Pretz n Beanz Mont Kiara, Kuala Lumpur

Thursday, November 26, 2015

Assalamualaikum

lepak mamak dah terlalu mainstream, apa kata kita lepak Pretz n' Beanz Cafe pulak lepas ni? :)

selalu kalau nampak pretzel, yuyu suka minta suami belikan satu. sedap betoi. lagi-lagi time petang. nampak macam makanan ringan biasa, tapi kenyang. berbaloi menyungah. gitu. tapi, yang pretzel dari Prez n' Beanz ni lain pun, senang kata, bukan sekadar pretzel biasa la. 


Cafe
kalau nak cari Pretz n' Beanz Cafe, boleh terus ke Ikano atau di Solaris Dutamas, tapi yang yuyu pergi ni di Solaris. :')

tengok kaunter dia pun, boleh tau identiti cafe macam mana kan? 


suka interior design di Pretz n' Beanz Cafe. nampak sangat cozy dan tambah selera aku nak makan. haha. yuyu syak, dak dak kat Mont Kiara suka la lepak sini. selesanya. dah la menu dia sedap-sedap. patut suggest dorang buka banyak cawangan lagi ni -_-

Launching Petrosains Illusions, KLCC.

Wednesday, November 25, 2015

Assalamualaikum

kalau dah buntu sangat, plan nak bawa satu family jalan-jalan time cuti nanti, jangan lah risau sangat. sebenarnya, takpayah jauh-jauh pun, banyak saja tempat yang kita boleh seronok dengan keluarga. lagi-lagi, bila adanya Illusions di Petrosains. 

dua minggu lepas, yuyu dah pi pun, tapi, dah plan dengan suami nak pi lagi bulan depan, siap buat must visit list nanti bila family dari Langkawi nak datang KL. haha. semangat okay. terima kasih sangat buat pihak Petrosains sebab sudi invite yuyu untuk launching Illusion tempoh hari. dia punya best, sampai beriya nak cerita kat suami sampai ke time tidur. 

indeed. nothing is as it seen.

sebenarnya, Illusions ni bukan sekadar untuk yang suka benda-benda sains saja, yang tak minat sains pun, pasti suka punyalah, sebab di Illusion, bukan hanya bagitau mengenai hipotesis, pengubah dimalarkan, teori fizik kimia, dan kaedah saintifik macam mana otak tu berfungsi saja, tapi Illusions ini adalah gabungan Sains, Seni, Psikologi. 

hebat wey! pelancaran Illusions ini diserikan dengan kehadiran CEO Petrosains; Tengku Nasariah, Irish Ambassador; Eamon Hickey, juga wajah Petrosains sendiri yakni Juliana Evans (aww, cantik gila dia)

Kenapa Pilih Guardian?

Thursday, November 19, 2015

Assalamualaikum

kenapa yuyu pilih untuk shopping barang keperluan di Guardian?


ini pengalaman yuyu sendiri di Guardian LG MidValley.


okay, sekarang, mari yuyu cerita, kenapa kena pilih Guardian juga untuk beli barang. dari barang diri sendiri, untuk suami, untuk baby, sampailah ke barangan untuk keluarga, semuanya lebih suka beli di Guardian.

selalunya, bila sampai di Guardian, akan disambut dengan "Selamat Datang". dengar macam tu pun dah, aww, tak boleh jadi ni, kena beli juga benda. haha. terharu okay. 

staff sana sangat friendly, kalau tengok kita memilih barang, dorang akan offer bakul untuk kemudahan kita. selesa sangat, tak perlu dah malu-malu minta bakul.


Plan Hadiah Kenduri Kahwin

Monday, November 16, 2015

Assalamualaikum

Dah cuti sekolah ni, banyak pula jemputan kawen. kawen satu kelas nak kawen, kawan satu kampung nak kawen, kawan main masak-masak nak kawen, jiran sebelah rumah nak kawen, kawan Facebook nak kawen, semua nak kawen. 

siap ada tarikh bertindih lagi. jenuh baling dadu nak pi yang mana satu. stress aku -_-

tapi tak sabaq sebenarnya. bayangkan kawan-kawan yang dulu selalu datang rumah siap bawa kayu gemok (konon-konon kayu tu anak dia, baby. haha), tunggu kat luar rumah, ajak pi main masak-masak. tau tau, dah nak kawen dah. aww. lepas ni, datang rumah bawa anak real la pulak.

cepatnya masa berlalu. dari sekarang juga lah kena cari hadiah. kalau datang majlis kawen tak bawa hadiah, adoi, serba salah pulak. tak payah mahal-mahal, siap pinjam Ahlong sebab nak hadiah Ferrari pun takpa, boleh je cuci mata sini :



UMobile Testdrive.

Thursday, November 12, 2015

Assalamualaikum

best tak guna UMobile?

hoi. best gila-gila lah. sampai addicted pulak mulut ni dok bercakap pasal data connection UMobile setiap kali pegang phone. serius okay -_-

secara jujur, ni pertama kali yuyu guna UMobile. lepas tu sekarang, rasa sangat berpuas hati yang melampau. bayangkan bila buat testdrive dengan UMobile menggunakan applikasi iOS Open Signal, resultnya jauh lagi bagus dari telco yang yuyu pakai selama ni. dan lagi jimat. ergh. kenapa baru tahu sekarang?

kalau korang nak test power telco yang korang pakai sekarang ni, masing-masing, downloadlah "Open Signal" di iPhone korang. alaa. takbest lah handphone tercanggih di alam, tapi coverage alahaii... siput sedut sangat. ihik :p

tengoklah coverage UMobile di sekitar Dataran Merdeka. punyalah meluas ke selurus Lembah Kelang. :')

OLDTOWN White Coffee & Zaman Kanak-Kanak

Thursday, November 5, 2015

Assalamualaikum

hmm. hari ni, teringat kampung lah pula. Langkawi. dah lama tak balik. time bujang dulu, boleh la balik kampung setiap bulan. lepas tu, duduk kat kampung lama-lama. dah kahwin ni, jangan harap lah nak buat tebiat macam tu.

apa yang boleh buat sekarang, cuma tengok gambar-gambar masa di Langkawi dulu, sambil telefon mak, tok & tokwan, sambil hirup OldTown White Coffee. aloo. minum kopi. teringat tok dengan tokwan, sebab yuyu dibesarkan oleh tok & tokwan.

teringat sangat, kalau setiap pagi, tok mesti bancuhkan kopi. satu untuk tok, satu untuk tokwan, satu lagi untuk yuyu lah,  celup biskut kering. adoi. seronoknya memikirkan bab kopi tok bancuh saja pun. haha :D

bila tokwan dah balik dari masjid, sama-sama minum, sama-sama bergurau. tengok pulak muka puas hati, bahagia tokwan sambil hirup kopi tu, aww, tenangnya hati yuyu. terus bergegas dua pasangan sweet tu siap-siap nak ke kebun pulak.

kalau kisah kopi ni, time petang pulak, tok bancuhkan lagi kopi, kali ni, untuk seisi keluarga, kami sama-sama makan petang kuih muih dengan kopi, di pondok depan rumah. haha. paling best kalau tok buat extra kopi, takpayah nak berebut dengan paksu lah, dengan sepupu semua.

bagi yuyu, rasa kopi buatkan yuyu teringat childhood yuyu yang penuh dengan rasa bahagia. 


 sekarang, bila dah kahwin, giliran yuyu pula buatkan kopi untuk suami ♥


Penyusuan Ekslusif Habib Muhammad

Monday, November 2, 2015

Assalamualaikum

rentetan daripada entry lepas [ Klik Sini ] mengenai betapa yuyu menyokong penuh penyusuan ekslusif enam bulan ni, kali ni, macam nak cerita lagi, bukan apa, sebab terlalu puas hati, syukur dan taktau nak cakap apa dah. haha.

mengenangkan Habib dah setahun lebih menyusu badan ni, aww, rasa sangat puas hati pulak. syukur Alhamdulillah. walaupun awal tu macam leceh la nak exclusive breastfed dia selama enam bulan pertama tu, tapi, berjaya juga, sekarang aku lah mak paling happy. over tau -_-

puas hati dan syukur sebab pi mana-mana takpayah bawa botol dan kelengkapan susu. jimat tenaga dan masa ibu, anak oi. terima kasih na :')


Sendu.

Sunday, November 1, 2015

Assalamualaikum

huwarghh! tengah hujan-hujan ni, teringat pulak time mengandung dulu, asal hujan je, terus terbongkang atas katil, konon-konon nak cukup rehat la. sambil terbongkang macam entah apa tu, sambil chilek tengok luar tingkap.

hoi. sekarang jangan harap la. baru nak niat baring atas katil je, dah ada makhluk comel dok tarik baju ajak layan dia main, nak menyusu la. haha. Habib Muhammad lah tu. :D

rindunya dia kecik macam ni. haish. kena bagi adik lah ni :p


kalau Habib tidur pun, time tu lah nak settlekan draft, nak settlekan hal product yuyu (ehh, dah follow ke instagram.com/yulaekaofficial ). time mana nak terbongkang lagi. haha. tapi takpa lah, walaupun tak cukup rehat, tapi rasa berbaloi sangat sebab semuanya untuk masa depan bersama. aww. sweetnya diri sendiri ini.

sebab tu lah, jangan kata dah lama tak update pasal diri sendiri kat blog, kadang tu, sempat buat advertorial je, nak buat personal, memang babai la, benda lain lagi banyak dok menunggu. sebab tu lah jadi blogger sendu. bhahaha. *nangis bawah meja kerja sorang-sorang*

okay lah, korang doakanlah yuyu rajin update blog yuyu yang lebih personal, yuyu sendiri pun rindu. haish.

terima kasih sudi support yuyu :)

AQU Skincare Kini Boleh Didapati Di Watson Seluruh Malaysia

Assalamualaikum

pernah dengar tak pasal AQU Skincare? mati-mati ingatkan produk Korea ke Jepun ke. sebab dari packaging dia, memang K-Pop sangat. tau-tau rupanya 100% Buatan Malaysia tau. haha. bangga siot. ni kita kena sama-sama support lebih ni :')

dua minggu lepas, yuyu ada join AQU Skincare punya pelancaran. banyak hoi dia punya media dan blogger kat sana. dengan pelancaran hari tu, bermakna, dengan rasminya AQU Skincare akan didapati di seluruh Watson di Malaysia.

elehh, malu-malu pulak perempuan tu ;p


CopyRight © | Theme Designed By Hello Manhattan