Cara Make-up Sangat Simple.

Tuesday, September 29, 2015

Assalamualaikum

sekarang ni, kalau nak pi Tesco atau nak beli tosai bawang garing je, baru yuyu boleh selebet, tapi lebih dari kawasan Bukit Puchong, memang nak taknak, kena la juga cari proper baju (bukan lagi pakai t-shirt suami, sarung je cardigan), dan make up sikit.

eh! bukan malas ehh (memang malas pun. pfft), tapi banyak benda weh kena settle dalam satu hari. lagi-lagi, kerja di rumah, sendiri jadi bos, sendiri jadi kuli, ada anak kecik pula, mana lagi nak settlekan hal rumah. haa. macam mana la mak-mak dulu boleh survive ke saat ni.

jadi, make up akan selamanya menjadi opportunity cost (try google sendiri lah) dalam pembahagian masa. haha.

selalunya, yuyu sarung je mana baju yang sempat, sarung tudung yang dah pakai dengan kiraan pernah pakai kali ke infinity, terus je masuk kereta. lepas tu, balik dari rumah, check Facebook, ada orang screenshot status orang lain:


hodoh Yuyu Zulaikha rupanya. dalam Instagram bagai bidadari. 


tempeleng jugak makhluk macam ni kang -_- jadi, nak taknak, yuyu jaga juga penampilan hatta keluar beli Sugus sekalipun. bila dah lama-lama mempraktikan make up di waktu kritikal, dengan halangan jaga anak & kerja lagi, yuyu akan selalu buat make up terbaik dengan cara paling ringkas.

jadi, ni serba ringkas cara yuyu make up. simple paling syoq, sebab jimat masa, tak pening kepala, lepas tu, senang nak wudhuk nanti:

UMobile P70 Hero Postpaid Review.

Tuesday, September 22, 2015

Assalamualaikum

kalau lah diberi peluang untuk berjumpa dengan superhero kesayangan kita, hero mana yang korang cop awal-awal dah nak jumpa siap taknak share orang lain jumpa dengan dia juga? dah tau, mesti nak Captain America ke, takpun Batman kan?

tak tak, yuyu dah cop awal-awal. yuyu nak Hero Pospaid! tadaaa:


penyelamat Malaysia masa kini. okay, nah heart 


UMobile P70 Hero Postpaid, terbeliak bijik mata tau. tengok dia punya plan, kaw-kaw punya lah taknak bagi chance kita tak beralih arah guna dia khidmat dia lepas ni. 

kalau selama ni yuyu terpaksa subscribe RM3 untuk 150MB data plan sehari, tu pun, okaylah, lembab juga, rasa menyesal bazirkan RM3 tu, nak call kena charge mahal, charge SMS lagi. hmm. suami yuyu pulak, telco dia dapat free 1.5GB sebulan. hamaigad, nampak banyak, tau tau esok lusa habis data. stress okay. call pulak mahal, kena la tunggu orang reply Whatsapp saja. 

eh, yuyu faham sangat lah. ni lah keluhan rakyat Malaysia. setakat call MURAH, tetap kita tak puas hati kan? setakat 2GB free data plan, tetap kita tak happy kan? sebab tu lah, adanya UMobile P70 HERO POSTPAID. nahh:



ya, korang. ditegaskan di sini, RM70 sahaja setiap bulan, dengan free 7GB data plan, dengan unlimited voice call ke seluruh rangkaian, dengan kadar murah yakmat untuk setiap SMS. apa lagi kita nak? ini lah plan terbaru UMobile yang patut kita guna sekarang. ini lah superHERO kita. aww. :')

terharu lah ada plan macam ni.

janji tau, lepas ni sama-sama guna UMobile okay P70 Hero Postpaid. untuk maklumat lanjut, boleh terus klik sini :





terima kasih sudi baca :)

Testimoni Suami Dengan EPHYRA Skin Bar

Monday, September 21, 2015

Assalamualaikum

yuyu suka event sangat, selain dapat kenal ramai orang, event sangat seronok sebab lepastu, networking jadi sangat kukuh. bukan calang-calang kita boleh kenal orang, kadang tu sampai CEO company boleh jadi kawan kita, gituu,

semenjak dua menjak ni, kalau ada event, mesti request, please bawa Habib. haha. lagi best okay. tak payah pening kepala pikiaq nak simpan Habib kat mana. haha. tapi, entry ni bukan nak cerita pasal event, entry ni nak cerita pasal suami yuyu,

event baru-baru ni, siap PR Manager client bagitau yuyu: 


cantik wooh your husband punya skin. pinkish and glowing.


ha. ha. ha. sampai hari ni aku tak bagitau dia, taknak dia kembang lain macam pulak -_- tapi, secara jujur, memang kulit suami yuyu sangat cantik, selain daripada faktor keturunan, dan dia amat meminati sayur, sejak akhir ni, kulit dia memang macam lagi cantik dan yes, pinkish. 

*lari laju-laju, nangis tepi tangga, sebab diri sendiri tengah bertarung dengan kulit kusam*

kalau empat bulan lepas, kulit suami yuyu walaupun cerah, tapi sangat berminyak, wajib naik juga la walau satu jerawat dan pori besar. setiap hari, waktu tengah hari hingga petang, jangan risau lah kalau dunia diishtiharkan minyak dah pupus, minyak muka suami yuyu boleh menampung kepupusan tu. haha. jadi, walaupun cerah, nampak je berminyak sangat, alaa, stress pulak nak mengadap muka dia.

tapi, sejak dah empat (4) bulan, suami cuba EPHYRA Skin Bar, serius memang banyak sangat nampak perubahan dia.

kalau dari pandangan yuyu, apa yang yuyu nampak sangat, selama empat bulan suami yuyu pakai EPHYRA Skin Bar, kulit suami glowing, lebih lembut, lebih pinkish, tak berjerawat. aww. kan best kalau tu kulit yuyu. tu yang nekad nak juga lepas ni pakai EPHYRA Skin Bar. serius nak!

kalau dari pandangan suami yuyu sendiri, pengguna EPHYRA Skin Bar selama empat bulan, dan sekarang kotak ke dua (jimat sangat okay), suami rasa dah tak berminyak sangat macam dulu, dah tak ada jerawat, kulit rasa lebih licin dan lembut, dan rasa tegang.


patutlah. sebab EPHYRA Skin Bar adalah pencuci muka untuk whitening, anti-aging dan anti-acne :')


kulit suami, walaupun tengah tidur waktu tengah hari. ni yang jeles ni. pftt.


 RM39 sahaja untuk setiap Skin Bar. faham tak? sebab untung sangat, satu Skin Bar pun suami pakai sampai tiga bulan. jimat yakmat okay.


sebab tu bila minta suggestion suami untuk yuyu pulak lepas ni join dia pakai Skin Bar, dia memang setuju sangat lah. selain dari tengok belambak testimoni positif pengguna EPHYRA Skin Bar ni, bila tengok sendiri depan mata kesan pada suami sendiri, memang terkinja-kinja nak pakai juga.

hello, kalau kat lelaki yang kulit degil pun berkesan, insyaAllah lah product tu bagus kan. lagi-lagi EPHYRA Skin Bar mengandungi Glutathione, Collagen, ekstrak Betik yang sememangnya bagus untuk kulit.

nampak macam promote kaw-kaw. tapi, kena promote kaw-kaw la benda bagus. haha. entah lah, macam mana nak bagitau, sebab bukti depan mata yuyu, sebab tu, happy sangat nak bagitau pasal EPHYRA Skin Bar ni. :p

kalau korang nak tahu apa-apa lagi tentang Skin Bar, dan berminat nak beli, (please, beli satu tau), boleh cuba di sini:



WebsiteOceanlife2u.com
Page : Oceanlife2u
Instagram : Ephyra2uEphyraSkin 




selamat jadi cantik, dan terima kasih sudi baca :)
CopyRight © | Theme Designed By Hello Manhattan