RESEPI MEE | Cara Membuat Homemade Mee/Noodles

Wednesday, January 27, 2016

Assalamualaikum

alang-alang dah free ni, mari lah yuyu share sikit dengan korang, macam mana nak buat Home-made Mee atau Noodles. sebenarnya, yuyu memang tak suka langsung mee dari kecik lagi. sebab, selalunya kalau beli mee, mesti bau dan rasa kapur tu, ya Allah, tak boleh blah.

potong terus selera aku.

dah kawen ni, suami jenis suka pulak benda-benda mee ni. nak tak nak, buat lah sendiri. resepi ni sangat senang, tak leceh langsung, dan sesuai sangat sihat. tak ada wax makanan okay, dan dijamin bersih. ye lah, dah buat sendiri kan.


BAHAN-BAHAN: (untuk 2-4 orang makan)
250gram tepung gandum
1/2 sudu kecil kunyit
1 sudu kecil garam atau 2 sudu kecil garam bukit
1 biji telur
1 sudu kecil minyak (optional, yuyu guna)
50ml air
mesin buat mee

Shopping Jam Baru Lah | G-Shock DW-6900ms-1

Tuesday, January 26, 2016

Assalamualaikum

sapa dah tengok Polis Evo? haha. walaupun macam, err, lambat juga la nak cerita pasal movie tu, tapi, tak kira. haha. best kann! banyak yang cakap Polis Evo tak tipikal cerita Melayu, dan, ya, time hi-tea dengan Shaheizy Sam pun, dia pun sangat setuju, dan sangat puas hati dengan Polis Evo ni.

sebenarnya, bukan nak cerita pasal Polis Evo sekarang, nak cerita pasal jam Inspektor Sani (Zizan) pakai dalam Polis Evo. huhu. *larikk*

ramai yang suka betul dengan jam si Zizan pakai tu. sampai suami yuyu pun dok google siang malam, jam apa lawa sangat mamat ni pakai. eh, tak boleh jadi ni. berhari-hari dia dok buat research. haha. kesian pulak.

tengok la di tangan Inspektor Sani tu. yang tu la :D

memang lawa pun! jam tu nampak simple je kalau nak tahu, jam yang Inspektor Sani pakai tu adalah jam Casio G-Shock! susah okay nak dapat jam macam tu, selalu sold out je. meh nak close-up sikit biar enkorang meleleh. haha.


Tips Untuk Menyimpan/Menabung. Azam 2016.

Wednesday, January 13, 2016

Assalamualaikum

sebenarnya, yuyu bukan jenis yang displin pun menyimpan duit ni. sebab yuyu suka terma 'reward' bila nampak duit banyak sikit. mula nak beli tu la ni la. eh. benci pulak perangai aku ni. jadi, azam tahun baru ni, tak lain tak bukan, nak menyimpan. yes, MENYIMPAN. taknak dah boros. tapi, tobat tu, belum lagi la. hahaha *gelak sambil main Instagram*

pernah sekali tu, sehari je pun kerja kuat sampai lenguh tulang belakang, tapi self-reward tu dah macam pergi berjihad pulak. eh. tak faham betul yuyu. -_- dah asyik self-reward memanjang, memang sebak la tengok balance kat Maybank2u. 

sekali lagi, sebab tu lah tahun 2016 ni, berazam dengan "menyimpan". sepanjang dah 13hari tahun baru ni, alhamdulillah, perkembangan positif dah boleh nampak. benda ni tak mudah kalau kau jenis kuat reward diri sendiri. macam-macam cara juga yuyu try untuk dekatkan diri dengan menyimpan, antaranya adalah:


Target
tahun ni target untuk akaun ada RMx pada awal 2017. tak kisah lah, macam mana cara pun, kena usaha juga. bila dah ada target yang clear macam ni, proses nak menyimpan tu lebih mudah, dan sangat membantu. bila teringin je buat perangan "self reward", mesti terfikir balik pasal target tu.

nak capai target ke, nak gedik-gedik reward? -_-

Apa Sebenarnya, Darayu 'Siri Khas Untuk Wanita' ni?

Wednesday, January 6, 2016

Assalamualaikum

ni dah hampir enam bulan yuyu setia dengan Darayu. "Siri Khas Untuk Wanita". enam bulan tu, termasuk lah sesi sample testing, ubah itu ini, lepas tu test lagi sample. lama gila kan? boleh bagi anugerah taat setia dah kat diri sendiri. haha.

yuyu yakin, ramai lagi yang tak kenal Darayu ni. termasuklah korang pembaca belog yuyu. alahh. jujur je la. yuyu cool je *flip shawl kiri kanan*

okaylah, mari yuyu perkenalkan pasal Darayu dengan lebih dekat lagi, lagi-lagi wanitalah. eh, yang lelaki jangan nangis, baca lah, mana tahu nanti boleh pujuk ibu atau bini cuba juga. hehe.


DARAYU Siri Khas Untuk Wanita

sebenarnya, Darayu ni adalah product yuyu sendiri, di mana, idea dikeluarkan oleh yuyu, dan yuyu sendiri test dari awal sampailah dah siap. proses untuk melalui R&D pun boleh tahan lama juga, rasanya setahun kot. huhu. kenapa lama?

sebab yuyu nak pastikan yang terbaik sahaja. cepat! terharu cepat :')

bagi yuyu, yuyu yakin akan kesihatan dan kecantikan adalah dua benda yang penting buat wanita. takboleh sihat tapi tak cantik, takboleh juga cantik tapi tak sihat. dua-dua saling memerlukan satu sama lagi. cuba bayang :

situasi satu: muka lawa yang amat, sipi-sipi je lagi nak sebijik Miranda Kerr, tapi sini sakit, sana lemah, baru sejam bangun tidur pun tak semangat, membuang angin je setiap dua saat. eh. apa kebenda ni. -_-


situasi dua: kesihatan dah tiptop. check kat hospital, doktor siap berdiri tepuk tangan, tapi, Allah, dark circle saja dah sama warna dengan kening, tak pasal-pasal ingat kening bersambung, perut pulak membuncit, kedut sana, kedut sini, kata baru 26tahun, tipu eh? -_-



sebab itu lah, yuyu nekad juga, nak keluarkan satu product suplimen, yang insyaAllah, membantu, untuk kekal sihat di dalam, cantik di luar. target yuyu, setiap wanita Malaysia, sihat dan cantik bersama Darayu. insyaAllah.

dari bahan-bahan sendiri pun dah tahu, memang bagus untuk wanita. yes. Manjakani & Akar Serapat pun ada. orang dah berkahwin, cukup suka la. haha :p


suplimen ni, paling mudah nak consume, cuma koyak sachet, dan terus minum. tak susah nak bancuh dah. rasa dia pun, ya Allah, sedap sangat! masam manis buah, tapi ada after-taste yang macam pedas sikit.

sangat sesuai kalau ada antara ciri-ciri di bawah ni:

  • 24tahun ke atas
  • sudah berkahwin
  • baru bersalin
  • menyusu bayi
  • ada masalah dalaman badan
  • cepat letih dan lemah
  • nak sentiasa sihat
  • nak sentiasa cantik

insyaAllah..

next entry, insyaAllah, yuyu akan cerita lagi banyak pasal kebaikan Darayu. lagipun, kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh terus ke link ni, banyak info, testimoni yang yuyu share di sini:

instagram : @yulaekaofficial
facebook : Yulaeka Official
website : www.yulaeka.com (coming soon)
whatsapp : +60189727527



sempena promo ni, korang boleh la dapatkan Darayu sekarang. valid sampai esok je tau kalau nak dapat harga jimat sampai RM45. sebab harga normal adalah RM95.90 (sm) / RM99.90 (ss)


terima kasih sudi baca :)

Pendapat Peribadi Mengenai Cetaphil Baby.

Tuesday, January 5, 2016

Assalamualaikum

anak soleh ibu, 7bulan


sebelum Habib lahir lagi, yuyu dah selalu googled apa yang terbaik untuk dia, dan yuyu yakin yang semua ibu buat benda yang sama. mesti lah nak yang terbaik untuk anak kita kan. terbaik dari segi pemakanan, pakaian, tidur, dan sampailah keperluan harian. orang panggil, gian la. gila tak gian, first day dapat tau mengandung pun terus pi MPH cari pregnancy book. pfft.

obses okay. asal lengang sikit je, mesti baca buku & google. haha.


CopyRight © | Theme Designed By Hello Manhattan