Yuyu Zulaikha

Lifestyle | Beauty | Parenting Blogger

Khas Untuk Ibu | Baju Raya Nursing Wear

Assalamualaikum

kalau dulu, boleh lah sebarang je nak beli baju. sekarang memang tak la. kalau pakai baju kurung paling sopan pun, tapi baju takda kemudahan nak menyusu, memang nangislah selak nak menyusu Habib kat tempat awam. tension gila. lagi-lagi kalau terus Habib nangis nak menyusu time dalam kereta. picit jugak hidung dia kang.

jadi, nak shopping baju je, memang kena tengok aspek 'kemudahan' tu sendiri. yuyu faham luahan hati mak-mak. selalu ada baju cantik, tapi, tengok muka anak ja, alah, cancel lah nak beli yang cantik tu. lepas tu, nangis dalam hati, bibir ketaq-ketaq senyum tak ikhlas. -_-

takpa. lepas ni, boleh try cuci mata nursing wear yang fashionable dengan:



dengan DydyanaBiz ni, ibu-ibu bukan setakat boleh dapat blouse sesimple-buat-cari-sayur-kat-kedai-runcit je, siap boleh cari jubah nak party dengan jiran sebelah rumah sambil nyusu anak pun boleh. haha. agak-agak arr. tapi, memang DydyanaBiz ni, boleh cakap one-stop-center untuk nursing wear la.

paling nak cerita kat sini kan, sempena Lebaran yang bakal kunjung tiba, Dwicolor Kurung, Ameena Kurung Printed, dan Kurung Sedondon Ibu Anak pasti meluruhkan jiwa raga (alah tu pun!). nahh, yuyu dah cuci mata, bagi chance korang pulak berpinar bola mata sambil slow-slow seluk poket suami :


Memborong Baju Raya Muslimah

Assalamualaikum

raya dah nak dekat (apa aku excited sangat ni). bulan lepas pi Tesco, depa dah buat promo raya. lagi excited depa tu. tapi bab baju raya jangan buat-buat tak excited, nanti jadi macam orang teww. konon nak cari baju last minute, last-last raya tahun lepas orang teww kan, dia pakai baju pi kelas masa dia belajaq kat KUIS dulu. kah kah. padan muka dia.

tahun ni, apa kata, kita berhari raya dengan baju raya dari nile.com.my. lawa-lawa okay, lepas tu, murah yakmat. jimat duit, boleh bagi duit raya lebih kat anak sedara. :')

jadi, yuyu ada beberapa koleksi dari katalog nile.com.my untuk share dengan korang idea baju Hari Raya nanti. aww. cepat terharu. cepat! bukan senang tau nak posing comey-comey dengan baju dari nile.com.my. Allah. itu punnn...


Habib debab ni, letak je parcel nile.com.my, dia terus datang nak buat bantal. apa-apa je la anak oi.


dah banyak kali dah yuyu share idea shopping yuyu dengan nile.com.my. untuk kali ni pun, yuyu ada lapan idea shopping baju untuk Hari Raya nanti. selamat menjamu mata!

Ariani Lebaran 2015 Launching

Assalamualaikum ♥
Alhamdulillah. tahun ni sekali lagi, yuyu dapat invitation untuk launching event Ariani Lebaran 2015 di Mandarin Oriental. best wey. kalau tahun lepas, depa buat dengan meriahnya, tahun ni, lebih meriah tapi sangat ekslusif sebab dihadiri oleh Seri Paduka Raja Permaisuri Agong Tu…

CNP Laboratory Anti-Pore Blackhead Clear Kit

Assalamualaikum

asyik buat review benda-benda perempuan ja, kali ni, yuyu buat review product unisex pulak. laki perempuan happy. puas hati aku. pernah dengar tak pasal CNP Laboratory? yuyu sendiri pun baru tahu dua bulan lepas.

sedikit pasal CNP Laboratory, ia adalah product dari Korea (Kpop weh) sejak tahun 2000 yang baru saja masuk pasaran Malaysia. CNP Laboratory tiada pewangi sintetik, tiada paraben, tiada minyak mineral, juga tiada bahan tiruan; yang mana semua bahan tersebut akan memberi kesan buruk terhadap kulit untuk jangka pendek juga panjang.

jadi, boleh guna dengan yakin. okay?

yuyu dapat beberapa product untuk cuba sendiri. semua adalah bersesuaian dengan kulit yuyu sendiri yakni normal ke sedikit berminyak. cuma, kali ni, yuyu sangat nak share pasal CNP Anti-Pore Black Head Clear Kit. benda ni sangat rare. korang yang selalu terkeluar urat tensi akibat blackhead, pasti happy lepas ni. Allah. tak sabaq okay nak review.

review kali ni, yuyu jadikan suami sebagai bahan testimoni. :p macam rilek sangat ja dia tengok movie, blackhead dia boleh tahan jugak arr seram. dahla kulit dia cerah yakmat, tapi hidung banyak blackhead, memang sebatu la boleh nampak -_-


set penting dalam CNP Laboratory Anti-Pore Blackhead Clear Kit. [RM28 je sekarang, tengah ada promo kat Watson]

back to top