Assalamualaikum ♥
dulu, yuyu orang susah.
pi sekolah, sehari seringgit sampai ke petang, bukan satu masalah. baju besar untuk tahan sampai tahun depan, yuyu tak kisah. hidup serba kekurangan, itu ini tak cukup, kami selalu rasa bahagia, tak pernah rasa susah.
ingat lagi, kena bayaq duit yuran sekolah, mak pinjam orang tu, orang ni. sebab duit yang ada sendiri pun, perut sendiri susah nak terisi. apakan nak bayaq yuran, macam-macam mak pikiaq, makan, bil eletrik, bil ayaq, dan sedikit hiburan untuk anak-anak lagi.
masa sekolah dulu, kami takdak kereta. sekadar motor tokwan ja la. time hujan, balut la kami dengan baju hujan, adik yuyu paling rilek, buat baju hujan guna plastik sampah hitam. :p kadang lupa bawa, habis lenjun baju sekolah, sampai rumah, sama-sama mandi hujan dengan tokwan, dengan adik-adik, dengan sepupu.
bestnyaaa! Alhamdulillah. walaupun time tu kami tak kaya dengan duit, syukur Allah bagi nikmat kaya dengan kegembiraan.
setiap hari Jumaat, tok akan buat ayam masak merah. ayam sekoq, untuk dimakan beberapa keluarga. ayam sekoq tu dipotong kecik-kecik, supaya cukup dari tokwan sampai ke cucu. oh. kami dok serumah dengan tokwan. satu bumbung, seluruh anak tokwan hidup sama-sama. sebab tu, dari mak, makngah, paknjang sampai ke paksu, kami rapat macam.. "sangat".
Allah. yuyu rindu zaman dulu.
la ni, Alhamdulillah. Allah bagi rezeki duit, rezeki senang melimpah walaupun tak meruah. sebab tu kadang, dah cukup dah duit nak beli handbag yang diidamkan, bila nak beli, berat sangat hati, tak sanggup 'laburkan' puluhan ribu tu untuk kepuasan seorang diri, manakan ramai lagi yang terhimpit nak cari jumlah seratus untuk anak bini.
sebab tu, handphone yuyu, bertahan dari dua tahun sepuluh hari lepas. setiap kali nak beli, yuyu akan tanya mak, samaada, berbaloi atau tak
mak selalu okay ja, tapi diri sendiri akan rasa macam.. err. tak tahu la nak describe macam mana. hatta nak beli kamera untuk kerja, apa-apa saja, yuyu akan tanya mak. bukan sebab tak tahu buat pilihan, tapi, rasa serba salah untuk senang dapat kalau dibandingkan dengan dulu yang susah segalanya.
dulu ajar yuyu sekarang. yuyu pakai apa yang ada. takyah nak kejaq benda berjenama. kadang-kadang, sampai kena pujuk hati sendiri, kononnya 'reward diri'. tu pun, berpada-pada.
Alhamdulillah. cuma, la ni, rindu rezeki kegembiraan macam dulu. kami kaya dengan kegembiraan, makan ikan sekoq share berdua, lagi kuat rasa ukhwah. gituu. ramai-ramai hampaq TOTO tidoq depan tivi. syoqnyaaaaa..
la ni mana nak dapat. masing-masing dah jauh. depa kat Langkawi, yuyu sendiri kat Kelumpo. masing-masing dah besaq. ish. malu aihh!
insyaAllah. yuyu akan terapkan diri untuk terus ingat zaman dulu, supaya berguna untuk sekarang. supaya tak lupa diri. tak boros dengan rezeki Allah bagi. Allahhh. teringat family kat Langkawi la pulak.
kena balik ni...rindu kampung
yang ikhlas,
Yuyu Zulaikha♥

"mak, nak beli handphone baru, harga dia RM999, boleh dak?"
"mak, kamera ni RM2000, okay dak kalau kak nak beli"
"mak, kak reward sikit beli baju mahai naaa"
"mak, kak teringin beli laptop baruuu"
mak selalu okay ja, tapi diri sendiri akan rasa macam.. err. tak tahu la nak describe macam mana. hatta nak beli kamera untuk kerja, apa-apa saja, yuyu akan tanya mak. bukan sebab tak tahu buat pilihan, tapi, rasa serba salah untuk senang dapat kalau dibandingkan dengan dulu yang susah segalanya.
dulu ajar yuyu sekarang. yuyu pakai apa yang ada. takyah nak kejaq benda berjenama. kadang-kadang, sampai kena pujuk hati sendiri, kononnya 'reward diri'. tu pun, berpada-pada.
Alhamdulillah. cuma, la ni, rindu rezeki kegembiraan macam dulu. kami kaya dengan kegembiraan, makan ikan sekoq share berdua, lagi kuat rasa ukhwah. gituu. ramai-ramai hampaq TOTO tidoq depan tivi. syoqnyaaaaa..
la ni mana nak dapat. masing-masing dah jauh. depa kat Langkawi, yuyu sendiri kat Kelumpo. masing-masing dah besaq. ish. malu aihh!
insyaAllah. yuyu akan terapkan diri untuk terus ingat zaman dulu, supaya berguna untuk sekarang. supaya tak lupa diri. tak boros dengan rezeki Allah bagi. Allahhh. teringat family kat Langkawi la pulak.
kena balik ni...rindu kampung
yang ikhlas,
Yuyu Zulaikha♥
Assalamualaikum yuyu, ingat ada kat langkawi minggu lepas, kita pergi sana dgn family. teringat yuyu :)
ReplyDeletezaman dulu walau miskin mana tetap best sebab rapat dgn keluarga. kannnnn
hujung bulan nak pie langkawi.. hihi yuyu ada ke hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah, yang lalu tu lah beri bnyak pengalaman dan pengajaran dalam hidup kita.. hehe..
ReplyDeleteCerita waktu zaman kecik lebih kurang macam cerita saya. Hmm. Best betul waktu tu. :)
ReplyDeletebetul tu saya pun sama..susahnya zaman kecik dulu..makan nasi berlauk ikan kering berkuah air masak..tapi tetap bahagia kan=))
ReplyDeletetouching..pengalaman ikan sekor share berdua tu saya juga alami
ReplyDeleteAlhamdulillah,
ReplyDeleteQah tahu Yuyu yang dulu lah menjadikan Yuyu yang berjaya sekarang.
I love youu
alhamdulillah, rezeki kan yuyu.semoga terus sukses.
ReplyDeleteFAD
suka baca entri ni. saya masa kecik pun pernah ada zaman susah.. tsk, tapi sekarang selalu lupa diri. bila baca ni jadi pegajaran. sekarang zaman gst, ekonomi pun makin tak bagus, tapi takleh lawan susah susah zaman dedolu.. T_T
ReplyDeletedi sebalik kesulitan ada hikmah nya :)
ReplyDeleteBila kita dh biasa dgn kehidupan susah,,nnti bila kehidupan dah senang,,kita akan hargai kehidupan yg susah tu :)
ReplyDeleteAllahu..bace post ni buat kite rindu mase kecik dulu...
ReplyDeletebetul tu yuyu, even kita dah memang nak aim beli something then bila duit tu dh ada, rasa berat hati sangat nak beli >__< sebab tahu kita bukan org senang, duit susah nak dapat. bila dah ada duit tu rasa sayang nak guna.
ReplyDeleteKak Yuyu,rindu,balik la kampung...hee
ReplyDeleteKak Yuyu,rindu,balik la kampung.hee
ReplyDeleteAssalamualaikum kak Yuyu :)
ReplyDeleteTeringat dulu masa zaman saya masih kecik2.. kalau balik kampung, mesti tido rumah arwah tokwan..
hampaq toto depan tv, tido ramai2.. hehe.. kenangan.. rumah arwah tokwan dulu pun tok tak duduk situ dah, sebab duduk dgn saya sekeluarga.. kenangan manis bersama keluarga, mmg sentiasa segar di ingatan :')
assalamualaikum..salam perkenalan.yuyu.saya pertama kali jejak blog yuyu,best baca
ReplyDeleteFuhh! Lamanya tak jengah blog Yuyu. Dah lain dah. Banyak perubahan. Kalau Yuyu rindu Langkawi, kita pulak rasa rindu sangat-sangat kat blog Yuyu ni. Rindu nak baca entry-entry Yuyu macam zaman dulu-dulu. InsyaALLAH, akan datang sini lagi bila free nanti. InsyaALLAH. Yuyu dan kawan-kawan semua, kalau sudi, jemputlah singgah blog Sofia - violetsofia.blogspot.com
ReplyDeleterasa bersalah lak baca entri ni.. terasa sangat tidak bersyukur slma ni.. sobssss
ReplyDelete>_< ... selalu tgk something yang nak beli terus bertekad kumpul duit. sampailah dikatakan mampu beli. tapi bila dah ada duit tu rasa sayang nak beli benda tu walaupun nak sgt. :'( fikir berpuluh kali elok ka nak beli.. berbaloika? then. lama kelamaan jadi tabiat ... berfikir 700kali kalau nak beli. zzzz.
ReplyDeletebtl tu...abis susah sgt xda bnda mkn p kutip kankung kt tali air pstu p tgkp ikan puyu haruan kt bendang.blk masak mkn ramai2...Allah...rindunya saat dedulu
ReplyDeleteDulu lain, sekarang lain. Yang dulu susah, skrg mungkin dah kaya. Yang dulu kaya, skrg ada yang dah bankrap. Yang sedang kaya tu, enjoylah rezeki Allah tu puas puas. Tapi jangan lupa hak orang lain yang perlukan zakat dan sedekah. Masih ada orang susah macam kita dulu dulu
ReplyDeletehttp://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/kucing-jadi-jururawat.html
Kisah hidup yuyu hampir nak sama dengan Fida..Nak teriak bila baca
ReplyDeleteBila kenang zaman dulu2 buat kita lebih menghargai apa yg ada sekarang..pengorbanan mak bapa tu yg penting..sayang mak n bapa..
ReplyDeleteAlhamdulillah,, pengalamanlah yg mematangkan kita,, skrg yuyu dah brjaya.. tahniah..
ReplyDeletememories will stay memories
Sy pun org susah jg dulu. Ank sulung lg tersa serba serbi x cukup. Skng adik2 alhamdulillah.
ReplyDelete