November 29, 2013

Officially Penulis Majalah ♥

73 comments
Assalamualaikum

masuk minggu ni, dah empat kali dah penulisan yuyu terpampang di Mingguan Wanita (MW). yeah! Alhamdulillah. sekarang yuyu dah jadi penulis (columnist) untuk Diari Blogger Mingguan Wanita. terima kasih sangat untuk pihak MW sebab sudi bagi peluang besar macam ni.

awal-awal tu masa dapat email dari kak Netty untuk offer ni, ya ALLAH, terkejut tau, dah reply, lambat pulak respond dia. lambat pun dua hari weh. jenis tak nyabar kan. -.-' jenuh resah kehulu kehilir setiap sudut rumah. 

jangan lupa baca setiap minggu tau. :)


start dari hari tu, setiap minggu, kerja yuyu sekarang adalah untuk mencari idea untuk tajuk baru. diari baru. khas untuk tatapan semua pembaca belog yuyu, juga untuk pembaca setia MW. aww. sweet kan konon-konon.

semuanya bermula dengan menulis belog, lepas tu awal tahun ni pun yuyu tengah berjinak dengan menulis buku, insyaALLAH, siap nanti, dah publish, yuyu bagitau okey. sekarang pulak, berjinak dengan penulis di majalah. tapi tajuk lebih serius la kann.

bagi yuyu, semua ni pengalaman dan peluang baru. kadang-kadang, walaupun sibuk sangat, tapi tetap enjoy. sebabnya, yuyu memang suka berkongsi cerita dengan orang ramai. seminggu sekali okay la kan. sebab. blog. aku. pun. tak. selalu. update. sekian.

apapun, janji okay? setiap minggu beli Mingguan Wanita! RM3.30 boleh baca Diari Blogger dari Yuyu Zulaikha. haa. gitu promote diri sendiri di persada dunia kauu. ada topik fesyen, ada tips motivasi, ada juga share pasal pengalaman. ala. kite baru nak berjinak-jinak.

jumpa di Diari Blogger setiap minggu di Mingguan Wanita tau.  :')


***

oo lupa, nak bagitau. reward diri sendiri untuk peluang baru ni, tau tak apa? hee. shopping barang online sampai RM300 di website HiShop.my . huhu. lepas shopping, terus rasa bersemangat nak buat kerja keras lagi. cececeyyy.




lepas ni, wajib subscribe website HiShop, sebab dorang selalu ada offer best best. yuyu beli sampai RM300 pun sebab tak tahan sangat dengan promotion dorang. heh. untuk korang, siap dapat RM20 cash voucher kalau korang beli atas RM99 menggunakan code :

KUPUHS

sampai 31/12/2013 je okay. sekarang, jadikan HiShop website kita shopping okay? (facebook.com/hishopmy) . bagus lah untuk reward diri sendiri setiap bulan supaya lebih motivasi bulan depan. :D



terima kasih sudi baca :)

November 25, 2013

Trip to Australia I : Beyonce The Mrs. Carter Show

40 comments
Assalamualaikum

I look and stare so deep in your eyes 
I touch on you more and more every time
When you leave i'm beggin you not to go 
Call your name two, three times in a row 
Such a funny thing for me to try to explain 
How i'm feeling and my pride is the one to blame 
Yeah, cause i know i don't understand 
Just how your love can do what no on else can


ingat lagi tak lagu Beyonce yang ni? Crazy in Love feat Jay Z. yuyu baru form2 masa lagu ni tengah top. punya la suka, nak download tak boleh, balik dari tusyen je, pukul 6 dah tencangak tengok Hitz.Tv semata-mata nak dengar lagu Crazy in Love. start dari tu, setiap lagi Beyonce, mesti menjadi favorite yuyu. 

dia punya hardwork, memang nampak dari setiap lagu dia. gitu.

awal November ni, yuyu dapat offer dari Pepsi untuk turut serta dengan para pemenang peraduan SMS Pepsi. bercuti di Australia sambil tengok duta Pepsi perform adalah satu perkara kau akan tak lepas sepenat dan sesibuk mana pun kau dengan preparation wedding kau tak lama lagi. siyes takkan lepas.

jadi, untuk entry pasal Australia Part I ni, yuyu nak kongsi dengan korang pasal konsert Beyonce The Mrs Carter Show dulu. selamat menjamu mata!

Perth Arena, 0700pm. walaupun baru 7malam, tapi manusia dah penuh di sana. semangatnyaa. Perth Arena adalah tempat khusus untuk segala jenis konsert di Perth. jadi, lepas ni kalau Justin Bieber ke nak buat konsert besar besaran di Perth mahupun Jalil Hamid, haruslah buat di sini ya. sekian.

underdressed. sedih gila. rasa macam nak blah terus je dari situ. style orang Malaysia, kalau nak ke konsert pakai macam nak lepas KLCC je. ilek. tapi style dorang kalau nak pergi konsert, dah macam nak pergi dinner dengan Dato' K pulak.  

ingat tau, lepas ni kalau nak join mana mana konsert luar dari Malaysia, sila pakai bling-bling habis. 

simpan buat bahan cerita untuk cucu-cucu nanti. gitteww.

walaupun konsert tak mula lagi, korang boleh bayang kan macam mana kalau dah tempat tu penuh? gila arhh. jauh beza gila-gila dengan konsert kat Bukit Jalil hari tu.  

konsert sepatutnya pukul 9 malam. tapi dari 7malam lagi, penonton dah bersorak nama Beyonce. terharu gila la kalau yuyu ni Beyonce. ada yang siap nangis sebab dia, ada yang sanggup bayar $1630 semata-mata untuk dapat tempat paling best masa konsert ni. gila arhh sampai tahap tu. yuyu punya tiket pun baru $189 (RM604.80), tu pun Pepsi sponsor.


pembukaan konsert dengan lagi Run The World. suara live Beyonce, best sangat sangat sangat. memang patut la dia dapat peminat dan sanjungan yang tinggi. 

masa mula mula Beyonce perform pun, memang kami ni jerit-jerit. gila tengok semangat gila dia. kami yang jerit ni pun rasa penat. dia menari tak berenti, nyanyi kuat pun, orait je atas stage. mana la dia dapat energy  lebih tu. 

dari seat yuyu, nampak macam ni la. walaupun tak zoom kamera. best kan? sound perfect, lighting gempak. apa lagi kau nak.


 
zoom sikit. thanks Simonce :')


di sana ada dua stage. dari stage utama, Beyonce terbang okeh ke stage lagi satu tu. terbangg! terbang dengan tali la. -.-' masa tu orang sorak, macam nak runtuh Perth Arena. berdoa je semoga mampu kahwin juga tanpa cacat cela dek runtuhnya stadium. haa. 


zoom lagiii. hehe. jeles pulak tengok VVIP audience. Beyonce siap sign siap lap peluh, bagi kat dorang. peluh pun takpe la. asalkan Beyonce. kannn.


konsert kali ni dengan penampilan  Beyonce yang terbaru. style rambut yang baru. pendek paras bahu. awww. lagi cantik! ekslusif kami dapat tengok dulu okay.

apa pun, gila puas hati la malam tu. dapat experience tengok konsert luar Malaysia, tempat pulak best, memang sampai hari ni teringat lagi dalam kepala otak. bagi yuyu, Beyonce sangat friendly. dia pandai ambil hati peminat. banyak buat lawak, bagi kami rasa tak muak nak tengok dia sampai dua jam. 

balik dari Australia, terus yuyu download habis lagu Beyonce. setiap kali dengar lagu dia, mesti teringat Perth. aww. insyaALLAH tahun depan, plan nak datang lagi. Amin.  

para pemenang contest SMS Pepsi dan para media. blogger pun media tau. ihik ^^


tahniah buat pemenang-pemenang contest SMS Pepsi. usaha dorang selalu join kontes, siap ada yang pernah ke Grammy Award memang hadiah tau. sorang pakcik tu, bulan depan pi UK pulak tengok bola. pun menang hadiah dari Pepsi. next time, mana mana contest dari Pepsi, kita join okay? janji?

mesti selalu buka website Pepsi ( www.pepsimalaysia.com ) atau page Pepsi ( facebook.com/pepsimalaysia ), untuk update kontes dorang. sebab selalunya hadiah dari Pepsi, mesti best best. 

apa pun, terima kasih buat Nuffnang sebab sudi pilih yuyu sebagai salah seorang media. terharu sampai rasa nak terjun bangunan empat tingkat :'( terima kasih juga buat Pepsi untuk peluang ni dan untuk layanan sangat baik di sana. lepas ni janji minum satu tin Pepsi!


terima kasih sudi baca :)

November 24, 2013

Walimatul U'rus Yuyu Zulaikha & Izwan Safuan (Onejet) ♥

198 comments
Assalamualaikum

p/s: serius entry ni mengundang rasa nak muntah. tolong tahan atau cepat cepat beli asam.

Macam tak percaya pulak 24hari saja lagi yuyu dah nak bernikah. padahal, baru-baru ni saja kami (yuyu & tunang) kira lagi 200hari nak nikah. alaa. cepat gila. yuyu pun tak tau sempat ke tak lagi nak buat preparation?

tup tup dah nak setahun kami bertunang. tup tup orang ni dah nak jadi puan. cececey. takut tau. siang malam tidur tak cukup. ingat by mid December, masa nikah, nak lah BMI normal sebab orang underweight mesti la takut nanti masa nikah nampak macam mayat pakai veil. tapi, terpaksa juga. underweight, tetap underweight. lepas kawen kot baru nak bertambah berat. ehheeeee. :')

jadi, entry kali ni, nak cerita serba sedikit pasal start perkenalan kami, sampai la saat saat nak jadi suami isteri.

Berkenalan
semuanya bermula dengan Myspace (2008). masing-masing kami kenal dari Myspace. Onejet ni budak Metal, sorry bro, i'olls layan budak Club je. budak-budak baru nak up la katakan. tegur-tegur kat Myspace, lepas tu buat sign-name pic. lagi pun, Onejet dulu hensem, muka jambu habis.

tapi, setakat tu je la, dalam beberapa hari berkawan. lepas tu, masing-masing diam.

zaman baru kenal di Facebook. tak perah jumpa lagi. Dia ex-bassist Massacre Conspiracy dan Vocalist Ballad For Layla.


dalam tahun 2010, masa yuyu di KUIS, masing-masing berkenal balik melalui Facebook. rapat sangat. tapi masing-masing dah couple. lepas habis couple, rapat kami, sampai gatal tahap wajib kamehame-haa dah. yuyu panggil dia "suamiku", onejet panggil yuyu "isteriku". atas dasar saja-saja padahal couple pun tak.

kamon yuyu. kamon laa. gatalnyaa -.-' *muntah kacang buncis serta merta*

kemudian, dalam beberapa minggu kami rapat, tiba-tiba masing masing lost contact. sumpah tak contact. Onejet PM di Facebook pun, macam errr.. budak Metal la. bla. bla. bla. dia selalu mengadu macam-macam di Facebook yuyu. heran pulak aku masa tu.


Fasa Serius
pertengahan 2012 pula, onejet contact yuyu balik. elok pula masa tu yuyu baru frust gila-gila. yuyu cuma fokus kepada study dan kerjaya yuyu. tapi kali ni dia macam amat serius. siap ajak jumpa. banyak kali juga yuyu reject. sampailah masa hujung-hujung Ramadhan tahun 2012, dia ajak juga berbuka puasa sama-sama.

prinsip yuyu, mana-mana lelaki yang nak keluar dengan yuyu, wajiblah minta kebenaran emak yuyu sebelum keluar. bila suruh dia minta kebenaran emak yuyu, dia "okay je". terkejut tau, ilek  je, berani la pulak. mak pun okay. bila dah jumpa, masih anggap kawan. dengan rambut panjangnya lagi.


Onejet selepas sehari kami berbuka puasa sama-sama. Ingat lagi tak? kita berbuka di OldTown. macam biasa, yuyu makan nasi tak pernah habis. :')


masa ni banyak benda lagi yuyu nak fikir selain couple-couple ni. takde masa dah untuk semua benda mengarut tu. ya ALLAH, kalau la boleh putar balik masa, memang tak nak couple couple ni. buang masa, menyiksa diri sendiri. please sapa yang tak couple, couple lah selepas berkahwin. lagi indah!

jadi, yuyu tetap dengan prinsip yuyu, malas couple. onejet pula setiap hari menunjukkan dia serius dengan yuyu. bila dah setiap hari tengok orang berusaha untuk kita, macam mana pun, mesti hati kita tersentuh. waktu birthday dia, onejet bawa yuyu jumpa dengan family dia. senang hati sangat bila semua family dia dapat terima yuyu.

kali ke-dua kami berjumpa. siap dating dengan family. malu tauu. esoknya terus dia potong rambut. ala. teringin rambut dia yang sumpah lemah longlai tu. awek betol la.


dari situ kami mula untuk serius.


Bertunang
tanpa melamar dengan bunga-bunga melutut bagai macam omputeh. satu hari, masa yuyu attend kursus kawen di KUIS. wajib hadir kalau kau nak grad. dengan hujan lebat ya Rabbi nya, dengan onejet baru balik keje lagi, dia datang bawa Subway untuk yuyu. sebab yuyu tak sempat makan. habis dia kuyup..

ya ALLAH, tersentuh pula hati yuyu. dalam seminar, orang tengah cerita pasal bab nikah, kami tengah merancang untuk bertunang. kami terus buat keputusan untuk bertunang. masing-masing bertanya pendapat mak bapak sendiri. emak yuyu on je. emak dia pun on sangat-sangat siap bagitau plan lepas kawen. kemain makcik ni :')

soal hati, takpe, insyaALLAH, boleh belajar untuk menerima dia kan.

lepas tu, kami banyak habiskan masa dengan perancangan bertunang. 17Disember2012, bertema pink pastel, rombongan dari lelaki dengan lima dulang berbalas tujuh dulang. mula-mula plan untuk nikah dulu pada Februari, enath macam mana ada banyak yang tak setuju, jadi kata sepakat Disember2013 akan berlansung.

the happiest girl in this universe.

syukurlah, walaupun tak nikah lagi, tapi masing-masing keluarga dah diikat untuk ke step seterusnya...step membina rumahtangga. amomomomooo

***

tak sangka pulak yuyu kahwin umur 24. sebab rancang nak bagi ada Master dulu. takpe, best juga, nanti amik Master, suami hantar ke kelas setiap hari. ihik. ingat lagi kan perenggan sebelum ni pasal yuyu takde hati pada onejet? tapi selepas bertunang, mula lembutkan hati untuk terima Onejet. dah nak jadi suami hoi.

sekarang, Alhamdulillah, dah makin dapat terima dia dan bersedia untuk terima dia sebagai suami. padahal dulu, selalu yakin je dengan ALLAH. bila sama-sama buat persiapan kawen, kau akan rasa benda tu lahaiii sweet sangat tau.

dulu rasa macam nyampah tengok, sekarang dah sejuk hati sangat. budak Metal dah potong rambut weyyy. pakai pun acah acah Aaron Aziz. dia punya sifat gentleman, buat rasa yuyu ni princess dalam dunia sendiri. dari situ, ada hati pada onejet, walaupun tak pernah yuyu cakap kat dia perkataan "I Love You"

dah boleh jadi suami dahh.


dia selalu tahu apa yang yuyu suka. :')



Walimatul U'rus
  Our Official Photographer : ThePuteh Production


InsyaALLAH 13Disember2013 (Jumaat) ni, kami akan bernikah di rumah yuyu di Kampung Lubuk Setul, Langkawi. malamnya akan ada kenduri. 14Disember2013 (Sabtu) adalah majlisnya. semuanya yuyu buat di rumah ja. secara gotong-royong. orang kampung kann.

di sini, yuyu dan mewakili keluarga yuyu menjemput pembaca belog yuyu semua untuk memeriahkan Majlis Pernikahan yuyu nanti. datang la jangan malu. di Langkawi nanti, cari je Kampung Lubuk Setul, kecik je kampung tu, jumpa la nanti.

kad jemputan dah banyak yang edar, kalau ada yang tak terpanggil lagi, maaf, sumpah sangat sibuk sekarang. datang je kalau lapang ya. doakan semua berjalan lancar dan rumahtangga kami diberkati ALLAH. amin.


terima kasih sudi baca :)

Tabiat Pembayaran Secara Sihat.

16 comments
Assalamualaikum

bulan lepas, bulan untuk yuyu shopping. SHOPPING. bayar bill dan beli barang dapur shopping jugak eh? okay la, konon-konon shopping la kan. tapi kali yang besar-besaran punya. sebab dua kali dalam setahun, mesti ada shopping secara besar-besaran. duit tu pakai pun besar-besaran juga la.

pilu je hati lepas check balik resit. T_T

tapi tu la kan, bila fikir-fikir balik, dulu punya habit nak membayar dengan sekarang punya, lain sangat. ingat lagi, masa mak nak beli barang-barang SPM, terus mak nak beli barang dapoq, mula dah withdraw duit untuk alat tulis, lepas tu, nak beli beras dengan bawang apa semua bala lagi, kena withdraw lagi. kami adik beradik, duduk bertinggung macam orang kalah judi kat tepi tangga sebab tunggu mak ke ATM terdekat. tu pun, 30minit kemudiannnn...

sadis gila. rasa macam nak heret adik balik rumah. tapi tu dulu la kan. sekarang, poket sebelah kiri bawa i/c, poket kanan bawa MasterCard Debit Card. habis citer. tak payah nak susahkan batin ulang alik ATM. tak payah nak kalut lenyek wallet dengan lesung batu jiran sebelah sebab tebal sangat duit khonnnn. -.-'

yuyu suka cara ni sekarang. apa-apa cara nak buat pembayaran kita pupukkan rasa nak guna debit card. penting untuk diri sendiri. cuba bayangkanlah.. lagi-lagi dengan MasterCard Debit Card.

kalau nak bayar bil telephone, bil eletrik, atau segala macam jenis bil lagi, dari susah-susah bawa duit berkepok, terus je banyak guna kad debit. rasanya cara tu lebih senang. tak payah nak bahagi, duit bil telepon dalam sampul surat ni, duit bil air dalam sampul surat tu.

dan rasanya sangat-sangat selamat. bila ada kita guna kad debit, duit kita lebih selamat kat bank sana nuhh dari ancaman. nak makan kat restoran, selit je debit kad dalam poket baju suami. 


lagipun, benda ni (MasterCard Debit Card) boleh sapa-sapa saja buka account kan. jadi, tak sepatutnya jadi isu la. yes. sapa-sapa pun boleh ada kad debit sekarang. kita-kita pun boleh access details account kita bila bila masa. ini berita gembira buat kalian buat. ehem-ehem *sambil jeling jeling usap dagu*

benda-benda macam ni bagus untuk financial management kita. setiap kali kita buat transaction, kita boleh check balik setiap satu. jadi, boleh la bulan depan nak plan macam mana pulak perbelanjaan kita. yang shopping banyak tu, siap la ikat perut bulan depan. ayok!


berjuta juta tempat di seluruh dunia menerima MasterCard Debit Card. nak travel sangat mudah dah sekarang termasuk restoran, hotel, ataupun online retailer. 

nak travel ke Jakarta lagi sekali lepas ni pun dah senang. tak yah risau sangat bab duit. like a bossss.



nanti kita sama-sama jadi card holder Debit Mastercard okay? janji?



terima kasih sudi baca :)

November 19, 2013

Mendekati Orang Asli ( Grik, Perak)

38 comments
Assalamualaikum

pernah tak korang try mendekati kehidupan Orang Asli? sebelum ni, yuyu selalu ingat yang dorang ni tak bergantung dengan duit sangat. kalau ada singgit je pun takde hal la. pucuk paku bersepah kat dalam hutan, habis nak best sikit,sumpit je ayam kan. 

tapi tuntas, kau jangan ingat sesenang tu je hidup sekarang. ini bukan zaman batu lagi dah. dorang pun ada kehidupan macam kita. nak masak guna tong gas. nak belajar, kena pi sekolah. nak makanan kena beli kat kedai, cuma dorang takde la terdedah nak gila fesbuk macam kita. heh!

bulan lepas, yuyu ikut rombongan CSR Maybank ke Kampung Chuweh, Gerik, Perak. bantuan kemanusiaan sangat tau. huhu. first time nak jumpa betul-betul dengan  orang asli. sekali sekala, kalau korang ada peluang join mende macam ni, jangan tolak. try la join.

Selamat datang ke perkampungan penuh dengan flora fauna. bebas jam, bebas asap lori, bebas Instagram mahupun fesbuk. back to real life.

untuk ke Kg Chuweh, kami kena naik bot kecik dulu. sempat la rasa kebas bontot dalam bot tu. 45minit weh. tapi, sepanjang perjalanan, apa yang kami nampak cuma, hutan yang amat hijau, langit terbentang biru, awak mengada puti gebu, angin yang ilek je buat kau lupa dah anak bini kat rumah. 

di sana, coverage memang takde. jangan la simpan hasrat nak live update Instagram. bawa la mengucap, esok-esok kan boleh? dah lama rasanya kita tak berenggang dengan technology. setiap masa dengan handphone, ipad takpun dengan tivi. saat ni, yuyu sedut kegembiraan dari alam semulajadi setamak mungkin. bhuhuhamuhuahua! (gelak orang tamak mata terjojol)

journalist dari The Star, NSTP dan KupuKupuKecik. ehh? petang tu, hujan lebat ya Rabbi. ini tanda tanda ALLAH memberkati perjalanan kami. Hujan kan Rahmat. hee. 

 
sebabkan hujan, aktiviti rafting kami terbantut dengan aktiviti makan ubi kayu panas dengan sumpah banyak nak mamposnya. kek pisang panas, dan ikan masak lemak panas. dan hujan, bagi pulak makanan panas. tak aci. saje je buat kami kelemasan dengan makanan! T_T sedap pulak tu.

sebenarnya, misi kami ke sana, untuk sama sama mengembleng tenaga dengan Maybank untuk projek H.E.A.R.T. yakni Helping Every Asian Rise Together. projek ini, Maybank peruntukan kewangan untuk membeli lampu solar yang tahan lama supaya keluarga orang asli dapat menikmati cahaya pada setiap malam.

korang bayangkanlah, setiap selepas pukoi 7malam, dah gelap gelemat dah. aktiviti depa penuh dengan tidur dan meraba raba lantai rumah kalau nak berjalan. jadi, sepatutnya aktiviti malam untuk belajar, untuk berborak dengan keluarga, untuk bermain dengan adik beradik, semuanya susah. 

setiap keluarga sekurang-kurangnya akan 2biji lampu solar. 100 biji diperuntukkan untuk perkampungan orang asli kali ni. dengan cara ni, sekurang-kurangnya, mereka akan lebih produktif di waktu malam. buat jala, menganyam, yang budak budak pulak boleh banyak belajar.

Kg. Chuweh adalah perkampungan yang pertama yang dapat solar-light bulb ni. InsyaALLAH, lepas ni dengan Project H.E.A.R.T, kita sama-sama donate untuk memberi lebih banyak peluang kepada 1:4 manusia di dunia ni yang masih takde lampu. jimat weyh. minyak sekarang dah mahal. 

donate tau kat sini : www.maybankprojectheart.com . walaupun kita donate sikit, setidaknya, kita memberi banyak  perubahan kepada dunia. dorang memerlukan sumbangan kita. 


 
awal-awal tu susah juga la nak rapat dengan dorang. masing-masing amik cekelat pun macam nak makan yuyu. tapi bila dah pandai amik hati dorang, dorang sangat friendly. cute! kalau pergi mana-mana, mesti dengar dorang panggil yuyu "kakak!" aloo. tampar kanggg :')

  
syurga dunia dorang. :')

kalau malam, pihak perempuan memang keje tidur je la. eye-bag takde okehh. kulit sekata. kalah i'olls yang pakai SKII ni. -.-'

dorang lebih bergantung kepada kraftangan untuk mencari rezeki. gelang tu RM4. tapi berapa kerat sangat la yang nak datang melawat dorang. jadi, berapa kerat je la dorang dapat setiap hari. itu pun kadang-kadang takde langsung. 

sepatutnya, besar macam ni dah didedahkan dengan belajar. tapi, nak ke sekolah pun dorang tak mampu. siang main sungai, malam tidur. dorang patut ada peluang untuk belajar macam kita. :'(

 
soft toy pertama dorang pernah ada. syok kemahen. -.-'


harap lepas ni, kita lebih sensetif dengan orang yang lebih memerlukan. share apa yang ada untuk kegembiraan orang lain. sedikit bantuan kita, mengubah banyak kehidupan dorang. 

  
malam tu, menggunakan solar-light bulb yang Maybank berikan pada Orang Asli, sedikit hiburan dari dorang di sewang (dewan) sebagai tanda  penghargaan untuk kami. penuh dengan senyum-senyum. syoq wehh depa buleh buat banyak aktiviti bila ada lampu.

hadiah dari orang kanan Tok Batin (penghulu).


sebelum ni, kita tak sedar pun kehadiran Orang Asli sangat memerlukan bantuan dari kita kan. dan kita pun tak sedar yang sebiji lampu dapat mengubah kehidupan orang lain. InsyaALLAH, lepas ni kita sama-sama bantu. di Malaysia saja pun ada ratusan ribu manusia tanpa elektrik, tanpa lampu. tu baru Malaysia, kalau Filipina? Thailand? tempat lain lagi?

janji tau! lepas ni, kita sama-sama membantu. sama-sama membantu dorang untuk kehidupan lebih cerah. janji? ala, sikit-sikit pun, banyak bagi yang memerlukan.

terima kasih sudi baca :)

November 10, 2013

Revel Up!

36 comments
Assalamualaikum

korang memang dah tau kan yuyu ada ajak korang datang ke roadshow Levis 26Oct hari tu? Jangan ngelat ehh cakap yuyu tak ajak. Habis canang satu belog siap post kat Instagram lepas tu Facebook lagi demi nak ajak beramai-ramai dengan korang di roadshow tu. Siap 10 terpilih dapat hadiah ekslusif dari Levis®.

haa. Rugi la kalau tak join wehh. Tapi, yang tak dapat datang nak buat macam mana khonn. doa banyak banyak agar lembut hati Levis® buat roadshow lagi. 

di hari kejadian, daripada 10 pemenang untuk laga-laga pipi, cuma yuyu sempat jumpa lima orang saja. Selebihnya ada yang datang masa yuyu dah blah, ada yang terperangkap dalam jem. Alaa. Sedihnyaaa. Tapi apapun, happy tu sampai hari ni. 


di sana, kami sama-sama try 360degrees camera. Kau posing bagai nak rak atas platform, acah acah Tyra Bank pun takpe. Takde sape tengok sebab tempat tu ditutup khas untuk selca puas-puas. Tapi, dah settle semua, nanti dapat pen drive Levis®siap ada gambar 360 kau + voucher RM20 untuk beli jeans Levis® Revel.

secara personal, jeans Levis® Revel memang daebak. paling best sebab dia bagi perasaan macam kulit kedua untuk kita. bila pakai, rasa macam jeans tengah peluk kita, walhal bila tengok kat cermin, tak ketat pun. selesa. sebab tu bila yuyu dapat je jeans Levis® Revel, lepas tu pakai banyak kali. banyak banyak kali.



me-REVEL-kan diri ^.^

aksi sweet. alololoomoomomomoooo

sekitar Roadshow Levi's® REVEL. ada yang sibuk join contest, ada tengah try jeans, ada tengah register, ada cari jeans paling sesuai, ada camwhore dengan 360camera. ada juga seketol buat buat candid di sana.

crew Levi's® yang gigih melayan semua tetamu. tetamu sangat tauu.

Kami semua dah try Levi's® REVEL, siap beli lagi. korang bila pulak?

apapun, terima kasih yang sudi datang ke roadshow ni. minta maaf maaf kalau ada yang datang, tapi yuyu dah balik. next time, terus je ke butik Levis®, try Levis® REVEL, mesti nak beli sehelai juga. sesuai kalau nak nampak sweet.

terima kasih sudi baca :)
© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.