Kehidupan Selepas Kahwin.

Friday, May 29, 2015

Assalamualaikum

kadang terfikir juga, sampai bila la boleh bertahan sayang, sweet-sweet, gedik dengan suami. muka sama ja yang tengok setiap hari kot. err. tak. setiap masa. sebab kami kerja sama-sama. balik-balik muka yang sama. time mana ja yang tak tengok muka dia? time berak. :p

lepas tu, tengok tipikal orang yang dah lama kahwin, dah start panggil 'pak hang' 'mak hang' 'awak' 'kau'. alaa. tak dapat bayang kalau suami panggil yuyu macam tu. memang merajok setahun lah. kalau boleh, nak sangat kami selamanya guna panggilan 'sayang' 'baby'. walaupun 'baby' nampak gedik weh, takkan la tua gigi sebatang, cucu berderet, suami tetap panggil 'baby' kan, mungkin tukar panggil 'darling' ke. Allah! -_-


1tahun 5bulan lepas.

Perlindungan.

Thursday, May 28, 2015

Assalamualaikum

dulu yuyu tak pernah terfikir nak amik apa-apa insurance. buang duit weh tiap bulan. tak berbaloi asyik bayaq banyak-banyak untuk sakit ja. kalau jalan kat mall, tetiba jumpa agent-agent depa, memang gelabah la aku lari. :p

bayangkanlah kalau sebulan pun, paling cikai RM100++, lebih baik shopping handbag baru ka, takpun, lagi best buat makan kat tempat sedap-sedap. banyak wey boleh buat dengan RM100 tu. tu baru RM100, ada yang kena bayaq sampai RM400++. err. nangis tengok duit melayang macam tu ja.

lepas tu, masa masuk KUIS, belajaq pasai insurance. Allah. time tu baru la tau pasaiapa kena juga kena amik insurance ni. bila ada insurance agent approach yuyu, beriya yuyu nak register. time tu yuyu amik Prudential BSN Takaful. setiap bulan bayaq RM200. gituu. masuk pulak semester baru, subjek insurance dah takda, mula la malas bayaq, dan terus tak bayaq, kena terminate. kahkah. padan muka.

lepas insiden tu, memang malas la nak amik apa-apa insurance. adengan lari dari mana-mana agent insurance, berlaku kembali. huhu :p

tahun lepas, bila dah bersalin, kena pulak time tu Habib demam masa umur 3hari, macam-macam doktor bertukar tengok kesihatan dia, memang time tu, yuyulah makhluk paling sedih sekali. ko buatlah lawak apa pun, tayang Running Man ke, memang tobat lah yuyu nak senyum pun. menjurai ayaq mata. dunia ni, hampir kiamat. tediaaa!

membesar dengan sihat tau anak ibu

Happy Birthday To Me.

Friday, May 22, 2015

Assalamualaikum


dah 26tahun dah hari ni. yuyu dah tua weh. tak boleh dah nak layan gedik-gedik macam dulu dah. tak kena. huhu. alaa. malas nak taip panjang-panjang entry kali ni. cuma, yuyu harap, bila dah 26 ni, impian yuyu dikabulkan. amin.

tahun ni, suami buat suprise sikit. ada improvement la dari tahun lepas. ihik :p walaupun dah tua, tapi, kali ni, best lain macam sikit, bangun tidur je, tengok suami dengan dukung Habib, wish birthday. Habib senyummm je. aloo. cair hati ibu.

okay. happy. Alhamdulillah.

terima kasih sudi baca :)


Suami, Bag, & Stroller.

Tuesday, May 19, 2015

Assalamualaikum

kalau keluar shopping dengan suami, bahagia wey. yuyu melenggang, suami yang bawa handbag. bukan sebab malas bawa, tapi suami yang offer, taknak yuyu bawa benda berat kot. dari barang make up, sampai ke iPad, sampailah ke camera semua jenis maknenek ada dalam tu.

jangan kata handbag, kalau beli cungkil gigi ke, dia tetap nak bawa. yuyu lenggang makbedah je. kadang kesian juga, tapi, dia yang offer, dan paksa untuk bawa. tak faham kenapa ada spesis macam tu. tak penat ke. tapi best juga. ihik :p

pernah sekali tu, masuk kat kedai handbag, yuyu dah malas dah pilih yang mana cantik, terus je tanya:


sayang suka bag mana?


terkebil dia nak jawab. senang tanya je mana yang dia suka, sebab nanti, dia juga yang bawa. dia suka yang jenis shoulderbag. sebab kalau shopping, dia boleh bawa macam-macam lagi kat tangan. 

dah bersalin, first time nak shopping balik, time tu takde stroller lagi. adoi. macam mana nanti dengan handbag. tak biasa pegang handbag dah. tengok-tengok, suami siap galas beg lampin Habib, sangkut bag yuyu kat bahu, dukung Habib.

Everyday Simple Make-up Tutorial.

Monday, May 18, 2015

Assalamualaikum

rasa macam teringin pulak share dengan korang, cara yuyu make-up paling ringkas. kadang-kadang orang kata tebal, eh, mana ada, tak sampai 10minit okay.

Yuyu Zulaikha

tadaaa..

Konon Berhenti Blogging

Friday, May 15, 2015

Assalamualaikum

sekarang ni, macam dah rajin update entry pulak. kadang setiap hari jugak la. entah lah, tetiba ada mood lepas tu rasa macam semangat terlebih nak share pasal life. kalau tak share pun, lebih macam nak buat diari la. nanti Habib besaq, syoq sendiri ajak dia sama-sama baca.

rasa rugi pulak tak share time pregnant dulu. kalau tak, time stress, boleh baca. confirm sedu sedan baca balik. huhu. dah tak share kat blog, gitu-gitu je ingat time pregnant dulu. 

pernah sekali tu, rasa macam nak delete ja blog. nak berhenti blogging. malas sangat dah nak update apa-apa. lepas tu, biar blog lama tak update. tetibe, ishh, rindu la pulak. idea time tu mencurah-curah. time tu, baru sedar yang yuyu memang dah sebati dah dengan blog. dah ngam sangat dah kot.



siap masuk NST tau (2010) :p

Makan-Makan : JustPie IOI City Mall.

Thursday, May 14, 2015

Assalamualaikum

selalu yuyu ajak suami shopping kat Paradigm tak pun Mid Valley. weekend baru ni, macam nak try tempat baru. kami pi IOI City Mall, Putrjaya. mall tu baru ja buka. sampai sana pun bau baru. gituu. bukan nak shopping apa pun sangat, beli barang Habib je. -_-

best juga sana, parking bapak banyak, tak jem, banyak benda best pulak tu. paling best ada District21 & IceScape weh. sabaq je tunggu Habib besaq sikit, lepas tu, suruh mak yuyu dari Langkawi, mai jaga Habib sat. huhu. alaa, bagi la chance makbapak Habib enjoy sikit.

ushar je depa dok main. takpa. takpa.

Icescape                                                                District 21              


nak masuk tak boleh, jadi, kami decide je ushar panas dari jauh dorang-dorang yang dalam IceScape & District 21. eleh. nanti kami pun boleh main jugak la. tak jeles pun. *nangis dalam hati*


di antara dua tempat tu, ada restoran pie. JustPie. sedap tahap nak gigit peha suami. tapi motif nak gigit peha suami tu, tak dapat dikenalpasti kenapa.

Diari Ibu : Milkbooster . Tips Susu Banyak

Tuesday, May 12, 2015

Assalamualaikum

apa korang akan buat, kalau bangun pagi, susu drop teruih. first time yuyu kena macam tu, terus nangis histeria kat suami. dah la time tu, Habib kuat menyusu, pantang buka mata, dia buka mulut juga. kaji punya kaji, rupanya yuyu termakan kobis semalam tu. dan kurang minum air. dan tak cukup rehat. dan stress. -_-

ingat tau, kobis adalah antara makanan paling pantang kalau time menyusu. kobis buatkan susu makin sikit. err. tak. sikit gila babun!


serius, muka nak susu :')


jenuh suami pujuk yuyu, suruh sabar, suruh positive yang susu tetap ada dan cukup untuk Habib. tapi, time tu, heran pulak aku, lagi susu tak banyak, lagi tu aku nak meraung. Habib siap merengek sebab tak puas menyusu.

adengan nangis terhenti seketika. tak larat weh. pedih mata :p suami malas layan perempuan emo tu, dia blah pi dapur, buat milkbooster. sedia ja apa segala mak nenek yang boleh boost kuantiti susu bini emo dia tu. huhu. Alhamdulillah, esoknya tu, susu banyak balik. yang penting, jangan lah over emo macam perempuan tadi tu tau -_- yakin ja ada jalan dan susu cukup untuk anak.

Diari Ibu : Yang Berubah.

Monday, May 11, 2015

Assalamualaikum

Habib hari ni dah 7bulan 1hari. dah besaq dah dia. syoq dapat tengok dia membesar depan mata. stress macam mana pun, bila tengok dia senyum, aloo, terus hilang stress. tengok ja Habib beriya nak manja dengan yuyu, aloo, terus rasa macam, hmm, tak tau nak describe macam mana.

Habib ni, Alhamdulillah. dia anak yang tak banyak ragam. meragam kalau nak tidoq, lapaq, takpun lampin basah. tu pun, kadang tak nangis, cuma, merengek je. tapi, kalau dia buat perangai, boleh tahan juga laa. -_- 

shebot dompot mot :D


selama dah tujuh bulan jadi ibu ni, ( selamat hari ibu diri sendiri. ihik :p ), macam-macam benda dah berubah:

Jalan-Jalan: Langkawi Art in Paradise | 3D Art Museum

Thursday, May 7, 2015

Assalamualaikum


selalu kalau korang mai Langkawi, mesti naik Cable Car, pi Makam Mahsuri, masuk Underwaterworld, tengok sunset kat Chenang, last day baru shopping chocolate kat HiG, terus marathon pesanan mak untuk beli pinggan mangkuk kat Idaman Suri. kan kan kan? 

i'olls dah faham sangat dah dengan aktiviti para pelancong ke pulau i'olls. *sambil tiup kuku*

lepas ni, masuk la pulak 2nd World Largest 3D Art Museum; Langkawi Art in Paradise, dekat ja dengan Cable Car. dia punya besaq, sampai ada tiga tingkat, siap ada sembilan seksyen yang pasti meng-overloadkan kapasiti memory card camera hampa semua.

syoq tahap nangis hingus segan nak keluar. susah nak describe.


hujung April hari tu, yuyu bawa family. time tu tengah promo, orang Langkawi, RM15 ja sorang. gila tak pi, murah weh. kalau hari biasa, sorang RM30. tapi, masih berbaloi la kalau compare dengan iCity, RM35, tapi kiut je tempat. ihiks. sorry. :p

najirah. junior sekolah yuyu di Maktab Mahmud. la ni kerja kat Art in Paradise. single :p


mempersembahhkannn..

CollyBerry Candy

Wednesday, May 6, 2015

Assalamualaikum

dulu, kalau nak cantik, nak kulit cerah berseri, siap pakej sihat luar dalam, macam-macam usaha kita kena buat. banyak duit kita kena habiskan. dah duit habis banyak, macam-macam kena buat, kadang kena tunggu berbulan-bulan.

yuyu sendiri masa kulit gelap dan bejerawat dulu, jenuh test satu-satu product, dari Biotherm, sampai la pernah pakai satu set SKII. bila tak puas hati, siap buat monthly facial treatment kat DRx. haa.


la ni, tak susah mana dah..pernah dengar tak pasal CollyBerry Candy? untuk kulit putih kemerahan-merahan seawal 7hari 


secara personal, yuyu baru dengar dan baru jatuh cinta. jatuh cinta sebab sedap gila nak mampos, lepas tu, dalam 7hari pun dah nampak perubahan. apa ni? sampai semangat buat advertorial.

CollyBerry Candy ni, candy versi supplement kecantikan. faham tak, candy tu kena makan sehari sekali ja, tapi sebab sedap, ketagih, rasa macam nak cheat diri sendiri, senyap-senyap buka botol, makan banyak-banyak terus. tapi takut overdose. tapi sedap. tak suka la kalau sampai terobses macam ni! saje je dorang ni kann


Balik Kampung, Langkawi.

Friday, May 1, 2015

Assalamualaikum


punya lah happy balik Langkawi.


tskk. hari ni, nak balik KL dah. tak puas balik Langkawi (kampung). macam nak dok sini sebulan. macam nak buat pindah mai dok sini terus, ada job ja, fly pi KL. macam tak puas lagi rehat-rehat kat rumah mak. banyak macam lagi la. faham kan perasaan ni?

*nangis tepi langsir mak, jap*

dah dekat 4bulan dah kami tak balik Langkawi. sebab Habib kecik lagi kan. hari tu balik, tak rasa nikmat sangat, sebab panas yakmat. nak keluaq jalan-jalan pun malas. kalau keluaq pun, pi beli cekelat ja. habis cekelat i'olls cayaq.

kali ni kami balik time mendung hujan. sejukkkkk ja kat Langkawi. setiap kali hujan, dengaq bunyi bising atap zink. aloo. teringat zaman kecik-kecik dulu, tidur kat longgok baju time hujan, lepas tu kena marah dengan tok. asal hujan ja, kalau kilat takdak, yuyu akan mandi hujan, balik kali ni, dah hujan lebat sangat, apa nak jadi, jadi la, aku mandi hujan macam tak mumayyiz lagi. kahkah. padahai, Habib siap teriak lapaq susu. :p

CopyRight © | Theme Designed By Hello Manhattan