Trip 3 Bandar Indonesia : Jakarta (Hari Kedua)

Thursday, December 31, 2015

Assalamualaikum

[ sambung dari entry lepas : Jakarta Part 1 ]

hari kedua kami lebih kepada aktiviti kenal Jakarta dengan lebih dekat. pagi-pagi lagi Akang Iwan (tour guide) bawa ke Taman Mini, Jakarta. kalau korang jenis yuyu yang tak suka shopping, memang best la tempat-tempat macam ni. sebab yuyu prefer tengok budaya, belajar pasal history tempat berbanding shopping. jimat duit aku. haha

Taman Mini ni korang wajib datang la kalau dah kat Jakarta, please dapatkan tour guide yang terbaik (semestinya bercuti lah dengan HalalTrip.com), supaya nanti korang tahu sangat mendapat mengenai asal-usul dan sejarah bumi Indonesia.

di Taman Mini ada banyak sangat replika rumah kaum dan suku sakat yang ada di Indonesia ni. tak semua la. gila kau, kaum dorang saja dah ada sampai 5000++ lebih okay. 



tengok lah budak yang happy ni. 


INTEKMA Resort.

Assalamualaikum ♥

sekarang ni selalu tengok orang tu orang ni cakap pasal Intekma Resort. artis-artis pun nak post pasal dorang stay kat Intekma Resort ni. ehh. nak tak nak, terjebak la juga nak try tidur sana semalam dua. huhu. 



Trip 3 Bandar Indonesia : Jakarta (Hari Pertama)

Tuesday, December 22, 2015

Assalamualaikum

dua bulan lepas, pernah plan dengan suami, nak bawa Habib travel mana-mana, memandangkan dia dah setahun. kira aci la dia jauh-jauh, asyik ulang Langkawi ja. haha. takut juga kalau tetiba dia jenis taknak bagi toleransi dengan minat makbapak dia yang suka travel ni. 

tup-tup dapat sponsored trip ke tiga(3) bandar Indonesia dari HalalTrip.com. Jakarta-Bandung-Bali. ya Allah. ini nak betis, Allah pula bagi peha. Alhamdulillah. :')

jadi, trip tiga bandar Indonesia tu, bermula dengan 26/11/2015 di Jakarta dan berakhir pada 2/12/2015 di Bali. seminggu macam lama, tapi kalau ikut hati, nak minta je extend lagi sebulan. best tahap gaban!

memandangkan, tiga bandar selama seminggu, korang pandai-pandai lah agak kan aktiviti macam mana, semestinyalah padat nak mampos, jadi, yuyu akan bahagikan entry dan entry kali ni, yuyu nak cerita pasal:



trip bermula dengan  flight dari KLIA2 pada pukul 1:00pm. tau tau je lah kalau first time dengan anak sulung, kelam kabut macam petang ni nak kiamat kami packing barang. huru hara habis satu rumah. nasib la sempat check-in. -_-

dari awal-awal keluar rumah lagi baca doa, supaya Habib Muhammad rasa selesa sepanjang perjalanan dan dia takkan buat hal.


Regime Kecantikan 7 dalam 1, Olay Total Effects.

Saturday, December 19, 2015

Assalamualaikum

tak nafi la, dah umur 26tahun ni, macam-macam la perubahan yang boleh nampak kalau banding dengan beberapa tahun dulu. lagi-lagi dah beranak ni. tskk. segan silu nak buka pintu rumah kalau korang tetiba buat suprise datang rumah tak bagitau dulu.

jangan buat pasai na. -_-

ingat lagi dulu dok belek-belek cermin, terfikir sendiri "ish, macam mana la tua nanti, kedut sana kedut sini". tau tau, yuyu umur 25tahun pun dah siap ada fine line kat mata. ya Allah. nangis dalam hati sambil tengok TV3 tau.

ini baru 26tahun, macam mana kalau 30tahun? 36tahun? 40tahun 7bulan? stress. ngeri kalau fikir semua tujuh (7) tanda penuaan yang akan berlaku:
  1. garis halus & kedut
  2. rona tidak sekata
  3. tekstur tidak sekata
  4. kulit kering
  5. kulit kusam
  6. bintik penuaan
  7. pori yang jelas

jadi, nak taknak, kita sebagai wanita, kena banteras tujuh tanda penuaan tu awal-awal. dari sekarang juga *chop! yuyu paling taknak kedut* . bukan apa, taknak lah, nanti dua tiga tahun lagi, masuk 3series punya umur, tujuh-tujuh tanda tadi jelas, lepas tu menyesal sorang-sorang.

itulah. pakai Olay Total Effects!

kalau kita konsisten, dengan regime penting Olay Total Effect, yakni Day Cream, Anti-aging & Fairness Cream, dan dilengkapkan dengan  CC Cream SPF-15, insyaAllah, tanda-tanda tadi, kita dapat kawal.


INTEKMA Resort. Best tapi berbaloi!

Wednesday, December 16, 2015

Assalamualaikum


INTEKMA Resort! Ya Allah. suka betul. insyaAllah, lepas busy dengan hujung tahun ni, nak juga stay semalam dua di resort ni. dengar kata service dia best, pool dia pun sangat best, tempat dia luas yakmat!


CNP untuk Masalah T/U Zone

Thursday, December 10, 2015

Assalamualaikum

sapa yang tension dengan masalah muka? sekali tengok, Mila Kunis pun tak boleh cari makan. tapi, diri sendiri dok stress sorang-sorang, T-zone satu kilometer dah bersinar dengan minyak, U-zone pipi dengan dagu? hmm, boleh laa. 

pernah try tak:





kalau yang ada masalah T-zone *pstt..cakap kat diri sendiri ni*, memang product ni sangat disarankan. bukan saja akan bagi keputusan terbaik untuk masalah t-zone berminyak, tapi bagi kelembapan secukupnya juga pada U-zone.

selalu, asal tengok hidung berkilat semacam je time tengah hari, kita dah menggelupur cari product untuk oily skin type. bila dah pakai, ewah, kering pulak muka aku, tau tau, berkedut. sebabnya, yang berminyak hanya t-zone, pipi dengan dagu takpun.


suka dengan botol serum ni, sedap je nak pam. gemok botol dia, genggam senang.

Sepetang Hi-Tea Bersama Shaheizy Sam & Pemenang.

Monday, December 7, 2015

Assalamualaikum


haa. tu laa, hari tu suruh join kontes ( LINK ) taknak, siput-siput malu sensorang tepi meja kerja. kan dah menyesal tak dapat join yuyu make over siap hi-tea dengan Shaheizy Sam. best tau dak. best dia yang ingat sampai cicit ke sebelas.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan sangat berpuas hati. kami diberi layanan tigapuluhlapanpointdua bintang oleh pihak CLEAR okay. (saja nak bagi jeles lagi, buahahahahaha). okay lah, korang layan gambar je la ehh :')


Make-over session :
semuanya bermula dengan make-over session di The EDGE Studio. setiap kami-kami yang hadir, yakni, blogger dan pemenang, dapatlah merasa makeover dari basuh rambut hingga ke make up. tapi lagi best, sebab dapat merasa dan merasmikan shampoo terbaru CLEAR iaitu Sakura Fresh. 

Ibu Menyusu Yang Happy

Friday, December 4, 2015

Assalamualaikum

dah baca kan entry ni? sebenarnya, banyak ja info lagi yang kita kena tahu pasal breastfeeding ni. yang penting, breastfeeding ni, sangat-sangat bermanfaat, bukan saja untuk baby, tapi mak-mak sendiri.

alhamdulillah...

tulang belakang di sebalik kuatnya semangat yuyu untuk exclusive breastfeeding Habib selama 6bulan dan terus hingga sekarang, Suamiku. ewah!


Kenapa Tidak Menyusu Ekslusif?

Wednesday, December 2, 2015

Assalamualaikum

bercakap mengenai breastfeeding sekarang ni, Alhamdulillah, rata-rata wanita dah support penyusuan ekslusif enam bulan ni. ada geng la. tetiba jumpa Minah kat Alamanda pun, kalau buka cerita breastfeeding, dia pasti tepuk-tepuk tampar seronok nak cerita juga. fuhh. 

sebab apa? sebab dulu, kesedaran betapa pentingnya dan bagusnya menyusu adalah amat kurang. ditambah pula dengan kurangnya ilmu penyusuan secara betul, maka, penyusuan ekslusif adalah perkara 'rare' buat masyarakat.


apa? ko menyusu penuh anak ko? hoi! apak rare! ko buat cemane?!


bila sekarang, Kementerian Kesihatan selalu buat kempen kesedaran, ada pula cerita-cerita memberangsangkan dari para selebriti dan blogger siap ada yang bawa anak depa pi set pengambaran, ditambah pula dengan wujudnya antenatal class yang menitikberatkan cara penyusuan betul, dan penyebaran di sosial media lagi, jadi, positive vibe mengenai exclusive breastfeeding dah menular di minda masyarakat.

weh, apesal macam ayat perbahasan? -_-

ni gambaq photoshoot yuyu, Habib tak join photoshoot sebenaqnya, tapi sebab dia menyusu badan lagi, terpaksa la bawa dia mana-mana, dan time ni, yuyu tengah posing, dia terus merangkak mai kat yuyu. haha. sebab tu ibu dia dah elok bagai, anak baju tidur ja. :p


CopyRight © | Theme Designed By Hello Manhattan