habis kalau beli, mop kat rumah sampai dua dah ni, sapa nak pakai. Pfft 

Setiap kali tengok CJ WOW Shop, bergetar kad bank aku. Setiap kali, ok. --'

Kali ni memang tak tahan dah, tengok segmen untuk Coocan Diamond Pan, inilah masanya untuk bersihkan dapur dari periuk-belanga tradisional, supaya boleh letak periuk-belanga zaman sekarang, yang tak melekat dah telur bila goreng, yang tak payah guna minyak segelen dah bila goreng ayam, yang masak sayur cun-cun cantik semua.

Yang paling penting, yang buatkan makin rajin nak masak. Ehem.

*ini point yuyu bagitau kat husband, dan ini menjadi*
**korang boleh juga guna point-point tu. tehee. Good luck**

Lepas tu, sehari selepas terima Coocan Diamond Pan tu, hoi, terus tanya suami nak yuyu masak special apa. Cakap saja, nak masakan Thai? Barat? Timur Tengah? Korea? Jepun? Cekodok saja? Tapi, yang dia nak, cuma Gulai Daging Berkentang. Alaa. Baru nak masak melampau-lampau sikit....

Jadi, yuyu share sikit Resepi Gulai Daging Berkentang, cara yuyu. Sebab apa cara yuyu? Sebab yuyu tengok banyak sangat cara yang berbeza kalau nak masak gulai ni. Ada yang letak asam lah, ada yang campur serbuk kari dengan air lah. Malah, cara yuyu pun berbeza, tapi tetap rasa mesti lebih kurang juga dengan gulai orang lain. Hehe

Cuma, kali ni, gulai berkentang, suami suka sungguh kalau gulai yuyu berkentang, katanya, lebih 'gulai'.


Bahan-bahan Gulai Daging Berkentang
Simple je kan bahan-bahan dia.

September 12, 2017

Minggu Demam Sekeluarga

20 comments
Assalamualaikum

Sambil taip entry baru ni, sambil mata rasa macam nak tutup saja, hidung gatal, badan lemah. Bersokseksoksek dengan air hidung. Seminggu ni, memang minggu tak sihat kami satu keluarga. Dari Affan sampailah yuyu sendiri demam selsema.

Kifarah dosa, insyaAllah.

Mulanya, emak mai rumah, dengan demam selsema. Yuyu dah tak sedap hati dah, tengok emak asyik dukung Affan & Habib, siap peluk cium. Kang ada juga berjangkit ni, tapi, insyaAllah takdak apa-apa kot, sedapkan hati.

Stock lemon dalam peti sejuk, belambak-lambak, untuk mandi lemon. Minggu ni, kami satu family memang bau lemon je la :p

September 8, 2017

Habib & Demam Tinggi

10 comments
Assalamualaikum

Dah lama Habib tak demam teruk. Bulan lepas pun macam demam acah-acah ja. Suhu dalam 37.5 celsius, tapi kali ni check semalam 38 celsius, check pulak lagi hoi, naik terus 39.1celsius. Ya Allah, ibu tak boleh buat apa dah ni. Makan pun apa yang ada ja.

Banyak yang bagi petua, tapi masalahnya semua petua tradisional, daun betik lah, daun bunga raya lah, air asam lah, celah mana nak cari semua tu, walaupun yuyu punya rumah teres corner lot, tapi halaman yang ada tu penuh dengan rumput saja. Time ni terus rasa menyesal kenapa aku tak tanam bunga raya, pokok betik ke. 

 Apapun taknak 😢

August 25, 2017

Makanan Korea Halal. Mana Nak Dapat?

5 comments
Assalamualaikum

Kami laki bini, spesis pasangan kerja sendiri, kerja kat rumah. Sweet tak? Jangan lah muntah warna warni pulak. Point dia bukan nak cerita pasal sweet, tapi nak cerita, weh, boring tau mengadap muka sama setiap masa. Haha.

Jadi, marilah sayang, kita pergi Halfest kat The Mines, kot-kot lah ada makanan baru kita boleh penuhkan lemari, kita makan tester/sample sampai kenyang, save bajet dinner, kata nak travel hujung tahun. lulz

Ini adalah kali pertama yuyu nak jalan-jalan di Halfest. Sebelum ni, asyik tengok Chef Wan update di Instagram dia saja, lepas tu kawan-kawan bawa balik makanan rare, selfie upload di Facebook. Eh, tahun ni, nekad nak pi juga Halfest!

Awal-awal terus pi booth 530. Nak cari makanan Korea Halal punya pasal. tak kira! tak kira!

August 18, 2017

Plan Hujung Minggu

9 comments
Assalamualaikum

Salam Jumaat. Eh, tak sabar pulak nak tunggu weekend. Esok ja pun. Kalau zaman belajar dulu, weekend ja wajib ada di Mid Valley. Rasa market habis, ok. Belinya tak pun. Penat ja yang dapat, duit habis tahan taxi & naik KTM. Tak faham macam mana sanggup lepak Mid Valley setiap weekend dulu --'

Bila dah ada family ni, kalau boleh nak pergi mall ni, tobat aku malas nak pi time weekend. Tak sanggup berhimpit dengan orang ramai, bersesak nak order makanan, susah cari parking, belum lagi kes nak kat surau, nak tunggu giliran solat pun macam tunggu tarikh kiamat.

tapi esok ada event Thomas and Friends lah. 


August 17, 2017

Apa Impian Yang Dah Tercapai?

20 comments
Assalamualaikum

Tahun ni yuyu dah 28tahun. Rasa awkward ok umur ni. Best memang best, tapi, hmm, macam takut pun ada, tau tau dah nak masuk 30an. 

Yuyu ingat lagi, kecik-kecik dulu, yuyu suka sangat tengok kakak-kakak kat kampung yuyu pakai baju cantik-cantik galas handbag lawa, ada kereta sendiri, takpayah pergi sekolah, lepas tu pagi-pagi berebut keluar kerja. Masa tu nak ja cepat jadi besar. Tolong lah ALLAH. Apehal lama sangat, aku ni baru enam tahun.

ambik gambar dari tepi, taknampak pipi terlebih isipadu sangat. tehee


August 15, 2017

Dua Hari Satu Malam di Legoland

6 comments
Assalamualaikum

Best juga kalau sekali sekala kita curi masa bawa anak-anak travel. Tak perlu pun sampai ke overseas. Hello, dalam Malaysia pun ada banyak tempat yang kita tak sampai lagi, ok. Mana yuyu pernah lagi pergi Kundasang yang orang kata macam New Zealand tu, Kelantan pun tak pernah sampai...*nangisdiamdiam*

Tiba-tiba dapat pula kerja + bercuti di LEGOLAND! Alhamdulillah. macam nak tampar dinding happy dia! #ntahpape


Akhirnya, bila pi sana, banyak sangat ambik gambar, tapi banyak share di Instagram saja. Lepas tu, ramai pulak PM/DM/komen tanya pasal Legoland. Best ke tak? Berapa rate di sana? Berbaloi tak? Alaa, rasa serba salah pula tak tulis entry pasal tu, macam seronok sorang-sorang ja kan.

Harapya, dapatlah gambaran betapa happynya yuyu sekeluarga di Legoland ni. Kita sama-sama share happy tu, ok.😍

August 14, 2017

RESEPI Bubur Cha Cha Keledek

8 comments
Assalamualaikum

Lama dah tak share apa-apa resepi, kan? Setiap kali masak, setiap kali tu lah teringin nak share resepi, tapi, biasa lah, semua benda nak cepat, nak ambik gambar pun tak sempat. Kali ni, bila rilek sikit, lunch kat luar, makan petang ja buat sendiri, masak pun santai, baru lah ada peluang nak bergambar.

Kalau tak... hmm

Raya hari tu, mak sedara yuyu ada buat Bubur Cha Cha ni. Amboi. Sedap dia kemahen! Dia pulak bagi satu bekas ja, berebut yuyu dengan adik. Macam taknak share pun ada. Huhu. Memang teringat juga balik saja Puchong, nak terus buat, petang Sabtu hari tu baru ada semua bahan lengkap untuk buat, kena pula hari tu tak sibuk.

Suami yuyu pula memang suka keledek, jadi, untuk kali ni, Bubur Cha Cha yang yuyu buat, yuyu letak banyak keledek oren tu. Hoi, lagi lah bertambah lemak manis dia. Ok lah, jom kita mula:

Bahan-bahan:

2 cawan Cha-cha (direbus dan ditoskan)
1 cawan sagu (direbus dan ditoskan)
11 sudu gula (ikut selera manis sendiri)
3 batang ubi keledek oren
1 ketul gula melaka
2 helai pandan
1 kotak santan
Air secukupnya

August 3, 2017

Menang Honda Jazz Dengan #JOMSIMPANRESITKK

27 comments
Assalamualaikum

Selalunya, aktiviti yuyu setiap minggu, kami akan ke supermarket, cari barang rumah. Nak lengkapkan dari barang dapur, sampailah ke toiletries. Masa ni, resit akan jadi panjang. Wallet menipis. ber huhuhu lah seorang diri dalam hati :p

 kalau sampai KK Super Mart, Habib akan terus lari ke bahagian coklat ada kereta. tengok lepas tu buat muka kesian. 


Tapi minggu ni, ada benda yang yuyu nak kongsi sangat. Kalau sebelum ni, alah, malas betul lah nak beli barang, nanti tengok resit panjang, tengok wallet nipis lain machiam, sedih sendirian pulek, kali ni takkk...

Yuyu suggest, lepas ni nak beli barang, tolonglah beli di KK Super Mart! Ada dua sebab, kenapa:

August 2, 2017

Diari Ibu : Nifas, Istihadah & Cara Solat

20 comments
Assalamualaikum

Pengalaman bersalin dua anak ni, Alhamdulillah, yuyu dapat dua pengalaman. Masa bersalin Habib dulu, lain sangat dengan pengalaman bersalin Affan. Patutlah orang kata, kalau ada 10 anak, sepuluh-sepuluh dapat lain pengalaman.

Macam tu jugalah pengalaman yuyu dengan darah nifas. Lepas bersalin Habib, tempoh nifas yuyu normal macam ibu-ibu lain, dalam 30++ hari, terus solat macam biasa, dan tak pernah tahu pasal istihadah.

Sekali bila dah lahirkan Affan, nifas yuyu sampai Affan hampir tiga bulan. Selang 29hari, datang balik dalam sejam, lepas tu berselang berberapa hari pula. Lama kan? Bayangkan macam mana yuyu nak solat & emosi yuyu, aku ni normal ke atau penyakit apa, ke aku kanser? Nangis, tak sanggup bayang Habib & Affan duduk dengan ibu baru. Over ok ibu dorang ni.

Jangan kecam sis, sis nak share ilmu & pengalaman je 😛

July 20, 2017

Radiance Signature BRILLANT Review

9 comments
Assalamualaikum

Yuyu tak pasti lah rutin korang macam mana, tapi kalau yuyu sendiri, yuyu akan pastikan suplimen adalah benda WAJIB. Ada yang jenis rutin dia dengan jamu, ada juga "jamu modern", ada yang multivitamin, eh, tak kisahlah, asalkan untuk kecantikan dan kesihatan.

Kepentingan suplimen, memang orang tak nampak sekarang, esok lusa bila dah kertu sikit, mula la gelabah sorang-sorang nak menyalahkan takdir. Nak buat macam mana, ini kan takdir Allah s.w.t kepada hamba-Nya yang bersabar. Alahai, berusahanya taknak.

Memang. Memang lah healthy food, healthy lifestyle pun dah ok, tapi ni macam extra untuk nak ok lah. Kalau rutin muka, kita pakai skincare, tapi untuk badan, hmm, tak ambik. Pelik. Kenapa?

Jadi, bermula dari hari ini, ya tuan-tuan puan-puan sekalian, bermula saat ini juga, cepatlah survey suplimen terbaik, ok? Sebelum survey, apa kata pertimbangkan cadangan suplimen terbaik ni. Tolong ya. Sebab ramai feedback puas hati sangat, lepas tu kemunculan dia dipersetujui ramai.

Sapa dia?



July 12, 2017

Rendah, Diejek & Penyelesaian

21 comments
Assalamualaikum

Selamat Hari Raya. 

Pusat dah terjojol ke overdose makan lemang? Baju raya hari tu muat lagi tak? Dengar kata bantai laksa 11 pinggan lepas tu tak paham-paham basuh pinggan sendiri. Kalau tak dah melebar, mohon stress siap-siap, ni Raya Haji dah nak dekat dah. Takut nanti sampai Syawal tahun depan dok menyesal lagi. ihik

Tak lah. Entry kali ni bukan nak upload gambar #OOTD baju raya pun, sebab ada beberapa baju raya yang tak pakai lagi. hehe. Tunggu sat na. Entry kali ni, nak reply satu email yang lama dah tak reply. Kali ni baru ada idea nak reply.

aww. semoga awak kuat ya lepas ni

July 8, 2017

PUMP IT | Milkbooster Sapu Ja

11 comments
Assalamualaikum

Baiklah. Cabaran satu hari satu entry dah gagal. Last entry, minggu lepas kot. Pfft. Apa ni. Apa ni --' Okay lah, sebab dah gagal, jadi kali ni yuyu update juga, tapi khas untuk ibu-ibu yang tercari sangat milkbooster, lepas tu selalu bermonolog dalaman.

"takde ke milkbooster yang aku takpayah telan. dilema betul nak telan tablet ni."

Setiap hari juga, ibu-ibu bertarung dengan terlupa nak makan milkbooster. Dah set alarm pukul 11, time tu juga lah anak tarik kain mintak layan sat. tau tau lupa makan/minum milkbooter. Tau-tau dah kempis, susu secoet tinggal sebab kepenatan sepanjang hari.

Alahai. Pernah rasa kan situasi berat macam ni? Lepas tu nak buat macam mana?

Macam ni lah, ibu-ibu, senang cerita, kita try pulak milkbooster spesis paling membantu. Yuyu baru je jumpa hari tu masa pergi mommy_baby_nursing fair. Kalau selalu kita beli milkbooster jenis serbuk, susu, atau kemam tablet, yang ni jenis SAPU sahaja.

senang anak nak menyusu bagai juara

June 23, 2017

Entry Sebelum Cuti Raya

18 comments
Assalamualaikum

Korang dah kat kampung ke? Yuyu baru nak kemas luggage ni ha. Baju pun kat penyidai lagi. hahahahahahaha. --' *larinangistepirakbuku*

Tahun ni, kami plan awal-awal dah, tahun beraya di Batu Gajah & Bidor. Sebelah suami lah pulak. Plannya juga nak balik kampung dua hari sebelum raya, tapi, hari ni dua hari sebelum raya ni, baju baru basuh, orang baru datang kemas rumah, luggage tak siap lagi. Tengok pulak waze, alahaiii .... (tidak lebih dari 18patah perkataan)

Ini nak balik ke tak sebenarnya? Padahal kan, masa awal puasa hari tu, dah excited dah nak buat samperit lah, mazola lah, siap bookmarked terus resepi blog kak Azlita, akhirnya, kuih tunjuk ja yang mampu buat. Baru nak uli tepung, dah kena uli anak sendiri. Habis terus tenaga ibu ni. 

Baiklah, untuk entry ni, yuyu cuma nak, ucapkan:

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin
Dari yuyu sekeluarga. semoga Ramadhan & Syawal yang bakal tiba ni, akan menjadi moment indah yang diberkati Allah s.w.t. Amin. Minta maaf kalau ada salah silap & halalkan semuanya.


Terima kasih sudi baca :)

June 12, 2017

Hujung Minggu dengan Festira'17

16 comments
Assalamualaikum

Salam Nuzul Quran!

sementara tengah cuti ni, email client tak masuk banyak, lebih baik yuyu share sikit pengalaman yuyu di Festira'17. survey siap-siap baju raya satu family, kuih raya, sambil tengok performance di setiap FESTIRA'17. yang dimaksudkan 'setiap' tu, adalah di: 
  1. SACC Mall
  2. Kompleks PKNS Shah Alam
  3. Kompleks PKNS Bangi
haa. semangat dak? :p

tak sure muka tu nak cari baju raya ke nak cari gaduh --'

June 8, 2017

Diari Ibu : Karenah Anak-Anak

21 comments
Assalamualaikum

sementara dua-dua anak tengah tidoq, ibu kalutkan diri buat entry baru. nanti kalau dah dua-dua bangun, ibu hanya mampu bertawakal kepada-Nya agar diberi kekuatan mental dan fizikal sahaja. nasiblah kecik lagi. --'

sebelum ni kalau tengok orang update pasal karenah anak-anak dorang yang kecik lagi, getus hati ni "ala, budak-budak, biasa lah, sabar ja la". ambik hang! bila dah ada dua anak yang masih kecik, baru lah tahu erti kesabaran sebenar. ini baru dua, entah macam mana la mak-mak yang ada anak kecik tiga empat lima tu. tabik spring sambil sengseng lengan baju. penat.

terbeliak bijik mata anak ibu!

June 7, 2017

Pelancaran FESTIRA'17.

6 comments
Assalamualaikum

baru ni, yuyu dijemput untuk ke majlis pelancaran Festira'17 (Festival Ramadhan 2017) di SACC Mall (Shah Alam Convention Center Mall). event launching ni sebelum puasa lagi, tapi sekarang baru nak share dengan korang, sebab rasa macam kali ni baru waktu sesuai orang tengah menggelabah nak tahu bab-bab 'Raya'.


Festira'17 ni berlansung sepanjang Ramadhan ni sahaja. lepas bulan ni, habis lah. sebabnya, Festira adalah festival yang mana dibuat oleh PKNS untuk memudahkan kita untuk mencari keperluan raya. contohnya kuih raya, baju raya, dan macam-macam lah berkaitan raya ni.

June 6, 2017

Best Ke Jadi Blogger?

23 comments
Assalamualaikum

eh. mesti lah best. ramai yang tanya apa sebenarnya yang best dengan blogging ni. sebenarnya, blogging ni best kalau blogger tu adalah seorang yang suka menulis, dan berkongsi penulisan dia dengan umum. dah cukup. ada dua benda ni, insyaAllah, dia pasti akan suka blogging.


ada juga yang kata, blogger apa kalau blog pasal merepek. -_-' serius okay pernah orang kata macam tu. benda ni terpulang lah. macam yuyu, yuyu suka share pasal lifestyle yuyu, best ke tak tu, rilek ja, yang penting, ni blog yuyu, dan ni cerita pasal kehidupan yuyu, korang semua dipersilakan untuk baca sesuka hati. tiada paksaan, dan yuyu sangat suka kalau orang baca.

June 1, 2017

Berbuka Puasa di 9Kedondong

6 comments
Assalamualaikum

Salam Ramadhan Karim semua!

okaylah. straight to the point. korang ada plan berbuka dengan family kat mana-mana ka? tahun ni yuyu tolak tepi sikit bajet untuk berbuka dengan family lebih sikit. hehe. sebab tengok suami dari belum puasa lagi dah bertungkus-lumus kerja itu ini. kira reward lah sikit khen. ada lah survey beberapa yang best. tapi, yang satu ni, yuyu nak share sikit dengan korang.

sebab dia MURAH, BANYAK PILIHAN & MENARIK! di mana? haa..

selamat datang ke:

9, Jalan Kedondong, 
Off Jalan Ampang Hilir
55100, Kuala Lumpur
 017-2250705/016-8868311
Waze : 9Kedondong

terima kasih  team 9Kedondong sudi invite yuyu satu family untuk berbuka pre-Ramadhan itu hari :')

May 27, 2017

Welcome to My Modern Parenthood

3 comments
Assalamualaikum


Welcome to My Modern Parenthood


siap senyum telinga-ke-telinga okay. life sekarang dah ada 'bantuan' paling terbaik!


April 30, 2017

MOMMA Pregolact Milkbooster Untuk Ibu Menyusu & Mengandung.

8 comments
Assalamualaikum 

ish. sebenarnya, eksaited ni nak bagitau dah habis pantang. hehe. best wey. walaupun yuyu ni takdak la hardcore pun bab-bab pantang, siap kena keluar beli ayam lagi kat Tesco masa 10hari, tapi bila dah nama pantang ni, tetap banyak benda juga kan kena jaga. habis ja pantang tu, hoi! MERDEKA habis!

ya laa. sepanjang tempoh pantang, kerja yuyu ni mengadap anak, main Instagram sampai muak bijik mata, layan Habib lepas tu menyusu Affan. menyusu Affan. menyusu. menyusu. menyusu... mimpi pun mimpi menyusu dia --'

haa. alang-alang bercerita pasal menyusu. Affan ni antara bayi yang, masyaAllah, kuat betoi menyusu. dia boleh menyusu walaupun dia dah kenyang, sampai muak pun dia nak menyusu lagi. jadi, ada dak baby korang yang spesis baby yuyu juga?

syukur lah depa nak menyusu kann. tapi, ada juga mommies yang stress fikir macam mana nak banyakkan stock susu, pantang baru habis, tapi stock susu secoet. eh. macam mana nak pi kerja dengan tenang ni. nanti dok kat office, tapi hati dok stress anak cukup ka susu kat rumah tu kan. aah. ramai mommies macam ni.

okay, yuyu bantu sikit. lepas ni mommies jangan risau sangat. boleh try milkbooster ni haa...


Formula Using Nutritious Goat's Milk for Conceiving, Expecting and Lactating Mother


April 16, 2017

Great Creation | Wedding Planner Terbaik

8 comments
Assalamualaikum

Great Creation ni, takpayah bagitau banyak-banyak pun, takpa kan? eh. femes kott depa ni. gila hang tak kenai. kalau cakap pasal wedding planner, mesti kepala otak terus keluaq pasal Great Creation. hehe. yuyu pun macam tu :p

penting ka wedding planner ni? mesti lah SANGAT PENTING! kita bukan jenis satu kampung datang merewang kat rumah dah. bukan zaman mak yang lah buat pelamin, makngah buat meja beradab, paklong susun khemah dengan geng masjid, adik bungsu pinjam DSLR kawan jadi photographer terjun, jiran sebelah pulak macam nak taknak je tolong lipat kad kahwin.

 mampu ke buat sendiri cenggini? -_-


April 5, 2017

Aktiviti Berpantang, Shopping Online 11Street.

13 comments
Assalamualaikum

alahh. baru pantang 22 hari, dah rasa nak keluaq jalan-jalan dah. setiap hari dok mengadap benda yang sama. dinding bilik, tivi, henpon. naik jemu mak nak. lagi 22hari oi. jadi, apa saja aktivi yang boleh hilangkan boring ni, ada ke tidak?

ish. mesti lah ada!

shopping lah 24jam. lulz. nak pi IOICity Mall ka Mid Valley macam selalu tak boleh, kang bentan pulek, jadi, hadap lah online shopping. lagi-lagi la ni tengah ada sale teramat besaran di 11street, aku pulun lah mencari apa saja yang murah ni. stress pulak dok fikir mana satu nak beli. akhirnya, dapat apa? nih:

Naelofar Hijab wehhh! RM39 ja. adoi. kang beli juga semua kaler. -_-

March 29, 2017

Diari Ibu : Affan Muhammad

16 comments
Assalamualaikum

hai. ehh. kali ni taip entry takdak rasa baby tendang-tendang dalam perut dah. huhu. Alhamdulillah. yuyu dah selamat bersalin. itu lah pasal dapat update entry baru ni, tengah pantang, banyak lah masa. kann. time ni lah juga berpusu-pusu idea nak update itu ini.

syukur. kali ni, baby boy juga. mempekenalkan...

ambik kauuu. sekali dia keluar ke dunia ni, terus dia scream metal satu dewan bedah :p

March 25, 2017

SKINKARE Premium Saffron Set Review.

3 comments
Assalamualaikum

dah lama dah yuyu tak review pasal product atau skincare kann.. ala. setiap kali nak share dengan korang kat blog, mesti lenguh lah, nak pitam lah, anak kacau lah, contraction lah. haha. sendu betoi. hari ni juga gagahkan diri, sebab dah nak bersalin ni. okay lah..

sekarang ni, macam-macam jenis produk jaga muka (kecantikan) yang local punya kan. eh, belambak-lambak lah kalau yuyu pi Tesco, tengok kat kedai jamu tu. itu baru kat kedai jamu, tak tengok lagi kat Instagram. kalau buka newsfeed Facebook, berduyun sponsored ads pasal product semua ni. jenuh pilih yang betul bagus.

kadang tu pulak, dorang kata bagus, tau-tau, dah berbulan pakai, naik muka, seremmmmm semacam jadinya. macam yang sampai kes viral tu lah. jadi, macam mana nak pilih product yang bagus? 

bagi yuyu, semuanya bergantung kepada nasib juga. cuma baru ni, yuyu ada cuba Malaysian product yang yuyu sendiri berkenan sangat. yuyu sendiri cuba pakai, dan cuba juga stop terus saja untuk test, ada apa effect tak okay tak kalau stop. ternyata, dia sangat selamat dan yuyu puas hati. 


March 11, 2017

Diari Mengandung: Bersalin, Ward & Emosi

23 comments
Assalamualaikum

lama dah tak update apa-apa kat blog. bila dah nak bersalin ni pulak rasa rindu melampau nak menaip itu ini. bagi Habib tengok lagu-lagu Super Simple Song, lepas tu ibu dia pulun terus habiskan satu entry. insyaAllah. itu pun kalau dia tak datang melekat :p

due date yuyu untuk pregnancy kali ni, sepatutnya 29Mac2017. tapi atas sebab-sebab tertentu, seperti tulang pinggul sempit dan pernah berlaku tumpah darah lebih 300ml masa bersalin Habib dulu, jadi, pakar telah sarankan yuyu untuk SEKALI lagi bersalin secara czer. takpa lah. apa-apa pun, yuyu dah redha sangat sekarang. asalkan semuanya selamat kan.


paling ibu sayang ni :'(

January 15, 2017

Diari Mengandung : Recycle

27 comments
Assalamualaikum

sekarang ni, perut dah masuk 7bulan 2minggu lebih. alahai. dalam 2bulan setengah macam tu dah nak bersalin. tak lama dah. insyaAllah. hati ni dup dap dup dap ja. nak kata nervous pun, ya juga, nak kata excited lebih, pun ya juga. seram sejuk mak nakk.

pregnant kali ni, lain banyak dari masa pregnant Habib dulu. lain yang macam gila-gila pun lain lah. mood, emosi, selera, sakit, besar, berat, preparation, alahan. semua benda lah lain. tapi scan ja, baby boy juga. haha. ingatkan ibu ni dapat lah geng sorang. maka, jangan lah percaya dan mengharap sangat dengan mitos orang yang kalau kau alahan lain dari pregnant dulu, maksudnya lain gender.

masalahnya, aku dah mengharap lebih dah hari tu -_-

takpa. yang penting, bersyukur sangat. syukur apa, dapat dua bodyguard, muda-muda ni. huhu.

sempat tau balik Langkawi, jalan-jalan dulu. lepas tu sakit pinggang dua hari. lulz


January 12, 2017

NANO Hyaluron & Collagen Ni Bagus Lah!

6 comments
Assalamualaikum

ingat lagi masa time panas-panas beberapa bulan lepas, ya Allah, nak keluar rumah ja pun fikir dua tiga kali. sudahlah panas. kepala pulak buat hal. menyampah betul kalau kulit kepala start gatal-gatal berminyak. hey. aku pantang nih!

kan kan kan? korang pun mesti ada yang rasa macam ni. stress. tak tau nak habaq apa dah

pernah dulu, konon-konon lewww, pi cari lah shampoo paling mahai kat Watson tu. paling mahai okay. tapi keputusan tetap lah sama. tetap tak sesuai. sudahlah kulit kepala berminyak juga, rambut pulak jadi kejung. hmm. mula lah experimen dengan shampoo lain pulak. dari satu ke satu shampoo yuyu try. tak best weh kalau kulit kepala bermasalah.

bila kulit kepala berminyak ni, memang bagi tekanan hidup lagi-lagi kau pakai tudung. keluaq ja, time tu lah gatai. kang garu, senget pulak shawl. memenatkan lah yang tadi sebelum keluar kau spend masa sejam depan cermin. lepas rambut pulak gugur. nangis tengok buka tudung ja, rambut lekat kat shawl macam aku suka pulak ko lekat kat shawl aku.

bila nak jumpa client paling tak best. kepala gatal. nak garu, eh, segan pulak, tak garu, merenyam satu kepala. agak-agak korang yuyu buat apa?

haa. benda apa yang buat dulu nak keluar rumah pun alahai malas, sekarang konfiden sangat nak keluar rumah. happy!



© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.