Medina Ladies & Hair Salon. RM1 untuk setiap Hair-Cut

Wednesday, October 28, 2015

Assamualaikum

sejak kecik lagi, tradisi family yuyu suka simpan rambut panjang-panjang. kalau sorang tu rambut pendek, awkwarddddd. tapi, lepas bersalin ja, hidup huru hara, diri sendiri tak terurus, satu malam tu Habib pernah hampir lemas dengan rambut yuyu, memang babai la kat rambut. pendek okay. nangis dalam kabinet dapur mak.

bercakap pasal potong rambut ni, time jahil dulu, setiap tiga bulan, yuyu suka buat treatment di salon. kadang tu, setahun sekali, buat rebonding, takpun perm rambut. hoi. aku jaga rambut macam jaga bini. haha. 

tapi sayang, selalu pi salon bukan Islam punya, adoi, entah berapa dah dosa yuyu. memang la service depa tiptop kann, memang la amoi (perempuan) yang tengok aurat kita, tapi tetap aurat perempuan bukan muslim dengan kita, macam aurat kita dengan bukan muhrim. :'(

start dah mula baiki diri, selalu biaq ja rambut bagai esok kiamat. sebab tu la terus potong pendek. 

sekarang ni, tak payah risau dah, dah boleh manjakan rambut, hatta nak manjakan diri pun boleh dah, sebab ada:

Ladies Hair & Beauty Salon

tau pasal salon muslimah ni, minggu lepas juga yuyu bergegas nak try. service dia best nak mampos haa..


Menyokong Penyusuan Ekslusif untuk Habib Muhammad

Tuesday, October 27, 2015

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Habib baru masuk setahun. kalau ingat balik setahun lepas, time sekarang ni, mesti tengah serabut macam mana nak handle Habib. hoi. ingat senang ka, hang yang jenis huhahuha tup tup dapat anak, nak tukaq lampin lagi, nak handle time dia meragam, nak sesuaikan diri dengan dia yang suka (sangat sangat) menyusu. haha. 

gelabah wey. tak sikat rambut sebulan la. tau tau, redha je pi salon, potong rambut sampai pendek. T_T

haa. bercakap mengenai menyusu Habib ni, Alhamdulillah, yuyu menyusukan dia secara ekslusif hingga enam bulan, dan terus lagi sampai sekarang, insyaAllah, target nak menyusukan Habib sampai lah dua tahun lebih. senang cerita, sampai dia stop sendiri lah.


1tahun 1minggu dah sekarang

Contest berpeluang untuk high-tea bersama Shaheizy Sam.

Wednesday, October 21, 2015

Assalamualaikum

apa yang menambah keyakinan korang? ada yang dengan yakin bila dari atas sampai bawa semuanya 'mahal', ada yang yakin bila duit banyak, ada pula yang yakin dengan sekadar rasa sihat, dan ada pulak yang susah sungguh mencari keyakinan diri.

macam mana pula dengan yuyu?

antara lima (5) cara yuyu untuk menambah keyakinan diri yuyu adalah:

1 : sayang diri sendiri.
banyak yang tanya yuyu, walaupun yuyu size sangat petite, tapi, yuyu selalu tampil seperti wanita yang berketinggian biasa. macam mana? macam ni lah, jangan anggap rendah sebagai kekurangan, anggaplah keunikan. seronok apa jadi rendah, boleh dapat tiket budak. haha :p

2 : mandi
eh. betul lah. haha. pernah satu hari tu lambat pergi kelas, lepas tu, di kelas, rasa tak selesa sangat, yuyu duduk je di tempat, taknak bersembang, bila kawan datang nak pinjam buku nota, terus yuyu cakap "alaa, tahu, busuk ek? tak sempat mandi. hmm" tergelak dorang tau. 

3 : sihat
cuba bayangkan kalau tengah sakit, hidung berderas hingus, dengan pening kepala ke, agak-agak boleh tak nak yakin? ergh. memang tak la!

4 : disiplin
yuyu pernah dulu teruk dari segi disiplin, lambat itu ini, suka cari alasan, dan berakhir dengan rasa serba salah untuk tampil berkeyakinan depan client. Allah. bila yuyu cari balik kesalahan yuyu, dan baiki (disiplin), Alhamdulillah, sekarang yuyu rasa sangat bersemangat untuk tampil penuh yakin

5 : well-dressed/presented
nak nak kalau baju baru, shawl baru, kasut baru. haha. memang aku lah paling konfiden dalam alam semesta. lepas tu, rambut wangi, tak bermasalah. oi. seronok betul. paling pantang kalau berkelemumur ke, rambut busuk, tak boleh bayang depan orang dengan masalah dalam shawl yang cantik. 

kalau korang pula, macam mana? share lah dengan yuyu, sebab, perkongsian cara untuk konfiden paling menarik, akan berpeluang untuk high-tea dengan SHAHEIZY SAM ejen keyakinan CLEAR. haa

tau tak, kalau menang, kita sama-sama hi-tea dengan Shaheizy Sam di  Majestic Hotel, Orchid Room 29/10/2015 nanti. nak tak? nakk?

apa yang perlu buat, cuma :

1) tengok Webisod Pelangi Cinta dari webisode satu:


2) jawab soalan berikut:

Berdasarkan webisode di atas, kenapa kawan Sam marah sangat kat dia?

A : dia pun suka Juliana juga
B : Sam meninggalkan impiannya sebagai pemain bolasepak demi Juliana
C : Sam tak nak ke Jepun

3) nyatakan satu (1) cara tersendiri untuk menambah keyakinan korang untuk berjumpa dengan ajen keyakinan CLEAR nanti (Shaheizy Sam)

4) sertakan sekali email aktif korang tau, sebab yuyu email je nanti.

Jawapan yang betul dan menarik, yuyu akan pilih, dan nanti, kita sama-sama ada makeover session untuk hi-tea dengan ajen keyakinan CLEAR tu. aww. best kan. bukan senang nak jumpa bintang paling popular Malaysia ni, lagi-lagi siap private hi-tea :')

apa lagi, jawab sekarang. kontest ni berakhir pada 25OKTOBER2015 saja tau.

terima kasih sudi baca :)

Miliki iPhone 6s & iPhone 6s Plus Lebih Murah Dengan Flexi UMobile Micro Credit

Monday, October 12, 2015

Assalamualaikum



hoi!  iPhone 6s dah nak keluar lah! apak best. hari ni keluar, tapi dah siap orang menabung dari berbulan-bulan lepas. haha. korang pun tau kan harga dia macam mana. dah macam harga sebulan gaji banker okay. tapi, nak tak nak, nak beli juga, handphone idaman kot. pegang pun dah nampak class dia.

tapi, suggestion yuyu, kalau ada cara yang lebih fleksibel untuk 'memiliki' iPhone6s, lebih baik kita pilih cara tu. 

seperti biasa, semua telco akan offer plan masing-masing. tak kira lah Maxis ke, Celcom atau Digi. semua ada plan tersendiri untuk beli iPhone dengan harga yang lebih mampu milik. tak ketinggalan juga UMobile, sama je dengan telco lain, tapi, dengan plan yang lebih best, lebih jimat, dan lebih patut kita pilih :p

cuba bayang kat sini harga sebenar iPhone 6s dan iPhone 6s Plus:


Pobling Mini Ion Application Review

Friday, October 2, 2015

Assalamualaikum

Salam Jumaat semua. 

Ya Allah! tau tau dah Jumaat. cepatnya. minggu ni minggu draft, asyik buat draft je. haha. tau tau dah Jumaat. tak sempat reward diri apa-apa pun. tau-tau dah packing baju nak balik kampung pulak. minggu depan, Habib dah setahun. adoi. tak buat apa lagi ni.

alaa. taknak lah stress. korang pernah tak dengar pasal Pobling? sebab Pobling ni benda-benda Korea yang tengah trending sekarang. awal tahun dulu, yuyu pernah ada Pobling facial brush cleanser dia. memang lepas cuci muka, rasa lain sangat, rasa yakin lebih bersih muka kita.

lepas tu, sekarang yuyu try Pobling Mini Ion Application. benda ni sebenarnya, facial massager, yang bukan setakat massage muka kita saja, tapi membantu ionises untuk proses penyerapan khasiat dan kebaikan dari beauty product yang kita apply di muka.

hello Mini Ion Applicator saya :')

CopyRight © | Theme Designed By Hello Manhattan