December 30, 2013

Maybank 2 Card

14 comments
Assalamualaikum

baru-baru ini, yuyu di invite oleh Maybank untuk campaign terbaru dorang #LiveLifeAmplified . dengan hashtag berikut, dapatlah memberi kesedaran kepada kita mengenai pentingnya kita enjoy kehidupan kita hingga ke titik terakhir. gituu.

sebab sekarang ni, kita tak banyak masa untuk menikmati kehidupan kita, kita lebih banyak menghabiskan masa untuk masalah kita. sedih hoi. tak payah la nak tengok kehidupan orang lain, kita tengok kita sendiri. banyak tak masa kita habiskan dengan menikmati kesedapan hidup. 

hmm. kesedapan hidup. macam lagi okay guna ayat nikmat hidup je. -.-'

sebabnya, campaign Maybank #LiveLifeAmplified dengan Maybank 2 Card, kita akan lebih banyak benda untuk menikmati kehidupan yang indah dari fikir masalah! yes, semuanya dengan :

Maybank 2 Card

dengan kad Maybank 2 Card, banyak kemudahan yang kita akan dapat tanpa kita impikan sebelum ni. kita nak tolak lagi ke kalau dengan kad ini, tak payah nak kumpul-kumpul point bagai pun dah dapat :
1. EzyPay bayar balik sebanyak 0%. (0% EzyPay)
2. Pendapatan Tahunan yang minima : RM30,000 untuk Maybank 2 Gold Cards & RM60,000 untuk Maybank 2 Platinum Cards
3. Lifetime fee waiver. tak payah dah bayar yuran bagai setiap tahun.
4. 5X TreatsPoints bila kita berbelanja di dalam dan luar negara.
5. Travel insurance coverage, retail protection dan banyak lagi (dengan Maybank 2 Express American Card)
6. 5% cashback untuk hujung minggu setiap kali kita menggunakan Maybank 2 American Express Card.


best kan? sebab tu la bila dapat invitation, yuyu tak melengah makngah untuk join. 

demi untuk meng #LiveLifeAmplified kan kehidupan kita semua, Maybank 2 Card sekarang buat satu kontes di mana, kalau menang je, settle weh hidup. boleh buat macam macam, sebab RM10,000 CASH untuk pemenang utama dan RM100 Petronas Gift Card untuk pemenang mingguan. 

sekarang, bayangkan dulu apa benda kita boleh buat kalau menang RM10,000 tu? okay lah, honeymoon kat Paris macam Che' Ta la. haaa. :')

yang penting, kita cuma perlu share je dengan Maybank macam mana kita nak #LiveLifeAmplified hidup kita dan follow beberapa step yang sumpah simple gila ni:


Step 1: pergi ke ( www.maybk.co/M2CAmp ) dan LIKE. kalau tak LIKE tak boleh join okay.
Step 2: register details kita supaya dapat join kontes ni. once dah  register, kita akan dapat SMS code dari phone untuk registration confirmation. 
Step 3:  tekan "I WANT IN"


Step 4: share dengan Maybank, cara  untuk #LiveLifeAmplified

Step 5: invite sebanyak kawan-kawan Facebook kita untuk join kontes ni, sebabnyaaaa, semakin banyak Facebook friends kita join, semakin banyakkkkk peluang  untuk kita menang!


ingat RM10,000, ingat juga untuk invite sebanyak mungkin untuk orang join kontes ni. janji?

good luck!

terima kasih sudi baca :)

December 10, 2013

Save-The-Date (Pre-wedding Photoshoot)

96 comments
Assalamualaikum

tak sangka hoi, dah sampai tahap tengok gambaq pre-wedding sendiri. tahun lepas, asyik berangan photoshoot pre-wedding dengan bakal suami. tu pun, pinjam muka Aaron Aziz untuk berimaginasi sebagai bakal tunang. loser gila. T_T

mulanya, kami tak rancang pun untuk buat apa-apa pre-wedding photoshoot. ala. nanti-nanti lepas kawin pun orait kan. tapi, bila dah ada offer dari Official Photographer kami ( The Puteh Production ), eh, best juga ada pre-wedding bagai ni. kenangan kan sebelum kawin. baru la dua-dua gelabah sedar diri sikit lagi berapa hari lagi majlis.

bertemakan putih, kami sedondon pakai jeans dan baju putih. lokasi photoshoot, semuanya di Putrajaya (Masjid Besi & Taman Hijau). banyak yang buat photoshoot di sana. kiranya macam tempat wajib la kot kan. antaranya Che Ta. haa.

tak nak bebel boleh? korang tengok gambar je la ye

tak sangka, dulu cuma kawan, sekarang seminggu lagi kami akan jadi suami isteri. 

dari dulu sampai sekarang, selalu yuyu tanya diri sendiri. kenapa dia pilih yuyu? kenapa mesti yuyu? 

awal awal photoshoot, Onejet ni macam kekok sikit, kebanyakan gambar, semua sama je pose dia. ala, terlebih bedung kot. -.-'


you are my perfect definition of complete life. 

okay lah, asalkan dia tak kisah yuyu renek, yuyu pun tak kisah la dia ada double chin. ihik ^^


free-style pose dari Onejet. tak habis-habis Kamen Rider dia, terpaksa redha je ikut. T_T

satu-satu ujian Alhamdulillah, kami berjaya lalui. semua ujian tu, mematangkan kami untuk ujian selepas berkahwin. InsyaALLAH, dia penyebab yuyu lebih kuat sekarang. :)


dari rasa benci, lepas tu rasa senang hati, berkawan, bertunang, makin rasa lagi senang hati. yuyu paksa diri untuk terima dia. Alhamdulillah. sekarang, ada pula rasa bahagia. 

semoga yuyu dapat menjadi isteri yang senantiasa cantik di mata, mampu menjaga telinga dia dengan berita gembira, mampu menjaga lidah dia dengan makanan penuh selera, mampu menjaga hati dengan memberikan dia selalu rasa bahagia, malah, mampu menjadi isteri di dunia dan syurga di sana. Amin. 

Save The Date : 13.12.2013 Langkawi


dannnn, banyak lagi sebenarnya. tapi takpe la, nanti yuyu update lagi kot. takpun buat tatapan kami berdua je. hee.




seminggu lagi. TUJUH (7) hari lagi. asyik bangun tidur, eyebag sekilo je sebab goodies bag tak habis-habis lagi isi barang. macam mana nak cantik ni. tskk.

***


bekerjasama dengan team The Puteh Production sangat sempoi. dorang tau macam mana nak buatkan kami selesa untuk photoshoot. yang kayu macam Onejet pun, nampak sangat natural dalam gambar kan. dorang sendiri sempoi sampai rasanya macam kawan-kawan je. buat lawok paceqhoh!

InysaALLAH, team The Puteh akan jadi Official Photographer & Official Videographer sepanjang majlis perkahwinan yuyu nanti. ya ALLAH, terima kasih banyak banyak tau.

terima kasih untuk The Puteh please like dan follow dorang tau. (Instagram : ThePutehProduction), (Page: ThePuteh Production & The Puteh Production KL Photography ). 


terima kasih sudi baca & doakan keberkatan majlis nanti. :)

December 9, 2013

Ephyra Untuk Kali Ke-empat.

44 comments
Assalamualaikum

yuyu antara perempuan yang kurang percaya dengan supplement apa bagai lagi entah. bagi yuyu, makan sihat, tidur cukup, kurangkan stress, minum air banyak, InsyaALLAH semuanya akan okay. banyak juga yang offer yuyu untuk try, tapi kecundang, memang tak juga akhirnya.

tapi tu dulu la.

lepas tu, tiga bulan lepas, bila tengok IG orang ni, review pasal result best lepas minum Ephyra ni, tengok pulak belog orang lain review best best result, aku. pun. mula. terrrr. pengaruh. -.-'

macam biasa, try satu kotak dulu. pasal kata-kata manis tak nak minum supplement dulu, terkubur begitu saja. yuyu percaya yang setiap orang ada tempoh untuk nampak result tersendiri. ada yang minum hari ni, esok lusa dah nampak. ada yang minggu depan baru nampak okay, ada juga yang lepas ambil mana-mana supplement, tiga bulan lepas tu baru dapat result okay.

macam tu jugalah yuyu. nak tak nak, sekotak dah ada kat rumah kena habiskan. dalam hati, minta-minta tak jadi lagi teruk muka ni. kita cuba kan. sebelum tu, doa banyak-banyak kat ALLAH untuk result terbaik atas usaha kita. haa. nak ambik supplement cara Islamic gittew.

dalam seminggu apa yang jadi kat yuyu lepas minum Ephyra, muka macam naik banyak whitehead. stress gila. tapi yang best, selalunya masa lepas Zohor, mesti rasa nak tidoq, letih. tapi lepas minum Ephyra, dah tak pun mengantuk lagi.

tapi takpa, walaupun whitehead, nak juga try untuk sekotak.

Alhamdulillah. lepas satu kotak dengan Ephyra, dapat rasa yang kulit makin lembab. whitehead tadi, dah hilang. :')


start dari tu, sampai sekarang, dah TIGA kotak dah yuyu minum. sekarang kotak ke empat. walaupun result untuk muka yuyu, muka tak semakin cerah macam result kat orang lain, tapi yuyu dapat rasa kulit makin lembab. tu paling best. tak berminyak, tak kering. faham kan apa perasaan bila dapat result macam tu.

satu lagi, energy, sampai sekarang, lepas Zohor pun ilek je tak mengantuk. kalau tak, lepas lahap lunch, rasa macam nak tepuk tepuk perut je atas katil malasnya.

ni guna effect glossy camera360. memang la nampak tampan semacam. -.-'

kotak ke EMPAT yuyu. 

sekarang kalau make up nipis pun, ilek je dah. siap boleh posing poyo macam ni sorang-sorang dalam bilik.

makin yakin untuk terus dengan Ephyra bila dapat jumpa terus dengan pengasas dia. yuyu dengan onejet mati mati ingatkan kak Amiza ni baru 25tahun. rupanya dah 34. T_T gila balik rasa macam nak telan Ephyra sekotak terus.


masa kotak pertama yuyu ambil Ephyra ni, kuat hati untuk cuba, sebab bila nak pi internship je, selalu nampak iklan depan terpampang besaq kat Bangi. huhu. lepas tu, blog abang Ben ada cerita, abang Eyriqazz pun ada cerita, semua bagitau result baik tu.

lepas buat sikit research di facebook dorang ( facebook.com/oceanlife2u ). tengok testimoni, tengok kebaikan dia. selebihnya, doa je yang terbaik supaya dapat effect bagus sebelum wedding nanti. Alhamdulillah. tak sia-sia cuba. walaupun sebelum ni macam kau paham la macam mana kannn..

yuyu share ni, mana tau kalau korang pun teringin perubahan kan. sebab dah banyak yang tanya pasal supplement yang yuyu ambik untuk kulit yuyu. kita try. lain orang, lain result. untung-untung kulit korang makin gebu ke, rambut makin sihat ke. try tau.


terima kasih sudi baca :)

December 4, 2013

Wedding Preparation : Wedding Rings.

63 comments
Assalamualaikum

enam bulan sebelum tarikh majlis nikah, benda yang paling serabut kepala adalah cincin. untuk majlis nanti, yuyu dan bakal suami decide untuk sama-sama ada cincin kawin. jadi, yuyu belikan untuk dia, dia belikan untuk yuyu. cincin kat mana? kami pun tak tau lagi. sama-sama cari.  

lepas tu, lagi empat bulan, lagi tiga bulan pula pun hal cincin still tak settle lagi. kau ingat cincin kawen boleh buat main beli je mana mana lepas tu sarung je masa nikah nanti? hati pompuan hoi. lagi lagi yang lembut macam yuyu ni. -.-'

habis geledah satu-satu tempat. tau lah kalau guna cincin keropok AliBaba selagi rukun nikah cukup, nikah tu dah sah. tapi alang-alang nak beli, biarlah beli untuk sejukkan hati sampai beranak cucu nanti. kan?

 
akhir sekali, kami ke Showroom Poh Kong di Petaling Jaya. besaq gila nak mampos. semua collections depa ada di sini. puas hati. 


sebelum untuk membuat decision penting tu, yuyu banyak survey dari website. satu satu website yuyu tengok. tapi yang jadi lama sikit tu, sebab yuyu punya taste lain sikit. yuyu lebih suka white gold instead of yellow gold biasa. walaupun white gold lagi murah dari gold biasa, tapi yuyu suka bila nampak lebih style. 

sebab yuyu suka English Theme. gituu. itu yang susah nak cari tu.  

perempuan kan. dua jam dalam Poh Kong tu, kira kejap laa.

tapi yang laki pun sama rupanya. dia pun gigih jugaaa -.-'

bagi yuyu, Love Collection Wedding Ring dari Poh Kong adalah yang terbaik untuk peminat white gold + diamond macam yuyu. simple tapi cantik sangat. faham tak macam mana tu?

range harga yang affordable. kalau nak bawah RM1000 ada, kalau bajet lebih sikit nak RM3000 lebih pun ada. tapi, semua cantik.


Hemera Collection. cantik sampai rasa nak tersungkur lalu nangis teresak-esak. 


ada juga yang pandang tak best bila tahu yuyu cakap yuyu lebih memilih untuk white gold dengan alasan, nanti nak jual balik takde harga. tapi bagi yuyu sendiri, dah nama wedding ring, tak payah la nak jual balik. kenangan kot awal awal suami sarung masa lepas ketaq lutut salam dengan tok kadi. 

tak mau la kata lebih kan. pendapat masing-masing. yuyu memang dari zaman UIA dulu lagi suka white gold. terpengaruh dengan Brides War la ni. :'(

 selepas dua jam wehh. selepas DUA jam. tu pun apabila dipandang sinis oleh bakal suami. amboi. takut yuyu pilih yang mahal lettew. 

 dua-dua dah ada pilihan masing-masing. masing-masing dah happy. tunggu nikah nanti la. hee.


selalu cincin laki akan jadi masalah, sebab laki tak boleh pakai gold hatta white gold pun tak boleh. nak cari silver, susah pulak nak cari yang cantik, jadi, platinum paling best buat masa ni. onejet pun pilih platinum wedding rings dari Poh Kong. nampak macam lebih matching dengan white gold ring yuyu. 

bagi yuyu, untuk wedding ring, carilah yang sesuai dengan kemampuan kita. kalau ada lebih, tak salah beli yang gila babas best lagi.

apapun, wedding yuyu tinggal lagi sembilan (9) hari. idea semua terhad. entry tak boleh selalu update sebab tangan dua dua penuh dengan bunga hantaran. korang datang tauu majlis nanti. dah jemput dah kan di entry lepas.


terima kasih sudi baca :)
© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.