March 28, 2015

#honestreview Dengan BelleWave Skincare

11 comments
Assalamualaikum 

eh. skincare review kali ni special nak mampos, tahu. special sebab yuyu sahut juga cabaran untuk cuba betul-betul cuba produk ini dan tetiba terus semangat untuk terus pakai. 

apapun, terima kasih utuk pihak BelleWave sebab sudi memperkenalkan product enkorang kat yuyu. honestly, ini pertama kali dengaq, tup tup rupanya BelleWave adalah product dari Switzeland, dan dah 15tahun dah di Malaysia. 15 tahun tu sendiri, dah boleh buatkan kita yakin untuk cuba BelleWave.

cabaran kali ni, yuyu mula dengan stop dulu penggunaan skincare yuyu yang sebelum ni selama dua minggu. kecuali cleanser laa. nanti berdaki wajah, jijik pulak awak-awak tengok yuyu selfie. -.-'

kulit yuyu tak banyak masalah. Alhamdulillah. cuma ada sikit pigmentation kecil di bahagian pipi, parut sikit dan tona tak sekata. tu glowing tiruan. nak glowing macam ni, amik la gambaq tengah matahari. ihik :p


jadi, selepas selesai meeting dengan pihak BelleWave, dan tengok apa kebimbangan kulit yuyu (seperti diskripsi imej di atas), jadi, rekomendasi produk yang bersesuaian diberikan kepada yuyu. pastilah untuk glowing mowing, hilangkan jeragat dan sekatakan tona kulit kan? 

sapa ada masalah sama, angkat tangan!


 hello, set penjagaan wajah baru saya! saya akan setia bersama awak! xoxo

1.     ClearWave Deep Cleansing Milk
2.     WhiteWave Gentle Wash
3.     ClearWave De-Bac Astrigent Lotion
4.     Aqua Infusion Fluid
5.     White-Neurogist 3D Brilliance Complex
6.     3D Brilliance Power Eraser
7.     UV Extra Sunblock

serius okay, semua tujuh benda tu RM1,000++! nak pakai pun sayang gila! selalu pakai yang beli satu percuma doploh je. tskk.



Rutin Penjagaan Wajah Dengan BelleWave
 
rutin malam.


setiap kali sebelum tidur, yuyu akan pastikan muka yuyu akan pertama sekali dicuci dengan (1) Deep Cleansing Milk. ia ada unsur susu! Korean sangat tau! first time pakai cleanser milk macam ni. penting untuk membersihkan make up dan sel kulit mati tanpa merosakkan kulit.

selepas tu, cuci pula dengan (2) Gentle Wash. dengan larutan keratin dia, penting untuk pencucian sempurna selepas ada sikit oily guna Deep Cleansing Milk tadi. bila dah guna dua pencuci ni, otometik muka nampak lebih cerah. hebat gila nak mampos!

kendian, dap dap pulak dengan (3) De-Bac Astringent Lotion, berfungsi sebagai toner. dah settle, yuyu guna (4) Aqua Infusion Fluid yang berfungsi sebagai pelembab. ehh. tak nak la nampak muka terkopeng kopeng. nak la muka nampak lembab dan sihat kan.

seterusnya, (5) White-Neurogist 3D Brilliance Complex! suka angat! setiap kali nak pakai BelleWave, paling excited nak apply dia, sebab tak sabaq untuk bagi muka nampak glowing. ini adalah my biggest concern! nak sangat muka nampak glowing, sebab tu akan buatkan muka kita nampak sangat sihat. aww. 

akhir sekali untuk rutin setiap malam, adalah (6) 3D Brilliance Power Eraser yang power yakmat! gila kaa, selama ni yuyu try dah macam product untuk hilangkan pigmentation yuyu tu, tapi akhirnya, nangis dalam hati. ade je lagi jeragat tu. walaupun sikit, tapi tak nak laaa....

tapi, honestly, 3D Brilliance Power Eraser best habis la. sekarang, jeragat yuyu dah makin pudar. hello. baru dua minggu, dah pudar, efektif sangat la maksud dia. -.-'


 
rutin siang


dann. lepas bangun tidur pulak, rutin yuyu lebih kurang, tetap ada produk (1) (2) (3) (5) dan (6). cuma ditambah dengan (7) UV Extra yakni sunblock [ SPF45 PA+++ ]. yuyu akan apply UV sebelum 30minit keluar rumah.

untuk masalah pigmentasi atau kulit tak sekata, sunscreen sangat penting untuk jaga daripada pigmentasi dan kerosakan kulit semakin bertambah akibat sinaran matahari.

yuyu syak, yuyu ada jeragat sikit tu sebab dulu aktif boling padang. togel pulak tu muka, mana ada tenyeh sunblock dah. dah tuu, tengah hari dah kena berlatih lagi. err. la ni, baru tau kepentingan sunscreen.


Result
no filter. no make up. selepas 2minggu guna BelleWave . sebab tu buat keputusan untuk terus dengan BelleWave. amin


Alhamdulillah. sekarang, kulit yuyu dah semakin sekata. hey. ni bukan syoq sendiri tauu. hari tu pi Penang jumpa mak, mak kata

"kak pakai apa, muka nampak elok dah? sekataaa ja"- emak


lepaih tu, sebelum buat entry ni, suami pulak puji depan-depan.

"sayang rasa, kulit baby glowing laa.. baby tak rasa kulit baby makin glowing kaa?"- suami


ehh.. apa puji depan-depan ni, jenuh tersimpul malu, tahu. secara personal, yuyu sendiri puas hati dengan product depa ni ( BelleWave ). tak rasa rugi, stop dua minggu product sebelum ni, semata-mata nak pakai BelleWave.

tapi, kalau tengok range harga dia, sebetoi pencuci ja pun dah RM168. mahai kann? kalau yuyu kata murah, macam mana? sebab pakai sikit ja pun, tahan okay, dalam berbulan-bulan. lagipun, BelleWave sangat berkesan.

kiranya, ini investment kita untuk kekal cantik khenn. invest la sikit. handbag memahai boleh beli... kalau korang nak try, boleh la usha Facebook Page dorang dulu di :




tengok tauu Page dorang, sebab sekarang ada promotion yang 1,2,3 tadi tu, instead kena bayaq RM500++ untuk tiga product tu, korang cuma beli dengan harga RM198 sahaja! omai! pengsannn..cepat tau, sampai hujung bulan ni je.

#honestreview

terima kasih sudi baca :)

March 27, 2015

Blog Baru, Semangat Baru.

33 comments
Assalamualaikum

sekarang dah 12tengah malam lebih. yuyu curi masa sikit untuk buat personal entry. serius yuyu rindu sangat untuk berbelog macam dulu. bebas untuk kongsi macam-macam di belog. seronok bila tengok ramai yang baca...

tu satu penghargaan buat hidup yuyu. yuyu suka berkongsi dan ramai yang dapat menerima kehadiran belog yuyu.

cuma sekarang, ada yang perasan yuyu dah kurang update entry pasal life. personal entry. macam lebih banyak kepada review. ada jugak yang herdik (apak sedih, lari nangis tepi pintu) yuyu, anggap yuyu ni berbelog sebab nak iklan je. tak tahu nak explain macam mana kat korang..


sekarang kena pentingkan dua-dua ni dulu



yuyu suka berbelog. yuyu dah banyak tahun dengan belog. dari anak dara, sampai sekarang dah ada anak dah. yuyu suka bila ada pembaca yang komen, dia ikut perkembangan yuyu dari single sampai la ni. hehe. i love you..

p/s: kite ingat, kite je yang bace belog ini. gichuu

tapi, cara yuyu cari rezeki lebih banyak di belog. dah nama blogger kan. sebab tu nampak banyak iklan. sebenarnya, sama banyak ja macam dulu, cuma dulu tak nampak sangat sebab yuyu selalu update pasal personal life yuyu, sekarang ni, masa yang ada, kena lebihkan apa yang penting dulu.

padahal kan, banyak nak mampos draft yang tak publish lagi. bila nak publish ja, takdak gambaq lagi. jadi, forever draft la jadi dia.

insyaAllah. yuyu baruuu je 'segarkan' mood belog yuyu. template baru, design baru. semoga dapat lah semangat baru. yuyu buat simple je, buat semua putih detail dark purple sikit, supaya rasa lebih fresh dan tak semak. tengah semangat ni nak update entry sejam satu! ;p

thanks tauu yang tak jemu jemu baca, buat kite rasew macam ade pewminatzz. kahkahkah. muntah.

terima kasih sudi baca :)

March 25, 2015

Untuk Cantik, Sihat & Kurus | Panacea Beauty

7 comments
Assalamualaikum

dah banyak kali sangat dah yuyu review pasal Panacea Beauty ni. sampaikan dah berjenis-jenis soalan dah orang email tanya pasal Panacea ni dekat yuyu. siap ada yang email kat yuyu feedback, bagitau kulit dia makin berseri lepas guna Panacea. aloo. kiut!

tapi awak, kite bukan owner Panacea pongg. kite pun pengguna macam awak :D


in case kalau terlupa atau tak tahu lagi apa tu Panacea Beauty, ia adalah satu product yang magic, di mana, Serum Biowhite Collagen dia adalah satu-satunya serum yang boleh diratakan di muka juga boleh diminum begitu sahaja! ya, tuan tuan dan puan puan. DIMINUM.

mestilah boleh minum, kalau bahan-bahan dia adalah sangat semulajadi. suka kan, suka kann:
  1. lidah buaya
  2. madu (kalau minum, rasa madu, kuat gile! best arr)
  3. air suling
  4. marin collagen (eh, patut lah rasa kulit makin tegang)
  5. sarung burung walit (hamai hamai!)
  6. pati buah oren (kalau pakai, siap terlekat sikit sikit pati oren kat kulit. huhu)


dulu macam tak percaya juga benda benda ajaib macam ni, dah nak kena buat review, try juga, sebab nak bagi review yang seikhlas hati khenn, bila dah try, Allah, betoi la. hari ke tiga lagi dah pun, yuyu rasa kulit makin licin & jerawat cepat kecut

suami dah pakai berbotol-botol dah, dia suka sungguh sebab pores dia makin kecik, kulit makin licin, orang laki pun boleh pakai tauu. 

lepas tu kann, sekarang, Panacea Beauty dah keluarkan lagi satu product ajaib depa. kalau dulu untuk kecantikan, la ni, complete dah, nak cantik, try la guna Panacea Serum Biowhite Collagen depa, tapi kalau nak selim melim kann, try la DR.BURN



DR.BURN sangat OMG tau. kalau tengok testimoni dia kat review orang lain, tengok juga kat Official Instagram [ PanaceaBeautyOfficial ], dia bukan saja untuk kurus semata-mata, dia juga untuk mengurangkan rasa lapar, meningkatkan metabolisma, mencuci usus, dan banyak lagi laa.

jadi, kalau check kat cermin sorang-sorang, ada lelemak tepu kat pinggang tu, tu tandanya dah kena beli dah DR.BURN. huhu. 

bukan susah pun, ceduk satu scoop, terus je telan. tak pun, campur dalam milkshake kegemaran sarapan seisi keluarga. sebab sedap tauu. suami la kata, sebab suami yuyu, kalau product Panacea Beauty, dia sokong betoi, dah telan DR.BURN, satgi satgi, mintak nak pi tandas. huhu.

jelas kann? kalau tak jelas lagi, try la klik link berikut :

Instagram [ panaceabeautyofficial ]
Facebook Page [ Panacea Beauty Official ]
Hotline [ 013-444 9531 ]
Email [ panaceabeautyteam@gmail.com ]


jangan lupa tauu, try la. Serum Biowhite Collagen tu, yuyu sendiri pernah try (3botol dah, suami dah 9botol), memang bagus, alaa, RM95 je, tahan lama kalau buat sapu saja, tapi kalau minum sekali, memang bagus kesan dia. hehe. DR.BURN sebotol RM75. beli tau beli tau :)


alang-alang product ni tengah meletop top top top, jadi la agen/stokis depa. buat duit sampingan beli rumah baru. hehe. try call Hotline number tu, depa layan baikkk ja kita. syoq berurusan dengan pihak Panacea Beauty ni.

okay lah. nak sambung tidurkan dak Habib. ihik. 

terima kasih sudi baca :)

March 17, 2015

Yuyu Luvs MumsLuv.

10 comments
Assalamualaikum

kalau zaman dulu, untuk berfesyen sambil menyusu, macam tak relevan. mana ada baju yang cantik, khas untuk para ibu yang menyokong penyusuan ekslusif selama enam bulan atau lebih. kalau ada pun, mana ada yang nursing friendly tapi menepati syariah. eh. geram la. hentak kaki enam kali!

yes. dulu punya baju untuk menyusu, mesti zip kat tepi. habis tu, kalau nak menyusu, kena tebalkan muka sebab malu okay nampak lemak setebal tebal alam kat pinggang tu. adoi. mana tahan malu anak nangis lagi, mana tahan malu pasal lemak tepu tadi pulak.

nasib la tak buat drama terjun tingkat sebelas akibat tidak tahan dipandang herdik oleh manusia sekeliling. ish. tak baik tau, bunuh diri.

Allah mawwah.


Ibu & Fesyen
tapi, zaman sekarang tak lagi. ibu menyusu dah boleh berfesyen! yaiy! sorak sekali lagi please. yaiy! tak ada lagi alasan patut bagi formula milk untuk jantung hati anda sebab kalau menyusu leceh lah reputasi terpaksa pakai baju errr.....(malas dah cakap)

kelik la link mumsluv.com , selain MumsLuv adalah laman sesawang inspirasi para ibu, MumsLuv juga adalah butik di atas talian yang menyediakan pakaian khas buat para ibu, yang sangat nursing-friendly, dan amat cantik. ewah. 

tak lah. ni bukan sebab yuyu ada satu nursing-friendly dress dorang. takk. ini sebab memang dah diketahui para ibu, yang kita semua patut bookmark website ini untuk kemudahan shopping setiap bulan nanti. setiap bulan ada baju MumsLuv baru! ihik. nak keluar bawa bayi, rasa semangat okay.

ehh! apa baju nursing mumsluv.com ni macam baju nak jalan jalan je ni!



Jubah Nursing-friendly saya
 eh. bukan yang yuyu, tapi yang mumsluv.com punya la. yuyu ada satu.

selesa yakmat okay. bila pakai, macam nak terbang-terbang ja. motif nak terbang masih tak dikenalpasti. kain dia berat. sedap. kalau bawa berjalan, macam princess pun ada. Allahh. tu punnn. tapi, honestly, memang best.

tak rasa baju ni diperbuat khas untuk menyusu. agak-agak kalau nak buat postwedding photoshoot sekali lagi pun boleh. tapi versi laki dukung anak, bini galas beg lampin. -.-'

ingat lagi, makcik yuyu nak pi klinik, terpaksa pakai seluaq dengan singlet Pagoda (yuyu syak, yang laki dia punya) dengan sweater Adibas (Adidas pasaq malam) pi klinik. senang selak singlet Pagoda ja kalau anak dia meraung nak menyusu. eh. tak fashionable lah awak ni makcik.

itu laa. lain kali, beli la dress lawa lawa dengan mumsluv.com. boleh posing cenggini depan rumah.


Perincian

Marissa

Nursing friendly dress MARISSA best. dia jubah yang ada lace cantik kat tangan, siap ada hidden zip untuk kesenangan kita berwudhuk. tak payah dah teruk teruk kerut muka sengseng lengan baju masa nak berwudhuk. buka zip, lipat ke atas saja.

button di bahagian dada, sesuai untuk menyusu. dah nama nursing friendly kan. ada cover sekali kat dalam, dah buka button, takde la terdedah nanti. sopan khenn. okay. ini yuyu bagi lapanjuta bintang.


Satu Ibu, Satu MumsLuv.
kalau boleh, yuyu nak gesa, setiap ibu, patut ada sekurangnya satu MumsLuv dalam gerobok pakaian. betul cakap ni, bila ada satu, rasa semangat aih nak teruskan penyusuan ekslusif untuk anak, biar apa jua rintangan dan halangan yang mendatang. gichuuuu.


IQ bayi yang menyusu susu ibu adalah jauh lebih tinggi daripada yang menyusu susu formula. Habib besar nanti, jadi anak bijak naa. InsyaALLAH.


dengan harga yang affordable, insyaALLAH, nak beli MYSARAA nursing blouse pulak lepaih ni. tak sabaq nak pakai dengan skirt. cantik! boleh buat pakai pi event. hehe.

jangan lupa naaa. jenuh dah pujuk ibu-ibu untuk support mumsluv.com ni. bukan apa, untuk kesenangan kita menyusu juga, kan. takkan la yuyu sorang ja senang menyusu Habib, ibu ibu lain pun kena senang juga. taknak dah tau keluaq dengan suami & anak selekeh je. sekeh kang. kena la cantik di mata suami juga di mata anak.

p/s: jadi la role model untuk anak membesaq. boleh?

terima kasih sudi baca :)

March 13, 2015

Cantik & Sihat dengan Ephyra.

16 comments
Assalamualaikum

Habib dah masuk lima bulan oi. dah masuk LIMA bulan! cepatnyaaa. dia tengah gian menyirap meniarap. asal letak je kat bawah, laju je dia pusing meniarap. Alhamdulillah. syoq dapat tengok dia membesar depan mata.

la ni, pantang meniarap, dah tunjai (tak tau orang KL sebut apa) nak kedepan. 

la ni juga baru perasan, kulit muka dah tak sekata. tak glowing macam dulu. tssk. masa pregnant, dapat hadiah glowing semulajadi. baby bagi. ihik. kulit elok ja, jerawat takdak, kulit lawa. macam masa ambik Ephyra dulu-dulu.



dah tinggai Ephyra masa pregnant, sekarang dah bersalin, kulit kusam balik. kena make up tebai, baru la iras-iras Che Ta. Allah. tu punn. 


banyak kali dah kan yuyu review pasai Ephyra ni. alaa. kalau tak review pun takpa. ramai dah tau betapa efektifnya ciptaan ni. kat billboard nampak besaq-besaq muka Norman Hakin dengan Memey. IG tu Ig ni, blog tu blog ni, aktif nauu cerita pasal Ephyra.

tapi, serius efektif weh. yuyu personally, pernah minum Ephyra. kotak pertama pun dah nampak hasil dia. dulu, yang ketara, tang kulit la:
- cepat sekata
- parut jerawat mudah pudar
- kulit makin lembab


kulit tengah tak sekata lagi. cabaran nampak kesan dengan Ephyra seawal  TUJUH hari, InsyaALLAH akan berjaya. tak sabaq tunggu 10hari. ihik :')




setiap hari, sebelum tidoq, suami akan buatkan siap siap segelas Ephyra. dia pun sokong bini dia untuk minum Ephyra. hehe. sedap tauuu. rasa macam passion fruit sikit. nak je minum enambelas paket sehari. 



sekarang, habib dah lima bulan, yuyu minum balik. tau tak apa yang lagi best?

 hey budak mata bulat!


tiga hari lepas yuyu minum Ephyra, benda paling ketara adalah susu banyak! heran jugak mula-mula. sebab yuyu memang tak ambil apa apa suplimen milkbooster apa bagai tu. tapi breast sangat penuh. takut, tapi syoq. rezeki. bila tengok balik IG Ephyra, rupanya, banyak testimoni ibu ibu seronok sebab Ephyra bukan saja untuk kecantikan luar dalam, bukan saja untuk kesihatan, tapi


EPHYRA juga adalah MILKBOOSTER!


try la check kat testimoni Ephyra. baguih kann. yuyu suka product macam ni. beli satu kotak sebulan, untuk menyeluruh.

yuyu ingat lagi, dulu sebelum kahwin, yuyu bagi abah minum sekotak, sebab dia selalu cakap letih sangat urus sana sini bab majlis yuyu. dalam beberapa hari dia minum Ephyra, terus dia jadikan rutin, sebab memang abah lebih bertenaga lepas tu.


 ehh. tak laa. Ephyra bukan saja untuk perempuan tauu. untuk lelaki pun boleh minum. sebab tu la dia minuman kesihatan dan kecantikan keluarga Norman Hakim & Memey Suhaiza. ihik ;p 



tak lembut hati lagi ke nak try sekotak? hehe. try la. insyaAllah, kalau istiqamah, memang nampak sangat effect yang buatkan enkorang semua tak nak tak minum Ephyra lagi dah. yes. Ephyra bukan saja untuk kesihatan tauu, untuk kecantikan dan sebagai milkbooter juga.

kalau korang rasa heran kenapa dia begitu ajaib, yang pregnant & menyusu pun boleh minum, sebab ramuan Ephyra adalah berasaskan semulajadi:
- Acai Beri
- Gam Akasia
- Superberi
- Salmon Placenta
- Astaxanthin
- Acerolla Ceri
- Bunga Marigold
- Serbuk Tomato

jelas dah kan? sekarang dah boleh order dah di:

Hotline : 019-3999238 / 03-41417889


paling senang sekarang, cari je #ephyra kat Instagram. boleh tengok testimoni & semua info pasal Ephyra.

selamat menjadi cantik & sihat!

March 12, 2015

REWARD 2 : Fikcles TTDI

9 comments
Assalamualaikum

ini yang tak syoq ni. minggu ni busy. dah update entry ni, edit pulak gambaq-gambaq dia, jenuh telan ayaq liuq sorang-sorang. sedu sorang-sorang. suami basuh pinggan. Habib tidoq. sekali lagi. jenuh telan ayaq liuq sorang-sorang. 

sorang-sorangggggg (siap ada bunyi gema dalam gua)

macam dah pernah kata, second reward kami suami isteri untuk lalui detik-detik menjadi parent baru adalah berbentuk makanan juga. ewah. bukan tak reward naik star cruise ka, sweet-sweet pergi Korea ka. tapi yang berbentuk makanan ni, orang kata:

gendang gendut tali kecapi;
kenyang perut, senanglah hati


orang kata lagi, makanan FIKCLES kat Taman Tun Dr. Ismail adalah sedap baq angg. dengaq nama macam restoran hipster. mesti golongan sapu pomade satu kepala yang datang ni. 


kenapa nak sangat kami reward diri di sini? sebab rare okay restoran kat TTDI ni onwer dia orang Islam. orang Melayu kita-kita ni. kira hebat habeh la dapat makan kat restoran Melayu kat TTDI. Fikcles pulak tu. 

ewah. promote ke apa ni? 


Menu
 bagi la can nak flatlay sikit.


bagi yuyu, makanan kat Fikcles sesuai untuk semua. kalau yang tekak Melayu boleh, tekak western pun boleh. ada lontong okay. sedap gilewwww akak yuyu. kata seorang followers yuyu di Instagram. 

tapi yang akak yuyu dan laki akak yuyu makan, lagi sedap apak gileww.

Salmon (RM28.90) 


mula-mula, ingat nak makan Spagetti Marinara depa. sebab, tu antara chef's choice. tapi, suami pulak bertegas suruh makan Salmon juga. katanya, "baby lebih baik makan salmon, dapat lah bekalkan Habib extra DHA"

ewah suami. sempat pulak dia nak mukadimahkan aku bab sains makanan ni. 

Wallahi. Demi Allah. itu salmon paling sedap yuyu pernah rasa. tak tau la sebab betoi-betoi sedap atau sebab akur dengan perintah suami. ganjaran buat isteri solehah :p . dengan creamy mashed potato dia. Allahhhh. nak juga paksa korang rasa la at least sekali seumur hidup. sedap dap dap hingga ajak suami lagi. 

Grilled Chicken Maryland (RM25.90)


ini, suami yang order. ingat nak rasa la walau secubit, baru nak niat minta sikit kat suami, tengok dah habis. ceh. apaa laa. sedap sangat kata diaa. ayam lembuttt gilewwww. hmm. kot la nak tinggai secoet kat bini dia.  takpa naaa. next time, nak try juga order ni. 

well. semua sedap ni. malas la nak taip kat sedetail mungkin. kang engkorang kata macam promote pulak. ish. apa ni. tapi kalau tak bagitau detail, macam susah tido malam pulak nanti kang. rungsing lagi gelisah.


Banana Nutella Grilled Sandwich (RM8.90). ini desert kami. sepinggan ni share dua. kenyang yakmat. 



Bukan Sekadar Restoran
sembang punya sembang, Fikcles juga menawarkan tempat ilek lagi cool depa ni untuk buat event. rugi pulak tak buat akikah kat sini hari tu. makanan dah la sedap, tempat dah la lawa, parking dah la senang dapat. dah dah la tuu...



nak letak candy buffet kat luaq ni. tang cermin tu, nak letak photobooth. oish. lawa jugak noo. 

sinilah tempat paling chillek kita boleh lepak sambing menikmati makanan bertaraf hotel. 

macam bukan restoran orang Melayu Islam ja tengok. haish. apa ke kretif sangat depa ni.

kalau buat baby shower kat sini, pun best juga kann. size restoran yang okay sangat buat event unuk kawan & sedara terdekat. 

macam laki yuyu jaa. bontot tu, bukan bontot Habib Muhammad kaa?

kot kot, next time nak buat event, boleh contact depa naa. sebab la ni, trend okay buat event kat restoran. private launching product kaa. restoran lawa pulak tuu.

Selpiaqqqq Time
 dah nampak dah dak Habib Muhammad ni ikut gaya sapa. pantang nampak kamera. dan dan nak senyum

ini owner Fikcles. Kak Huda. Islam. Melayu. mudaaa. ada chef yang apak hebat masak. chef FIKCLES adalah penolong Chef Zubir Masterchef u'olls. sorry. anak i'olls suka photobomb.

thanks naa kak Su (dia pun blogger juga okay : www.surayasulatin.blogspot.com) sudi recommend. menjadik juga reward kami kali ni. next reward, kalau makan kat sini lagi pun tak kisah. i u


apa apa pun, korang kena selalu update dengan Fikcles ni. depa selalu sungguh buat promo tu promo ni. la ni kalau pi makan kat sana, update siap check in lagi, tunjuk ja kat depa, kita dapat 10% diskaun. 

untuk yang kerja area TTDI tu, boleh try promo save budget depa untuk makan tengah hari (12pm-2pm). sorang, RM12.90 jaa. nak apa lagi?

jangan lupa naa. save details ni dalam henset siap-siap :

FIKCLES
address : 11, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur
contact number : 03-77324885
Operation hours : Tuesday-Sunday (8am-11pm), Close on Monday


please selalu update dengan depa tauu :


terima kasih sudi baca :)

March 6, 2015

B'Lyn Untuk Pelbagai Masalah Kulit

1 comment
Penghasilan produk kecantikan B'LYN BEAUTY SECRET hanya bermatlamatkan satu visi untuk menyelesaikan pelbagai masalah kulit yang dialami. Menurut Pengarah dan Pengasas B'LYN BEAUTY SECRET, Datin Noor Halini Mohd Ali, produk ini dirumus khas sebagai penyelesaian terbaik kepada mereka yang mengimpikan kulit wajah dan penjagaan dalaman badan.

Didatangkan dengan set 2in1 - Advanced Perfect Serum dan Young & Gorgeous Beauty Booster, kedua-dua produk ini amat sesuai untuk wanita mahupun lelak. 

"B'LYN BEAUTY SECRET terhasil apabila saya melihat pada masa kini terlalu banyak masalah kulit yang berlaku pada kita khususnya kaum wanita.
"Penghasilan produk ini berasaskan bahan semulajadi yang tidak menggelupaskan kulit. Ia menggunakan ramuan Double Apple Stem Cell sebagai bahan utama, membuatkan produk kami tidak bercampur dengan bahan kimia. 
"Berdasarkan formulasi menggunakan teknologi semasa, saya berharap B'LYN BEAUTY SECRET yang didatangkan dengan pakej 2in1 menjadi produk kecantikan semula jadi pilihan utama pengguna," katanya. 

Datin Noor Halini berkata, Advanced Perfect Serum adalah serum yang dihasilkan dengan teknologi tanpa bahan kimia. 

"Namun, ia dapat memberi ketegangan kulit wajah tanpa paksaan dan secara semula jadi. Vitamin C yang ada di dalam serum juga bertindak sebagai antipenuaan untuk menutup semula liang pori yang terbuka. 
"Hanya dengan menyapu serum ke wajah, kulit akan terasa anjal dan tegang malah memutihkan kulit secara semula jadi," katanya. 

Tambahnya, Young & Gorgeous Beauty Booster pula dihasilkan dalam bentuk kapsul bagi membantu memberi tenaga. 

"Kapsul ini memberi impak positif untuk membaik pulih sistem peredaran darah secara teratur. Tanpa kesan sampingan, kapsul ini juga dapat membantu dan memberikan kesan yang cepat jika dimakan secara konsisten. 
"Malah kesan berganda dapat dirasai dengan booster ini. Ia menambahkan elastin dan kolagen untuk membantu tindak balas secara semula jadi tanpa kesan sampingan serta membantu proses menegangkan kulit daripada dalam secara perlahan dan berterusan," katanya. 

Dapatkan set B'LYN BEAUTY SECRET 2IN1 dengan HARGA PROMOSI RM170 dengan menghubungi Cik Lynn di 
018-354 9278 (WhatsApp). 
Instagram: @blynbeautysecretofficial 
Facebook: B Lyn Beauty Secret 
#blynbeauty_secret #advancedperfectserum #youngandgorgeousbeautybooster #mindorder
© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.