February 27, 2015

B'Lyn : Untuk Kecantikan Luar & Dalam

2 comments
Assalamualaikum ♥

15 tahun menghilang kerana menguruskan hal rumah tangga dan kini muncul semula dalam dunia nyanyian, sudah tentulah Amelina mengalami perubahan ekstrem pada fizikal dan wajahnya.

Memang tidak dinafikan bila penyanyi lagu Rindu dan Asyik ini muncul semula pada hujung tahun lalu, fizikalnya banyak berubah dan kurang mantap sebagaimana zaman popularitinya dulu.


Namun, ibu kepada enam orang anak ini tidak pernah patah semangat melakukan pelbagai usaha bagi mencantikkan dan mendapatkan semula kulit wajah dan fizikal sebaik mungkin bersesuaian dengan usianya yang mencecah 41 tahun.

Malah, kerja keras Amelina ini dipermudahkan pula apabila dia dilamar sebagai testimoni dan seterusnya duta produk kecantikan baru, B'LYN BEAUTY SECRET, dua bulan lepas.

Amelina mengakui, sejak menggunakan set 2 dalam 1 B'LYN BEAUTY SECRET - BLyn Advanced Perfect Serum dan BLyn Young & Gorgeous Beauty Booster, dia sangat gembira melihat perubahan positif itu.

"Produk yang berkualiti dan selamat memberikan kesan perlahan-lahan secara berperingkat dan bukannya berubah dalam seminggu dua. Itu perkara yang saya alami dengan kedua-dua produk B'LYN ini selepas dua bulan menggunakannya."Saya dapat lihat perubahan secara berperingkat pada kulit dan dalaman badan sejak mengamalkan B'LYN secara konsisten. Itu yang meyakinkan saya B'LYN adalah produk kecantikan yang berkualiti," katanya.

Tambah Amelina, kedua-dua produk BLyn Advanced Perfect Serum dan BLyn Young & Gorgeous Beauty Booster juga melengkapi fungsi antara satu sama lain menghasilkan perubaha luaran dan dalaman lebih baik berbanding sebelum ini.

"Masa awal-awal aktif semula, kulit saya sangat kusam, liang pori besar, garis muka yang kasar dan ton tidak sekata. Apabila B'LYN menyarankan saya mencuba produk ini saya tidak ada keyakinan sebenarnya.Tapi atas peluang dan kepercayaan itu saya cuba juga amalkan kedua-dua produk itu secara konsisten selama dua bulan. Alhamdulillah, kulit saya makin tegang, segar, garis muka berkurangan dan ton lebih sekata. Begitu juga perubahan dalaman badan yang terasa lebih ringan dan sihat."Malah saya boleh katakan BLyn Advanced Perfect Serum memberikan kesan terbaik. Perubahan sedikit demi sedikit itu memberikan kulit lebih baik. BLyn Young & Gorgeous Beauty Booster pula memberikan kekuatan dalaman dan tubuh lebih sihat dan cantik," katanya.

Mahu cuba perubahan seperti dialami Amelina? Korang boleh dapatkan set B'LYN BEAUTY SECRET 2IN1 dengan HARGA PROMOSI RM170 dengan menghubungi Cik Lynn di 018-354 9278 (WhatsApp).
Instagram: @blynbeautysecretofficial Facebook: B Lyn Beauty Secret#blynbeauty_secret #advancedperfectserum #youngandgorgeousbeautybooster
#mindorder

February 17, 2015

REWARD 1: OKONOMI Sushi

43 comments
Assalamualaikum

selamat tahun yang tak berapa nak baru. semoga para pembaca semua dilimpahi dengan semangat yang jitu untuk mencapai apa yang diimpikan dan senantiasa dilimpahi rahmah dari Allah s.w.t. ewah. ada macam penulis majalah SOLUSI tak? 

tahun lepas asyik tulis pasal mengandung je. tup tup, dah ada anak dah kan akak yuyu ni. tup tup anak dah 3bulan. eh. cepatnya masa berlalu. macam semalam je bertarung kat dewan bedah.

penat jugak kan ada anak ni. masa Habib dua bulan, mana menang tangan. kami laki bini siap buat shift jaga.

"ko jaga dia dulu, aku nak tido. nanti aku jaga pulak"


eh, mana ada. kami suami isteri amat berbahasa.

dah masuk 3bulan ni, baruuu la merasa rehat sikit, dah Habib mula pandai main sendiri. hoi. masa ni la kami asyik nak mereward diri kami. asal ada masa lapang je, pi situ, ada lapang lagi jaa, pi sana. tak lapang pun kami pi sini sana. -.-'

reward ni sangat penting buat newly parent. ini akan buatkan kita rasa lebih enjoy dalam kehidupan baru yang serba mencabar tu. (mencabar sebab ada anak. apakah?) atau ini sekadar alasan untuk menikmati keriangan bersama-sama? entah la.


First Reward
first reward kami adalah SUSHI. sushi adalah makanan yang kami paling gemarkan dari bertunang membawa ke alam perkahwinan hinggalah masa yuyu pregnant. tapi start Habib lahir, memang tak merasa la kauu.


kalau nak reward diri dengan rasa sushi sebenar, kak yuyu cadangkan adik adik waze cari Publika Solaris, Duta Mas. kendian, please cari OKONOMI! 



Tekak Malaysia
pada hemat seorang blogger, sekalian sushi di OKONOMI adalah mengikut citarasa kita-kita bertekak Malaysia. apa tidaknya, kalau sushi Firecraker nya mengadungi tahap kepedasan orang nemsmilan. kesian si suami terpaksa menelan bergelen-gelen air. lagi pedas, lagi sodap katanya.


inilah Firecraker Sushi yang digempar-gempurkan tadi tu. kite acah-acah nak makan je, kesianlah dak Habib kepedasan menyusu kalau ibunya turut serta.


 kite nak request kat OKONOMI, lepas ni please buat sos sambal belacan. ihik >.<

Katsu Curry Sushi! yang ni pilihan terbaik yuyu. saja test, tau tau sedap yakmat! Allah. terliuq pulak tengok gambaq ni. dengan rasa curry ala-ala jepunnya, dengan ayam goreng rangup tidak terhingga itu, dengan rasanya yang penuh kenikmatan, hari ni juga paksa suami bawa lagi. 

selalu kalau tempat sushi lain, rasa sushinya adalah sama. plain. petak. ewah. tapi ini betul-betul macam sushi yang dihidangkan dari opah bersambil sengseng lengan baju diletakkan pulak sushi tadi di bawah tudung saji. kampung habis.



Custom Sushi
dan. di sini lah juga, satu-satunya tempat yang menyediakan custom sushi. akak yuyu bagi tigabelas bintang untuk perkara ini. ini adalah disebabkan best wey pilih sendiri. berebut rebut dengan suami nak pilih, tak nak sama dengan suami. nasiblah tiada adengan bertumbuk akibat terlalu excited sangat tu.

ish. malu pulak kelihatan kurang sopan :p


kau pilih la base apa kau nak, filling kalau teringin seafood ada, tapi alang-alang laki belanja, pilihlah premium, ihik. harga sama ja. 


pilihan suami. sedap. nyesal tak curi curi tengok dia pilih apa. -.-'

pilihan isteri. kahkah. rupanya yang yuyu lagi sedap. memang harapan la nak share dengan onejet. sedap yakmat!

seram juga tengok chef OKONOMI buat sushi. main tick je base, filling & topping mana kau nak, tup tup, sampai depan mata, sedap lagi lawa presentation dia. kalau yuyu jadi chef, belum tentu ada rupa sushi gamaknya.

bab harga kat sini, Alhamdulillah. belum pernah lagi ada yang komplain mahal. berpatutan dengan apa yang kita telan. bab Halal pulak.yes, jangan takut, sebab yuyu ada tanya personally dengan pihak pengurusan dorang, OKONOMI adalah HALAL.

Chef dia hebat okay. tarik tarik ramuan, goyang-goyang bahu, tengok tengok siap. hoi. apa ni.

nangis tengok ni! kek green tea! tak tahu nak describe macam mana. korang kena try je. tskk.


ni first reward kitorang. dan first reward ni memang memuaskan kami laki bini. lagi-lagi buat fan number satu sushi. ewah. berbaloi sangat  selepas bertarung dengan kepenatan yang tiada tandingan. nasiblah Habib tido je memanjang. 

kalau nak cari OKONOMI, di Publika Solaris, betol betol sederet dengan Old Town White Coffee. kat luaq tu kann. senang jaa. 


Habib kirim salam :'p

second reward pun, kami pilih makan juga. selepas OKONOMI, kami pilih makan di FRICKLES pulak. eh. nanti lah yuyu update entry baru. 

syoq jugak noo reward diri ni. 

terima kasih sudi baca :)

February 16, 2015

B'LYN

0 comments

Untuk memiliki kulit yang putih segar, anjal dan kekal remaja, tak cukup dengan rutin mencuci, menyegar dan melembap muka semata-mata.Kalau nak hasil optimum, kita kena jaga aspek luaran dan dalaman juga. Dengan set kecantikan B'LYN BEAUTY SECRET 2IN1, korang akan dapat jawapannya.

Mahu rasai perubahan luar biasa itu, korang kena cuba kedua-dua produk dalam set ini - BLyn Advanced Perfect Serum dan BLyn Young & Gorgeous Beauty Booster.

Keistimewaan produk ini, ia mengandungi kombinasi agen L-Glutathione, Vitamin C dan Vitamin B3 yang bertindak sebagai anti-penuaan, menegang dan menganjalkan kulit serta memperbaiki sistem sel kulit.


Ia juga dilengkapi dengan adunan herba semulajadi, double apple stem cell, kolagen dan grape seed cell untuk melembap dan melindungi kulit, mengelakkan kedutan dan memperbaiki sistem dalaman.
BLyn Advanced Perfect Serum
- Dirumus dengan adunan khas berkualiti tinggi Double Apple Stem Cell dan Grape Seed Cell bagi merangsang pengeluaran kolagen semula jadi yang sihat dan mengembalikan keanjalan dan kelembapan kulit agar ia kelihatan lebih muda, tegang dan licin.
BLyn Young & Gorgeous Beauty Booster
- Dihasilkan daripada rumusan agen pemutih wajah L-Glutathione, Vitamin C dan ekstrak Argant untuk keremajaan kulit, meningkatkan keanjalan payudara dan pinggul, kitaran haid lebih baik, rambut lebih sihat dan mempercepatkan proses pemulihan kulit.
- Ia turut mengandungi Labisia untuk mencapai atau mengekalkan bentuk badan idaman dengan hanya 2 biji sehari.

Paling penting produk ini dijamin selamat sebab ia mendapat kelulusan KKM & BPFK, halal dan bebas 100% daripada bahan berkimia tinggi.

Mahu cuba? Dapatkan set B'LYN BEAUTY SECRET 2IN1 berharga RM269 dengan menghubungi Cik Lynn di 018-354 9278 (WhatsApp).
Instagram: @blynbeautysecretofficial
Facebook: B Lyn Beauty Secret
#blynbeauty_secret
#advancedperfectserum #youngandgorgeousbeautybooster
#mindorder
© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.