Assalamualaikum ♥
makbapak mana-mana pun, mesti nak yang terbaik untuk anak-anak kan. nak la yang terbaik untuk dunia dan akhirat. cuba hang buat perangai tak elok sikit, sentap mak nakk. sebab tu, kita ni sebagai parent sanggup berjauhan dengan anak-anak, demi capai impian tu. takpalah nak, jauh sat di dunia, hang pi lah belajaq kat pondok, asalkan hang dapat tarik mak masuk syurga sama-sama. gichuuew :p
sebab tu juga lah riki-riki sekolah mana yang terbaik untuk anak yuyu, Habib Muhammad, walaupun dia baru 2tahun. alahh. saja-saja mengisi masa lapang dan buat persiapan awal. taknak lah dah dia besar, baru nak serabut fikir. jadi, banyak juga sekolah area rumah kami ni. private pun best, govt pun best.
tapi sekarang tengah viral pasal:
rata-rata blogger dok bercakap pasal RIZQ ISLAMIC SCHOOL (RIS) ni, siap depa pi sendiri tengok sekolah tu. yuyu pun taknak lah kalah. pi lah juga tengok sekolah tu weekend lepas. hehe. selalunya, mentaliti masyarakat mengenai sekolah tahfiz ni, pastilah:
hmm. sedih sangat. sekolah tahfiz tu tak salah. dah berusaha yang terbaik untuk mengeluarkan product berjaya akhirat, tapi salahnya mentaliti masyarakat sendiri. kalau macam ni lah yang terus berlaku, pasti tempat belajar agama dan tahfiz dipandang rendah berbanding sekolah sekular lain. macam mana nak melahirkan generasi celik alquran/agama?
macam mana pulak kalau korang tengok sekolah tahfiz ni? haaa. terjojol bijik mata dak?
tapi sekarang tengah viral pasal:
The 1st International Tahfiz in ASEAN
rata-rata blogger dok bercakap pasal RIZQ ISLAMIC SCHOOL (RIS) ni, siap depa pi sendiri tengok sekolah tu. yuyu pun taknak lah kalah. pi lah juga tengok sekolah tu weekend lepas. hehe. selalunya, mentaliti masyarakat mengenai sekolah tahfiz ni, pastilah:
- low class
- facilities sadis
- hafal quran semata-mata
- option terakhir untuk anak bermasalah
hmm. sedih sangat. sekolah tahfiz tu tak salah. dah berusaha yang terbaik untuk mengeluarkan product berjaya akhirat, tapi salahnya mentaliti masyarakat sendiri. kalau macam ni lah yang terus berlaku, pasti tempat belajar agama dan tahfiz dipandang rendah berbanding sekolah sekular lain. macam mana nak melahirkan generasi celik alquran/agama?
macam mana pulak kalau korang tengok sekolah tahfiz ni? haaa. terjojol bijik mata dak?
terus register lah nama anak untuk lima tahun akan datang :p
wallahi, ni lah kali pertama sekolah tahfiz yang yuyu tengok, sangat international dan kemudahan dia menarik lagi moden. masa sampai saja sana, ingatkan boleh bro-fist dengan pak guard situ. memang tak lahh.. siap kena register, kena pakai tag bagai weh. ketat gila kawalan kat sana.
di sini, pihak dorang mengetatkan kawalan untuk masuk dan keluar, untuk memastikan keselamatan student sini terjamin. insyaAllah. setiap student akan pakai card, dan kena tag dulu baru boleh masuk. parent student pun akan ada tag yang disediakan pihak pengurusan. apak lah.
pandangan kawasan depan sekolah
pandangan depan sekolah juga
Alhamdulillah, kami disambut baik oleh pihak sekolah; Encik Johari. dapatlah tour habis satu tahfiz tu. eh. kalau gini lah gayanya, aku yang dah tua bangka ni pun nak juga belajaq sini balik. okay, jom ikut tour kami laki bini :p
malu-malu pulak budak ni. doa lah supaya awak boleh masuk sini, sayang :p
berkaitan dengan sistem pembelajaran di RIS ni, memandangkan RIS telah mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia, maka, di Rizq Islamic School akan ada sistem pembelajaran akademik macam di sekolah sekular lain, namun, ada juga subjek Hafazan
sebab tu nanti, di RIS akan ada juga UPSR dan UPKK macam biasa, namun para pelajar juga dapat habiskan menghafal Quran. ya Allah. kecik-kecik dah jadi Huffaz, sejuk uri mak nakk. beranak lapanblas macam ni pun mak tak kisah *okay, emo nangis tepi meja pak guard tadi*
sebab tu lah waktu sekolah sini dari 8pagi hingga 4petang. lepas tu, mesti yang aku, apaklah lama, stress lah anak aku!
ish. itu lah orang suruh pi riki-riki dulu. tanya habis-habis di sekolah tu --' insyaAllah tak stress aih. sebab apa? okay, sini yuyu terangkan, sistem apa yang depa pakai untuk elakkan anak-anak stress, malah, semangat nak pi sekolah. kang takut taknak balik rumah kang :p
di Rizq Islamic School ini, depa menerapkan dua sistem pembelajaran terbaik DUNIA, iaitu dari negara Finland & Jepun... jom kita tengok.
Japan's System
di sini, depa buat buat research, apa yang terbaik untuk menjadikan sekolah tahfiz berada di tahap international. jadi, depa siap Jepun untuk tengok sistem pembelajaran di sana. kalau di Jepun, setiap sekolah, wajib ada colour-coding yang mana akan mendisplinkan para murid.
dan di sana juga, menerapkan play-based learning untuk kanak-kanak bawah 7tahun, dan menitikberatkan hal adab untuk bawah 11tahun. jadi, di sini, pihak pengurusan RIS mengolah sistem pembelajaran Jepun tu, di sekolah ni.
nanti Habib kalau sekolah sini, kena jalan dekat line merah ni je tau. jangan lebih :p (sebelah tu, kantin depa)
Colour-coding ni ada di merata-rata kalau kita ke Jepun. sampaikan depa terdidik untuk berdisplin dengan color di sekeliling depa.
oo. kalau tengok sini, semuanya dalam Bahasa Inggeris, sebab di Rizq Islamic School, depa menggunakan medium Bahasa Inggeris dengan para murid. jadi. hebat khennn.
Finland's System
macam mana pulak dengan sistem pembelajaran dari Finland? sampaikan sistem di negara ni dapat number 1 sistem persekolahan terbaik di dunia tau. caranya hanya dengan PLAY-BASED LEARNING sahaja sampai lebam untuk budak-budak sekolah rendah!
hang main ja lah dari pagi sampai petang. asalkan foundation utama hang, yakni emosi hang, tidak stress dan hang happy. dan ini sebenarnya yang buatkan kanak-kanak membesar dengan lebih bijak. budak-budak akan lebih rasa seronok untuk serap ilmu & emosi akan selalu positif.
Habib siap taknak jauh satu millimeter pun tau dari sini :p
bila anak takdak stress, itu yang membuatkan dorang bersemangat setiap hari untuk ke sekolah dan belajar. malah, sekolah pun akan disediakan dengan suasana sangat colourful untuk menarik perhatian juga anak-anak datang belajar.
jadi, di RIS, pun menerapkan benda yang sama. sambil belajar, murid-murid akan bermain juga untuk mengelakkan stress, bahkan di Rizq Islamic School ni, TIADA PEPERIKSAAN KHUSUS untuk mengelakkan students dari stress. apa dorang buat, adalah, melihat dari penilaian aktiviti atau ujian biasa, dan hanya akan ada satu kali saja peperiksaan, yakni UPSR. dah :)
cikgu-cikgu di sini pun akan memberi galakan positif untuk student menghafal al-Quran, supaya, murid-murid bukan saja mampu menghafal al-Quran, malah, akan cinta pada al-Quran itu sendiri. aww. bunga-bunga hati ni tau..
okay, la ni, kita tengok pula facilities yang disediakan oleh pihak Rizq Islamic School untuk para murid. serius nanti terjojol bijik mata hampa tau!
amboi perpustakaan dia, kareful! ni masih dalam renovation. tak siap habis lagi, nanti penuh lah buku.
gym pun ada baq hang!
tersado pulak si Habib nanti :p
dorang dah macam kat universiti pulak kann.
siap nanti boleh belajaq multimedia lagi. kemahen budak-budak kat sini.
dan banyak lagi lah sebenarnya. semuanya nampak sangat menarik, bersih, luas, dan tak macam sekolah kita dulu kan. apesal lah RIS ni tak wujud kat Langkawi masa yuyu darjah 1. -_-'
lepas tu, kalau perasan, mesti tengok yang di sini ada student lounge lah, play room lah, auditorium lah, macam-macam lah. sebab apa? sebab, di Rizq Islamic School, depa mengamalkan sistem pembelajaran macam orang-orang putih tuuu. 'floating-classroom'.
Floating Classroom adalah sistem kelas yang para murid tak ditetapkan kelas sendiri. sistem dia macam kita belajar di universiti. kalau subjek Sains, hang pi lah kat Lab, kalau Matematik kat kelas, kalau Bahasa Melayu cikgu mengajar di student lounge sambil duduk di beanbag, macam tu lah contohnya.
bestkan sistem ni! memang dorang tak boring lah! jadi, dorang boleh bergerak ke merata tempat yang sememangnya menarik di sini.
nanti student datang sekolah je, depa akan letak beg sekolah di locker ni. alahai. comeynyaaa!
lepas tu kannn. lepas ni, start 2017 ni lah, di Rizq Islamic School akan mendapat kerjasama dengan dua brand besar! iaitu Yakult dan Apple. di mana, setiap pagi, student akan diberi breakfast dan minuman Yakult. SETIAP HARI. insyaAllah. haa. kita kat rumah pun belum tentu bagi Yakult kat anak-anak kan. haha. jangan taknak balik rumah dah la.
dan APPLE akan menyediakan iPad untuk tujuan student di sini belajar. ya ALLAH. sangat canggih dan beruntung kan student kat sini. tapi pihak RIS akan menghadkan lah jumlah pembelajaraan menggunakan iPad yakni selama sejam sahaja di sekolah untuk mengelakkan kesan negetif pada minda kanak-kanak.
memang jauh sangat beza cara yuyu belajar di sekolah dengan di sini. sudahlah belajaq Tahfiz, lepas tu ada akademik sekali. eh, cukup lengkap lah anak-anak kita nanti, insyaAllah.
dan mengenai yuran, bagi yuyu, sangat berpatutan. cuma dari RM800 sahaja sebulan termasuk RM200 yuran makanan. jadi, kita sendiri tak perlu bagi duit belanja kat anak. settle dah. di sini, pihak RIS akan sediakan makanan setiap hari untuk pelajarnya.
nahhh.. tengok video ni kalau tak puas hati :p
sekarang ni, tengah buka sesi pengambilan pelajar untuk 2017. maksudnya, dah boleh lah nak daftar anak-anak di Rizq Islamic School ni, tapi kena sangat cepat lah, sebab pengambilan pelajar sangat terhad, satu kelas takkan lebih 20 pelajar, dan dorang takkan ambik jumlah semua pelajar melebihi 300 orang supaya, dapat memberi perhatian penuh kepada pelajar
jadi, kena cepat lah kalau nak register untuk anak tu. khas untuk 7tahun hingga 12tahun sahaja, dan di sini juga ada buka untuk kindergarten di mana pengambilan tahun pertama ni, cuma terhad untuk 50 orang saja.
kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tengok/tanya sini:
website : www.rizq.edu.my
facebbok : facebook.com/rizqschool
instagram : RizqIslamicSchool
twitter : twitter.com/Rizq_School
atau boleh terus ke alamat sekolah ni terus:
WISMA RIZQ
Lot 1456-2, Jalan Cempaka Off Jalan Teratai
Kampung Sungai Ramal Dalam
43000 Kajang, Selangor, Malaysia
Telefon : 03-89120447
Whatsapp : 0189611615
kalau nak ke sini, alah, Waze je Rizq Islamic School :)
baju sekolah depa! aloo. comeynyaaa. macam nak gomol je. haha :P
okay lah, semoga entry kali ni, sangat bermanfaat untuk parents yang tengah mencari sekolah sesuai untuk anak-anak, atau boleh lah share kepada yang memerlukan.
terima kasih sudi baca :)
wow cantiknya susunan kelas die cam ni klo belajar tenang je la
ReplyDeletesangat selesa, tenang dan menarik <3
Deletepernah nampak iklan sekolah ni masa makan kat seksyen 8 bangi tempoh hari...cuma masa tu tak terlintas nak p tengok...just tunggu kalau2 ada buat open day, maybe boleh p jenguk keadaan sekolah tu.
ReplyDeleteFuhhh.. hebat sungguh prasarana Rizq Islamic School nie.. boleh suggust pada saudara mara nie
ReplyDeletesemua nya bagus...facilities mmg tip top..tp sy masih ragu ragu berjayakah objektif sekolah ni menghasilkan student hafiz dan hafizah? ia nya perlukan 12 tahun eksperimen sama ada format yg di gunakan serasi dgn penduduk kita. sy tgk ada pool...kalau ikutkan sy rasa anak2 ni akan jadi addicted nk main pool..tp terlalu awal utk sy judge sekolah tersebut. selayaknya tunggu dulu sekolah beroperasi 4-5thn then baru bole review sekolah tersebut.
ReplyDeleteaduh . nak nangis pulak tengok sekolah tahfiz ni . tetibe rasa nak masukkan anak kat sini , padahal kawin pun belum . hahaha
ReplyDeleteseronoknya tgk review ni, mmg trus rs nk hntar anak kt skolah ni..comel je komen adik hanim khairuddin kt ats tu..even blum kawin pn dah bercita-cita nk hntar kt cni, respek kt awk..bole masuk dlm wish list dan buat tabung utk bakal anak2 nt..bgus utk investment masa depan anak2..
ReplyDeleteAssalamualaikum puan, saya nak tanya sekolah rizq ni ok tak? Puan dah masuk kan anak di sekolah ini?
ReplyDelete