October 17, 2016

Nak Bisnes, Tapi Tak Ada Pengalaman

16 comments
Assalamualaikum

Eh. sama lah dengan yuyu. awal tu, nak juga bisnes, tapi takdak pengalaman. nak juga bisnes, tapi takdak ilmu. nak juga bisnes, tapi takdak background family yang berbisnes. nak juga bisnes, tapi tak tau nak buat bisnes apa sebenaqnya. eh eh. sama lah kita!

ini adalah antara alasan-alasan dan sebab kenapa kita akan berada kat tempat sama lagi. sampai satu masa, kita macam, hmm, kalau bisnes dari hari tu kan, dah senang dah. kalau bisnes dari hari tu kan, dah untung dah. kan bagus kalau start bisnes dari hari tu. ruginya. akhirnya, kita selamanyalah terkedek-kedek nak mulakan apa yang kita plan dari hari tu..

seumur hidup, yuyu memang tak pernah buat bisnes. okay lah. tipu. ada lah. masa darjah enam, jual nasi lemak dengan classmate kat hari kantin, lepas tu masa tingkatan tiga jual laksa masa hari sukan dengan satu kelas. bisnes la juga kann. lepas tu tak tau mana pi depa guna untung tu -_-

itu ja la. lepas tu buat bisnes blog advertorial & review di media social. hehe. meh la contact kalau nak buat review (kah. sempat ok promote). tapi, semua ni tak sama. lepas dah bersalinkan Habib, yuyu terus nekad untuk KERJA SENDIRI. berbisnes. sendiri jadi bos, sendiri jadi kuli, sendiri jaga anak.

suami bagi green light. tapi yang tak green light lagi, macam mana nak start?


October 16, 2016

Apesal Dah Tak Blogging?

27 comments
Assalamualaikum

Rata-rata tengok blogger masing-masing dah maleh nak blogging. sebab medium paling up la ni, Instagram la kan. eh, budak 8tahun pun dah ada Instagram okay. tak boleh hadam betoi. dulu kak yuyu 8tahun dok masak pasir main mak-mak. petang tu naik basikal dengan kawan-kawan keliling kampung sampai Maghrib.

time hujan ja, balik rumah laju-laju, cari longgok baju, berkubang dalam tu. nanti dengar lah suara bagai halilintar. takde maknanya masa 8tahun nak selfie time hujan, post kat Instagram buat ayat deep "biar hujan membawa kesilapanku, biar matahari bangkit membawa semangatku" 

terjun tingkat doblas -_-

anak teruna dah besaq dah. dah 2tahun 6hari

apa ja life yuyu la ni?

October 10, 2016

C-Section atau Bersalin Normal?

18 comments
Assalamualaikum

mana satu korang pilih?

pernah tak ada manusia yang pasang impian nak bersalin secara C-Section? memang ada, tapi rare la. rata-rata kalau dah pregnant, mesti berbuih mulut dok minta Allah mudahkan proses bersalin normal. pelik kalau tiba-tiba dia menadah tangan time tengah pregnant "ya Allah, bagi la aku beranak Czer dengan jayanya, aku takmau bersalin macam biasa". siap bergelinang air mata.

macam tu juga yuyu dulu. sepanjang proses mengandung, awal-awal dah doa supaya dipermudahkan proses bersalin. kalau boleh, nak sangat bersalin secara normal. time tengah mengandung Habib dalam enam bulan kot, yuyu pi buat antenatal check-up di private clinic yang bukan selalu kami pi, sampai di sana, gynae tu asyik buat muka pelik. last masa nak scan tu, dia cakap:


"kalau size awak ni confirm tak boleh beranak normal ni"


runtuh hati ni. terngiang-ngiang ayat tu sampai kiamat. terasa wey. tapi watlek je time tu. setiap hari juga, suruh suami tenangkan hati pasal hal ni. setiap hari juga lah suami cakap benda sama:


October 9, 2016

RESEPI BUTTER CHICKEN | Buttermilk Chicken

40 comments
Assalamualaikum


banyak kali dah yuyu share kat Instagram ( @yuyuzulaikha ). setiap kali orang tanya resepi, alamak, lupalah pulak aku nak ambik gambaq. haha. jadi, kali ni, alang-alang dah nak masak Butter Chicken lagi, cepat-cepat pegang camera. habis camera bau hanyir ayam --'

sebenarnya, nama resepi ni, ada yang panggil Butter Chicken, ada yang panggil Buttermilk Chicken. dan resepinya pun banyak. sebanyak-banyak resepi, yuyu dah alter ikut minat tekak yuyu dan suami. kami ikut tekak kami yang suka benda-benda cheese. sebab ada juga resepi orang lain jenis tak ber-cheese. 
© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.