Alex Yoong & Grand Opening MajuHome.

by Yuyu Zulaikha, 4:04:00 PM
Assalamualaikum

kah. kah. kah -_- tak menang pun sofa hari tu (entry lepas). okay. lepas ni kena start kumpul duit beli sendiri nampaknya. foine. tapi, takpa lah, dapat invitation siap boleh tengok Alex Yoong tu, ishh, segan silu tau nak cerita. haha. hensem dulu kini selamanya. ingatkan sebaya (ehem).

awal June hari tu, MajuHome Concept ada buat Grand Opening sempena pembukaan flagship terbaru depa di CITTA Mall, beserta untuk memperkenalkan official ambassador, juga untuk meraikan pemenang-pemenang kontes #MajuHomeSnapNWin di Instagram tempoh hari.


hai awak :p


ya Allah. meriah sangat weh. event tu bermula dari pukul 11tengah hari sampai lebih kurang 1petang. ramai yang amat lah media yang hadir time tu. yang bestnya, awal-awal lagi terus menuju tempat makan. haha. entah pape la aku ni. tercari-cari juga mana ambassador dia.

agak-agak sapa ambassador MajuHome? haa.. cepat teka. yuyu sendiri pun terkejut tau. 

Alox Yong u'olls!

sebab apa? sebab Alex Yoong melambangkan karisma yang tinggi. gitu. dan Alex Yoong sendiri amat menyukai keselesaan di rumah selepas dia dah penat di luar dengan aktiviti sana sini yang memenatkan. Alex juga juga design yang minimal namun ekslusif. macam mana tu? macam di MajuHome lah. :')

tahniah!

area Puchong ni, ada juga MajuHome Concept. lepas ni kalau nak cari perabot, boleh lah yuyu terus ke situ. insyaAllah. sebab, memang dia punya design perabot semua, amat-amat berpuas hati sangat. macam yuyu cakap, kalau sapa suka design minimalis, atau scandinavian, memang mesti jatuh hati punya lah.


salah satu daripada meja ni, tak lama lagi sampai lah kat rumah 

ingat nak beli ni untuk letak kat office. tengok lah dulu macam mana. cari budget lebih :p

nahh. belanja sikit. buat korang jeles. haha


berbalik kepada cerita pasal Alex Yoong. ish. dia humble betoi weh. ajak bergambar pun, walaupun dia letih, dia rilek je melayan kitorang. baik betul-betul lah Alex Yoong tu. ingat lah, time sekolah dulu, pantang tengok pasal dia, menggelupur hati kencang. haha. bukan yuyu saja, rata-rata perempuan mesti idola sangat lah kat Alex Yoong. siap ada buat pembalut buku gambaq Alex Yoong ni tau. haha. >.< teruk betul.

memang kena betul sangat lah MajuHome pilih Alex Yoong. tahniah ya kepada MajuHome untuk pembukaan flagship terbaru di CITTA Mall, besaq yang amat dan banyakkk sangat benda nak beli. tahniah juga kepada Alex Yoong untuk menjadi wajah rasmi MajuHome. semoga kerjasama dua belah ni memberi kejayaan besar. insyaAllah.

lepas ni, kalau free, jemput lah ke :

Facebook : MajuHome Concept

Ara Damansara (CITTA MALL) Branch:
S01, Citta Mall, Jalan PJU 1A/48
Ara Damansara 47301 Petaling Jaya

+603-7831 6858


terima kasih sudi baca :)
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Salam yuyu.. saya ekin.. macam mane ye nak contact yuyu? Saya dari hijabista nak interview yuyu pasal darayu... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ekin. eh. dari Hijabista? kak Suzi ada number yuyu. :)

      atau boleh email terus ke yuyuzulaikha@gmail.com

      Delete
  2. I ingat lagi alex yong ni dari bebudak lg I da ushar dia. still ensem until now. hihi.

    ReplyDelete
  3. Comel la yuyu..mr alex memang still maintain handsome.. bestnyer tengok cik yuyu dapat invitation from him..

    nanti bole la try2 usha entry dr blog syam ye.. tq.. #muahxciket..

    http://www.sinashaari.com/2016/06/diari-mama-afia-pilihan-baju-raya-2016.html

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS