Apa Bau Vanilla Ni?

by Yuyu Zulaikha, 9:49:00 PM
Assalamualaikum

kalau cakap pasal time puasa atau raya, apa benda-benda yang korang akan ingat? kalau yuyu, memang wajib lah ingat pasal baju raya, rumah sedara, duit raya, dan kuih raya. empat benda tu macam sinonim gila dengan time puasa & raya. lagi-lagi time kecik-kecik dulu kan. empat benda ni memang riang lah kalau nak bercerita.

okay lah. selfie muka budak-budak, satu. kah. kah. kah. *hentuk kepala*


Baju Raya
sebab yuyu cucu sulung, jadi, sedaramara, tok, tokwan, manjakan lebih. baju raya ja dah berbelas pasang. over kalah Che Ta. kasut raya pasti lah paling stylo dalam kampung. paling ingat kasut yang pijak je berlampu satu kawasan tu. hoi. kembang hidung dapat tayang kat kawan-kawan. mak beli malam raya, malam raya tu juga la pakai kasut tu buat pakai tidur.

Rumah Sedara
kau cuba cakap bila ja nak eratkan ukhwah kalau bukan time kenduri dan time raya. bila nak raya ja, dah susun dah, nak pi rumah sedara mana. sedara ni kedekut duit raya, ah, takmau la. sedara ni kuih almond london dia sedap! wajib pi. sedara ni hari tu buat kek lapis siap bagi duit raya RM50, lagi la wajib pi. kahkah. 


Duit Raya
belum puasa lagi, tok dah pesan "kalau nak duit raya, kena posa habis". mati lah akuu. 10jam posa bagai 10 tahun. kang tak puasa tak dapat duit raya. bila dah mai time raya, memang aku keliling kampung lah kutip duit raya sapa yang berjanji nak bagi duit raya kalau puasa penuh. haha. first time posa (6tahun), dapat duit raya sampai beratus ringgit. best gila! padahal, sampai sekarang dok dapat lagi duit raya. ihik :p

Kuih Raya
argh. ni tak menahan ni. time raya, paling raya kalau ada Semperit, kek Batik, Bahulu, kuih Arab, banyak lagi la. suka sangat tengok atas meja meriah dengan kuih raya. buka je balang, masing-masing ada bau vanilla. tenangnyaaa. raya sangat okay. :p

Teringat pula yuyu dengan time yuyu spend dengan keluarga masa raya..sembang bersama, masak sama-sama, gelak sama-masa.. ish tak sabar nak balik kampung jumpa diaorang.

oh. bercakap mengenai VANILLA, sekarang Kleenex ada sesuai terbaru, yang kaya dengan haruman Vanilla. kalau bau tu, hoi, mengimbau betul kenangan dulu-dulu. lagi-lagi rasa macam tengah baru kuih raya. haha.

tadaaa...

new Aidilfitri limited edition Kleenex Vanilla Tissues!

time hari raya nanti, jangan lupa pula sambil hidang kuih raya, sambil letak tisu Kleenex Vanilla ni di sebelah hidangan. serious nanti bertambah riang lah tetamu dok tarik tisu. haha. dorang balik je, dok bercakap pasal tisu rumah kita canggih, berbau semperit :p

bukan setakat bau dia yang sedap, tapi, tisu Kleenex ni juga sangat tebal (serius) dan sangat lembut. tak rasa macam tisu, rasa lebih macam tengah pegang saputangan. haha. betul! walaupun dok main gumpal-gumpal sepanjang event Kleenex hari tu, tak ada pulak tisu tu terkoyak ke apa. sebab tu lah rasa macam saputangan.

ini limited edition tau. maksudnya, wajib ada at least satu kotak setiap rumah. 


masa di event Kleenex hari tu, kami para blogger, boleh pegang dan rasa sendiri tisu terbaru Kleenex ni. rata-rata blogger cakap "eh, wangi la tisu dorang ni. macam nak makan". haha. kadang-kadang Kleenex Vanilla ni baru macam ice cream pun ada -_- sedap pulak. 

selain daripada Limited Edition Kleenex Vanilla ni, Kleenex juga ada tisu dengan haruman lain seperti Cherry Blossom & Rose. cumanya, dua jenis tisu ni, tak limited edition la. tapi, maaf la, yuyu ada gambar dengan tisu haruman Cherry Blossom je, yang dengan Rose tu, blogger lain sapu awal dulu. haha


yuyu paling suka Cherry Blossom! ergh! tenangnyaaaa! mana nak cari perfume macam ni eh?

jadi, sebulan Ramadhan membawa sebulan Syawal nanti, penuhkan stock dengan Kleenex Vanilla ni okay?

nahh, sebelum habis entry ni, nak tayang sikit, buffet hari tu, berbau vanilla juga. haha. sentap ai tak boleh makan semua. kenyang sangat. bawa balik kang :p







argh. tisu Kleenex baru ni memang buat lapaq pulak. -_- sebelum habiskan entry ni, jom lah sama-sama kita tengok sikit video di sini :







terima kasih sudi baca :)
SHARE 9 comments

Add your comment

  1. baju raya , kuih raya semua xlengkap pgi . persiapan pown xbuat lagi .

    jemput singgah blog CikYana
    http://cyanxkamo.blogspot.my/2016/06/lala-masak-lemak-cili-api.html

    ReplyDelete
  2. alololo..comelnya yuyu. macam budak2 :)

    ReplyDelete
  3. Salam, Tisu Kleenex ni berapa harganya satu?

    ReplyDelete
  4. Yes, agree ! Tisu ni kalau ade kat rumah, tak pakai sembur sembur pun tak pe. Serious!

    ReplyDelete
  5. Suka sangat-sangat baca blog yuyu ni hari2.Banyak sangat info.yuyu pun cantik sangat :)
    Ada masa lapang singgah la blog icha ye yuyu ;) #http://ichazainifidelis.blogspot.my/

    ReplyDelete
  6. Assalam, Cantiknya tudung cik Yuyu. Boleh tau beli kat mana

    ReplyDelete
  7. wuiiihhhhh... bau smpai ke sini la Yuyu. hehe

    ReplyDelete
  8. pki tudung pink trus naik pink kt pipi & bibir..lawa..anyway, mahal tak harga tisu vanilla ni?

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS