Assalamualaikum ♥
sebenarnya, yuyu bukan jenis yang displin pun menyimpan duit ni. sebab yuyu suka terma 'reward' bila nampak duit banyak sikit. mula nak beli tu la ni la. eh. benci pulak perangai aku ni. jadi, azam tahun baru ni, tak lain tak bukan, nak menyimpan. yes, MENYIMPAN. taknak dah boros. tapi, tobat tu, belum lagi la. hahaha *gelak sambil main Instagram*
pernah sekali tu, sehari je pun kerja kuat sampai lenguh tulang belakang, tapi self-reward tu dah macam pergi berjihad pulak. eh. tak faham betul yuyu. -_- dah asyik self-reward memanjang, memang sebak la tengok balance kat Maybank2u.
sekali lagi, sebab tu lah tahun 2016 ni, berazam dengan "menyimpan". sepanjang dah 13hari tahun baru ni, alhamdulillah, perkembangan positif dah boleh nampak. benda ni tak mudah kalau kau jenis kuat reward diri sendiri. macam-macam cara juga yuyu try untuk dekatkan diri dengan menyimpan, antaranya adalah:
Target
tahun ni target untuk akaun ada RMx pada awal 2017. tak kisah lah, macam mana cara pun, kena usaha juga. bila dah ada target yang clear macam ni, proses nak menyimpan tu lebih mudah, dan sangat membantu. bila teringin je buat perangan "self reward", mesti terfikir balik pasal target tu.
nak capai target ke, nak gedik-gedik reward? -_-
Simpanan Anak
jujur la, sebelum ni, duit raya Habib pun, yuyu terguna. walaupun tak guna untuk diri sendiri, tapi tetap yuyu terguna juga la. jadi, tahun ni, yuyu buat simpanan untuk dia. yuyu yakin yang mommies lain pun buat simpanan untuk anak sendiri kan. ada yang buat sebulan RM500 untuk simpanan anak, tapi paling tak boleh pun, buat lah RM50 sebulan.
kalau setahun dah dapat RM600, kalau sampai dia 18tahun? busuk-busuk pun anak sendiri dah ada RM10,800. alhamdulillah. lepas dah beban untuk uruskan hal universiti dia kan.
Tabung Syiling
kalau nak buat tabung tu, liat sikit, buat je la 'tabung syiling' je. untuk yang tak displing menabung macam yuyu, tapi bila buat tabung untuk syiling saja ni, macam banyak membantu juga. setiap kali beli, kalau dapat balance syiling, terus jangan guna syiling tu. balik rumah, tak kisah lah terjumpa syiling celah seat kereta ke, jumpa tepi pintu ke, terus je masuk dalam tabung syiling ni.
faktanya, yuyu yang bebal ni pun, time study dulu, tengah sesak, buka je tabung syiling ni, tau tau dah ada beratus ringgit. ya Allah.
Gold Saving
ini paling yuyu suka. gold saving adalah benda paling bijak perlu kita buat. setiap bulan, paling cikai, beli la 1g goldbar. tau tau, setahun dah 12g, ada rezeki lebih, tau tau dah 20kg. serius benda ni tak mustahil. kira-kira balik, untung beribu-ribu ringgit, sebab harga emas takkan jatuh, asyik naik memanjang kan.
lepas tu, nak guna, leceh, kena tukar ke duit dulu, memang selamat lah goldbar tu tersimpan.

yuyu suggest, kalau nak beli goldbar untuk simpanan, please contact Fatin Nazira ni. dipercayai. boleh terus contact sini:
Whatsapp : +601132323195
Facebook : Nazira Jaffry
Instagram : @naziragold
kalau yuyu, nak cari apa-apa kaitan dengan emas, memang terus dengan Nazira ni je laa. haha. korang pun boleh cari dia juga okay. senang nak berusan dengan Nazira ni. :')
Suami / Orang Paling Dekat
ni adalah tips paling bagus. sekarang bila dah nekad untuk menyimpan, kad semua ada pada suami. kalau nak beli apa-apa pun, suruh suami kata "NO". haha. tapi, benda ni menjadi okay. hari tu nak shopping jubah baru, suami kata NO je, terus muncung mulut. bagus lah, kalau tak, habis lah duit akuuuu...
okay lah, itu je nak share time tengah free ni. korang macam mana ada kekuatan untuk menyimpan ha?
terima kasih sudi baca :)
Menyimpan ni senang tp bila nampak bnyk je , mulalah rasa nak beli itu ini .. huhu ..
ReplyDeletehttp://kimchaa.blogspot.my
yuyu sokong! contoh terdekat adalah yuyu :p
Deleteyesss..suka juga anum sama menabung ni....sebab menabung ni la buat kita mau beli itu beli ini..haha..
ReplyDeleteehhh. macam ku kenal saja ini Anum :D
Deleteakak mmg sjak dr kck ayah didik jenis suka menabung..belikan tabung sorang satu...tabung yang comey2..pastu duit sekolah simpan...selalu dari kecik kalau nak menabung tu, set dalam kepala "tujuan menabung"..kalau kekecik dulu...of coz target nak beli mainan...ayah pula jenis..klau nak mainan, simpan duit sendiri..dah ckup bg kat dia..nanti dia belikan...haaa tapi rupanya ayah masukkan dalam akaun..pastu dia belikan mainan yg kt nak tu...huhuhuhu...tetibe rindu zaman kck2...now menyimpan utk keluarga...terutama utk anak2 & future plan if nak berhenti kerja...nak buat modal meniaga...
ReplyDeletehuwarghh! kenapalah bengap sangat saya tak menyimpan dari dulu! T_T
Deletemmg susah nak menyimpan tapi nasib baiklah sy ni jenis nekad.
ReplyDeletecamne sekalipun dalam sehari kena simpan duit dalam tabung, paling kurang 50sen...pastu sorok bg tak nampak dpn mata..
alhamdulillah dalam setahun dalam la simpanan...
kena buat macam tu juga la. sekarag bila yuyu nekad, baru laa displin sikit. kalau takkkkkk............
Deleteme buat savings bila ada duit lebih (cthnya ngajar part time and duit hasil jual brg2 hadiah contest :)) duit gaji memang licin every month sbb kos hidup tinggi...3 kids kan..
ReplyDeletekan, dok kat bandar ni, lajuuuu je duit pergi. dapat ciput je. -_-
DeleteSo far MJ punya tabungan yang amsih konsisten hingga kini ialah tabungan dengan si-hijau (RM5), selama lebih setahun ni MJ dah berjaya kumpul RM2500..
ReplyDeleteMacma tak percaya je :)
ya Allah! nekadnyaa! yuyu kalau tengok hijau tu, gatai tangan nak guna :p
DeleteSokong tang emas tu. Dapat elakkan kita "terguna" duit simpanan. Lagipun emas ni macam fix deposit dengan annual dividen paling rendah 10%. Kalau nak compare dengan ASB, emas lagi untung.
ReplyDeletemajulah emas untuk negara! nak target simpan banyak emas lah tahun ni :D
DeleteAmin..insyaAllah :)
Deleteselamat maju jaya yuyu dalam menabung. dulu rajin jugak beli emas 1g setiap bulan. tapi emas makin lama makin mahal dah stop skejap. ehehe
ReplyDeleteaminnnnnn! doa la supaya istiqamah. aminn!
Deletetips yang baik.
ReplyDeletewaahhh ade jugak pasang niat nak beli emas. thanks for sharing the info kak yuyu (:
ReplyDeletenice entry kak yuyu.... kita manusia tk ornh lari dari sikap boros
ReplyDeletesaya harap one day saya pun akan menyimpan emas gak sebab sekarang nilai mata wang makin susut kan??? hurm, duit kertas ciptaan manusia kan, emas juga bernilai. anyway, do visit www.kainkuchanteq.com , cuci-cuci mata tengok koleksi terbaru kami ye. thanks yuyu and others <3
ReplyDeleteselamat menyimpan...
ReplyDeletesy bab menyimpan tu ok.. bersepah je tabung kat umah... hehehe.. pasal goldbar tu, mmg dah terfikir nak beli buat simpanan utk masa depan tapi tu lah kan, x terbukak lagi hati nak beli kot... hehe..
ReplyDeleteKalau beli mas memang selamat la simpanan. Kalau tak, pantang ada duit asik nak belanja ja
ReplyDeleteall the best kak yuyu. jemput blog saya untuk kesihatan www.fazzirasalleh.com
ReplyDeleteSaya pun azam tahun 2016 ni nak simpan duit rm*... tiap bulan gaji transfer siap2 masuk asb...harap istiqomah...
ReplyDeletekita sama laa yuyu.. dah ada target n dah ada cara simpan duit y x boleh nk pkai dah duit tu..hehe
ReplyDeleteskank ekonomi dah tungang langgang.
ReplyDeletemmg elok pun sifat menabung ni di pupuk dlm diri masing2..
JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0
Kita pun dah simpan niat nk beli emas untuk masa depan..InsyaAllah dengan duit hasil berniaga on9 ni. :)
ReplyDeleteEh jemput-jemput lah ke blog kita tau..kita jual beauty product and semua ORIGINAL, NO FAKE. Kita newbie baru nak berjinak berblog ni. Jemput datang ye Yuyu dan followers belog Yuyu ^^
https://uglybettiblog.wordpress.com/
Asslkm...klau boleh,jgn lah smpi kad bank sendiri pun minta suami pegang...lagi bnyak keburukannya dari kebaikan...
ReplyDeleteKita sama kak yuyu. Azam tahun baru (walaupun nak masuk bulan 2 dah :P) memang nak stop perangai boros. InsyaAllah ;)
ReplyDeleteYang Gold saving tu memang lama dah nak buat..But...Modal xde lagi... :)
ReplyDeleteakk sokong bab gold saving , akk buat kutu dan target tahun ni mesti ada barang kemas baru 30gram .. kemudian baru nak saving gold bar semula ... insyallah nak tercapai dah ...
ReplyDeletetahun nih tarik trus duit gaji masuk ke simpanan.. duit hijau tahun nih tak berapa nak lekat sebab kekadang guna untuk duit belanja sekolah dan kafa anak2..
ReplyDeletesama lah Yuyu. masa first second year asyik terguna je duit raya. T_T pastu skrg ni memang kena kuatkan hati buat saving bebudak tu. tabung kecemasan adalah lebih penting daripada self reward. selalu rewardkan diri pun dengan cokelat je. hahaha
ReplyDeleteBila dah simpan emas, nak reward diri sendiri pon pikir banyak kali, hehe.
ReplyDeletetapi sekali sekala, xde masalah kannn?
kita kena paksa diri untuk menyimpan, bila dah mula simpan kita kenalah jaga duit/asset yang kita simpan. Kalau boleh biarkan duit kita berkembang.
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya Zimy dari Hong Leong Group nak offer anda satu plan untuk simpanan.
ReplyDeletePlan ni namanya Wealth Plan. Kami akan jamin anda akan dapat pulangan yang tinggi setiap tahun selama 30 tahun, anda hanya perlu menyimpan selama 6 tahun sahaja.
Contoh, anda menyimpan RM100k setiap tahun dan kami akan beri anda sebanyak RM23k setahun.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut,
Sila hubungi no. 01136967672.