Saya Sebuah Aqua Blue

Thursday, August 28, 2014

Assalamualaikum

hai, kite lah Yuyu Zulaikha yang suka tinggal belog berkepam lelame tewww. -.-'


entah la korang, sekarang ni, yuyu lebih laqha dengan kehidupan sibuk sebagai bakal mak mak dan bini orang. padahal, banyak wey benda nak share dengan enkorang semua. cuma selalu cari masa dan tenaga je nak taip entry panjang-panjang.

ni tengah seronok lain macam nak buat entry baru. bukan sebab idea banyak, tapi sebab tak sabar nak blogging guna "Aqus Blue" yuyu. ihik. kite ada "Aqua Blue" baru. siap bau kedai lagi tauu.


HP Pavilion Notebook 15 yaw! untuk kami laki bini buat kerja dan mengutip hiburan. huhu. 


benda-benda macam ni, memang kena cari yang betul-betul sesuai dengan lifestyle kita. setakat beli untuk tayang kat orang, tak best la, orang lain boleh beli lagi lagi hebat. tapi kalau beli yang betul-betul sesuai dengan keperluan kita, memang lepas tu kita dapat guna dengan banyak la. pulang balik modal nanti,

bagi yuyu dan suami pulak, HP Pavilion Notebook 15 memang sesuai dengan lifestyle kitorang. dia berbisnes & buat recording lagu, yuyu pulak kerja dari rumah je kan, kadang-kadang jumpa client kat luar, memang patut la ada notebook sebijik.

sempat okay nak buat kerja kat cafe. hehe


ni baru tengok suami meniarap, tak tengok lagi yuyu meniarap, melintang, membujur.


lagi lagi macam notebook ni. lawa baq hang. biruuuu je. rasa tenang nak buat kerja. selalu kalau notebook, mesti atas je berkaler, ini tak, atas, tepi bawa, siap dalam pun kaler biru okay. tak sabar nak tayang kat enkorang. huhu.


selain kaler biru yuyu tu, ada je Natural Silver, Snow White, & Vibrant Red. boleh pilih ikut kesukaan masing-masing. tapi yuyu asyik tengok Aqua Blue je dari awal. hmm



latest version. Microsoft 8. semuanya dipenuhi dengan ciri-ciri terkini Baby Blue i'olls ni. 1TB pulak tu, senang keje suami nak buat recording. banyak sangat storage dia. 


speaker BeatsAudio wehh! tau la macam mana sedap tak sedap sound dia. ini adalah ultimate fav suami untuk HP Pavilion ni. kalau tak, bertangguh-tangguh suami buat recording, tak semangat dengar sound. 


best kalau beli dari notebook ke, pc ke dari HP ni. harga dia memang affordable yet reasonable. bayangkan lah Baby Blue yuyu tu pun baru RM1,999 je. terbeliak bijik mata! siap ada 30 Minutes Express Repair untuk kerosakan notebook kita nanti. bagus la. takde la berjanggut tunggu seminggu macam selalu.

selain HP Pavilion Notebook 15&14, ada juga HP Pavilion x360 yang siap boleh lipat jadi tablet, Allahhh! ada juga HP ENVY 15 Notebook PC yang ultimate canggih untuk korang pilih. semua dilaunchkan pada tarikh yang sama. 

mana tauu, lepas ni termakan ayat-ayat ohemjay yuyu, lalu teringin beli untuk memenuhi keperluan korang, please check sini tau : http://bit.ly/hpkupukupu


dah pernah tengok TVC HP ni?


terima kasih sudi baca :)

Diari Mengandung : Alahan.

Tuesday, August 19, 2014

Assalamualaikum

sebelum pregnant dulu, yuyu selalu tengok ragam mak-mak mengandung. ada yang watlek je pergi kerja, balik, kemas rumah pulak. ada pulak yang jenis jenuh dulu muka kemain make up lawa, bila mengandung, seram sejuk nak tegur pun. ada juga yang sembang sikit, muntah yang banyak.

serius tak faham macam mana semua benda ni boleh berlaku. tahyul kurafat bidaah dhalaah betul!

tapi tu dulu la. bila diri sendiri yang pregnant, agak-agak yuyu dalam spesis mana? hmm. yes. yang spesis seram sejuk tu. nangis tengok macam bukan diri sendiri dah.

sebelum pregnant, yuyu memang jenis yang sangat aktif. bayangkan lah dulu-dulu mampu lepas stay up semalaman, pergi exam, lepas tu terus pergi event. balik tu, baru rehat. kadang, setiap hari lepak di Mid Valley. alaa, port remaja melaqhakan diri. jumpa kawan, minum-minum, tengok wayang, blah balik.

memasak adalah hobi. ada masa terluang, yuyu suka masak, baru-baru kahwin pun, tengah sweet-sweet dengan suami, terus ajak suami memasak. nasi goreng pun kalau boleh nak buat ala-ala makan kat hotel. mengada wehh. 

ada masa lagi, suka baca buku. berbuku-buku yuyu habiskan. dengan harapan, dapat la jadi cendiakawan sikit. tak boleh berjasa kat negara, boleh kat Facebook pun jadi le. ehem. tapi tu semua sebelum pregnant...

nahh, lepas pregnant je, masuk 6minggu...

bau minyak/masakan
masa tu baru balik dari Langkawi, masuk je rumah mertua, dah loya tekak bau mertua tengah masak. Allah. start 6minggu, nak makan apa-apa yang berminyak dah tak boleh, tengok minyak pun dah kembang tekak. macam mana nak masak? ya Allah. masa tu rasa macam hilang dah nikmat masak.

start dari pregnant 6minggu tu, kesian suami. selalu pagi-pagi dapat masak untuk dia, tapi la ni, dia kena beli sendiri kat luaq. hmm. dah la baru kawen. cuma bila dah masuk 7bulan ni, kadang-kadang ada energy lebih sikit, jadi, masa tu, pulun masak baq hang! amik hati suami balik.

makanan
kalau dah benda berminyak tak boleh hadap, agak-agak macam mana nak makan ayam goreng, kari, masak kurma, apa semua tu? memang tak boleh la jawab dia. jadi selama awal pregnancy, yuyu boleh makan buah, roti, salad saja. yang lain kalau tengok memang meremang.

apa lagi ayam. dengar nama ayam pun dah macam dengar nama berpuaka. la ni je baru boleh hadap ayam sikit. tu pun, kadang-kadang. makanan berminyak, pun kadang-kadang boleh. sup is no no. big NO! 

buah saja peneman tekak tika duka dan lara sekarang. kalau tak buah salak, mesti manggis, tak pun limau, rambutan, tembikai, atau pelam. sangat buah-buahan tempatan tauu. benda bercheese, pleaseeeeee bagi banyak pun takpa. makan ja, baby tendang-tendang lagi eksaited dari mummy dia. :')

bau suami
masa baru-baru sweet kawen, kemahen suka bau suami. bau syurga konon-konon. kalau boleh, nak dekat dengan suami sepanjang masa. sebab, suami bau macam baby. huhu. geleman korang baca nanti. tapi dah masuk beberapa minggu pregnant, mula rasa suami macam busuk. apeke baceng betol laki aku ni. 

pendam je dalam hati sensorang. kalau bagitau, ada pulak yang touching. takpelah, kite pendam. tapi sampai satu tahap, selalu pulak bagitau suami, dia ni busuk. selalu tanya "dah mandi belom?" "jauh-jauh sikit, tak suka, busuukkkkk".

pedih ulu hati dia dengar ayat-ayat tu. nak cakap dia betul-betul busuk, padahal sebelum ni, wangi pulak bau. hmm. tengok la lepas bersalin ni, busuk lagi tak. (muhahahahahahaha)


***
zaman pusat graviti badan masih okay laa. sekarangggg... hmm


ni benda alahan yuyu time mengandung ni. la ni dah 31minggu. Alhamdulillah la banyak juga dah kurang. tskk. baru nak kurang, padahai orang lain, lepas 3bulan dah hilang alah dah. takpa la nak buat macam mana, takdak rezeki nak enjoy sangat time mengandung ni.

hari tu, masa mertua bagitau, dia punya alah masa mengandung, teruk ya Rabbi sampai bersalin, nahhh, dengaq dalam hati, puaihh, mak yuyu pun jenis yang sama, alah teruk sampai bersalin. possibility untuk alah teruk sampai bersalin tu mesti tinggi. 

apa pun syukur, kalau orang tengok yuyu, mesti kata, hawat pucat sangat, tapi Alhadmulillah, baby dalam perut kemain aktif, doktor pun kata tumbesaran dia sempurna. Alhamdulillah sekali lagi, tu ja nak dengaq. yuyu teruk takpa. korban sikit kan. 

korang tak yah la baca saja, doa sekali untuk yuyu dan baby. tau.

terima kasih sudi baca :) 

Diari Mengandung : Pemilihan Tempat Untuk Antenatal Check Up

Monday, August 11, 2014

Assalamualaikum

Banyak dah kot yang tau yuyu buat monthly check-up di Poliklinik UKM, Bangi? alaa. macam wajib selfie dulu je kat Instagram ( @yuyuzulaikha ) setiap kali nak pergi check up. -.-'

tapi entry kali ni, yuyu nak share macam mana pengalaman yuyu masa awal-awal nak cari tempat paling sesuai untuk monthly antenatal check-up. benda ni nampak simple, kau pergi je la mana-mana pun, ada doktor juga, ada juga ultrasound scan. apa susah?

oh tidak sama sekali. tidak sama sekali! ini kali pertama aku mengandung, tapi bukan sebab batak ke apa, cuma perlukan yang terbaik untuk diri sendiri dan bakal baby tersayang. alololo. banyak faktor yuyu ambik kira. awal tu, kopak juga la poket. tskk.

yang penting sekali, pilih la yang terbaik.

yuyu ni spesis paling tak suka menunggu. kalau datang pukul 8, pukul 10 tak tentu boleh balik, itu adalah terima kasih saja lah. jadi, awal-awal minta kat suami sedia poket elok-elok. jadi, kami mula googled dan tanya mak-mak di facebook.

macam-macam jenis hospital/klinik kami pergi. start dari week 5 lagi. week 6 pergi hopsital lain pulak. week 7 try tempat lain lagi. sampai la memenuhi kriteria yang menyenangkan. bagi yuyu, penting untuk cari tempat yang sesuai dengan kita, lagi-lagi tempat yang doktor sesuai, selesa weh nak bercakap, nak nangis sedu sedan ke.

Nightmare
dah banyak survey ni, macam-macam ragam hospital yuyu hadap. ada satu hospital tu, doktor dia macam tak nak layan, alaa, kite tau la kite selekeh jewww masa teww. ada tempat yang mencekik darah ya Rabbi, padahal, biasa-biasa je check. kau mampu setiap kali check-up, kau kena bayar bil RM400. kalau takde hal bab ni, okay je la.

ada juga yang susah cari parking. jenuh laa, setiap kali datang, kena jalan 1km sebab kena park jauh kemahen. takpe la. takut terberanak masa tengah jalan nanti. -.-'

ada juga tempat yang "okay, hmm, ni baby awak, ni kantung, darah awak rendah, ambik ubat di kaunter, bye". Allah. rasa macam nak beremosi tepi tangga hospital kalau macam ni. lepas tu pap resit bil, dua-dua kami telan ayaq liuq.

Akhirnyaaa...

bermulalah journey yuyu, baby, dan Poliklinik UKM... gittew


bila dah nak beberapa bulan, baru jumpa Poliklinik UKM ni. Alhamdulillah jumpa juga. kami bersepakat pilih sini sebab paling mustahak, doktor dia amat amat amat amat amat amat (tak sudah-sudah) friendly. setakat yuyu pergi selama beberapa kali ni, doktor sana siap happy-happy nak scan baby.

setiap kali datang Poliklinik UKM, mesti ada saja tips dari doktor. kadang-kadang rasa macam nak saja share dengan dia semua nya. "doktorr, semalam cerita Dil To Pagal Hai tu banyak potong laa, hmm". kang ada juga layanan sebaliknya kangg.

bab bil pulak, bagi yuyu sangat reasonable. tak mahal pun, padahal layanan dia best yang amat. kalau ada cakap mahal, kite cepuk kangg. equipment yang digunakan pun canggih. jadi, tak terkejut la enkorang kalau tetiba entry lepas ni kite buat pasal video 4D baby tengah gerak-gerak. ihik :')

insyaAllahh. ini cuma introduction pasal tempat yang yuyu pilih untuk monthly check-up yakni Poliklinik UKM, Bangi. yuyu memang suggestkan tempat ni untuk antenatal check-up. please try sekali, insyaALLAH korang sanggup macam i'olls dari Selayang ke Bangi setiap bulan. sangguppp.

kalau nak, try buat appointment dengan sana, try waze pun cari Poliklinik UKM pun dah dapat dah, tak pun try call 03-89266331/2.

lepas ni, tunggu tauu, Diari Mengandung edisi lain pulak.

***

opp, lupa pulak nak cakap pasal entry lepas yuyu pasal peluang enkorang jadi Flight Attendant tu kan. Allah. sampai 500++ application tauu. sapa tak nak kan gaji masyuk, lepas tu setiap hari melancong pulak tu. tapi yang terlepas, please apply terus di www.mcpali.my

mana tauu, ada rezeki jadi pramugari/pramugara. nanti jangan lupa yuyu. huhu. kalau nak tau lebih lanjut, boleh whatsapp terus 0122294824 okay. pasal introducer di form tu, abaikan je kalau takde. :')

terima kasih sudi baca :)

Peluang Menjadi Flight Attendant (FA)

Tuesday, August 5, 2014

Assalamualaikum

pernah tak bagitau satu kelas masa sekolah dulu cita-cita besar nanti nak jadi pilot, tak pun nak jadi pramugari/pramugara? Allah. yuyu pernah tau. besar nau cita-cita tu, lepas tu, kalau dah setiap kali perhimpunan, yuyu lah paling depan di barisan, kau ingat mampu ke jadi pramugari?

-.-' nangis sedu sedan sorang-sorang. 

itu cita-cita terkubur sebab tak cukup tinggi punya cerita. ada juga yang terkubur tak tahu macam mana nak apply, ada juga yang terkubur sebab tak keluar keluar pun iklan kat TV job vacancy jadi pramugari/pramugara.
sekarang tak tapah dah sedu-sedan sensorang konon-konon cita-cita dah terkubur layu, kalau ada empat (4) kriteria ni, please laju-laju register sekarang di www.mcpali.my:
1) wajah dan penampilan menarik
2) lancar Bahasa Inggeris
3) minima SPM
4) tidak kurang 18 dan tidak lebih 35tahun.

habis sangat kalau nak tahu lebih, please whatsapp je 0122294824 ! cepat tauu, sebab limited ni benda-benda macam ni. tak nak ke kerja jadi Flight Attendant (FA)? selalu travel sana sini. kerja atas awan okay. 

good luck semua. sebelum apply, jangan lupa baca Basmallah. jangan lupa sebar pada orang lain juga.

terima kasih sudi baca :)

Peluang Kerjaya Sebagai Pramugari/Pramugara.

Friday, August 1, 2014

Assalamualaikum

ehh, kejapp, ada yang terlepas ya pasal interview untuk jadi Flight Attendant (FA) ? alaa, jangan la terlepas, rugi kot, gaji masyuk, kerja best siap boleh selalu melancong sana-sini, kerja pulak atas awak. hoi, sapa la tak nak kann.

jangan la terlepas, bukan susah mana pun, asal ada empat kriteria ni :



kalau rasa, (1) berpenampilan menarik (2) bagus dalam berbahasa Inggeris (3) umur 18-35tahun (4) ada at least SPM, please please, sambunglah cita-cita yuyu yang tergendala akibat kurang tinggi ni, please darftar di www.mcpali.my.

apa-apa terus call/whatsapp 0122294824 ya.

Good Luck. ini sangat terhad. jangan lepaskan peluang tau.

terima kasih sudi baca :)
CopyRight © | Theme Designed By Hello Manhattan