December 31, 2016

McDonald Storytelling Contest Sangat Best!

5 comments
Assalamualaikum

rasanya, tak terlambat lagi untuk ucapkan tahniah buat adik Ong Yan Han ni. alahai. tak sangka baru 6tahun, badan secoet je, tapi, bila dia dok kat stage, haa, ambik hangggg! seluruh tenaga, emosi dia bagi weh. serius time tu, kami para audience terpaku dok ternganga ja. :p

sekali lagi, tahniah buat adik:

ONG YAN HAN
dari Pulau Pinang
Grand Prize Winner


muda-muda dah dapat hadiah worth RM70,000 tauu. jeles kak yuyu dik oi. haha. apa pun. tahniah juga kepada semua adik-adik yang menyertai McDonald's Storytelling Contest, bagi kak yuyu, semua menang, sebab semua memang berbakat dan sangat berani.



December 18, 2016

Susu Formula Bayi Paling Murah!

14 comments
Assalamualaikum

sebelum kawen kan, yuyu ni jenis, main rembat ja beli apa yang yuyu nak. kononnya kalau nak beli handbag, takdaknya nak survey tang mana yang lebih murah ka apa. yang penting, barang yang nak beli tu dapat.

tapi..

bila dah kawen ni, suami yuyu adalah spesis manusia yang akan buat survey harga sepaling hebat dia boleh. hang bayangkanlah. hari tu nak beli Nutella, dia siap suruh mak tolong beli dari Langkawi sebab sana murah. kalau nak cari pampers Habib pun, dia akan compare, Huggies mana yang lebih murah. haa. dia memang expert lah bab-bab harga barang.

lepas tu, la ni, yuyu sendiri pulak jadi macam suami, apa semua benda kena survey sungguh-sungguh dulu. haha. sampaikan nak beli sabun pun, yuyu akan survey banyak-banyak kedai dulu, baru beli. selalunya, beli di KK Super Mart lah :p

sekarang ni, bila Habib dah berhenti menyusu, dia punya la menggila survey harga susu formula paling murah. mula bagi Habib try Enfalac, tapi tak sesuai pulak dengan dia, dia tak berapa gemar. lepas tu, try S-26, baru dia menunjukkan minat dia pada susu formula.


December 11, 2016

Unboxing BoxOfJoy daripada ShopBack!

6 comments
Assalamualaikum

taraaa!

petang tadi, postman bawa parcel besar gedabak. yuyu ni dah happy sorang-sorang dah, tahu dah, ini mesti parcel BoxOfJoy daripada ShopBack Malaysia ni. aww. macam tak menyempat nak buat, lepas tu senyum sampai esok tau. 

ini lah #BoxOfJoy nya! alahaii. sangat kena dengan diri ni yang mak-mak. haha. taknak share dengan orang lain lah :p


sebenarnya, apa yang korang kena tahu pasal ShopBack ni adalah, ia merupakan satu-satunya website yang bila kita shopping, dia akan dapat cashback! haa. untung kann. online shopping je pun, tapi kita boleh earn sampai 35% cashback yang akan ditransfer ke account bank kita. haa. ehh, dah shopping, tapi dapat cashback! tak rugi lah kalau shopping sejuta pun :p

December 9, 2016

Cuba Lazz Susu Kambing Untuk Mengandung & Anak Kecil

5 comments
Assalamualaikum

la ni, belambak sangat product susu kambing. macam-macam nama. hang habaq lah nama apa, ada yang baru naik, ada yang femes sangat dah. tapi, satu ja masalah dengan yuyu. serasi dak dengan Habib, dan boleh ngam dak dengan tekak mengandung yuyu. haa. itu yang yuyu asyik bertukaq susu kambing tu.

kali ni, yuyu try Lazz Susu Kambing.

banyak juga orang review pasal susu kambing Lazz ni. nak tak nak, memang kena try juga, sebab ramai yang suggest, tolong lah, kalau pregnant, minum susu kambing. kalau ada anak, bagi susu kambing. banyak khasiat kalau minum susu kambing ni. sapa-sapa pun. okay lah. yuyu cuba.


nak bagi yang terbaik untuk 3 orang tau. diri sendiri, Habib, dan dalam perut tu :p


punya lah aku ni spesis tak menyempat, nak juga try Lazz Susu Kambing sepantas kilat, terus ja call agent yang boleh hantar ke Puchong, rumah yuyu. kalau boleh nak siang tu juga. haha. tapi, malamnya baru agent tu boleh buat COD. datang COD kat rumah walaupun dah malam. haa. nampak dah betapa dedikasinya agent Lazz Susu Kambing ni.

© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.