Assalamualaikum

okay. okay. ni personal entry. bukan lagi advertorial atau nak promote-promote. kesian korang asyik kena baca advertorial je dari yuyu. tapi nak buat macam mana, rezeki yuyu kebanyakkan dari ads. nak tak nak, kena la buat juga. harap korang faham ye. :')

sebelum nak taip apa-apa, Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah yang amat banyak sangat..

sekarang yuyu dah tukar status jadi 'IBU'. IBU okay. yuyu pun tak hadam lagi dengan status baru ni. rasa macam baru je lap-lap air mata terharu dengar suami sekali lafaz je masa nikah. macam baru je kami sama-sama cari rumah sewa. macam baruuuuu sangat je lari-lari kat rumah mertua jerit kat suami cakap result pregnancy test ada dua line! tup tupp, baru tadi je tukar lampin anak.

ceritanyaaa.. due yuyu 17/10/2014. tapi preparation kami laki bini buat awal-awal, takut la tetiba baby keluar hujung September. jadi, semuanya sangat smooth laa. 

+- 5pagi 10/10/2014, bermula dengan air ketuban pecah, memang huru-hara la kejut suami. dua-dua kami bersiap bagai nak rak. suami siap sikat rambut, sembur perfume, pilih baju favorite dia. yuyu tengah pecah ketuban pun, siap lukis kening & pakai lipstick. Allah. dah kenapaa..

sampai je di hospital, doktor terus buat CTG. memang dah kerap dah contraction katanya. tapi masalahnya sekarang, yuyu pulak heran, contraction tu rasa macam mana? tak pernah rasa pun. rasa lenguh ke rasa nak terkencing?

memang sepanjang pagi tu, langsung tak rasa contraction, bila check bukaan dah 2cm. check pulak air ketuban, dari kaler putih, tetiba ada sikit kaler hijau. Allah. tu yang tak nak tuuu, baby dah ter uk'uk pulakkk...

chances untuk normal tu memang tipis la kalau baby dah uk'uk ni. tunggu punya tunggu, sampai pukul 8, tetap juga 2cm. doktor terus decide untuk induce. haaa, masa tu baru rasa contraction diaa, asal keras je perut, mesti rasa nak terkencing yang amat-amat..

tapi bukaan tetap tak banyak, dah induce pun, baru 3cm sampai ke tengah hari. dah tengah hari, induce sekali lagi. sampai ke 6 petang, bukaan tetap tak buka banyak, 3cm nak masuk 4cm baru. bila check, tengok kepala baby dah sikit lonjong sebab dia dari tadi push nak keluar. alooo, syiannn anak Ibu ni :'(

nak tak nak, doktor cakap, memang kena pilih option lain, yakni C-Section. tak boleh dah normal, sebab dah lama sangat ketuban pecah. Allahhh.. masa tu, rasa panas sejuk panas sejuk sebab takut sangat. 

tepat 8:10malam, yuyu ke dewan bedah. dalam otak masa tu tak fikir apa dah, macam nak paksa doktor bedah laju-laju ja, sebab nak tengok anak. sampai dewan bedah, sejuk-dia-macam-nak-mampos-sel-otak-aku...

dari awal sampai dewan bedah, yuyu punya ketar tahap Parkinson level 8 wehh. nurse sampai letak dua benda apa tak macam hairdryer tu bagi panas sikit, tu pun turun la sikit jadi Parkinson level 7.5. motif sejuk macam tu masih lagi tak dikenalpasti

walaupun sejuk, cramp habis neuron otak tak sempat nak berhubung, tapi yuyu sempat menikmati setiap saat sebelum bersalin, dari nurse sapu apa entah kat perut, sampai inject epidural, sampai la ke stage semua berkumpul di bahagian abdomen yuyu. yuyu tahu, lepas ni, semuanya akan berubah. perubahan ni bukan kecil, tapi major perubahan dalam kehidupan, dan kehidupan sebelum ni, takkan yuyu dapat balik. 

Alhamdulillahh, tepat 8:41pm jam di dewan bedah tu, yuyu dengar bunyi anak yuyu nangis. Allahuakbar. masa tu nak nangis ke, nak senyum telinga-ke-telinga ke pun dah tak tau. memang tak sabar nak tengok muka anak yuyu yang sedang nangis tu. 

comel ya Rabbi suara kecil dia nangis. bagi yuyu, tu suara paling perfect yuyu pernah dengar. suara yang buatkan sakit yuyu hilang, panas sejuk yuyu hilang, suara yang buat yuyu rasa yuyu lah paling bertuah dalam dunia. 

once nurse dah bersihkan dia, nurse letak dia tepi yuyu. sempat yuyu kiss pipi, hidung, mata & mulut anak, sambil anak tengah terkebil-kebil mata dia, sempat tengok dia main-main lidah dia, terus nurse bawa anak ke ayahnya untuk azan & iqamat.

Alhamdulillah ya Allahh. nikmat ni terlalu besar dalam hidup kami, suami isteri. 

start dari tu, dengan terketar-ketar tak habis sebab kuasa air-condnya yang maha dahsat, nak ambil HB rate pun kena ulang beratus kali akibat level terketar umpama Parkinson tadi tu makin meningkat, yuyu tetap rasa bahagiaa. 

please nurse bawa saya ke ward terus, saya tak sabar nak jumpa kekasihhati saya. saya tak sabar bau wangi syurga.

dari luar dewan bedah, tengok suami jenguk yuyu dari luar pintu. dari tu juga, rasa cinta pada suami makin membuak-buak. makin buatkan yuyu rasa nak usaha lebih kuat lagi untuk jadi isteri yang menyejukkan hati suami.

kali ke dua tengok anak selepas di dewan bedah


lepas 30minit di luar bilik bedah, nurse masukkan yuyu ke ward, anak takde lagi, cuma yuyu dan suami semata-mata. tapi kami berdua dah tak nyabar sangat nak tengok anak. adoi. lambat la pulak dahhhh. asal dengar bunyi macam troli bergerak, laju je mata kami tengok. bila sampai satu tu, nurse tolak satu cot baby, menuju straight ke kami, terus rasa macam batu tengah hempap dada, paksa supaya cepat keluar airmata....


anak yuyu masa umur 1hari. 1hari pun mata dah terkebil-kebil dah :')


anak kami. anak lelaki kami. Alhamdulillah, semuanya sempurna macam apa yang yuyu impikan. anak yang dilahirkan dengan berat 2.73kg tu, bila tengok balik, macam mustahil je selama di dalam perut yuyu..

        
semoga jadi anak soleh ye anak. bawa ibu & ayah ke syurga. 


***

insyaALLAH, next entry, yuyu cerita pasal pemilihan nama pulak ye. tunggu tauu. sambil tu, doakan anak yuyu membesar dengan menjadi anak soleh yang berjaya dunia akhirat ya.

terima kasih sudi baca. :)
SHARE 85 comments

Add your comment

  1. awwwww, so adorable anak kak yuyu ^^

    ReplyDelete
  2. Tahniah Yuyu and suami..
    Moga ibu dan baby sihat selalu hendakNYA..

    ReplyDelete
  3. Tahniah Yuyu dan suami.. Selamat berpantang ye...

    ReplyDelete
  4. tahniah yuyu, dlm dewan bedah mmg sejuk gle yuyu..kalu x silap spy bakteria x mrebak ke g2 la, dulu mase akak masuk c2 sbb nak keluarkn darah nifas sbb terkumpul dlm rahim lpas bersalin, rase mcm kejang seluruh bdn, xtahan sgt die punye sejuk 2

    smoge anak yuyu mmbesar mnjadi anak soleh..amin

    ReplyDelete
  5. comelnye..serius btl dia tgk ibu ayah dia hehe

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum yuyu, alhamdullilah. moment bersalin paling indah sebab dapat jumpa zuriat lepas tu. happy for you yuyu. semoga Habib Muhammad membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh ye.

    ReplyDelete
  7. Syukur...syukur..syukur...alhamdulillah..tahniah buat yuyu dan suami..

    ReplyDelete
  8. Comeynya..tahniah yuyu..at last...alhamdulillah..banyak mkn ikan haruan utk penyembuhan luka bedah yuyu...

    ReplyDelete
  9. Aminn. Suka bila tengok kak Yuyu happy dengan apa yg kak Yuyu ada sekarang. Alhamdullilah :)

    ReplyDelete
  10. Yuyu. Tq share story. Pengalaman yuyu macam lebih kurang je Dgn pengalaman Tim. Cuma Tim dah post date dan kene induce 2x je. Hehe. But end up dengan czer jugak. Sbb baby tiba2 lemas dalam perut. Alhamdulillah baby ok. Hehe yang pasal sejuk dalam dewan bedah tu..mmg temp kene sejuk utk elak pembiakan bakteria yuyu. And pasal haba panas tu kita pasang warm blanket ikut suhu badan supaya patient tak la sejuk sangat.

    Ok yuyu. Semoga tutu dan Habib sentiasa sihat. Jangan lupa tuam baby punya tuttt. Hehe. Elak angin pasang. Bye yuyu

    ReplyDelete
  11. Tahniah yuyu... Selamat tempohi confinementmoon... Hehhehe

    ReplyDelete
  12. Tahniah yuyu..comelnyer baby..;)

    ReplyDelete
  13. akak masa pecah air ketuban tu pun sempat pakai eyeliner sebelum.gi spital.cuma smpai jer spital check bukaan terus masuk LR & beranak jer.apapun tahniah yuyu.

    ReplyDelete
  14. yuyuuu... alhamdulillah, tahniah puan yuyu selamat melahirkan anak pertama :) Take care yuyu and baby... <3

    ReplyDelete
  15. wahhh, so handsome. moga jd anak yg soleh baby HM . ^^

    ReplyDelete
  16. Amin, insyaAllah.. tahniah yuyu.. comelnyeee...")

    ReplyDelete
  17. Ngilu nya kalau teriNgat proses bersalin..mcm mcm dugaan kan...yg penting anak ibu selamat na...Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  18. tahniah Yuyu.. alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar.. comel anak Yuyu.. semoga dia membesar dgn baik, menjadi anak yg soleh dunia dan akhirat insyaallah.. amin.. :)

    ReplyDelete
  19. Tahniaaahhhh Kak Yuyu. Comelnyaaa. Moga anak Kak Yuyu jadi yang soleh. Amin. :')

    ReplyDelete
  20. jgn cepat sgt mkn gamat. maybe after 2 weeks. citrus fruit, veggie and protein is good for healing. the wound need to be healed inside out not the other way round. do not lift anything heavier than your baby. do not compare yourself with other moms of what they can or not do during your confinement or beyond for that matter. remember that healing process differs and depends on individual. hair dryer can be used to dried up the tummy area after shower. careful with the temperature setting of the hair dryer. breastfeeding is fun with full support from hubby. last but not least motherhood (parenting) is not a competition but to do your best againts all the odds. enjoy...enjoy...syukur... moga Allah memberkati dan melimpahkan rahmatNya. sorry terover komen. - thrice c-sect in 6 yrs-

    ReplyDelete
  21. I'm so happy for kak yuyu sekeluarga, semoga kebahagiaan kekal hingga ke syurga,amin :)

    ReplyDelete
  22. Tahniah yuyu..dulu pun macam tak caye je anak tu duk dalam perut 9 bulan..kuasa Allah..nikmat sangat rasanya :)

    ReplyDelete
  23. tahniah..luke muhammad comel sangat :)

    ReplyDelete
  24. So cute! Congrats Yuyu & hubby. Welcome to the wonderful world of parenting :-)

    ReplyDelete
  25. tahniah kak yuyu.. seram sejuk anis bace cerita kak yuyu.. indahnya perasaan pertama kali jadi ibu kan.. :) comellnyee...

    ReplyDelete
  26. syukur alhamdulilah buat yuyu &suami.. Tahniah dengan kehadiran baby boy yang sangat comel... harap ekin dapat gak merasa jdi ummi.... :)

    ReplyDelete
  27. Alhamdulilah tahnuah Yuyu..bukan smua org dpt menikmati apa yg Yuyu alami mnjdi sbg seorg ibu

    ReplyDelete
  28. tahniah yuyu!
    selamat berpantang.
    moga sihat kedua dua ibu dan baby. :)

    ReplyDelete
  29. Congrats kak yuyu! Moga babyLM menjadi anak soleh dan penyejuk dimata, penawar dihati.

    :)

    ReplyDelete
  30. Tahniah yuyu...terharu baca...teringat masa lahirkan anak sulung dulu

    ReplyDelete
  31. Tahniah kak yuyu dan suami.. Smga Habib Muhammad menjadi anak yg soleh

    ReplyDelete
  32. tahniah kak yuyu.. comelnyaaa... semoga jadi anak yg soleh dan anak yang baik sejajar dengan namanya Luke Muhammad :) Amin...

    ReplyDelete
  33. Akak !! Tahniah !!!!!!! Comelnye baby !! :D

    ReplyDelete
  34. Tahniah yuyu...Alhamdulillah semua selamat.. cute sgt baby yuyu :D

    ReplyDelete
  35. Comel sangat habib. ALhamdulillah dah keluar dah habib. Comel sempurna ciptaan Allah swt. Kite pulak tak sabar + debar di dada menanti hadiah dari syurga.

    ReplyDelete
  36. Tahniah...
    Alhamdulillah comey sgt2 baby yuyu..eh...sama date dgn abg Aqil cuma abg Aqil dh setahun dh.Akak pon czer gak.xpe...nk wt mcm mn dh dia nk kuar kot situ

    ReplyDelete
  37. Subhanallah.. Comelnya baby #LM.. ^_^
    Tahniah Yuyu dah jadi ibu.. Semoga anak yang dilahirkan membesar menjadi anak yang soleh, berjasa kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara.. Amin.. ^_^
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  38. Tahniah kak yuyu. Moga habib tumbuh membesar menjadi yg Allah sayang dn ksh :)

    Btw, i want to know, b4 this, k.yuyu always pgil mummy n daddy. Skg da tukar jd ibu ayh. Sound like comel sy bile habib call u ibu. Knp k.yuyu tukar from mummy to ibu? Hee

    ReplyDelete
  39. Tahniah yuyu!!
    Anak yuyu sngt comel tau...

    ReplyDelete
  40. Masya'Allah cute baby adik..tahniah dan semoga ibu serta baby kekal sihat.hingga akhir hayat.tetapi harus hati-hati ye sebab banyak kes-kes jangkitan bacteria berlaku selepas c-section.I think its time ibu baru kena tambah sikit ilmu penjagaan dan rawatan yang sesuai untuk both of you.Sudikan pula visit my blog untuk artikel yang bermanfaat for women only.blog klinik keputihan - anda email Dr Salwa reply..Apapun saya silent reader blog yuyu ni..

    one more thing,sebagai ibu kena nasihat pada sesiapa yang ingin memuji baby WAJIB menyebut Masya'Allah "atas kehendak Allah"supaya baby tidak kena penyakit 'ain atau panahan mata syaitan sepertimana yang di sabdakan oleh Rasulullah saw dalam salah satu hadisnya.Perkara ini sahih mungkin ramai yang tidak berapa faham,boleh tanya ustaz atau ustazah ye..kesian baby nanti

    ReplyDelete
  41. Terharu saya membaca cerita yuyu bersalin dan bergelar seorang ibu! Tak sangka masa berlalu begitu cepat, masa saya baca cerita yuyu bertunang sampai sekarang. Harap anak yuyu jadi seorang yang berguna kelak

    ReplyDelete
  42. mcm nak nangila plak bace cite yuyu yg ni... Besarnya kuasa Allah....

    ReplyDelete
  43. arhghhhhhh... subbahanaAllah.. comelnya alahai...comeyyyyy sungguh geram..teringat kat Azriel masa baby.. huhuhu
    Tahniah Yuyu, sesungguhnya awak seorang ibu yang kuat. Tak sangka sekecil petit yuyu pun mampu lahirkan baby seberat 2.7++kg. Syukur Keduanya selamat dan doakan segala yang terbaik untuk Hero yuyu dan jugak yuyu.

    ReplyDelete
  44. tahniah yuyu...ensem boy...semoga jadi yang soleh boleh menjaga keluarga dunia & akhirat

    *teringat pulak masa bersalin thn lps rs mcm br semalamje tp feeling jd mama ni lain mcm kn yuyu...

    ReplyDelete
  45. Tahniah Yuyu & suami. Comel sgt baby :)

    ReplyDelete
  46. tahniah yuyu.. Alhamdulillah dah jadi seorang ibu..
    tak kisah la czer pon kan janji baby selamat...
    selamat berpantang... banyakkan makan ikan haruan yer utk penyembuhan luka tu..jgn lasak2..jangan banyak bergerak.. nanti luka gaping/terbuka..

    selamat menjadi ibu :) semoga habib menjadi anak yg soleh!

    ReplyDelete
  47. Alhamdulillah. Selamat datang syg. Membesar dengan baik ya. Jadi ank yg soleh. Kamu saham ibu dan ayah kamu. Love you habib ❤

    ReplyDelete
  48. tahniahhh yuyu..
    comeynye baby..
    slamt brpntang ye..
    xsbar nak tnggu s kecik dlm prut ni kluar pulak hihi ^_^

    ReplyDelete
  49. tahniah yuyu..ibu comel,dapat baby pom comel :)

    ReplyDelete
  50. alhamdulillah dan tahniah dapat baby boy yang comey n hensem...saya pun baru lepas deliver 30/9/14 pun baby boy...pengalaman bersalin ni mmg hal yang paling legend skali dlm hidup seorang wanita...sape yang pernah beranak je yang tau rasenye...Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  51. congratulations yuyu!
    welcome to motherhood

    ReplyDelete
  52. Alhamdulillah dan tahniah Yuyu...comelnya dia....

    ReplyDelete
  53. Akak yuyu ! tahniah yaa ^_^ . Comeyy sgt anak akak :) . Selamat mnempuh frasa baru dlm hdup yaa

    ReplyDelete
  54. happy for you yuyu. best kan jadi ibu. payah nk explain perasaan itu. tahniah yg tak terhingga:)

    ReplyDelete
  55. tahniah yuyu..xtau pulak bila yuyu kawen tup2 dh dpt anak...huhu pengalaman yg sgt berharga saat melahirkan hamba allah ke dunia

    ReplyDelete
  56. Tahniah yuyu dari kak Julia...memang perasaan jadi ibu menatap anak buat pertama kalinya takkan dilupakan sampai bila2....

    ReplyDelete
  57. tahniah yuyu..comel jer habib..mcm yuyu

    ReplyDelete
  58. tahniah yuyu..
    smga habib mohamad mnjadi anak soleh aamiin

    ReplyDelete
  59. yuyu bsalin kat hospital mne? =)

    comelnya baby habib.. Masha Allah...

    ReplyDelete
  60. woooowww..akhirnye beby da kua..tahniah yuyu...best moment jd mommy...~~

    ReplyDelete
  61. tahniah dik. .so cute n handsome ur baby.akak ni xde blog,saje suka2 baca blog org bile boring2,eheee ;)

    ReplyDelete
  62. Tahniah Yuyu. Didoakan anak Yuyu menjadi anak yang soleh dan pejuang agama ..Aminnn

    ReplyDelete
  63. terbayang masa bersalin anak yang sulu..nasib dah kat hosp :-)

    ReplyDelete
  64. nice blog..tahniah yuyu..comel baby semoga membesar dengan sihat.kalau sudi jom singgah blog saya http://lynnradzi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  65. Saat yang paling indah bagi seorang ibu..

    ReplyDelete
  66. subhanallah.. cantiknya anak yuyu.. sangat cantik.. moga membesar jadi anak yang soleh dan penyejuk hati ibu dan ayah.. amin...

    Terjah blog saya, jom! DAPATKAN INFO , TIP , PETUA MENGENAI KEHAMILAN DAN KESUBURAN DI SINI

    ReplyDelete
  67. yuyu...dah lama follow blog yuyu..tp kali ni br bc entry ni. thats mean habib lahir 10.10.14 kn? sama laa tarikh kita bsalin. :-)
    ank kita pun 10.10.14.

    happy belated birthday habib.

    ReplyDelete
  68. ASSALAMUALAIKUM SEMUA.. ANDA BOLEH DAPATKAN KHIDMAT URUTAN TRADISIONAL UTK WANITA SAHAJA DARIPADA SAYA DI KOTA BHARU KELANTAN, URUT SELURUH BADAN UTK HILANG LENGUH2 DAN TERSELIUH ATAU BOLEH JUGA URUT BERSALIN, BERTUNGKU DAN MANDI BUNGA SELEPAS BERSALIN.. HUBUNGI SAYA 0129213096 ..TERIMA KASIH ;)

    ReplyDelete
  69. wah bestnye..momen terindah dalam kehidupan seorang ibu

    ReplyDelete
  70. Salam perkenalan dari saya , Nini. Dari blog http://www.ninimuhammad.com
    Seronok dengar pengalaman ni. Ada ilmu yang boleh dipelajari.
    Jom singgah blog saya juga. Ada sedikit perkongsian berkaitan info dan tips.
    Klik link ni : http://www.ninimuhammad.com/search/label/ketahui%20perihal%20bengkak%20susu

    Salam kenal dari saya =)

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS