December 31, 2016

McDonald Storytelling Contest Sangat Best!

5 comments
Assalamualaikum

rasanya, tak terlambat lagi untuk ucapkan tahniah buat adik Ong Yan Han ni. alahai. tak sangka baru 6tahun, badan secoet je, tapi, bila dia dok kat stage, haa, ambik hangggg! seluruh tenaga, emosi dia bagi weh. serius time tu, kami para audience terpaku dok ternganga ja. :p

sekali lagi, tahniah buat adik:

ONG YAN HAN
dari Pulau Pinang
Grand Prize Winner


muda-muda dah dapat hadiah worth RM70,000 tauu. jeles kak yuyu dik oi. haha. apa pun. tahniah juga kepada semua adik-adik yang menyertai McDonald's Storytelling Contest, bagi kak yuyu, semua menang, sebab semua memang berbakat dan sangat berani.



December 18, 2016

Susu Formula Bayi Paling Murah!

14 comments
Assalamualaikum

sebelum kawen kan, yuyu ni jenis, main rembat ja beli apa yang yuyu nak. kononnya kalau nak beli handbag, takdaknya nak survey tang mana yang lebih murah ka apa. yang penting, barang yang nak beli tu dapat.

tapi..

bila dah kawen ni, suami yuyu adalah spesis manusia yang akan buat survey harga sepaling hebat dia boleh. hang bayangkanlah. hari tu nak beli Nutella, dia siap suruh mak tolong beli dari Langkawi sebab sana murah. kalau nak cari pampers Habib pun, dia akan compare, Huggies mana yang lebih murah. haa. dia memang expert lah bab-bab harga barang.

lepas tu, la ni, yuyu sendiri pulak jadi macam suami, apa semua benda kena survey sungguh-sungguh dulu. haha. sampaikan nak beli sabun pun, yuyu akan survey banyak-banyak kedai dulu, baru beli. selalunya, beli di KK Super Mart lah :p

sekarang ni, bila Habib dah berhenti menyusu, dia punya la menggila survey harga susu formula paling murah. mula bagi Habib try Enfalac, tapi tak sesuai pulak dengan dia, dia tak berapa gemar. lepas tu, try S-26, baru dia menunjukkan minat dia pada susu formula.


December 11, 2016

Unboxing BoxOfJoy daripada ShopBack!

6 comments
Assalamualaikum

taraaa!

petang tadi, postman bawa parcel besar gedabak. yuyu ni dah happy sorang-sorang dah, tahu dah, ini mesti parcel BoxOfJoy daripada ShopBack Malaysia ni. aww. macam tak menyempat nak buat, lepas tu senyum sampai esok tau. 

ini lah #BoxOfJoy nya! alahaii. sangat kena dengan diri ni yang mak-mak. haha. taknak share dengan orang lain lah :p


sebenarnya, apa yang korang kena tahu pasal ShopBack ni adalah, ia merupakan satu-satunya website yang bila kita shopping, dia akan dapat cashback! haa. untung kann. online shopping je pun, tapi kita boleh earn sampai 35% cashback yang akan ditransfer ke account bank kita. haa. ehh, dah shopping, tapi dapat cashback! tak rugi lah kalau shopping sejuta pun :p

December 9, 2016

Cuba Lazz Susu Kambing Untuk Mengandung & Anak Kecil

5 comments
Assalamualaikum

la ni, belambak sangat product susu kambing. macam-macam nama. hang habaq lah nama apa, ada yang baru naik, ada yang femes sangat dah. tapi, satu ja masalah dengan yuyu. serasi dak dengan Habib, dan boleh ngam dak dengan tekak mengandung yuyu. haa. itu yang yuyu asyik bertukaq susu kambing tu.

kali ni, yuyu try Lazz Susu Kambing.

banyak juga orang review pasal susu kambing Lazz ni. nak tak nak, memang kena try juga, sebab ramai yang suggest, tolong lah, kalau pregnant, minum susu kambing. kalau ada anak, bagi susu kambing. banyak khasiat kalau minum susu kambing ni. sapa-sapa pun. okay lah. yuyu cuba.


nak bagi yang terbaik untuk 3 orang tau. diri sendiri, Habib, dan dalam perut tu :p


punya lah aku ni spesis tak menyempat, nak juga try Lazz Susu Kambing sepantas kilat, terus ja call agent yang boleh hantar ke Puchong, rumah yuyu. kalau boleh nak siang tu juga. haha. tapi, malamnya baru agent tu boleh buat COD. datang COD kat rumah walaupun dah malam. haa. nampak dah betapa dedikasinya agent Lazz Susu Kambing ni.

November 28, 2016

Make Up Remover Apa Yang Best?

8 comments
Assalamualaikum  

dah hujung tahun ni, alahai, dia punya busy kemain. draft yang kena hantaq kat client bertingkek-tingkek. event pulak, hampir hari-hari ada. syukur. Alhamdulillah. walaupun dah pregnant 5bulan ni, benda semua ni tak rasa penat sangat, rasa lebih enjoy. yuyu memang suka hari-hari yuyu yang penuh dengan 'sesuatu'. kalau free ja memanjang, adoi, aku mula lah rasa 'takdak life'

kalau cerita pasal event hampir setiap hari tu, muka ni, memang setiap hari lah bermakeup. tak sanggup pi event dengan muka sendu ni. haha. WAJIB makeup. itu yang selfie memanjang kat instagram tu. lulz.

kadang bila dah balik dari seharian event, hoi, penat dia tak payah cerita lah. lembik satu badan. nak-nak tengah pregnant ni. tapi, nak tak nak, yuyu takkan biarkan yuyu terus tidur dengan muka masih lagi bermakeup. yuyu akan make sure, yang kulit yuyu sentiasa bersih, dan hilang dari segala kekotoran.


benda ni bukan boleh buat main-main ya. once kau buat tabiat tidur dengan makeup, itu lah jadi masalah:

PORI TERSUMBAT PUNCA JERAWAT

sumpah taknak weh. muka kalau dah start berjerawat ni, kalau makeup, susah nak nampak smooth. nak tak nak, kenalah makeup tebal-tebal. jadi, dari awal lah kita bendung masalah kulit muka kita. langkah paling simple kita boleh buat, adalah dengan memastikan:
  1. jangan biar wajah bermakeup lebih dari 8jam
  2. kulit bersih dari kekotoran sepanjang tidur
alang-alang tu, lepas ni, kalau nak cari makeup remover, silalah pilih:


Lebih Ceria dengan HP DeskJet Ink Advantage | World's Smallest Printer

5 comments
Assalamualaikum

tengah-tengah free ni, meh yuyu share sikit pasal personal life yuyu. life yuyu sebagai seorang ibu khususnya lah. sebab sekarang kalau ada waktu free pun, mesti guna untuk melayan anak je la. hehe. kalau dulu boleh lah ajak suami jalan-jalan. la ni, takdak maknanya...

memandangkan yuyu kerja sendiri, uruskan product suplimen yuyu pun selalunya di rumah, dan blogging pun mestilah kat rumah ja kann, jadi, memang yuyu ni dapatlah menjaga anak 24/7. setiap masa dok tengok muka dia. Alhamdulillah. dapatlah nikmat tengok anak membesar depan mata. walaupun muka tu ja aku tengok setiap hari, tapi, serius tak jemu 

setiap hari, ada ja dia punya karenah. 

Habib ni suka melukis. menulis. pendek kata, kalau nak dia diam, hang bagi lah pen dan kertas. nescaya dia akan lukissssss ja kerja dia. senang kerja mak mak :p tapi sat ja lah, lepas tu, dia akan minta kita pulak lukiskan untuk dia pulak. takpun, dia suka tulis nama dia, nama ayah, nama yuyu. haha. itu yang lemah tu. ibu ni nak buat kerja sayang oi.

antara yang dia suka sangat lukis adalah (mengikut apa yang dia bagitau lah) :


November 23, 2016

Shopping di The Face Shop, Pavilion Kuala Lumpur [ 5th Generation Flagship Store]

8 comments
Assalamualaikum

weekend lepas best. dah lama tak kumpul ramai-ramai dengan kawan bloggers. sekali sekala kalau jumpa, macam taknak balik rumah. lulz. tapi, sebab jumpa di event, jadi, sat ja lah. lepas tu balik rumah, buat aktiviti mak-mak balik. *redha*

okay lah. kalau korang peminat dunia kecantikan ni, mesti korang tau pasal The Face Shop. hei! jangan cakap tak tau eh. yuyu lututkan korang baru tau. hari tu masa yuyu pi Korea, haa, berpusu-pusu kawan-kawan dok order barang The Face Shop ni. amboi. kat Malaysia kan ada outlet The Face Shop tu. pi lah beli.

paling terbaru adalah di Pavilion, Kuala Lumpur. yuyu ada pi event launching:

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

THE FACE SHOP 
Pavilion 5th  Generation Flagship Store
Lot 4.52.01, Level 4 @ Pavilion Kuala Lumpur

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

blogger-blogger yang suka cerita pasal beauty, yuyu je yang suka cerita macam-macam. buhaguahahabuhaha 

November 18, 2016

RIZQ ISLAMIC SCHOOL (RIS) | 1st International Tahfiz in ASEAN di Malaysia

7 comments
Assalamualaikum

makbapak mana-mana pun, mesti nak yang terbaik untuk anak-anak kan. nak la yang terbaik untuk dunia dan akhirat. cuba hang buat perangai tak elok sikit, sentap mak nakk. sebab tu, kita ni sebagai parent sanggup berjauhan dengan anak-anak, demi capai impian tu. takpalah nak, jauh sat di dunia, hang pi lah belajaq kat pondok, asalkan hang dapat tarik mak masuk syurga sama-sama. gichuuew :p

sebab tu juga lah riki-riki sekolah mana yang terbaik untuk anak yuyu, Habib Muhammad, walaupun dia baru 2tahun. alahh. saja-saja mengisi masa lapang dan buat persiapan awal. taknak lah dah dia besar, baru nak serabut fikir. jadi, banyak juga sekolah area rumah kami ni. private pun best, govt pun best.

tapi sekarang tengah viral pasal:


The 1st International Tahfiz in ASEAN


rata-rata blogger dok bercakap pasal RIZQ ISLAMIC SCHOOL (RIS) ni, siap depa pi sendiri tengok sekolah tu. yuyu pun taknak lah kalah. pi lah juga tengok sekolah tu weekend lepas. hehe. selalunya, mentaliti masyarakat mengenai sekolah tahfiz ni, pastilah:
  • low class
  • facilities sadis
  • hafal quran semata-mata
  • option terakhir untuk anak bermasalah

hmm. sedih sangat. sekolah tahfiz tu tak salah. dah berusaha yang terbaik untuk mengeluarkan product berjaya akhirat, tapi salahnya mentaliti masyarakat sendiri. kalau macam ni lah yang terus berlaku, pasti tempat belajar agama dan tahfiz dipandang rendah berbanding sekolah sekular lain. macam mana nak melahirkan generasi celik alquran/agama?

macam mana pulak kalau korang tengok sekolah tahfiz ni? haaa. terjojol bijik mata dak?

terus register lah nama anak untuk lima tahun akan datang :p


November 15, 2016

Hadiah Dari Jepun ♥

10 comments
Assalamualaikum

minggu lepas, tengah melayan movie dengan suami, tiba-tiba mai lori DHL hon depan rumah. ya Allah. menggelupur aku. dah tau dah, tu mesti parcel direct dari Jepun tu. aww. itu yang sampai tak sabaq sangat yuyu nak share dengan hampa ni. make sure baca sampai habis tau. banyak benda best nak bagitau ni.

yuyu dapat parcel dari IPPIN la

November 14, 2016

Smartphone Canggih Bawah RM1,000

12 comments
Assalamualaikum 

meh sini yuyu bagi cadangan untuk sapa yang nak handphone canggih, interface smooth, design lawa, tapi harga mampu-beli. selalunya, kalau handphone yang macam yuyu akan suggest ni, mesti yang lain dah RM1k++. serius. tapi, yang smartphone yang yuyu akan review ni, harga dia bawah RM1,000.  memang time ni lah kita kena bijak memilih.

apaklah murah!

hari tu sebenarnya, yuyu pernah review adik dia. hehe. kali ni, kiranya, abang dia dah lah. mempersembahkannnn.... *drum rolls please*


ZTE Blade V7 Max
yang hanya RM999. serius boleh beli sorang satu kat adik beradik


November 13, 2016

Pengalaman Paling Buruk

25 comments
Assalamualaikum

apa yang korang teringat sangat sampai ke la ni, yang buruk?

benda buruk laju ja otak kita ingat kan. baru niat nak ingat, terus teringat. benda buruk yang yuyu paling cepat ingat walaupun tak lah seburuk-buruk pengalaman lain, tapi, pengalaman ni, entah lah, bila orang cakap pengalaman buruk ja, wajib terus ingat yang ni. mungkin melibatkan maruah kot. ewah. 

pernah masa tu baru darjah 3, sekolah petang time tu. ada sorang cikgu laki tu, dia paling lah garang di sekolah yuyu tu. ya Allah. garang dia tu, sampaikan kalau dengar tapak kaki dia pun, maka bertempiaranlah semua murid-murid lintang pukang mencari arah tujuan hidup masing-masing. gila kau. kang cikgu tu jeling ja pun dah buatkan kau kolera enam hari berturut-turut. hoi. garang dia jangan buat main.

walaupun dia tak ajar kelas yuyu, tapi yuyu sendiri pernah saksikan dia dengan dahsyatnya merotan student yang mencuri. belum lagi cerita kawan yuyu yang budak tu kena cekak 'telur' sebab sembunyi duit curi tu dalam spender. hoi. apa lah mai sekolah buat hal, sia-sia hang kena dengan cikgu tu.

jadi, satu hari tu, dok tunggu tokwan yuyu datang ambik yuyu kat sekolah, yuyu dan kawan-kawan melepak kat kelas paling dekat dengan pagar sekolah. boleh lah nampak tokwan kat luar tu kalau dia datang pun.

tahu-tahu, cikgu garang tu jalan nak balik rumah lah. eh, sempat pulak dia menoleh ke kelas kami lepak ni. Allah. nak kencing manis pun ada time tu. menggeletar seluruh badan kami semua ni. sebagai murid, mesti lah bagi salam kat cikgu kan. itu tanda hormat. 

Allah. dah bagi salam, dia senyum pulak, tetiba masuk kelas yang kami lepak tu. nak bertegur.


November 9, 2016

Nak Menang Voucher IKEA RM2,000 & H&M RM100 tak?

7 comments
Assalamualaikum

nak tanya ni. Jumaat ni, korang ada plan apa-apa dak? selalunya, kalau Jumaat, mana busy sangat khenn. habis sangat, lepas kerja, mesti lepak minum-minum, bernekad taknak ambik tau pasal kerja. siap lah Sa'odah kalau tetiba datang join lepak, dok tanya hal office. curah Milo Ais Tabur baru tau. orang nak rilek ni. nak enjoy. --'

jadi, kalau free lah Jumaat ni, lepas habis kelas, lepas settle kerja, please lah drift 120km/j pi Sunway Pyramid. sebabnya, ada satu event lauching:


The Pack That Grow Back
11/11/2017
10:00am hingga 10:00pm
Sunway Pyramid; Orange Concourse


apa launching The Pack That Grow Back ni?




November 8, 2016

STOP Keganasan Rumahtangga!

17 comments
Assalamualaikum

sedih sangat baru-baru baca pasal sorang bini ni kena dera teruk dengan suami binatang. sudahlah dia time mengandung pun kena dera, anak dia pun sampai berdarah gusi, siap suruh bini dia buat sex oral kat anak dia. ya Allah. menggeletar baca report. polis pulak buat bodo. dah kenapa hampa ni. bila viral baru ambik tindakan. cis --'

tapi tak guna la nak tuding jari kat sapa-sapa time ni. cuma, kena ambik perhatian. benda ni bukan satu dua kes kat tempat kita, malah, dalam sehari ni, di dunia, juga di negara kita sendiri, setiap saat, kes penderaan rumahtangga sentiasa berlaku. SETIAP SAAT. yes. macam nak lari pi Zuhal kan. tu pun kalau sana boleh makan roti canai setiap hari, kalau tak boleh, hehe, takpa lah, pi sat dah la :p

okay, berbalik kepada benda serius.

jadi, benda ni, kita takboleh pandang enteng. tolong lah. yuyu merayu kepada mangsa-mangsa penderaan rumahtangga ni untuk membuat tindakan pantas. jangan sampai diri sendiri hampir mati, dan anak-anak pula menjadi mangsa. serius yuyu SANGAT sedih bila melibatkan anak-anak kecik ni. anak-anak berhak hidup dalam suasana positif.


takpernah ada manusia yang impikan keluarga tak bahagia dan disakiti. :'(


apa yang boleh mangsa-mangsa penderaan/keganasan rumahtangga (isteri) bertindak apabila berlakunya semua ni?

Solusi Kulit Dengan Lotus Mole Cream

0 comments
Assalamualaikum

Dikeluarkan pada awal januari 2016, Lotus Mole Cream telah berjaya membantu lebih 5000 orang yang mempunyai masalah:
  • Tahi lalat
  • Ketuat
  • Kutil
  • Isi terlebih
  • Pundi minyak kolestrol pada muka dan badan 

dengan budget yang sangat rendah, tidak melibatkan pembedahan, tidak perlu ulang alik ke klinik/spa untuk tetapkan temujanji,  tidak perlu pakai berulang-ulang, buang terus dari akar. Diadun semulajadi  dengan vitamin E,  Pati minyak tumbuhan dan  bunga tanpa kesan sampingan. 

Lotus Mole Cream ini di formulasikan dari serbuk:
  1. Kulit kayu manis
  2. Minyak Pati frankinsce
  3. Minyak Pati Rose geranium,
  4. Cuka epal
  5. Vitamin E dan 
  6. lain-lain herba yang khusus.



Kini anda tidak perlu runsing, hilang keyakinan diri dan kelihatan kurang menarik, diejek kawan serta hilang focus. Tempoh penanggalan mengambil masa 1 hingga 4 minggu, bergantung pada individu dan saiz kutil atau tahi lalat. Pada masa yang sama anda bebas untuk membuat aktiviti lain tanpa mengganggu rutin harian anda. Produk buatan Malaysia, homemade, SELAMAT SUCI DAN HALAL tanpa kesan sampingan

Terdiri dari Lotus Mole Cream, Anti Scar Cream dan Sabun Anti Parut PROMO RM99 FREE POSTAGE SEMENANJUNG, SABAH DAN SARAWAK sehingga 1.12.2016
Untuk tengok produk Homemade organik lain:


KLIK
Instagram: Organichana
Whatapps: +60167114112
FB Page: Organichana


Terima kasih sudi baca :)

November 3, 2016

Home & Electrical Fair Lah Pulek.

3 comments
Assalamualaikum

hampa.. hampa.. hampa semua! free dak 10 sampai 13 November ni. minggu depan, Khamis sampai Ahad? ish. kalau free, lebih baik hampa pi Modern Living & Electrical Expo  di Stadium Bukit Jalil Carpark B. alahai, depa punya expo, menggugat jiwa okay!

bayangkannnn....



Allahhh.. tak tidoq la malam ni. haha. insyaAllah, kami laki bini memang tak tidoq malam. dah aim awai-awai nak ambik beanbag tu. lepas tu, ada lah nak borong lagi barang. haha.

selamat membeli belah. terima kasih sudi baca :)

October 17, 2016

Nak Bisnes, Tapi Tak Ada Pengalaman

16 comments
Assalamualaikum

Eh. sama lah dengan yuyu. awal tu, nak juga bisnes, tapi takdak pengalaman. nak juga bisnes, tapi takdak ilmu. nak juga bisnes, tapi takdak background family yang berbisnes. nak juga bisnes, tapi tak tau nak buat bisnes apa sebenaqnya. eh eh. sama lah kita!

ini adalah antara alasan-alasan dan sebab kenapa kita akan berada kat tempat sama lagi. sampai satu masa, kita macam, hmm, kalau bisnes dari hari tu kan, dah senang dah. kalau bisnes dari hari tu kan, dah untung dah. kan bagus kalau start bisnes dari hari tu. ruginya. akhirnya, kita selamanyalah terkedek-kedek nak mulakan apa yang kita plan dari hari tu..

seumur hidup, yuyu memang tak pernah buat bisnes. okay lah. tipu. ada lah. masa darjah enam, jual nasi lemak dengan classmate kat hari kantin, lepas tu masa tingkatan tiga jual laksa masa hari sukan dengan satu kelas. bisnes la juga kann. lepas tu tak tau mana pi depa guna untung tu -_-

itu ja la. lepas tu buat bisnes blog advertorial & review di media social. hehe. meh la contact kalau nak buat review (kah. sempat ok promote). tapi, semua ni tak sama. lepas dah bersalinkan Habib, yuyu terus nekad untuk KERJA SENDIRI. berbisnes. sendiri jadi bos, sendiri jadi kuli, sendiri jaga anak.

suami bagi green light. tapi yang tak green light lagi, macam mana nak start?


October 16, 2016

Apesal Dah Tak Blogging?

27 comments
Assalamualaikum

Rata-rata tengok blogger masing-masing dah maleh nak blogging. sebab medium paling up la ni, Instagram la kan. eh, budak 8tahun pun dah ada Instagram okay. tak boleh hadam betoi. dulu kak yuyu 8tahun dok masak pasir main mak-mak. petang tu naik basikal dengan kawan-kawan keliling kampung sampai Maghrib.

time hujan ja, balik rumah laju-laju, cari longgok baju, berkubang dalam tu. nanti dengar lah suara bagai halilintar. takde maknanya masa 8tahun nak selfie time hujan, post kat Instagram buat ayat deep "biar hujan membawa kesilapanku, biar matahari bangkit membawa semangatku" 

terjun tingkat doblas -_-

anak teruna dah besaq dah. dah 2tahun 6hari

apa ja life yuyu la ni?

October 10, 2016

C-Section atau Bersalin Normal?

18 comments
Assalamualaikum

mana satu korang pilih?

pernah tak ada manusia yang pasang impian nak bersalin secara C-Section? memang ada, tapi rare la. rata-rata kalau dah pregnant, mesti berbuih mulut dok minta Allah mudahkan proses bersalin normal. pelik kalau tiba-tiba dia menadah tangan time tengah pregnant "ya Allah, bagi la aku beranak Czer dengan jayanya, aku takmau bersalin macam biasa". siap bergelinang air mata.

macam tu juga yuyu dulu. sepanjang proses mengandung, awal-awal dah doa supaya dipermudahkan proses bersalin. kalau boleh, nak sangat bersalin secara normal. time tengah mengandung Habib dalam enam bulan kot, yuyu pi buat antenatal check-up di private clinic yang bukan selalu kami pi, sampai di sana, gynae tu asyik buat muka pelik. last masa nak scan tu, dia cakap:


"kalau size awak ni confirm tak boleh beranak normal ni"


runtuh hati ni. terngiang-ngiang ayat tu sampai kiamat. terasa wey. tapi watlek je time tu. setiap hari juga, suruh suami tenangkan hati pasal hal ni. setiap hari juga lah suami cakap benda sama:


October 9, 2016

RESEPI BUTTER CHICKEN | Buttermilk Chicken

40 comments
Assalamualaikum


banyak kali dah yuyu share kat Instagram ( @yuyuzulaikha ). setiap kali orang tanya resepi, alamak, lupalah pulak aku nak ambik gambaq. haha. jadi, kali ni, alang-alang dah nak masak Butter Chicken lagi, cepat-cepat pegang camera. habis camera bau hanyir ayam --'

sebenarnya, nama resepi ni, ada yang panggil Butter Chicken, ada yang panggil Buttermilk Chicken. dan resepinya pun banyak. sebanyak-banyak resepi, yuyu dah alter ikut minat tekak yuyu dan suami. kami ikut tekak kami yang suka benda-benda cheese. sebab ada juga resepi orang lain jenis tak ber-cheese. 

September 7, 2016

Ada Sesuatu Lembut & Wangi!

9 comments
Assalamualaikum

yuyu suka sesuatu yang bila bau, dia tak terlalu kuat. rasa sedap, lembut, dan tenang sangat. dan yuyu sangat suka sesuatu bau yang berkaitan dengan bunga-bungaan. lagi-lagi bau yang berkaitan dengan bunga ros dan lavender. tahu kan, setenang mana kita akan rasa? tak tak. bukan yuyu saja. ini perasaan majoriti semua orang bila dapat bau bunga ros dan lavender.

pasti tenang. ish. memang pasti lah kan

kalau korang pun jenis yang ada persamaan dengan yuyu, lebih baik korang cuba losyen NIVEA yang terbaru ni. ohoi. tak tahu nak cakap apa. bau dia, bagai bagi reward untuk kulit kita. ewah kau.


NIVEA Skin Delight
Oil in Body Milk




September 6, 2016

Kenapa Perlu Pilih Aureline?

4 comments
Assalamualaikum

sekarang, banyak sangat serum yang kita boleh pilih. macam-macam jenis kebaikan yang dijanjikan. serius weh. jadi, kita ni sebagai pengguna, nak taknak, kena buat research elok-elok supaya kita akan buat pilihan terbaik. nak cari product apa terbaik untuk kulit kita? haa. kali ni, yuyu akan share satu serum terbaru ni..

insyaAllah, ini mungkin satu-satunya serum yang korang perlukan selama ni. 


AURELINE
Aureline Perfection Skin Serum
with GOLD 24K 



terima kasih team Aureline


July 21, 2016

Berjaya Bersama.

22 comments
Assalamualaikum  

BERJAYA BERSAMA. apa yang korang bayangkan dengan "berjaya bersama'' tu? apa yang korang nak sangat dengan "berjaya bersama" ni?

hmm. kalau yuyu, bila bercakap mengenai berjaya bersama, benda yang pertama yang yuyu akan terfikir adalah mengenai diri yuyu dan orang-orang tersayang, keluarga terutamanya. kalau boleh, yuyu nak sangat apa saja kejayaan yang yuyu kecapi, bukan yuyu saja yang dapat menikmatinya, malah, keluarga juga.

bagi yuyu, apa saja yang kejayaan yang kita peroleh, takkan lengkap kalau kejayaan itu tak dinikmati oleh orang tersayang. mak abah yuyu yang selama ni membesarkan yuyu. tokwan yuyu yang tak pernah miss ulang alik hantar yuyu ke sekolah, dia juga sentiasa ada masa saja yuyu berada, adik-beradik yuyu yang selalu support yuyu tak kira apa, suami yuyu yang sentiasa memberi semangat untuk meraih kejayaan, dan anak yuyu yang selama ni menjadikan yuyu lebih kuat untuk berjaya.

apa lah lagi yang yuyu dapat balas melainkan membalas dengan kejayaan yuyu. kita berjaya bersama, selamanya. amin.

paling yuyu seronok sangat-sangat, bila time yuyu konvo. yuyu tak pernah rasa semua keluarga yuyu bersatu padu untuk pujuk yuyu supaya konvo juga. selamanya, selalu fikir yang konvo ni, alah, nak bagi scroll je weh. malas la buang masa. -_-


July 8, 2016

Zwitsal's & Anak Tersayang.

14 comments
Assalamualaikum

Habib Muhammad dah nak 2tahun. cepat kan? hari tu baru je tulis entry pasal pengalaman bersalin czer. hehe. 10 Oktober ni dah 2tahun. ya Allah, dia punya ragam, macam-macam. pening kepala ada, geram pun ada, kadang-kadang tu. tapi, macam mana pun, tetap rasa bahagia selalu bila ada dia. bahagia tu tak pernah rasa sebelum dia ada. 

jadi, apa pun mengenai anak, yuyu akan sebolehnya sediakan yang terbaik untuk dia. dari makanan, pakaian, hinggalah ke produk keperluan dia.

apa kaitan anak dengan Zwitsal? tengok lah pakej Zwitsal ni. alahai. kuning comelnya!


June 27, 2016

Layan Minum Petang.

11 comments
Assalamualaikum 

sebulan ni, busy ya Allah. busy yang amat-amat. setiap hari ada kerja bertimbun-timbun kena buat. siap terdelay weh nak submit kerja. huwargh. tak menahan kalau sampai setiap hari tidoq lewat bangun awai. siangnya pula tak boleh rehat. Najib pun tak macam ni kot. haha


okay, untuk kali ni, yuyu nak review sikit mengenai minuman sachet yang selalu orang bercakap sekarang. yuyu dan suami sendiri try Per'l Xlim. haa. pernah dengar kan pasal Per'l Xlim. macam tipu je kalau tak pernah dengar -_- PowerRoot punya kott.

nahh. ambik hang!



June 26, 2016

Bersahur & Berbuka Makan Apa?

4 comments
Assalamualaikum 

lagi berapa hari je dah nak Raya. hoi. cepatnya masa berlalu. seminggu pun tak sampai dah. tapi, preparation apa pun tak buat lagi. asyik dok busy dengan kerja ja. haha. tapi, tahun ni, insyaAllah, Ramadhan dan Syawal akan lebih indah dengan kehadiran anak. tak boleh bayang macam mana nak beraya bila ada Habib Muhammad ni. 


tahun lepas, banyak hari yuyu tak dapat puasa, memandangkan yuyu menyusu Habib, bila posa ja, sampai ja tengah hari, dah rasa berpinar nak pitam. kalau asyik tak tenaga, takut sangat menjejaskan susu. kesian pula Habib, dia tengah breastfeed lagi kan.

tahun ni. ambik hang! aku tawaf bazar bagai juara


alhamdulillah, Ramadhan kali ni yuyu teruskan macam zaman dulu-dulu. Habib pun dah 1tahun8bulan, dia pun tak kerap sangat menyusu. lebih banyak makan dah kan. bagi yuyu, benda paling best, bila posa ni, kita bersama-sama dengan orang tersayang. gituuu. sibuk berbuka dan bersahur dengan anak & suami.

selalunya sebelum ni, jenis yuyu ni, WAJIB sahur. kalau dak ja, hang tengok lah, tepat pukul 1 ja, dah macam kain buruk. versi manusia. at least, minum air sampai bila goncang perut tu, bunyi air ja. haha. huduh betoi berangai.

antara menu yang selalu yuyu makan time sahur, simple tapi kenyang adalah :
  1. roti bakar + jem/kaya : yang ni paling simple boleh buat. mengenyangkan dalam masa yang lama. sedap pulak tu.
  2. biskut merrie celup milo : nikmatnyaaaaa. walaupun simple, tapi, teringat time kecik-kecik dulu kalau takmau bangun sahur, malas nak habiskan masa berjaga, yuyu celup ja biskut tu sambil pejam. haha.
  3. nasi goreng : ni kalau rajin sikit, buat lah nasi goreng. haha. tu pun kalau bangun awal. kalau dak, tobat nak rajin masak pag-pagi buta.
  4. Hidangan sahur di McD: set Big Breakfast dengan Hotcakes dan Set Sarapan Ayam Gril memang sedap dan kenyang yakmat. tahun ni ada set Bubur Ayam McD lagi tau! Tengok menu pun dah tertelan air liuq. sedapnyaa. yang pasti, tiga-tiga menu ni sangat sepanjang hari. dah try banyak hari dah. haha. insyaAllah.

June 20, 2016

Apa Bau Vanilla Ni?

10 comments
Assalamualaikum

kalau cakap pasal time puasa atau raya, apa benda-benda yang korang akan ingat? kalau yuyu, memang wajib lah ingat pasal baju raya, rumah sedara, duit raya, dan kuih raya. empat benda tu macam sinonim gila dengan time puasa & raya. lagi-lagi time kecik-kecik dulu kan. empat benda ni memang riang lah kalau nak bercerita.

okay lah. selfie muka budak-budak, satu. kah. kah. kah. *hentuk kepala*


Baju Raya
sebab yuyu cucu sulung, jadi, sedaramara, tok, tokwan, manjakan lebih. baju raya ja dah berbelas pasang. over kalah Che Ta. kasut raya pasti lah paling stylo dalam kampung. paling ingat kasut yang pijak je berlampu satu kawasan tu. hoi. kembang hidung dapat tayang kat kawan-kawan. mak beli malam raya, malam raya tu juga la pakai kasut tu buat pakai tidur.

Rumah Sedara
kau cuba cakap bila ja nak eratkan ukhwah kalau bukan time kenduri dan time raya. bila nak raya ja, dah susun dah, nak pi rumah sedara mana. sedara ni kedekut duit raya, ah, takmau la. sedara ni kuih almond london dia sedap! wajib pi. sedara ni hari tu buat kek lapis siap bagi duit raya RM50, lagi la wajib pi. kahkah. 


June 19, 2016

Alex Yoong & Grand Opening MajuHome.

6 comments
Assalamualaikum

kah. kah. kah -_- tak menang pun sofa hari tu (entry lepas). okay. lepas ni kena start kumpul duit beli sendiri nampaknya. foine. tapi, takpa lah, dapat invitation siap boleh tengok Alex Yoong tu, ishh, segan silu tau nak cerita. haha. hensem dulu kini selamanya. ingatkan sebaya (ehem).

awal June hari tu, MajuHome Concept ada buat Grand Opening sempena pembukaan flagship terbaru depa di CITTA Mall, beserta untuk memperkenalkan official ambassador, juga untuk meraikan pemenang-pemenang kontes #MajuHomeSnapNWin di Instagram tempoh hari.


hai awak :p


ya Allah. meriah sangat weh. event tu bermula dari pukul 11tengah hari sampai lebih kurang 1petang. ramai yang amat lah media yang hadir time tu. yang bestnya, awal-awal lagi terus menuju tempat makan. haha. entah pape la aku ni. tercari-cari juga mana ambassador dia.

agak-agak sapa ambassador MajuHome? haa.. cepat teka. yuyu sendiri pun terkejut tau. 

June 13, 2016

Smartphone Mampu Milik Terbaik. RM499.

24 comments
Assalamualaikum

harga handphone la ni, makin lama, makin mahal lah. menyampah pulak kadang nak beli. sama ja features phone ni dengan phone tu. pfft. hari tu nak beli untuk emak dan abah yuyu, terfikir dua tiga kali juga lah. boleh hadam dak handphone la ni sampai RM3,000++?. gaji sorang masters tu. 

sampai nak beli sebijik smartphone pun ada siap package credit. whatttt....

sepanjang yuyu dah buat bisnes Darayu tu, phone yuyu, bercampur yang personal, order Darayu & kerja. pernah satu hari tu, menggelupur tinggal beras tengah dok basuh tu pi nak jawab call. rupanya adik je talipon suruh tengok whatsapp. -_- 

jadi, memandangkan bisnes yuyu pun busy sangat sekarang (Alhamdulillah), yuyu decide untuk cari juga smartphone baru sebagai phone personal + hal kerja. hal kerja boleh campur dengan personal, sebab tak busy sangat. kalau campur semua dengan hal Darayu, habis hang henpon aku. haha.

lastnya, beli smartphone yang lebih affordable tapi features-nya lengkap juga untuk kita-kita ni. alah. boleh ambik gambaq lawa. boleh call. boleh whatsapp. boleh simpan gambaq banyak. boleh check email on the go. boleh download lebih sikit apps tu apps ni. okay lah tu kan? hang nak demand apa lagi. 

ini personal review. harap membantu sangat korang yang mencari phone harga affordable tapi berbaloi. yuyu faham, kadang beli murah, alah, nyesal pulak kualiti tahi, beli mahal pulak, dah sama dengan gaji. jadi, suggestion yuyu, try lah beli ZTE BLADE V7 Lite

beli ja, terus gayut dengan emak. haha. nampak ada, ada bulatan kan belakang tu? tu lah thumbprint sensor. 

June 10, 2016

Panasonic Beauty. Menghargai Kehadiran Wanita

7 comments
Assalamualaikum

kalau cakap pasal perempuan ni, memang semua perempuan suka pada kecantikan. kalau dia cakap tak suka sangat lah cantik-cantik ni, biar je bulu ketiak ai panjang enam kilometer, tengok je la time dia lepas mandi, mengadap cermin juga. eh. nak cantik lah tu namanya.

yuyu sendiri pun suka pada kecantikan. kalau boleh, nak semuanya nampak rapi, flawless. baru lah rasa nak hargai lebih diri sendiri ni kan. 

tak cukup dengan diri sendiri dihargai saja, baru ni yuyu ada attend event Make Beauty Happen, Panasonic Beauty di Glass House, Setapak, di mana, dorang pula menghargai kehadiran kecantikan wanita. macam mana? dengan terciptanya tiga product terbaru dorang yang serius kita semua akan suka. yuyu sendiri gila punya suka okay. 
  1. Micro Foaming Cleansing Device
  2. Ionic Cleansing and Toning Device
  3. Styling Brush Iron

time kat sana, Ya Allah, nak meroyan tau. haha. tau tau kami boleh cuba dan guna sendiri ketiga product Panasonic Beauty tu. cuma Styling Brush Iron tu, tak la, cuma mampu teruja dari jauh je. hehe. yang penting, sekarang tak sabar nak cerita apa yang best dengan tiga-tiga product tu.


aww.. dia punya event pun sweet sweet kemahen je weh

dah ready?

May 30, 2016

REFINITY Acne Hydrogel Review | Hilang Jerawat Dengan Pantas

9 comments
Assalamualaikum

time yuyu form 4 dulu, ingat lagi time tu, jerawat sini sana sinun. jerawat yang jenis keteqaq bijik betoi la. hilang satu hari ni, hari ni juga bermuafakat naik empat yang lain. cis. baru pegang sikit, memercik nanah keluaq. ngeri weh. 

macam-macam eksperimen yuyu buat untuk hilangkan jerawat. akhirnya, makin meningkat umur, dia sendiri dah malas bersilih ganti. time mengandung Habib, kulit flawless. hormon kewanitaan sangat tau. sekor jerawat pun tak tumpuh. lepas bersalin Habib, kadang-kadang naik la juga sebijik. time period khususnya. jarang sangat lah nak tumbuh sebenarnya.

sekarang ni (bulan ni la), event banyak yang amat. sehari sampai dua tiga event kadang tu. sampai lemau badan dah. muka memang kena make up lah sentiasa. lepas cuci untuk wudhuk, apply lagi make up. jadi, tak semena-mena, tumbuh pulak sekor jerawat. lepas di dagu, hilang, tumbuh pula di pipi, hilang, tumbuh pula kat hidung. ewah kau.

tapi, tak risau sangat lah, sebab ada:


REFINITY
ACNE HYDROGEL
enrich with salix alba extract


May 19, 2016

Kontes Hadiah RM10,000 hanya di MAJUHOME Concept.

20 comments
Assalamualaikum

patut la tak semangat sangat nak buat kerja. bila kerja dari rumah, jamban pun jadi tempat kerja. hoi. aku meluat la perasaan ni -_-


insyaAllah, start June ni, yuyu nak buat satu space kat rumah yuyu tu, sebagai satu ruang kerja yang khas untuk kerja saja. siap ada punchcard (ok tipu). siap ada boss garang perut buncit tak bagi bonus (ok ni lagi tipu). kalau tak, kat mana ada ruang, situ lah yuyu buat kerja. lepas tu confius, aku nak buat kerja ke, atau nak tengok tivi. 

tutup laptop. ambik Nachos. tengok tivi. pfft.

haha. tobat dah. kena lebih berdisplin lepas ni. jadi, sambil-sambil baru pindah rumah ni, dan nak cari perabut untuk ruang kerja, tempat yang akan memberi inspirasi adalah:


April 21, 2016

Meraikan Kehadiran Anak-anak.

6 comments
Assalamualaikum

tengok goodies bag ni, eh, teringat pulak majlis pelancaran Wyeth-Wechat hari tu.

one extreamly happy family. Alhamdulillah :D

dah subscribe WyethNutritionMY di WeChat? best kan! kalau yang tak join lagi, adoi, ruginya. subscribe sekarang cepat. banyak infomations untuk kita sebagai bakal ibu atau ibu, malah banyak juga info untuk anak-anak kita. yuyu ni, wajib lah subcribe WyethNutritionMY. taknak lah terlepas daripada info best. dari situ lah cara yuyu nak siapkan maklumat terbaik untuk Habib Muhammad :)

April 20, 2016

Nak Shopping Kat Mana? Zolace.com laa

12 comments
Assalamualaikum

korang ada masalah nak shopping online tak? selalu dengar orang merungut susah nak cari baru cantik sekarang. kalau ada pun, mesti mahal. haish. kalau tak pun, size pulak tak ada. hmm. asal eh? yuyu tak pernah pulak ada masalah. Alhamdulillah. try lah shopping dengan:





sepanjang yuyu dah addicted shoppping dengan Zolace.com ni, banyak pulak koleksi dorang yang cantik, lepas tu, lain dari lain, harga affordable. selain tu, service dorang pun tiptop baq hang! insyaAllah yuyu akan selalu update dan share pasal yuyu dengan koleksi dari Zolace.com supaya dapat membantu sikit sebanyak untuk korang shopping nanti.

suka tak? elehhh :p


 A Layer to Love Blouse ni sampai bawa pakai ke Seoul hari tu.


April 6, 2016

Trip 3 Bandar Indonesia : Garut (Hari Ketiga)

14 comments
Assalamualaikum
sebelum yuyu terlupa terus pasal trip kat Indonesia, sebab tengah excited nak cerita pasal trip Korea baru ni, lebih baik pulun buat sekarang. haha. padahal dah lama gila dah balik Indonesia. adoi. tak faham dengan diri sendiri. nak cakap busy sangat, takde lah, bukan Najib pun :p

hari ke tiga Trip 3 Bandar Indonesia ni, awal-awal pagi lagi kami bergerak dari Jakarta ke Bandung. dah dua hari di Jakarta, walaupun tak cukup lagi jalan-jalan di sana, at least, time pi Taman Mini tu, dapatlah kami cover sedikit sebanyak pasal sejarah dan budaya Indonesia. baru satu bandar, ya Allah, besar betul Indonesia ni.

kalau gerak awal pagi, ingatkan tak marcet. rupanya, marcet banget sih! :p

perjalanan kami dari Jakarta ke Bandung mengambil masa lebih kurang 2jam. lebih sikit kot, sebab kami ada menyinggah di perhentian (macam R&R di Malaysia laa). makan-makan sambil rehat sikit. penat okay, lagi-lagi yang bawa anak kecik ni. time tu dah la Habib kuat menyusu.

tapi, yuyu syukur sangat-sangat. sepanjang perjalanan, Habib sangat behave. dia cuma tidur, menyusu dan layan je perjalanan. takut juga dia tak selesa, ye lah, kecik lagi kan. tapi tak. syukur ya Allah. memang Allah bantu banyak sangat untuk bagi Habib keselesaan.

yuyu yakin, doa ibu supaya anak dia senantiasa selesa tu dimakbulkan. jadi, apa-apa pun sebelum travel, doalah dan mintalah kat Allah supaya anak selesa. bila anak selesa, insyaAllah, dia tak meragam. ibu lagi la selesa.


April 5, 2016

Susu Kambing untuk Ibu & Habib.

6 comments
Assalamualaikum

ada yang tengok tak post-post Instagram yuyu sepanjang di Korea? haha. siap ada yang tanya "ehh, gigihnya kau sampai bawa susu pi Seoul. beli sana dah la" ehh. tak boleh. tak boleh. mana nak dapat susu kambing sedap macam Khalish kat sana :')

ni rutin setiap pagi suami, dia bancuh segelas susu kambing Khalish untuk yuyu. walaupun di Seoul itu hari. terima kasih :')


alang-alang dah ramai yang bertanya pasal susu kambing Khalish ni, jadi, sini yuyu akan buat pencerahan dan semoga entry ni sangat membantu untuk diluar sana. insyaAllah. sebab, rata-rata kalau tengok orang post pasal susu ni, masih lagi ada yang tanya kan. 


April 4, 2016

Honest Review KOTEX Odor-Care

10 comments
Assalamualaikum

apa yang perempuan paling benci bila time 'cuti'? secara peribadi, terus terang, taknak cakap banyak, yuyu paling mintak simpang malaikat empatpuluhempat lah dari masalah berbau. tolong lah! itu paling taknak. dah fobia tengok orang buat muka kalau tetiba terbau period orang lain.

serius weh. sebab benda ni bukan main-main. kalau orang terbau lain maciamm je, terus buat muka tenuk. boleh stress sampai esok. sebab tulah pendekatan yuyu sebelum ni adalah selalu tukar pad kalau time 'cuti'.

tukar pad yang serius tukar. macam setiap empat jam, dah menggelupur yuyu nak tukar pad. padahal, biasa ja pun. takdak la teruk mana. tapi sebab tak yakin kann. bila habis je 'cuti', haaa... lega dia bukan kepalang. tiada lagi huruhara kau. haha.


 ehemm. ada orang tu dapat stock banyak bulan la. :p 

March 17, 2016

Sekali Sekala Piknik

103 comments
Assalamualaikum

semenjak Habib dah besar sikit ni (dah setahun lima bulan okay anak aku!), rajin pulak kami buat aktiviti luar. kalau Habib tak ada dulu, mana pernah buang tebiat nak buat aktiviti luar. kau jangan harap. pi tengok wayang ada la. lepas tu shopping. haha

start dah anak makin membesar, kesian pulak kalau 24jam dia asyik tengok muka ibuayah dia, tengok sofa, tengok meja makan, tengok katil, ulang tengok shower je. jadi, kami lakibini plan sungguh-sungguh untuk tuka cara hidup kami. gicheww.

bulan lepas, kami balik kampung yuyu (Langkawi) selama 15hari. dengan harapan, dapatlah Habib bergaul lebih dengan sepupu sepapat dia, bolehlah dia lebih rapat dengan suasana kampung yang penuh dengan semulajadi. kalau 15hari tak cukup, next time, ibu tambah sebulan pulak ya sayang :p

kali ni kami buat picnic pula. ini yang semangat nak cerita ni!

alaa. tak payah susah-susah picnic sampai Ulu Yam, Pantai Chenang, Port Dickson bagai. kami picnic kat taman permainan di taman kami. hahaha. sambil-sambil picnic, kami biar Habib habiskan masa dengan main di sana. 

picnic lebih semnagat sebab ada McTikar. ewah!


March 8, 2016

Atasi Masalah Wajah dengan HELENZ Signature

1 comment
Assalamualaikum

sapa ada masalah jerawat dan alahai, kulit pulak jenis sensitif. pakai skincare biasa, makin menjadi pula teruknya. nak mencari skincare yang sesuai untuk kulit sensitif ni, susah pulak kan? a'ah. susah yang amat nak cari untuk kulit sensitif. 

tapi, takda lah susah mana sangat dah sekarang nak cari skincare terbaik untuk kulit sensitif ni, malah terbaik juga untuk kulit berjerawat dan kusam. 

korang boleh try:

yang bagusnya Helenz Signature ni, ia didatangkan dengan set lengkap keperluan rutin harian kita. dari sabun hingga ke serum. ya Allah. sangat membantu betul. lepas ni takpayah dah susah-susah itu ini dah. Helenz Signature dah lengkap.

March 4, 2016

Bye-bye Bocor!

1 comment
Assalamualaikum



time datang bulan adalah time paling stress, sebelum ni. dah la memang hormon berubah, mood swing tiba-tiba, tapi lagi lah moody kalau pad buat hal. siang malam stress. paling tak best kalau tengah jumpa client, tiba-tiba rasa pelik semacam je, tau tau dah bocor sampai ke peha.

share dengan yuyu, apa masalah datang bulan korang?
- bocor (paling bermasalah)
- rasa tak selera melekit (eww, tolong la)
- tak cukup panjang (hmm, terus tak konfiden!)

kann..

sekarang dah tak payah risau time datang bulan ni, dengan Laurier Night Safe! pelindungan optima dengan kepanjangan pad sehingga 35cm yang memenuhi permintaan kita dan penyerapan dia 2kali ganda lebih cepat dan 5kali ganda lebih kering!


February 29, 2016

Petua Hilangkan Batuk Berkahak | Ubat Batuk Semulajadi.

49 comments
Assalamualaikum

hari tu sebelum balik Langkawi, tiga hari suami menderita (macam nazak la pulak. haha) batuk berkahak, siap asyik gatal tekak ja memanjang. teruk juga, pernah time malam tu, suami susah tidur sebab kahak teruk sangat, sampai suami susah bernafas. Allah. kesian pulak tengok dia macam tu.

kebetulan, ada pula yang share di Facebook, petua untuk hilangkan batuk berkahak ni. memandangkan sangat mudah, dan berkhasiat, elok lah juga yuyu buatkan untuk suami. kalau yang susah tu, takpe lah, tarik tangan bawa pi klinik je la. haha :p

jadi, apa benda yang diperlukan.

Bahan-bahan:
sebijik nenas
sebiji halia
air (untuk blend)
blender


February 24, 2016

BORSMELK Milkbooster Perisa Kiwi Yang Terbaik

4 comments
Assalamualaikum

ramai terkejut yang Habib sampai la ni dok menyusu badan lagi. yes, badan, bukan pam lepas tu bagi dari botol. direct susu badan. terkejut sebab badan kecik, tapi anak dah setahun lebih dok menyusu lagi. Alhamdulillah. kecik macam mana pun, kalau Allah bagi rezeki tu, dapat lah. tak mustahil aih. tak payah lah terkezut sangat -_-

tapi, sebelum ke tahap ni, macam-macam persediaan mental dan fizikal lah kena sedia. memang awal-awal Habib dalam perut lagi dah azam nak menyusu lebih dua tahun. doa ja selalu, insyaAllah dipermudahkan semuanya.

dari cara penyusuan yang betul, tips, dan pantang larang ibu menyusu, yuyu google selalu, tanya orang, dan pergi kelas. siap pergi kelas okay. haha. semangat tak semangat aku. itu lah jenis-jenis persiapan, tapi, berbalik pada Allah, kehendak Dia.

sekarang dah senang, milkbooster berlambak-lambak dipasaran. ada jenis tablet, ada jenis sachet, ada jenis serbuk. eh, ikut je lah tekak kita nak yang mana satu. siap berperisa, tahu! ya Allah, betul-betul mudah kerja ibu menyusu sekarang.

satu milkbooster yang yuyu peratiiii sangat, adalah :



milkbooster perisa Kiwi hoi! mana boleh tahan. kalau sehari kunyah lapan puluh ratus biji pun takde hal lah.


January 27, 2016

RESEPI MEE | Cara Membuat Homemade Mee/Noodles

60 comments
Assalamualaikum

alang-alang dah free ni, mari lah yuyu share sikit dengan korang, macam mana nak buat Home-made Mee atau Noodles. sebenarnya, yuyu memang tak suka langsung mee dari kecik lagi. sebab, selalunya kalau beli mee, mesti bau dan rasa kapur tu, ya Allah, tak boleh blah.

potong terus selera aku.

dah kawen ni, suami jenis suka pulak benda-benda mee ni. nak tak nak, buat lah sendiri. resepi ni sangat senang, tak leceh langsung, dan sesuai sangat sihat. tak ada wax makanan okay, dan dijamin bersih. ye lah, dah buat sendiri kan.


BAHAN-BAHAN: (untuk 2-4 orang makan)
250gram tepung gandum
1/2 sudu kecil kunyit
1 sudu kecil garam atau 2 sudu kecil garam bukit
1 biji telur
1 sudu kecil minyak (optional, yuyu guna)
50ml air
mesin buat mee

January 26, 2016

Shopping Jam Baru Lah | G-Shock DW-6900ms-1

16 comments
Assalamualaikum

sapa dah tengok Polis Evo? haha. walaupun macam, err, lambat juga la nak cerita pasal movie tu, tapi, tak kira. haha. best kann! banyak yang cakap Polis Evo tak tipikal cerita Melayu, dan, ya, time hi-tea dengan Shaheizy Sam pun, dia pun sangat setuju, dan sangat puas hati dengan Polis Evo ni.

sebenarnya, bukan nak cerita pasal Polis Evo sekarang, nak cerita pasal jam Inspektor Sani (Zizan) pakai dalam Polis Evo. huhu. *larikk*

ramai yang suka betul dengan jam si Zizan pakai tu. sampai suami yuyu pun dok google siang malam, jam apa lawa sangat mamat ni pakai. eh, tak boleh jadi ni. berhari-hari dia dok buat research. haha. kesian pulak.

tengok la di tangan Inspektor Sani tu. yang tu la :D

memang lawa pun! jam tu nampak simple je kalau nak tahu, jam yang Inspektor Sani pakai tu adalah jam Casio G-Shock! susah okay nak dapat jam macam tu, selalu sold out je. meh nak close-up sikit biar enkorang meleleh. haha.


January 13, 2016

Tips Untuk Menyimpan/Menabung. Azam 2016.

38 comments
Assalamualaikum

sebenarnya, yuyu bukan jenis yang displin pun menyimpan duit ni. sebab yuyu suka terma 'reward' bila nampak duit banyak sikit. mula nak beli tu la ni la. eh. benci pulak perangai aku ni. jadi, azam tahun baru ni, tak lain tak bukan, nak menyimpan. yes, MENYIMPAN. taknak dah boros. tapi, tobat tu, belum lagi la. hahaha *gelak sambil main Instagram*

pernah sekali tu, sehari je pun kerja kuat sampai lenguh tulang belakang, tapi self-reward tu dah macam pergi berjihad pulak. eh. tak faham betul yuyu. -_- dah asyik self-reward memanjang, memang sebak la tengok balance kat Maybank2u. 

sekali lagi, sebab tu lah tahun 2016 ni, berazam dengan "menyimpan". sepanjang dah 13hari tahun baru ni, alhamdulillah, perkembangan positif dah boleh nampak. benda ni tak mudah kalau kau jenis kuat reward diri sendiri. macam-macam cara juga yuyu try untuk dekatkan diri dengan menyimpan, antaranya adalah:


Target
tahun ni target untuk akaun ada RMx pada awal 2017. tak kisah lah, macam mana cara pun, kena usaha juga. bila dah ada target yang clear macam ni, proses nak menyimpan tu lebih mudah, dan sangat membantu. bila teringin je buat perangan "self reward", mesti terfikir balik pasal target tu.

nak capai target ke, nak gedik-gedik reward? -_-

January 6, 2016

Apa Sebenarnya, Darayu 'Siri Khas Untuk Wanita' ni?

6 comments
Assalamualaikum

ni dah hampir enam bulan yuyu setia dengan Darayu. "Siri Khas Untuk Wanita". enam bulan tu, termasuk lah sesi sample testing, ubah itu ini, lepas tu test lagi sample. lama gila kan? boleh bagi anugerah taat setia dah kat diri sendiri. haha.

yuyu yakin, ramai lagi yang tak kenal Darayu ni. termasuklah korang pembaca belog yuyu. alahh. jujur je la. yuyu cool je *flip shawl kiri kanan*

okaylah, mari yuyu perkenalkan pasal Darayu dengan lebih dekat lagi, lagi-lagi wanitalah. eh, yang lelaki jangan nangis, baca lah, mana tahu nanti boleh pujuk ibu atau bini cuba juga. hehe.


DARAYU Siri Khas Untuk Wanita

sebenarnya, Darayu ni adalah product yuyu sendiri, di mana, idea dikeluarkan oleh yuyu, dan yuyu sendiri test dari awal sampailah dah siap. proses untuk melalui R&D pun boleh tahan lama juga, rasanya setahun kot. huhu. kenapa lama?

sebab yuyu nak pastikan yang terbaik sahaja. cepat! terharu cepat :')

bagi yuyu, yuyu yakin akan kesihatan dan kecantikan adalah dua benda yang penting buat wanita. takboleh sihat tapi tak cantik, takboleh juga cantik tapi tak sihat. dua-dua saling memerlukan satu sama lagi. cuba bayang :

situasi satu: muka lawa yang amat, sipi-sipi je lagi nak sebijik Miranda Kerr, tapi sini sakit, sana lemah, baru sejam bangun tidur pun tak semangat, membuang angin je setiap dua saat. eh. apa kebenda ni. -_-


situasi dua: kesihatan dah tiptop. check kat hospital, doktor siap berdiri tepuk tangan, tapi, Allah, dark circle saja dah sama warna dengan kening, tak pasal-pasal ingat kening bersambung, perut pulak membuncit, kedut sana, kedut sini, kata baru 26tahun, tipu eh? -_-



sebab itu lah, yuyu nekad juga, nak keluarkan satu product suplimen, yang insyaAllah, membantu, untuk kekal sihat di dalam, cantik di luar. target yuyu, setiap wanita Malaysia, sihat dan cantik bersama Darayu. insyaAllah.

dari bahan-bahan sendiri pun dah tahu, memang bagus untuk wanita. yes. Manjakani & Akar Serapat pun ada. orang dah berkahwin, cukup suka la. haha :p


suplimen ni, paling mudah nak consume, cuma koyak sachet, dan terus minum. tak susah nak bancuh dah. rasa dia pun, ya Allah, sedap sangat! masam manis buah, tapi ada after-taste yang macam pedas sikit.

sangat sesuai kalau ada antara ciri-ciri di bawah ni:

  • 24tahun ke atas
  • sudah berkahwin
  • baru bersalin
  • menyusu bayi
  • ada masalah dalaman badan
  • cepat letih dan lemah
  • nak sentiasa sihat
  • nak sentiasa cantik

insyaAllah..

next entry, insyaAllah, yuyu akan cerita lagi banyak pasal kebaikan Darayu. lagipun, kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh terus ke link ni, banyak info, testimoni yang yuyu share di sini:

instagram : @yulaekaofficial
facebook : Yulaeka Official
website : www.yulaeka.com (coming soon)
whatsapp : +60189727527



sempena promo ni, korang boleh la dapatkan Darayu sekarang. valid sampai esok je tau kalau nak dapat harga jimat sampai RM45. sebab harga normal adalah RM95.90 (sm) / RM99.90 (ss)


terima kasih sudi baca :)

January 5, 2016

Pendapat Peribadi Mengenai Cetaphil Baby.

12 comments
Assalamualaikum

anak soleh ibu, 7bulan


sebelum Habib lahir lagi, yuyu dah selalu googled apa yang terbaik untuk dia, dan yuyu yakin yang semua ibu buat benda yang sama. mesti lah nak yang terbaik untuk anak kita kan. terbaik dari segi pemakanan, pakaian, tidur, dan sampailah keperluan harian. orang panggil, gian la. gila tak gian, first day dapat tau mengandung pun terus pi MPH cari pregnancy book. pfft.

obses okay. asal lengang sikit je, mesti baca buku & google. haha.


© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.