An Exclusive Preview by Ariani

by Yuyu Zulaikha, 1:13:00 PM
Assalamualaikum


sebagai Media, rasa bertanggungjawab pula nak jadikan muka beserta pipi yang tak dapat dibendung ini sebagai mukadimah.


pompuan kalau tak tahu pasal Ariani, tak tahu lah kita nak cakap apa lagi. dengaq nama pun dah ketaq poket nak beli juga satu dua collection tudung depa.

jutaan terima kasih kepada pihak Jakel dan Galeri Ariani kerana sudi menjemput yuyu sebagai Media di An Exclusive Preview yang bertemakan An Evening In Paris tu. glam habis kauu, kite pakai jubah dengan shawl tak berapa nak iron tu rasa macam tekanan fesyen semasa pula. 

boleh teka la kan, macam mana terperincinya event ni.

dari mula sampai The Intermark lagi, yuyu disambut amat mesra oleh team Ariani yang serba pink terus diiring ke ballroom. makin bersemangat nak buat kerja kalau macam ni. masa register pun, siap senyum senyum. amboii. harap sangat mana-mana event pun macam ni.

dapat table 10, depan dan dekat dengan stage, reward untuk kami tengok dengan jelas.

kak Azizah Wanita Hari Ini dan abang Gee digandigkan sebagai emcee. kepoh satu majlis. 


New Collection
majlis dimulakan dengan pertunjukan fesyen tudung terbaru dari Ariani. kali ni, collection Chic Casual menjadi pembuka majlis. sesuai sangat kalau pakai untuk kerja, meeting ke. ehh, event pun boleh okay. ada idea dah nak beli yang mana lepas ni. -.-'

Chic Casual Collection dari Ariani

personally, bagi yuyu, memang setiap collection dari Ariani sangat tak melampau design dorang. sehelai beli pun, dah boleh pakai macam macam waktu. bab material, paling penting mesti bermutu tinggi, tak kisah mana-mana collection, jangan risau la pasal kualiti. Italian chiffon, Thai Silk, Italian Lycra semuanya diimport dan dipilih dengan kualiti paling baik. :')


Penyampaian Hadiah
diselang seli sikit masa event tu, penyampaian hadiah untuk 66 pengguna setia Ariani. gila kauu, tengok antara hadiah dia, rasa macam nak buat rampasan je! sia sia dorang balik bawa hadiah iPhone 5s la, ada yang bawa balik Silk Carpet RM5,500, ada pulak yang bawa balik voucher Ariani RM1,000. 

ya ALLAH, apakah ujian semua ni. T_T


Duta Baru Ariani
masa event ni juga, ada suprise dari Ariani. sedia maklum, Ekin Mawi adalah duta pertama dorang kan. lepas tu Wardina. kalau tak salah dah tiga tahun Wardina dengan Ariani. sampaikan nampak muka Wardina, terus teringin beli tudung Ariani. tapi, la ni dah tak boleh, Wardina dah pindah ke Australia. hmm

tapi sekarang, dah ada Nurul Syuhada! pemenang Malaysian Top Host dan juga personaliti TV3! aloo. lemah lembut sangat, anggun Ya Rabbi, lepas tu humble sangat. dari awal sampai habis dia asyik senyum je, kite pun tersenyum tetiba. welcome to the Ariani's family Nurul Syuhada ♥


Lelong Amal
segah-gah JakelAriani, dorang tetap tak lupakan yang memerlukan. memang inilah secret untuk kita lebih dan terus berjaya. tak lupa yang bawah masa kita di atas. rezeki sama-sama kongsi dengan orang ramai. jadi, masa event tu, ada lelongan amal yang akan diagihkan kepada Rumah Anak Yatim, Rumah Orang Tua-Tua dan Rumah Ibu Tunggal.


 
                    ( 1 )                                                  ( 2 )                                                 ( 3 )
collection satu berjaya dilelong dengan harga RM3,500. number dua pula hingga RM7,000. paling hebat number tiga, berjaya dilelong hingga RM10000! speechlessssss. sambil teguk Jus Oren.


salah seorang bidder tudung Ariani paling mahal. RM10,000 weh! murah rezeki dia lepas ni InsyaALLAH. sedekah untuk orang susah. 


setiap collection Ariani yang dilelong adalah satu dalam dunia. kauuu. sambil beramal, sambil dapat Limited Edition Collection dari Ariani. cantik pulak tu. kalau lah masa tu boleh bid sampai RM12 je. tu je cash dalam wallet masa tu. -.-'


Icon Ariani

tak cukup dengan Duta, Ariani kali ni siap dengan Icon lagi. Dato' Siti Nurhaliza! baru je habis proses lelong, terus dengar suara Kak Siti menyanyi. ya ALLAH, sedap gila! cantik macam nak pengsan kat situ.

sebagai Icon Ariani, Kak Siti juga ada berkolaborasi bersama Ariani. start 21Mac ni, akan dikeluarkan Siti Nurhaliza Collection di butik Ariani. tapi, kalau setiap koleksi Ariani adalah jenis tudung, koleksi Kak Siti pulak adalah selendang! please percaya, memang cantik sangat!


Siti Nurhaliza Collection by Ariani

The Icon and her collections

Santapan
bab makan paling kecewa. bayangkanlah dari pagi yuyu tak dapat nak makan. kalau makan muntah balik, telan susu je semata-mata, pi event, orang lain sedap sedap lahap satay, Mee Goreng, stick apa bagai, kite yang alah makanan ni, jeling dan hiba ja. 

tapi, dapat juga la makan puding. isi perut. baby dalam perut ni mengada sikit pilih makanan. -.-'


Press Conference
kami kami yang sebagai Media dijemput ke hall khas untuk conference bersama orang-orang kuat Jakel dan Ariani. boleh berdepan dengan dorang, adalah satu benda best selama event tu. humble je memasing. humble tapi penuh dengan idea yang gila babas best.

orang kuat dan tulang belakang Jakel dan Ariani.

wanita hebat disebalik Ariani

Kolaborasi hebat antara owner Jakel, Icon Ariani dan pembekal utama JakelAriani (MORTADA)

            
ingat dorang je boleh ambil gambar, kite pun nak gakkk. Kak Nurul ni lembut gila, adoi, lemah macam ni. dannn yuyu ada gambar suprise dari Kak Siti dengan Yuyu! nanti yuyu tunjuk di entry lain tauuu. sampai setiap malam asyik tengok gambar tu.

***

tu je laa. bagi yuyu, keseluruhan event An Exclusive Preview by Ariani ni sangat berjaya. semuanya tersusun dan memang kite puas hati sangat. harap lepas ni, kalau ada buat lagi event ni, jangan la lupa jemput lagi okay. :')

korang pulak, jangan lupa 21Mac ni Siti Nurhaliza Collection akan dikeluarkan, siap 1st day tu, dapat extra 30% discount untuk member. haaa. semuanya sampai Ramadhan je. please, tenyeh kat kalender cepat cepat. 21Mac tauu. tak lama dahh. 

apa-apa, korang boleh check di sini :


terima kasih sudi baca :)
SHARE 53 comments

Add your comment

  1. seronoknya kak yuyu. mudahan liz dpt jd blogger hebat mcm kak yuyu suatu hari nnti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnnnn. asalkan niat baik, InsyaALLAH, ALLAH tolong :)

      Delete
  2. seronoknya yuyu dpt begambar dgn dato siti..memang hapening majlis tu

    ReplyDelete
  3. Comelnya bakal mummy to be nie.. T.T

    ReplyDelete
  4. bestnye dpt santai2 ngan siti...^^

    ReplyDelete
  5. Bestnya lahai yuyu..serius cantik tengok Siti Nurhaliza Collection..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau cantik, 21Mac ni jangan lupa serbu Butik Ariani tau :)

      Delete
  6. semua tunduk amik gambar ngn yuyu.. hihu.. :)

    ReplyDelete
  7. Ariani memang 1 collection yang buat kita menangis..congrats yuyu dpt event macam nie..

    ReplyDelete
  8. Ariani akak paling suka bab material dia memang puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed! dapat satu masa event ni pun, ya Allahh, macam nak pakai setiap hari. lembut la.

      Delete
  9. Design Ariani nie memang tak boleh lawan... Menarik :)
    (suatu masa dulu pernah jual tudung gak)

    ReplyDelete
  10. Halusnye la yuyu..comeyyy sgt2..

    ReplyDelete
  11. seronoknya berpeluang dpt jumpa ct.... siap dipeluk-peluk lagi...

    ReplyDelete
  12. seronoknya dpt bergambar dgn siti nurhaliza, ariani koleksi dia mmg eksklusif berbaloi dgn harga

    ReplyDelete
  13. bestnya dapat bergambaq dengan depa nih...selalu beli yang ada sale je..murah skit

    ReplyDelete
  14. alahai kak yuyu ni.. kecil molek, kiut miut, manis je tgok.. geram pulak nak cubit2. #eh hahahahhahaha

    ReplyDelete
  15. bestnye yuyu kena jemput to attend such kind of event

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. seronok sampai paksa dorang invite lagi nanti :p

      Delete
  16. cantik shawl yuyu pakai. beli mana?

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum yuyu, comelnya yuyu bergambar dengan Dato CT dengan Nurul. suka tengok ~~~

    ReplyDelete
  18. bestnyer! wah bakal ibu muda ni sempat berjalan2 ye..hee...10000 utk tudung..waahh..tp wanita2 dsebalik ariani mmg cntik2..

    ReplyDelete
  19. Tak sabar nak tunggu 1st collection Siti Nurhaliza.. =D

    ReplyDelete
  20. makin berseri-seri muka yuyu time pregnant ni..

    ReplyDelete
  21. Bestnya dapat jumpa peluk bergambar dengan kak Siti!

    ReplyDelete
  22. skali pandang muka yuyu ade iras dato ct la..keh3x...dua2 same comey...

    ReplyDelete
  23. Awww. Kak Yuyu , you look so sweet with the divas aha (;

    ReplyDelete
  24. Aaaaa dengan dato ct tak tahan tu. Dato CT ngan kak yuyu comel gedabom je tengok nih

    ReplyDelete
  25. Ewahhh2 kemain yer ctdk pelok yuyu..jelesss ar cmnih rasa nk telan pepero 6 kotak tanda protes..miahaha,cpt2 update gmbr suprise ;-)

    ReplyDelete
  26. cepat yuyu.nak tgk pic dgn dato ct tu

    ReplyDelete
  27. x sabar nk tunggu shawl dr ariani..hoyehhh :)

    ReplyDelete
  28. its dee, not gee :)

    ReplyDelete
  29. rasa nak gak beli ariani ni..waduh2..tunggu masyuk je..hihihi..love yuyu, n dato siti nurhaliza...hahaha
    http://halimatussaadiah-itus.blogspot.com/

    ReplyDelete
  30. wah best nyeee ^^ untunglah kak yuyu

    jom join GA nie http://belogcikbella.blogspot.com/2014/03/1st-giveaway-by-bella-nabieyla.html

    ReplyDelete
  31. cantiknya tudung2 tu. tudung ariani ni memang mengundang rasa nak membeli.
    syoqnya yuyu dapat tangkap gambar dengan diorang

    ReplyDelete
  32. baca entri ni pun dah best,, petah lagi kalau ada kat sana macam yuyu,,, jeleznyaaaa

    ReplyDelete
  33. yuyu da mummy wanna be?? wah! congrats yuyu!

    ReplyDelete
  34. Allah. Kak yuyu, qila tak mampu lagi lah hikhik by the way kak yuyu can't wait for the pictures hehe. Nnt.share tau jgn lupa pulak hehe.

    Kak yuyu, you are super cute and little hehe

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS