June 27, 2016

Layan Minum Petang.

11 comments
Assalamualaikum 

sebulan ni, busy ya Allah. busy yang amat-amat. setiap hari ada kerja bertimbun-timbun kena buat. siap terdelay weh nak submit kerja. huwargh. tak menahan kalau sampai setiap hari tidoq lewat bangun awai. siangnya pula tak boleh rehat. Najib pun tak macam ni kot. haha


okay, untuk kali ni, yuyu nak review sikit mengenai minuman sachet yang selalu orang bercakap sekarang. yuyu dan suami sendiri try Per'l Xlim. haa. pernah dengar kan pasal Per'l Xlim. macam tipu je kalau tak pernah dengar -_- PowerRoot punya kott.

nahh. ambik hang!



June 26, 2016

Bersahur & Berbuka Makan Apa?

4 comments
Assalamualaikum 

lagi berapa hari je dah nak Raya. hoi. cepatnya masa berlalu. seminggu pun tak sampai dah. tapi, preparation apa pun tak buat lagi. asyik dok busy dengan kerja ja. haha. tapi, tahun ni, insyaAllah, Ramadhan dan Syawal akan lebih indah dengan kehadiran anak. tak boleh bayang macam mana nak beraya bila ada Habib Muhammad ni. 


tahun lepas, banyak hari yuyu tak dapat puasa, memandangkan yuyu menyusu Habib, bila posa ja, sampai ja tengah hari, dah rasa berpinar nak pitam. kalau asyik tak tenaga, takut sangat menjejaskan susu. kesian pula Habib, dia tengah breastfeed lagi kan.

tahun ni. ambik hang! aku tawaf bazar bagai juara


alhamdulillah, Ramadhan kali ni yuyu teruskan macam zaman dulu-dulu. Habib pun dah 1tahun8bulan, dia pun tak kerap sangat menyusu. lebih banyak makan dah kan. bagi yuyu, benda paling best, bila posa ni, kita bersama-sama dengan orang tersayang. gituuu. sibuk berbuka dan bersahur dengan anak & suami.

selalunya sebelum ni, jenis yuyu ni, WAJIB sahur. kalau dak ja, hang tengok lah, tepat pukul 1 ja, dah macam kain buruk. versi manusia. at least, minum air sampai bila goncang perut tu, bunyi air ja. haha. huduh betoi berangai.

antara menu yang selalu yuyu makan time sahur, simple tapi kenyang adalah :
  1. roti bakar + jem/kaya : yang ni paling simple boleh buat. mengenyangkan dalam masa yang lama. sedap pulak tu.
  2. biskut merrie celup milo : nikmatnyaaaaa. walaupun simple, tapi, teringat time kecik-kecik dulu kalau takmau bangun sahur, malas nak habiskan masa berjaga, yuyu celup ja biskut tu sambil pejam. haha.
  3. nasi goreng : ni kalau rajin sikit, buat lah nasi goreng. haha. tu pun kalau bangun awal. kalau dak, tobat nak rajin masak pag-pagi buta.
  4. Hidangan sahur di McD: set Big Breakfast dengan Hotcakes dan Set Sarapan Ayam Gril memang sedap dan kenyang yakmat. tahun ni ada set Bubur Ayam McD lagi tau! Tengok menu pun dah tertelan air liuq. sedapnyaa. yang pasti, tiga-tiga menu ni sangat sepanjang hari. dah try banyak hari dah. haha. insyaAllah.

June 20, 2016

Apa Bau Vanilla Ni?

10 comments
Assalamualaikum

kalau cakap pasal time puasa atau raya, apa benda-benda yang korang akan ingat? kalau yuyu, memang wajib lah ingat pasal baju raya, rumah sedara, duit raya, dan kuih raya. empat benda tu macam sinonim gila dengan time puasa & raya. lagi-lagi time kecik-kecik dulu kan. empat benda ni memang riang lah kalau nak bercerita.

okay lah. selfie muka budak-budak, satu. kah. kah. kah. *hentuk kepala*


Baju Raya
sebab yuyu cucu sulung, jadi, sedaramara, tok, tokwan, manjakan lebih. baju raya ja dah berbelas pasang. over kalah Che Ta. kasut raya pasti lah paling stylo dalam kampung. paling ingat kasut yang pijak je berlampu satu kawasan tu. hoi. kembang hidung dapat tayang kat kawan-kawan. mak beli malam raya, malam raya tu juga la pakai kasut tu buat pakai tidur.

Rumah Sedara
kau cuba cakap bila ja nak eratkan ukhwah kalau bukan time kenduri dan time raya. bila nak raya ja, dah susun dah, nak pi rumah sedara mana. sedara ni kedekut duit raya, ah, takmau la. sedara ni kuih almond london dia sedap! wajib pi. sedara ni hari tu buat kek lapis siap bagi duit raya RM50, lagi la wajib pi. kahkah. 


June 19, 2016

Alex Yoong & Grand Opening MajuHome.

6 comments
Assalamualaikum

kah. kah. kah -_- tak menang pun sofa hari tu (entry lepas). okay. lepas ni kena start kumpul duit beli sendiri nampaknya. foine. tapi, takpa lah, dapat invitation siap boleh tengok Alex Yoong tu, ishh, segan silu tau nak cerita. haha. hensem dulu kini selamanya. ingatkan sebaya (ehem).

awal June hari tu, MajuHome Concept ada buat Grand Opening sempena pembukaan flagship terbaru depa di CITTA Mall, beserta untuk memperkenalkan official ambassador, juga untuk meraikan pemenang-pemenang kontes #MajuHomeSnapNWin di Instagram tempoh hari.


hai awak :p


ya Allah. meriah sangat weh. event tu bermula dari pukul 11tengah hari sampai lebih kurang 1petang. ramai yang amat lah media yang hadir time tu. yang bestnya, awal-awal lagi terus menuju tempat makan. haha. entah pape la aku ni. tercari-cari juga mana ambassador dia.

agak-agak sapa ambassador MajuHome? haa.. cepat teka. yuyu sendiri pun terkejut tau. 

June 13, 2016

Smartphone Mampu Milik Terbaik. RM499.

24 comments
Assalamualaikum

harga handphone la ni, makin lama, makin mahal lah. menyampah pulak kadang nak beli. sama ja features phone ni dengan phone tu. pfft. hari tu nak beli untuk emak dan abah yuyu, terfikir dua tiga kali juga lah. boleh hadam dak handphone la ni sampai RM3,000++?. gaji sorang masters tu. 

sampai nak beli sebijik smartphone pun ada siap package credit. whatttt....

sepanjang yuyu dah buat bisnes Darayu tu, phone yuyu, bercampur yang personal, order Darayu & kerja. pernah satu hari tu, menggelupur tinggal beras tengah dok basuh tu pi nak jawab call. rupanya adik je talipon suruh tengok whatsapp. -_- 

jadi, memandangkan bisnes yuyu pun busy sangat sekarang (Alhamdulillah), yuyu decide untuk cari juga smartphone baru sebagai phone personal + hal kerja. hal kerja boleh campur dengan personal, sebab tak busy sangat. kalau campur semua dengan hal Darayu, habis hang henpon aku. haha.

lastnya, beli smartphone yang lebih affordable tapi features-nya lengkap juga untuk kita-kita ni. alah. boleh ambik gambaq lawa. boleh call. boleh whatsapp. boleh simpan gambaq banyak. boleh check email on the go. boleh download lebih sikit apps tu apps ni. okay lah tu kan? hang nak demand apa lagi. 

ini personal review. harap membantu sangat korang yang mencari phone harga affordable tapi berbaloi. yuyu faham, kadang beli murah, alah, nyesal pulak kualiti tahi, beli mahal pulak, dah sama dengan gaji. jadi, suggestion yuyu, try lah beli ZTE BLADE V7 Lite

beli ja, terus gayut dengan emak. haha. nampak ada, ada bulatan kan belakang tu? tu lah thumbprint sensor. 

June 10, 2016

Panasonic Beauty. Menghargai Kehadiran Wanita

7 comments
Assalamualaikum

kalau cakap pasal perempuan ni, memang semua perempuan suka pada kecantikan. kalau dia cakap tak suka sangat lah cantik-cantik ni, biar je bulu ketiak ai panjang enam kilometer, tengok je la time dia lepas mandi, mengadap cermin juga. eh. nak cantik lah tu namanya.

yuyu sendiri pun suka pada kecantikan. kalau boleh, nak semuanya nampak rapi, flawless. baru lah rasa nak hargai lebih diri sendiri ni kan. 

tak cukup dengan diri sendiri dihargai saja, baru ni yuyu ada attend event Make Beauty Happen, Panasonic Beauty di Glass House, Setapak, di mana, dorang pula menghargai kehadiran kecantikan wanita. macam mana? dengan terciptanya tiga product terbaru dorang yang serius kita semua akan suka. yuyu sendiri gila punya suka okay. 
  1. Micro Foaming Cleansing Device
  2. Ionic Cleansing and Toning Device
  3. Styling Brush Iron

time kat sana, Ya Allah, nak meroyan tau. haha. tau tau kami boleh cuba dan guna sendiri ketiga product Panasonic Beauty tu. cuma Styling Brush Iron tu, tak la, cuma mampu teruja dari jauh je. hehe. yang penting, sekarang tak sabar nak cerita apa yang best dengan tiga-tiga product tu.


aww.. dia punya event pun sweet sweet kemahen je weh

dah ready?
© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.