Yuyu Zulaikha

Lifestyle | Beauty | Parenting Blogger

Jalan-Jalan Putrajaya

Assalamualaikum

kami (yuyu&suami) rancang untuk start travelling. dari kawen, kami sempat pi Cameron Highland je. lepas tu, terus yuyu alah teruk, time mengandung, paling lama boleh tahan dalam kereta pun, puluh-pulun minit ja. balik rumah, bedrest berjam-jam.

dah ada Habib, lagi la cabaran. hari tu pi Penang pun, dia asyik meragam nak tidur baring dalam kereta. jenuh tahan tangan nak tampaq dia ja. -_-

jadi, kami decide, kami start jalan-jalan bermula dengan tempat paling dekat. makin lama, makin dia dah tambah bulan, makin jauh. sampai dia setahun ke, insyaAllah, start pi overseas pulak. tediaaa. plan seksiap.

kali ni, kami pi ke Putrajaya. hek elehh! Putrajaya, dok Selayang je pun! 

weyh, kan dah kata, start dengan paling dekat. ingat senang ka nak bawa budak kecik. lagipun, kena la Cuti-Cuti Malaysia dulu. banyak ja tempat kat Malaysia ni, kami tak pi habis lagi. 


***


kami gamble je search hotel kat Agoda. mana-mana hotel yang dapat review best, harga berpatutan, terus booking. kami pilih The Everly Hotel, Putrajaya. dari rumah yuyu ke sana ambil masa sejam. okay lah. tak sempat pun Habib meragam.

permandangan dari bilik. sebab tu pilih sini. sebab tepi tasik. takde la sakit mata tengok jem, kereta, bangunan je. boring.


plannya, lepas check-in, kami nak naik cruise kat sebelah Masjid Putra, tapi, sampai-sampai ja bilik, syoq pulak dia tidur sampai pukul 5 lebih.


RESEPI Daging Masak Kicap

Assalamualaikum

tiap bulan, mak akan datang KL jumpa cucu dia (Habib). cucu pertama, jauh-jauh pun, sanggup datang jenguk. kadang, tiap hari whatsapp minta gambar Habib. haih. tapi, kali ni, mak mai time kami tengah tak okay (sakit sebulan kann) sikit.

nak masak mewah-mewah macam selalu, memang mimpi laa. kalau boleh, nak suruh mak bawa sendiri ja lauk dari Langkawi. kang derhaka pulak. kah.kah -_-

jadi, yuyu punya idea masak, mestilah paling simple di alam semesta tapi sedap. masakan yuyu kali ni, paling sesuai kalau nak masak time pagi. time tengah huruhara nak pi kerja ka, tapi nak juga makan air tangan sendiri. lagi jimat lagi sihat. khenn.



presentation pun, ala-ala orang demam laa.


Sebulan Takdak Life.

Assalamualaikum ♥

hari tu, kami (yuyu, suami, Habib) sebulan hidup takdak life. macam baru bangun tidoq time Magrib wey. mula dengan yuyu demam selsema, berjangkit dengan Habib, lepas tu Onejet, patah balik pi kat yuyu balik. tskk. siap nangis tiap hari.

selama sebulan, tak pi mana. ulang-alik pi …

YADAH Pore Refining Untuk Masalah Pori, Blackhead & Whitehead.

Assalamualaikum

satu hari, kami satu family siap-siap pi kenduri. orang kampung kami ni macam adik beradik, mana-mana kenduri kendara dalam kampung, kami akan tolong dari hari nak pi minang, sampai la tolong nyebok bila nak dapat anak.

satu hari sekali lagi, bila dah kat tempat kenduri sedara yuyu ni..pap! ada tamparan hebat dari bahu. eh! terkejut okay. niat nak marah, tapi...

melihat muka dia, Allah, berseri lawanyaaaa. dulu sama-sama hitam legam. la ni dia dah putih. dari kejadian tepuk bahu tadi, kami sama-sama cedok nasi minyak, sama-sama tengok pelamin, sambil borak pasal new life. gituu. masing-masing dah ada laki, dah ada anak.

dah lama sembang, yuyu terlihat kelibat asing menceracak di hidung. blackhead yang tak dapat dibilang jumlahnya. yuyu seperti biasa, kepochi:



oish, hang tak cabut ka blackhead hang. dah macam selotep duri landak  kat hidung hang dah wey..



yuyu syak, dia mesti takda pengalaman cabut-cabut blackhead guna pencabut bulu ketiak kat hostel ni :p

Masa Yang Dulu...

Assalamualaikum ♥
dulu, yuyu orang susah.

pi sekolah, sehari seringgit sampai ke petang, bukan satu masalah. baju besar untuk tahan sampai tahun depan, yuyu tak kisah. hidup serba kekurangan, itu ini tak cukup, kami selalu rasa bahagia, tak pernah rasa susah.

ingat lagi, kena bayaq duit yuran sekol…

Solid Food Pertama Habib Muhammad

Assalamualaikum ♥
apa perasaan first time bagi Habib solid food? 
hoi. bapak best. tengah malam berjaga, google resepi. walaupun mengantuk, bangun juga nak sedia makanan untuk dia. demam pun takpa la, demi pengalaman suap makanan pertama kali, ku gagahi juga. tediaa!
kalau tengok pendapat mak-mak,…

Happy 1/2 Year Birthday, Habib Muhammad

Assalamulaikum ♥



Kehadapan anak kesayangan ibu, Habis Habib Muhammad                                            10/4/2015. Jumaat.

      Happy 1/2 year birthday baby, Habib Muhammad ♥ ♥ ♥ ibu, seronok sampai demam-demam pun, tengah pagi google macam-macam resepi puree untuk baby tau. mengantuk pun…

Menangi Percutian SAFI ke Langkawi Bersama Nora Danish.

Assalamualaikum ♥
kalau nak tahu Langkawi best ke tak, kena la tanya orang Langkawi sendiri. Langkawi pulau yang best sangat sangat sangat, tahu! hehe. orang Langkawi dah jawab dah. sepanjang dilahirkan dan dibesarkan di Langkawi, yuyu rasa bertuah sangat. 
setiap hari dari kecik lagi yuyu melanco…
back to top