Majlis Resepsi Yuyu Zulaikha | Entry Bergambar

by Yuyu Zulaikha, 5:20:00 PM
Assalamualaikum

entry nikah dah. entry sanding la pulak kann. benda yang paling teringat masa majlis bersanding, adalah "senyum-ketaq-habis-bibiq". yuyu selalu dah posing depan camera, untuk magazine, untuk talkshow, untuk tv program, tapi untuk kamera kali ni, lain. lain gila. 

berterabor air mata dalam hati. T_T

majlis resepsi diadakan sehari selepas majlis nikah. maksudnya 14/12/2013. yang yuyu tahu, lepas akad nikah tu, preparation untuk resepsi esok mesti dibuat dengan terbaik. ini melibatkan ramai hati tetamu. konon-konon lepas akad nikah nak terus tidur, adalah impian sia-sia, akhirnya hampir pukul dua juga aku tidoq. fine!

esok bangun pagi, eye-bag setengah kilo. fine kuasa dua! nak buat macam mana. mintak la mak andam fokus lebih bahagian mata.

hantaran kami tujuh berbalas sembilan. untuk entry hantaran, nanti kita buat ye :')

ini lah kalau dengan The Puteh Production, pagi-pagi datang susun cecantik gambar-gambar pre-wedding santapan mata para tetamu. bagus kemahen dorang ni. 

Service kak Farah buat  Quilled Wedding Guestbook bagi banyak makna buat kami, banyak ucapan best best dari tetamu. hmm. kesat mana dengan veil la macam ni. T_T


goodie bag untuk tetamu dengan tema pastel. tempah 1800pcs, sampai tepat pada masanya. memang bagus kerja kerja Efkay Creation. dah tu buat apa yang kita nak siap dorang suggest idea bernas. nanti kalau ada apa apa majlis, contact la Efkay Creation. janji?


macam biasa, pagi pagi lagi sedara mara, orang kampung, jiran sebelah semua datang rumah untuk gotong-royong. family yuyu masih mengekalkan tradisi gotong-royong, sebab kami ni orang kampung tepu kan. syukur gila ya ALLAH. bayangkan berapa silaturrahim dah diperpanjangkan? cool

tapi, bila anak dara, lagi-lagi pengantin bangun pukul 10pagi, tak cool sangat la bro. tapi apa boleh buat, pukul 2 baru dia tidoq. bangun-bangun ja, mak dah kelam kabut, suruh make up. rilek mak, baru pukul 10 kot, sanding sanding tangkap gambaq semua lepas Zohor. watlek sudahhhhh.

tapi tak, mak tetap memaksa zahir batin yang lemah ini untuk bersiap juga. ya ALLAH. sumpah mak bukan wedding planner paling cool! detik hati ini.

lepas tu bestfriend, Ieqah, mula suruh make up apa semua, mak andam yang ingat nak bersolek pukul 12 pun bergegas umpama KTM dari Kajang ke Mid Valley tinggal dua minit je lagi nak sampai. kesian mak andam yuyu dibuatnya.

bila tanya mak benda sebetulnya make up awal-awal ni, mak kata The Puteh Production nak buat photoshoot kat Chenang. okay, ni paling tak cool. detik lagi hati ini. masa tu rasa macam nak je nak naik sampan belayar ke Tasik Chini. hmm. dramatiknya pengantin masa tu.

tapi dah 11.30 pun make up tak habis lagi, kau ingat senang ke nak make up setangkas mungkin di hari bahagia? kalau muka persis Azwan Ali, sapa nak dipersalahkan? oh tidak. tapi semua mak dan kawan kawan baik dah kelam kabut, rilek laaa. chill chill

make up dari Love Bunga Querida. pastel handbouquet pula dari Pastelicious HandBouquet


lepas tu kami ni laki bini ikut ke, Fakhrul Amin team The Puteh Films bawa ke konon-konon Pantai Chenang. hmm. sebak gila sebab sepatutnya nak rilek-rilek tengok tetamu.

belum sampai je, ke pantai Pantai Chenang, Fakhrul Amin bawa kami ke Helicopter Ride di sana. katanya nak shooting di tempat tu. ya ALLAH, takpe la. katanya, tempat tu paling cantik di Langkawi. hmm takpe la. lebih baik tak yah. setakat nak poyo poyo dengan helikopter tapi tak naik buat ape. detik lagi lagi dan lagi hati ini.

banyak kalinya berdetik hati pengantin ni. tiba-tibaaa....

Ya ALLAH, rupanya tu satu suprise dari emak, kawan baik dan team The Puteh! kali ni bukan poyo poyo posing sweet-sweet kat helicopter, tapi naik helicopter pusing-pusing lepas tu berarak! ya ALLAH, ini rupanya plan dorang.

waktu ni, segala detik hati yang banyak kali tadi tu, tuntas semata-mata. emaklah wedding planner paling cool dalam dunia, The  Puteh paling power bab bab buat mengharukan hati pengantin! *tiba-tiba*

terharunya, rupanya ni suprise untuk yuyu. suami yuyu pun dah tahu rupanya. patutlah beliau asyik senyum kemut kemut je. hmm. kenapa perlu ada suprise sesweet begini di dunia ni? padahal mak buat semua ni, mak tak pernah pun naik helikopter. dia yang patut naik sekali. tskk. terharu tak habis-habis. bab dramatik melampau, sila serah pada yuyu.

dari atas, nampak segerombolan orang kampung juga tetamu berkeliaran di padang bola sedang tunggu ketibaan kami. Ya ALLAH. malu i'olls masa tu tau. 

turun dari helicopter dengan harapan para tetamu Onejet akan dukung yuyu turunkan dari helicopter. sorry lah, tahap malu kite waktu tu melampau sampai rasa nak lari lari masuk dalam bilik tutup muka dengan cadar katil je. 

ketibaan pengantin di Padang Bola Lubuk Setul. betul-betul sebelah rumah. plan paling strategik untuk berarak dengan helikopter. Alhamdulillah. benda ni ingat sampai mati. promise T_T


 
perarakan pengantin dengan musik serunai dan gendang gendut tali kecapi. sebak masa ni. betul betul rasa diri ni pengantin baru. macam macam mak buat yang terbaik untuk anak sulung dia. :'(


sesi tangkap gambaq. banyaknya tetamu masa tu, sampai terdelay jugak la waktu makan beradap. tapi happy sangat.


memandangkan emak yuyu berbakat bab bab menghias pelamin, jadi, dari pelamin, bilik pengantin hatta meja beradap sendiri, dikerjakan oleh Emak The Tough. banyak kos yang dikurangkan di situ. Alhamdulillah. buat simple simple je kan.


pipi dan bibir kami seiring untuk senyum bergetar. err. err. se nyummmm..

mak dan abah mertua, adik-adik ipar juga pengantin baru. 


Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. walaupun awal tu kepoh kepoh sikit, tapi tetap semuanya berjalan dengan meriah dan lancar. syukur ya ALLAH. penat memang tanya mana mana pengantin, memang penat, lagi lagi kalau banyak hal pengantin yang buat sendiri, jadi, penat kuasa dua.

tapi, ALLAH Maha Penyayang dan Mendengar. Dia beri kesempurnaan walaupun dalam keadaan agak kelam kabut. Dia makbulkan doa hamba-Nya yang doakan diberi extra kekuatan dan diberi rasa puas untuk semua para tetamu.

tu pun dah cukup bahagia. hati sendiri terjaga, hati family terjaga, hati tetamu pun terjaga. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. tetamu semua suka dengan makanan yang dihidangkan walaupun kami cuma buat secara kampung saja.

selebihnya, secara ringkas, sepanjang naik helikopter, bersanding, gotong-royong, korang boleh tengok di video paling bermakna buat kami laki bini ni:


untuk entry perkahwinan yuyu dari blogger yang turut hadir, boleh la korang baca di sini :
*yang ni je la yang tahu, kalau ada yang lain, jemputlah bagi link ya*

***


Petangnya, dah habis majlis, ada post-wedding photoshoot di Pantai Kok. gambaq belambak. tapi next entry okay? :')
i love you, suami.


untuk majlis korang, jangan la segan silu untuk contact mereka, mesti terbaik! :
Photographer : The Puteh Production
Videographer : The Puteh Films
Goodies Bag & Wedding Guest Book : Efkay Creation 
Wedding Ring : POH KONG Love Collection
Handbouquet : Pastelicious Handbouquet
Make Up Artist : Love Bunga Querida
Wedding Guest Book : Fara1182
Wedding Shoes : Christy Ng


p/s : next entry, kite buat entry post wedding, entry penghargaan, entry macam macam lagi la. ingatkan tau!

terima kasih sudi baca :)
SHARE 68 comments

Add your comment

  1. Assalamualaikum yuyu, best gila omak terbaik buat suprised camni! kenangan abadi ni. yuyu so comel sangat, geram tengok muka tu ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. kannn. kite ingat la sampai bila bila. hmm. terharu tauu

      Delete
  2. Replies
    1. terima kasih awak. tu la mak andam pandai make up <3

      Delete
  3. tq yuyu.. hope yuyu happy ever after..
    semoga guestbook yg fara buat tu jadi memori terindah buat yuyu dan pasangan..

    for those yg tgh cari2 wedding guestbook yg simple tp cute, jgn segan2 cari fara ok..
    0136945192 whatsapp je laju2..

    ReplyDelete
  4. wowowowowo...sangat cantik,,suka bab surprise tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh. kalau awak suka, yuyu lagi la suka suka suka :)

      Delete
  5. akak yuyu...comelnye!!!
    semoga kekal hingga ke syurga...amiin :)

    ReplyDelete
  6. Tomeynyee. Moga bkekalan. Aminn

    ReplyDelete
  7. Nampak muka kak yuyu bahagia sangat sangat :) tahniah akak. kita yang tumpang baca ni pun dapat rasa betapa bahagia dan gembiranya akak dan family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. memang bahagia pun. rasa macam agak lengkap dah hidup ni. :p

      Delete
  8. Bergotong-royong lagi best kan..rasa sangat bermakna..hehehe comel kak yuyu.. :)

    ReplyDelete
  9. Seronoknya..wedding yuyu sume cantik sgt

    ReplyDelete
  10. Syoknyeee yuyu... part paling best naik heli.. teringinnya nak naik heli..heheeh
    guys, feel free to jenguk2 my blog http://sitifarziana.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. cantiknya pelamin emak kak yuyu buat. nak mintak buatkan pelamin kat kita juga boleh? hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah. boleh. tapi kena buat kenduri kat Langkawi je la :p

      Delete
  12. tahniah MRS. yuyu...moga kekal to jannah and grab some cute child cepat2..hikhikhiksss..i really adore u ^,^

    ReplyDelete
  13. love the picture. anyway, u look stunning :)

    ReplyDelete
  14. memang seronok tapi hutang keliling pinggang.

    ReplyDelete
  15. http://farra-laiyin5606.blogspot.com/2014/03/entry-jelez-melampau.html

    for yu..congrte

    ReplyDelete
  16. Tingginya sang suami or sang isteri tu yg 'ren' haha....whateva, selamat pengantin baru & wish both of ya happy till end of life. Cheer !

    ReplyDelete
  17. bestnya suprise tuu. tahniah kak yuyu :)

    ReplyDelete
  18. wah bestnya dpt naik helikopter..surprise dr mak tu. tahniah dan selamat pengantin baru ye Yuyu

    ReplyDelete
  19. nie taun lps punye entri, bru nk up ke???
    ehehe

    ReplyDelete
  20. bestnya... mak yang buat suprise..

    ReplyDelete
  21. saya pulak rasa sebak baca entry yuyu ni...yaa..mak memang the best women in the worlddd.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. kite rasa macam nak balas je balik apa yang emak buat sekarang. tapi kejap laa. :)

      Delete
  22. congrats yuyu.. cantiknyee.. rasa tak sabar lak i nak kahwin.. hehehe
    http://afiqahbtazman.blogspot.com/

    ReplyDelete
  23. tahniah yuyu...dah jadi isteri org, x lama lagi jadi mak org plak..jaga diri leklok tau..ibu ngandung xleh wat keje berat², xleh stress...mesti baby comel mcm ibu & ayah dia juga ;)

    ReplyDelete
  24. tahniah.. seronok tengok naik helikopter.. bestnyer kalau dpt naik..

    ReplyDelete
  25. Tahniah yuyu! U look gorgeoussss~~
    Love the makeup, pelamin yg simple but nice and bunga tangan!
    I'm soooo inspired.cewah.

    Visit me: http://cikerza.blogspot.com

    ReplyDelete
  26. tahniah yuyu...cantik dan comel sangat2...moga kekal hingga ke Jannah...amin

    ReplyDelete
  27. siyes sgt sweet! moga terus bahagia hingga jannah..amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak suzieee! aloo. aminn. doakan tauu. newbie kann :)

      Delete
  28. semoga perkahwinan yuyu hingga ke jannah hendaknya..amin

    ReplyDelete
  29. *lap air mata dengan kain langsir baca entry yuyu*

    ReplyDelete
  30. Tahniah Yuyu. Seorang mak mesti nak yang terbaik buat anakkan? Akan sampai masanya Yuyu akan merasa perasaan yang sama.

    ReplyDelete
  31. Tahniah kedua mempelai..sweet,

    ReplyDelete
  32. Alahai Yuyu... Comel, cantik, berseri2 je muka. Semoga ke jannah cinta bersama sang suami. Act sy tak pernah letak komen dlm entri2 yuyu, tapi kali ni nakletak. Huhuhu.. Semoga selamat melahirkan caliph yang soleh/solehah..

    My Blog

    ReplyDelete
  33. Tak tahan ayat 'suami senyum kemut-kemut' hahahaha!Selamat Pengantin Baru Yuyu & Suami :-) Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat :-)

    ReplyDelete
  34. Nak tergelak ayat suami senyum kemut-kemut tu hihihi!Tahniah Yuyu & suami, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat & dikurniakan berdozen2 cahaya mata amin....

    p/s: doakan kami dah 3 tahun kahwin masih tiada rezeki cahaya mata :-)

    ReplyDelete
  35. yuyu minumla esp shaklee comfirm sihat dan bertenaga

    ReplyDelete
  36. Seronoknye dpt surprise naik helikopter.....lau kite pon kite nanges kak....terharu sgt2 smpi ketaq lutut xmmpu nk jln rsenye..huhu..

    ReplyDelete
  37. wahh video sangat ohsem. untung la dapat naik helicopter.. susah nak dapat tu. alhamdulillah. tahniah yuyu..

    http://iluvtour.com jemput singgah

    ReplyDelete
  38. Kak Yuyu! kenapa sweet sangat!!! Tahniah. Lepas nie masukkan gambar baby pulok yewww... Semoga berkekalan hingga ke akhirat!

    ReplyDelete
  39. Ibu comel ni dah sihat betul ke ni? Rajin pulak Yuyu update blog. Take care tau Yuyu, jaga makan tau. Jgn tak makan lgsung pulak. Baby perlu nutrien tu :)

    ReplyDelete
  40. oh myyy..sweet sgt.. rs diri ini pulekk yg nek heli.. apa pun, moga berbahagia hingga hujung nyawa.. pasni xsabaq nk tgk baby yuyu lak.. jgn lupa buat photoshoot utk baby.. hikhikhik..

    ReplyDelete
  41. yeah..tumpang gembira tuk yuyu & suami, insyaAllah berbahgia hingga akhir hayat. seronok tengok video yuyu kawin, macm men kawin2..hahaha..

    ReplyDelete
  42. bestnyaa yuyu :)
    semoga kekal bahagia hingga akhir hayat..InsyaAllah aminn :)

    ReplyDelete
  43. sekali pandang qajah yuyu ada iras ayu raudhah la.
    selamat pengantin baru. dan tahniah dh pregnant ye.jaga diri n makan tau :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. gajah? huhu. yuyu bela kucing je.

      doakan baby yuyu sihat, yuyu kuat tau akak :)

      Delete
  44. Tahniah yuyu! Selamat pengantin baru and mom-to-be da pun kan. hehe

    ReplyDelete
  45. waah! untung kak yuyu... btw tahniah untk bakal baby kak yuyu :D

    ReplyDelete
  46. tahniah ya yuyu...dah kahwin dan peknan..jgn risau la..akak dulu pun kecik cam yuyu..tapi boleh mengandung dan bersalin secara normal..anak more than 3.0kg lagi..perancangan Allah itu terbaik yuyu...

    ReplyDelete
  47. tahniah...awat la shomel sangat yuyu ni, hehehhehe

    ReplyDelete
  48. bookmarked!!, I like your website!

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS