Assalamualaikum

Banyak dah kot yang tau yuyu buat monthly check-up di Poliklinik UKM, Bangi? alaa. macam wajib selfie dulu je kat Instagram ( @yuyuzulaikha ) setiap kali nak pergi check up. -.-'

tapi entry kali ni, yuyu nak share macam mana pengalaman yuyu masa awal-awal nak cari tempat paling sesuai untuk monthly antenatal check-up. benda ni nampak simple, kau pergi je la mana-mana pun, ada doktor juga, ada juga ultrasound scan. apa susah?

oh tidak sama sekali. tidak sama sekali! ini kali pertama aku mengandung, tapi bukan sebab batak ke apa, cuma perlukan yang terbaik untuk diri sendiri dan bakal baby tersayang. alololo. banyak faktor yuyu ambik kira. awal tu, kopak juga la poket. tskk.

yang penting sekali, pilih la yang terbaik.

yuyu ni spesis paling tak suka menunggu. kalau datang pukul 8, pukul 10 tak tentu boleh balik, itu adalah terima kasih saja lah. jadi, awal-awal minta kat suami sedia poket elok-elok. jadi, kami mula googled dan tanya mak-mak di facebook.

macam-macam jenis hospital/klinik kami pergi. start dari week 5 lagi. week 6 pergi hopsital lain pulak. week 7 try tempat lain lagi. sampai la memenuhi kriteria yang menyenangkan. bagi yuyu, penting untuk cari tempat yang sesuai dengan kita, lagi-lagi tempat yang doktor sesuai, selesa weh nak bercakap, nak nangis sedu sedan ke.

Nightmare
dah banyak survey ni, macam-macam ragam hospital yuyu hadap. ada satu hospital tu, doktor dia macam tak nak layan, alaa, kite tau la kite selekeh jewww masa teww. ada tempat yang mencekik darah ya Rabbi, padahal, biasa-biasa je check. kau mampu setiap kali check-up, kau kena bayar bil RM400. kalau takde hal bab ni, okay je la.

ada juga yang susah cari parking. jenuh laa, setiap kali datang, kena jalan 1km sebab kena park jauh kemahen. takpe la. takut terberanak masa tengah jalan nanti. -.-'

ada juga tempat yang "okay, hmm, ni baby awak, ni kantung, darah awak rendah, ambik ubat di kaunter, bye". Allah. rasa macam nak beremosi tepi tangga hospital kalau macam ni. lepas tu pap resit bil, dua-dua kami telan ayaq liuq.

Akhirnyaaa...

bermulalah journey yuyu, baby, dan Poliklinik UKM... gittew


bila dah nak beberapa bulan, baru jumpa Poliklinik UKM ni. Alhamdulillah jumpa juga. kami bersepakat pilih sini sebab paling mustahak, doktor dia amat amat amat amat amat amat (tak sudah-sudah) friendly. setakat yuyu pergi selama beberapa kali ni, doktor sana siap happy-happy nak scan baby.

setiap kali datang Poliklinik UKM, mesti ada saja tips dari doktor. kadang-kadang rasa macam nak saja share dengan dia semua nya. "doktorr, semalam cerita Dil To Pagal Hai tu banyak potong laa, hmm". kang ada juga layanan sebaliknya kangg.

bab bil pulak, bagi yuyu sangat reasonable. tak mahal pun, padahal layanan dia best yang amat. kalau ada cakap mahal, kite cepuk kangg. equipment yang digunakan pun canggih. jadi, tak terkejut la enkorang kalau tetiba entry lepas ni kite buat pasal video 4D baby tengah gerak-gerak. ihik :')

insyaAllahh. ini cuma introduction pasal tempat yang yuyu pilih untuk monthly check-up yakni Poliklinik UKM, Bangi. yuyu memang suggestkan tempat ni untuk antenatal check-up. please try sekali, insyaALLAH korang sanggup macam i'olls dari Selayang ke Bangi setiap bulan. sangguppp.

kalau nak, try buat appointment dengan sana, try waze pun cari Poliklinik UKM pun dah dapat dah, tak pun try call 03-89266331/2.

lepas ni, tunggu tauu, Diari Mengandung edisi lain pulak.

***

opp, lupa pulak nak cakap pasal entry lepas yuyu pasal peluang enkorang jadi Flight Attendant tu kan. Allah. sampai 500++ application tauu. sapa tak nak kan gaji masyuk, lepas tu setiap hari melancong pulak tu. tapi yang terlepas, please apply terus di www.mcpali.my

mana tauu, ada rezeki jadi pramugari/pramugara. nanti jangan lupa yuyu. huhu. kalau nak tau lebih lanjut, boleh whatsapp terus 0122294824 okay. pasal introducer di form tu, abaikan je kalau takde. :')

terima kasih sudi baca :)
SHARE 48 comments

Add your comment

  1. jaga kandungan ye kak yuyu comel :)

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak tengok baby yuyu nanti :') jaga kesihatan tu! byebye

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuyu lagi la tak sabar nak tengok baby yuyu. hehehe. doa yuyu dan baby semuanya okay. :)

      Delete
  3. batul tu... sepatutnya dr hilangkan stress patient.. nie ada yang menambah-nambahkan lagi stress.. hmmmm.. apepun, gud luck yuyu.. :) semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu laa. penting tauu cari yang selesa :) aminnn. doa supaya semuanya dipermudahkan.

      Delete
  4. Take k yuyu... Seronok baca tentang bakal mom ni...
    Insya Allah, moga saya pun dapat menikmati saat2 itu nanti..amin

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. selalu checkup dgn dr fadzilah ye..bestkan dr tu..ramah sangattt..nak tanya mcm2 pun kita selesa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr paling best dalam duniaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! :D

      Delete
  6. ina pun baru lepas bukak buku... tapi sangkut tang berat pulak. aduhai,,, apa2 pun baby ok.. alhamdulillah

    kak yuyu jaga diri elok2 taw... kandungan dah sarat jgn banyak sgt bergerak... banyakkan berehat yer... :)

    ReplyDelete
  7. take cara yer yuyu...comel sangat tgk yuyu pregnant.semoga semua akan berjalan dengan lancar...inshaaALlah...:-)

    ReplyDelete
  8. same lah tempat checkup kite..

    ReplyDelete
  9. cepatnya.. dah besar dh yuyu peknan. smoga lancar inshaAllah.. selamat hari raya ^^

    ReplyDelete
  10. Yuyu g check up hujung mgu ke ari biasa? Lama mana tgu turn tu? Akk pening x tau nk check up mana. Malas nk tgu lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuyu selalu weekday, sebab kat sana Rabu, Khamis & Jumaat je kalau untuk antenatal checkup :)

      Delete
  11. part menunggu rsnye xde masalah , jnji doc yg ce tu bertauliah .. lg2 ms 1st kndgan ada masalah .. so bile ngndg kali ke 2 , doc pakar kt HKL yg akan cek .. every month scan ..
    anak ke 2 cek kt klinik kerajaan je.. pi ptg, sure cpt .. kalau pi pagi .. berjangut le nk tunggu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu. yuyu selalu pergi, sampai janggut pun dah malam tumbuh dah ^^

      Delete
  12. tahniah yuyu :) ..take care. memang bila tgah pregnant nie kita malas tunggu..penat, kang duduk je berjam2..lenguh abis pinggang suma.

    ReplyDelete
  13. yuyu duduk di selayang ye...julia pun duduk di selayang...mana tahu ada rezeki boleh jumpa...as sama2 mommy blogger kan, bagus yuyu, at least puas hat dah round satu kl cari perkhidmatan yang terbaik kan utk baby, sama je jln cerita kita, tp julia lahirkan QI di Pusrawi...suka doktor yg anggap kita ni sembang tentang pendidikan baby mcm anak sendiri...take care yuyu...assalam wbt

    ReplyDelete
  14. yuyu... trust your motherhood instinct. kalu ada tergerak hati nak tanya doc... tanya saje. a good doc akan cuba menjawab kemusykilan kita. walaupun soalan cam bodoh pun takpe.

    ReplyDelete
  15. Yuyu just nak tanya, Yuyu ada buat cord blood bank untuk baby tak? Simpan darah tali pusat. Bagus. Boleh guna sampai tua incase ada penyakit berkaitan darah etc (Mintak jauh lah). My SIL ada buat & dia bersalin kat PPUKM & doc kat situ boleh uruskan pasal stemcell tu. Kalau swasta anytime tapi kalau gov/half swasta some hospital je. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/517-darah-tali-pusat.html Google la. Boleh bayar installment bulan2 jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuyu ada survey tempat untuk buat cord blood bank. ada yang kena bayar RM5k. macam, hmm, okayyy.. baru ni je baru tau yang gov ada buat juga. teringin nak simpan. bagus untuk anak kan :)

      Delete
  16. Terima kasih atas maklumat.. Sy pun mmg tgh cari tpt yg sesuai utk antenatal check up.. X sanggup nk tunggu lama2 kat KK... Insyaallah esok sy pi poliklinik ukm ni.. Dkt je dgn rumah... Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. itu lah sebenarnya yuyu fikir juga. tak suka tunggu lama. :(

      Delete
  17. sy prnah tggu pkol 8 dan pkol 1 baru dpt jumpe doktor...sedey! tu y prtame dan terakhir...good bye klinik tu...kite da la bawak perot...mak ai lame kemain lagi tau!

    ReplyDelete
  18. Fi hifzillah, yuyu dan baby... Moga selamat semuanya nanti ya :-)

    ReplyDelete
  19. Info yang bagus.. Semoga semuanya selamat ok.. =)

    Mohon view, comment dan follow blog saya.. terima kasih semua :D

    http://kentakikaulaki.blogspot.com/

    ReplyDelete
  20. laaa dik. . dok selayang kaa.selayang mana?kami pon dok selayang gak.mana laa taw trserempak leh laa brtegur sapa kan :)

    ReplyDelete
  21. wahhh comel nya nur harap di permudahkan perjalanan untuk menjadi seorang ibu :)

    ReplyDelete
  22. bila la eden nak ado bini ni

    tak sabo la pulak...

    ReplyDelete
  23. Semakin ramai telah mendaftar , masa makan duit masuk , masa jalan-jalan duit masuk , masa tidur pun duit tetap masuk. Duit masuk 24jam tak henti-henti. Daftarlah sekarang !

    sesuai untuk :
    # pelajar IPT. Sebab apa ?. saya juga pernah menjadi seorang student IPT. Duit PTPTN memang tak cukup. Kita sebagai student juga mempunya keinginan untuk berbelanja . BETUL ATAU TIDAK ?
    # peniaga kedai runcit(TAK PERLU CHARGE RM 0.50 KEPADA PELANGGAN SEBAB DARI TOPUP YANG ANDA RELOADKAN KEPADA PELANGGAN ANDA SUDAH DIBERI KOMISYEN) disini anda mungkin mempunyai kelebihan. sebab apa ?. dari apa yang saya perhati dan telah saya survey. kebanyakkan penjual topup dari kedai2 runcit mengenakan charge tambahan 0.40/0.50 dan sebagainya kepada setiap pelanggan yang membeli topup sedangkan anda tidak.
    # penjawat sektor kerajaan dan swasta yang menginginkan income tambahan
    # penganggur terhormat yang tidak mempunyai sebarang income/pendapatan

    MEMPERKENALKAN !!!
    Part Time Bisnes (Topup) - Pakej Agen..

    Pakej Agen Topup Paling GEMPAK..
    Yuran Terendah, Profit @ Keuntungan Tertinggi Di Pasaran..
    YURAN PAKEJ

    AGENT (RM30.00)
    Produk Yang Disediakan :-
    * Maxis
    * Digi
    * Celcom
    * Umobile
    * Tunetalk
    * Xox
    * Merchantrade
    * Digissocial
    * Digisidd
    * Digibroadband
    * Molpin
    * Tron
    * Italk
    * Cib-Mall Pin
    * A-Cash Pin
    * Mcoins Pin
    * Njoi Flexi
    * Celcom Bill
    * Maxis Bill
    * Digi Bill
    * Umobile Bill

    Utility Bill :-
    * Telekom Bill
    * Astro Bill
    * Syabas Bill
    * Tnb Bill
    * Water Bill (Johor, Kelantan, Kuching, Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Sibu)
    * Electricity Bill (Sabah & Sarawak)
    * Indah Water Bill
    * Unifi Bill
    * Sada Bill

    UNTUK INFO LANJUT BOLEH SMS/WECHAT/WHATSAPP 0177259260 24 JAM. PANGGILAN TELEFON TIDAK DI GALAKKAN KERANA TERIKAT DENGAN KERJA

    ReplyDelete
  24. salam Yuyu...
    kita sama pregnant anak pertama. rasanya jarak pun tak jauh. sekarang saya baru nak masuk 30weeks.. semoga dipermudahkan untuk kita... Ameen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut perkiraan, yes, macam lebih kurang je!

      Delete
  25. thanks for sharing yuyu.boleh jadi rujukan saya in the future,,,

    ReplyDelete
  26. yuyu,tumpang tanye..sekali checkup rate die berapa rm?

    ReplyDelete
  27. yuyu,tumpang tanye..sekali checkup rate die berapa rm?

    ReplyDelete
  28. Salam wbt sis.Nak tanya,doc yg checkup perut kat poliklinik ukm tu doc lelaki/perempuan ye?Tq=)

    ReplyDelete
  29. salam yuyu..semangat google klinik best kt bangi utk monthly antenatal checkup..klu yuyu xkesah, bole share nma doc..? and yuyu deliver baby dkt mn..?

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. Yuyu nak tanya.. berapa kos yuyu masa g checkup tu yer..

    ReplyDelete
  33. Nak tanya yuyu kos checkup tu berapa ye yuyu..

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS