Assalamualaikum ♥
setiap manusia di muka bumi ni, mesti ada paling kurang satu denim seorang. *hmm, hampir kot, tokwan yuyu takde pun*. sebab denim ni, ciptaan manusia paling selesa di bima sakti. boleh jadi fesyen paling ringkas, boleh juga jadi fesyen paling kontroversi. homai.
yuyu mula minat denim dari sekolah menengah lagi. paling simple, Jeans + T-Shirt Rumah Biru sukan sekolah. habis style dah bawa keliling satu pekan. bila dah ada duit sendiri, berjenis denim yuyu kumpul. dari jeans, denim shirt, handbag sampailah heels yang boleh di mix&match mengikut pelbagai kesesuaian masa.
nampak macam style kan :)
jadi, entry kali ni, yuyu nak share cara yuyu mix&match denim. GUESS Denim adalah kesukaan! kalau korang pernah ada walau satu pun koleksi denim dari GUESS, pastilah korang tahu betapa korang akan jadi peminat setia denim GUESS seumur hidup korang. kan kan? sapa geng?
antara koleksi denim GUESS yang yuyu akan jadikan tips Mix&Match kali ni adalah Petite Brittney-Boot dan Fitted Denim Shirt. dua jenis denim ni, mampu untuk dipakai tiga (3) occasions dan lebih baq hang.
***
okay. sekarang kita mula tips-tips kita. tadaa..
1) A romantic dinner occasion.
bagi yuyu, untuk sesuatu yang romantik, penting untuk tonjolkan watak feminim, dan dalam masa yang sama padankan dengan sesuatu yang lebih rilek supaya kita lebih selesa. pilihan denim yuyu untuk Romantic Dinner, adalah GUESS Fitted Denim Shirt.
dengan button dari atas hingga ke bawah dia, buat kita selesa untuk pakai dengan pelbagai gaya. boleh unbutton, boleh buttonkan habis. kita mak buyong 6bulan ni, button setengah je, kang tersepit anak kat perut i'olls ni. ihik.


GUESS Petite Brittney-Boot paling best. selain detail yang simple boleh padan dengan macam-macam cara, denim yang stretchable dia buat yuyu oh-mai-selesa-nya-pakai-walaupun-dah-6bulan-pregnant. 5bintang untuk point ni.

simple kan?
suami kata, dia suka yuyu pakai cenggini. aloo. malu la cenggini.
tona pudar yang takkan pudar dimakan zaman.
Denim ni best sebab ada touch of faded color, detail dia pulak yang sangat tidak b.o.r.i.n.g...bila digayakan dengan pastel skirt, homai, macam tak sabar nak candlelit dinner dengan suami!
2) Music Festival / Concert
semestinya kena padankan dengan sesuatu yang lebih santai, simple tapi tetap tampak diri menarik. paling ringkas, please, jeans dengan long-sleeve shirt pun dah cukup okay. sebab apa? sebab walaupun simple, tapi tetap menarik, tak nak la pakai sarat, ends up dengan rasa rimas. erghh.
yuyu suka boot-cut jeans, sebab nampak lebih sopan dan tak nampak macam yuyu underweight. pftt. tips naik berat badan please korang!
GUESS Petite Brittney-Boot paling best. selain detail yang simple boleh padan dengan macam-macam cara, denim yang stretchable dia buat yuyu oh-mai-selesa-nya-pakai-walaupun-dah-6bulan-pregnant. 5bintang untuk point ni.
3) A night out party with le' friends
macam mana kalau yuyu try mix dua denim tadi? Fitted Shirt + Jeans. nampak macam satu gelap, satu cerah kan? macam tak kena je, tapi, try matchkan dengan shawl yang berbunga, dan tona gelap sikit, lebih kurang warna GUESS Petite Brittney-Boot yuyu tu?
yuyu suka cara macam ni, nampak sangat "Yuyu" di situ. rilek, ringkas.
simple detail buatkan yuyu rasa macam inilah perfect jeans idaman yuyu. aloo. sweet ♥
boot-cut, cute pocket, faded color. mesti korang pun suka kan.
percaya dengan kualiti denim Guess. the best! simple. less is more. kan :)
***
nampak kan kuasa denim. walaupun dua helai tu saja, kita boleh pelbagaikan dengan macam-macam gaya. simple tapi tetap ada daya tarikan dia. ingat dulu masa first time ada jeans, sampai tak basuh tiga bulan kau. sebab apa, hari ni pakai dengan peplum, esok pakai dengan t-shirt, lusa pakai dengan bat-wing dress.
kalau enkorang semua termakan dengan tips ni lalu terbeli pula denim Guess digempar gempurkan kebestannya itu, jangan le lupa hashtag #GUESSMalaysia #LLOVEGUESS #EhMalaysia . ihik ^^
terima kasih sudi baca :)
tq share kak yuyu! Pandainya matching.. xD
ReplyDeletekalau benda simple, best lah nak mix&match :)
Deletecomeiiiiiiiiiiiiiiiiii ! pastu simpleeeee lak tu kan :D
ReplyDeletealahai.. comel betul kak yuyu.. cute mummy to be.. ;)
ReplyDeleteNice sharing kak yuyu. K.yuyu pakai denim nampak comel je.
ReplyDeleteComel!
ReplyDeleteStyle jgk macam nie...thanks yuyu =)
ReplyDeleteCantik lah :)
ReplyDeletesaya tak pernah ada jeans! hehhe. anyway, u look gorgeous in every style! comeelll :)
ReplyDeletekena ada selai juga ni. try beli GUESS punya, mesti nak beli lagi banyak ^^
Deletekak yuyu, da besar perut, xmoh pakai kasut tinggi2... bhaye...take care aneway...pandai match kan!
ReplyDeleteheheh. pakai untuk bergambar je la. thanks untuk nasihat sayang <3
Deletecantiknya kasut bunga2 tu....eh, tetiba plak...padahal entry pasal denim..hee
ReplyDeleteYuyu comel sangat bila berfesyen.. saya ni pun sukar dapat pakain yang sesuai sebab saya tinggi sangat sangat 190cm . Huhuhu
ReplyDeleteYuyu comel sangat bila berfesyen. Walaupun saya tinggi galah 189cm saya suka baca blig yuyu. Bolehkan walaupun yuyu fokuskan pada zob kuit kyit
ReplyDeletepndai yuyu mix match..hihi suka sngt, tip yg brguna..:)
ReplyDeletenice tips yuyu.. pakai denim nih personaliti pon tampak lebih berbeza..:)
ReplyDeletecomelnya..tak nampak pun mcm preggy 6 month..
ReplyDeleteakak tetap cute + comel + gorgeous. Nt baby pun kiut miut.. hahaha
ReplyDeleteuntung mr husband..
akk singgah la blog kitew kalu tak keberatan..
http://miss-fatyn.blogspot.com/2014/07/bb-doll-cream-de-fasya-hot.html
i love denim too. <333
ReplyDeleteespecially jacket, tapi tak ada peluang nak beli lagi.
bestnya yuyu preggy x nampak mcm preggy pun..huhu
ReplyDeletecntik la nampakk ayu jeee
ReplyDeleteakak comel nye....kecik je...saya pon lbh kurang akak tp saya berisi sikit...huhuhu...
ReplyDeletet rajin2 akak singgah la blog saya ye n komen n folo n ape2 la yg patut....
lensamerah.blogspot.com.my enjoy reading..
kalau untuk photoshoot okeylah heels/wedges...tp untuk jalan bagi wanita mengandung...jgn na..:)...sayangi diri dan bayi dlm kandungan(siapa tak syg ank kan)..:)
ReplyDeleteYuyu comel sangat..x per nanti berat naik la coz akak pun mcm yuyu skrg dah beranak 3 dah naik kg hehe..
ReplyDeleteAllah.. comelnya kak yuyu. teringat kawan saya. comel macam akak. saya blogger baru, tengah teroka tips tips jadi blogger berjaya macam akak. hihi. ^^. Take care kak yuyu.
ReplyDeletesweet2 je yuyu matching2 kan denim.good job!
ReplyDeletekalau sembang dengan otai-otai jeans ni depa cakap biar pakai levis golok, asalkan levis..haha
ReplyDeletehuhu. try dulu beli satu denim GUESS, mesti nak buat stock sethaun punya :p
DeleteDah Undi Yuyu.. Good LUck.. :)
ReplyDelete