Assalamualaikum ♥
dua bulan lebih dah majlis akad nikah nya. sekarang baru kite terkedek-kedek nak buat entry gambar bersepah-sepah. alaa. apa ni. tapi, dua bulan ke, enambelas bulan ke, hati ni tetap rasa macam semalam je baru nikah. gila la. suami baca, mesti dia belanja makan, perenggan ni.
sebelum nak settle semua benda benda nikah ni, dua bulan makan hati asyik tak cukup tidur, tak cukup rehat. semuanya buat sendiri, maklumlah anak sulung, yuyulah kakak, yuyulah abang. yuyu lah bagi sokongan padu pada diri sendiri, yuyu lah kehulu kehilir cari barang tu barang ni. semuanya
13/12/2013 Jumaat, malam, detik paling istimewa, paling tak boleh lupa, walaupun paling tak boleh belah penat dia. yuyu tak nak la taip panjang-panjang, pengantin lama je ponn. alahh.
Persiapan:
dari pagi lagi dah tengok orang kampung dah sibuk dirikan khemah, tok tok, makcik makcik pulak sibuk sediakan bahan mentah untuk malamnya. dari pagi lagi dah nampak sibuknya dorang. yuyu macam biasa, waktu ni pun tengah settlekan bab hantaran.
6.30petang : tuhan nak mudahkan majlis rasanya. masa ni "uzur" lagi. jadi, awal-awal lagi boleh make up. tak la lambat sangat kejenya. masa make up ni je la satu satunya saat yuyu boleh rehatkan badan, lelap mata sat. boleh faham la kan macam mana sibuknya yuyu dan persiapan? ya, waktu tu saja rehat.


kawan baik jadi mak andam. Love Bunga Querida. make up artist paling fav selama hidup ni. dia ikut apa yang kita nak. magic gila tangan mak andam ni.

best tau kalau mak andam ni bff kita, kau gelak macam kerbau pun, kesah pulak dia. please kalau korang nak cantik masa majlis penting korang, pilihlah si Bunga ni. hasil dia di berjuta juta gambar yuyu nanti :)
semua persiapan dah rapi. termasuk persiapan hati. insyaALLAH, ALLAH akan mudahkan yuyu untuk mencintai bakal yuyu. susah, tapi yakin ALLAH tolong. yakin yang ALLAH akan buatkan kita tak menyesal bila kita buat sesuatu yang ALLAH suka.

cuma tinggal sarung kasut, pegang handbouquet dan sedia untuk ke masjid Nyior Chabang, Langkawi sejurus selepas Magrib.
bab kasut, dari kasut nikah, kasut sanding, kasut honeymoon, kasut hantaran semuanya adalah khas daripada fav shoe heaven selama ni, Christy Ng. tak menyesal pilih Christy Ng. orang puji dari awal sampai ke habis. hambek!
Nikah:
8.00malam: sejurus semua selesai Magrib, inilah masa paling genting. satu family terus ke Masjid Nyior Chabang. Ya ALLAH, dalam kereta lagi dah macam-macam zikir yuyu cuba amalkan. dengan harapan semuanya akan dipermudahkan dan suami yuyu dapat lafaz dengan lancar.

tips orang tua tua, sebelum majlis nikah, banyakkan zikir, banyakkan doa. semua tu untuk pelancaran majlis. pelancaran lidah bakal suami. moga-moga sekali lafaz saja.


the happiest wife-to-be
dikelilingi keluarga, sedara mara dan kawan-kawan rapat, hati ni jadi lebih tenang. walaupun takut juga sebenarnya bila nak tukar status ni. bukan benda main-main. bukan macam dulu masa main mak mak, kalau tak nak jiran sebelah rumah jadi suami, boleh pilih kawan hujung kampung juga. lepas tu esok main suami style lain pulak.
tak tak. ni suami sehidup semati.


Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, kami Izwan Safuan dan Asmidayu Zulaikha Eswan sah menjadi suami isteri. ALLAHuakbar!

tup tup sah je jadi isteri, terus rasa cinta membuak-buah kat suami. entahlah macam mana boleh jadi. tapi, dari situ juga rasa macam berat sangat tanggungjawab lepas ni.

emak yang sentiasa di tepi, nampak lebih relaks dari sebelum ni. sebab sepenat-penat yuyu, emak adalah orang yang lebih penat dari yuyu. kalau tak ada emak, entah la apa jadi dengan majlis yuyu.
bayangkanlah semua benda emak buat, ada pula yang dengki dengan emak, hantar "mahkluk" pula ganggu dia. Ya ALLAH. apa la manusia hati busuk sangat. tapi ALLAH nak tolong, mak kuatkan juga malam nikah tu, bangun dan buat rilek je. selesai majlis, jadi lagi. hmm. sabar je la

tak ada doa lain waktu ni, selain ALLAH memberkati pernikahan kami, memurahkan rezeki rumahtangga kami dan memberi kebahagian pada kami hingga akhir hayat. Amin Ya Rabb.


kami boleh pegang pegang tangan dah! huhu. ^^

Wedding Ring untuk kami suami isteri. pilihan kami, Love Collection daripada Poh Kong. berkilau sampai sekarang :')

satu lelaki hebat dalam hidup (tokwan) dan satu lelaki kegemaran sepanjang zaman (suami). I ♥ u.


kami dah jadi suami isteri! syukur yang amat amat. bertungkus lumus selama ni untuk saat ni saja. saat selamat dinikahkan.


bermula chapter hidup kami yang baru. suami isteri. seronok, terharu, penat, sedih, semuanya ada. selagi yuyu mampu, yuyu akan buat yang terbaik untuk rumahtangga kami. yang terbaik sebagai seorang isteri dan bakal ibu.
(ehem ehem. entry nanti nanti kite bagitau status perut buncit kite ni okay. ihik! )



please, doakan kami yang baik-baik. berkahwin pada umur 24 ni bukan lah satu benda yang mudah. yuyu bukan orang kaya, bukan ada ilmu agama menggunung lagi. bertatih lagi. jadi, masa baru berkahwin ni juga, kami sama-sama usaha yang terbaik untuk masa depan dan rumahtangga kami. susah juga. tapi ingat, rezeki ALLAH tu ada di mana-mana saja.

sungguh. bila ada kawan baik masa majlis kita, perasaan lebih tenang. sebab dorang kan selalu bagi sokongan pada kita. thank Ida, Iena, Fatin, Bunga, Ieqah, Fadhila, Nyuu, Nisya dan Farah. majlis lagi ceria dengan kehadiran korang. ceria hati kite. bunga bunga matahari dalam hati ni tauu.


Puan Yuyu Zulaikha.
Alhamdulillah. selesai juga entry nikah yuyu. lama bertangguh tau. dari sibuk-sibuk pindah rumah, sibuk honeymoon, lepas tu sibuk morning sickness pulak. tskk. hari ni perut selesa sikit, mampu lah buat entry. semoga sikit sebanyak dapatlah jadi bahan bacaan inspirasi korang okay.
opss sebelum tu, ada satu video official majlis yuyu, dari The Puteh Films. video kecintaan hati kami suami isteri sampai mati!
untuk majlis pernikahan yuyu, mungkin korang nak contact dorang, yes, please contact, sebab mereka takkan buat korang menyesal di hari bahagia. paling bersemangat nak kawen, dengan kehadiran semua ni:
Photographer : The Puteh Production
VideoGrapher : The Puteh FilmsPhotographer : The Puteh Production
Wedding Ring : Poh Kong (Love Aventura)
Make Up Artist : Love Bunga Querida
Persalinan Nikah : Leana Samlan (lea.samlan@gmail.com)
Hand Bouquet : Leana Samlam (lea.samlan@gmail.com)
Kasut Nikah : Christy Ng.com
insyaALLAH, next entry, yuyu akan cerita pasal majlis bersanding pula ya. kot. huhuhu. tengok kesihatan perut ni dulu ye.
terima kasih sudi baca :)