August 31, 2013

Untuk Sahabat

24 comments
Assalamualaikum

bagi yuyu, nak jaga hubungan dengan sahabat sejati tu sangat senang. jujur, ikhlas bersahabat, dan saling bantu membantu kearah kebaikan. tapi, sekali sekali, reward untuk sahabat supaya dorang tau yang kita bahagia dengan dorang, sangat penting. 

alaa, dapat satu mesej "thank you for everything" pun dah rasa macam nak belanja Char Koey Toew setahun tau.

tapi macam mana kalau sahabat yang kita sayang sangat bagi satu dedikasi macam ni :



aww. Fatinnnn, kenapa sweet sampai macam ni. lap hingus dengan mermaid skirt diva ala ala Rozita Che Wan tauu. rasa macam, terharu sangat selama ni ada juga orang hargai sesi perkenalan selama 2 tahun ni. lepas tu, bila dah happy, tengok, sape pulak yuyu buat happy:



tengok, senang kan nak buat sahabat kita happy. at least, walaupun masing masing penat bekerja, dah berbulan bulan tak jumpa, asyik balas whatsapp je cakap nak jumpa tapi tak jumpa jumpa pun, dengan dedikasi macam ni, terubat sikit rindu bestfriend kita kan.

korang pun boleh buat macam yuyu, khas untuk sahabat tercinta, biar sahabat kita tahu yang kita sangat menghargai dorang.

nanti, ada satu TV show "SAHABAT" yang akan diudarakan pada 16September2013 5.30petang di Astro RIA, jadi, kita boleh hantar dedikasi kita untuk sahabat baik. hamai hamai. TV terus kauuu. bukan Facebook dah kali ni. siap boleh share sweet quote tauu!




yuyu dah buat, korang kena buat juga tau.

terima kasih sudi baca & selamat mencuba ^^

August 27, 2013

Apa Yang Penting Untuk Kecantikan Dalaman?

48 comments
Assalamualaikum

kulit cantik memang idaman semua manusia. tak kira perempuan tak kira laki tak kira tua atau muda. semua nak, cuma berbeza cara dan tahap kemalasan. kalau kau nak kulit cantik, tapi asyik mengharap kulit berubah serta merta dikala kau tidur, silalah sedar diri, tampar sikit. 

hatta yuyu sendiri pun macam macam ikhtiar buat nak kulit cantik. taksub tu takde, tapi selalu berusaha cari jalan kekalkan kesihatan kulit muka, lebih-lebih lagi ai nak kawen dah khonnn. ehem.

facial treatment dah buat. jumpa doktor kulit pun dah. Alhamdulillah. kulit dah takde masalah. tapi kita kena maintain malah kena meng-upgrade kecantikan kulit kita dari semasa ke semasa. gitu. dan sekarang, yuyu guna serum. pulak dahh.


yuyu yakin dengan serum ni sekarang. sebab betul betul berkesan. serum yang blogger lain dah terangkan boleh sapu dan boleh minum. ni bukan propa untuk meningkatkan produktiviti pemasaran. ya. Serum Biowhite Collagen memang siap boleh minum wey. 

dengan ramuan air suling, madu, ekstrak lidah buaya, rumpai laut, marin kolagen yang tengah menggila sekarang, sarang burung walit dan pati oren, apa korang expect dengan keberkesanannya? 5kali kesan baik tahu. bukan sekali, bukan dua kali, bukan tiga kali. tapi 5kali lebih memberi kesan baik. kalau nak pengsan, boleh la sekarang, sebelum yuyu masuk bab cara-cara guna.

*mohon sedar dari pengsan*




Ini yuyu sendiri selepas dah 6 hari ambil Serum Biowhite Collagen. walaupun ni ada filter dari Instagram, tapi secara jujur boleh cakap, yuyu lebih yakin keluar rumah tanpa secalit mekap.

kalau tepek compact powder ada UV protection tu, kira mekap juga ek?

untuk 60ml setiap botol, cara yuyu lebih jimat, untuk setiap hari sebelum tidur, yuyu cuma titis beberapa serum untuk sapu seluruh muka. setiap hari okay. tapi untuk setiap Isnin, Khamis, dan Sabtu yuyu akan minum satu sudu kecik sebelum sahur dan sebelum tidur. jimat wey cara ni. boleh tahan RM95 sebulan lebih juga.



jangan la ngeri pula bila yuyu bagitau yuyu minum serum ni. rasa macam madu je pun. siap kalau boleh nak teguk minum sebotol lagi. dalam 10 hari, InsyaALLAH, kita akan nampak perubahannya. adik-adik yang umur 16tahun, nak guna pun boleh. hakak yuyu lagi sayang. gituuu.

kalau nak tahu lebih lanjut, boleh try usha Facebook Page (Panacea Beauty Official) dorang. takpun call je la dorang (013-4449531/019-7300105) kot kot korang nak jadi stokis dorang ke, nak buat dropship ke tambah duit poket di rumah. kann.




p/s: senang-senang, layan la video dorang masa majlis pelancaran Serum Biowhite Collagen ni (LINK).


terima kasih sudi baca :)

August 25, 2013

Hong Kong Trip Part 1

48 comments
Assalamualaikum

best tau jadi blogger, untung-untung, orang bawa melancong free. hari tu Indonesia, lepas tu jalan-jalan satu Malaysia, baru-baru ni lepas rasa, Mary Kay bawa melancong Hong Kong. melancong sambil support model-model dari Malaysia untuk Mary Kay One Woman Can. 

syukur sampai lap hingus kat kain batik mak.


para Mary Kay One Woman Can dari Malaysia (Ayu, Reen, Shiela, Stephani) dan Singapore (Ephraim).

first time tau pijak kaki kat Hong Kong. benda paling yuyu takut adalah kehilangan kalori yang amat banyak. sana tak boleh sukahatimakbapakkau je nak menketedarah. sayang wey lemak-lemak badan yang selalu datang dan pergi macam tu je. 

entry ni, yuyu akan kongsi la apa sebenarnya yuyu buat di HongKong selama 4 hari tu. kemahen korang cakap pergi beraya, tahun ni lemang sempat makan 4 potong je tau.

Hari Pertama:

alaa, ilek je pakai baju macam nak pergi beli bawang yuyu ni kann.

pukul 12tengah hari lebih, kami semua dah sampai Hong Kong Airport. sampai je sana, terus check in hotel. Lanson Place Hotel, kalau google pun korang boleh terberanak tengok cantik dia macam mana. next entry okay, promise :)


ilek jap kat hotel, pukul 3 lebih, siap untuk manicure&padicure.

aktiviti manicure dan padicure untuk semua model, beauty consultant juga media. oh, yuyu termasuk media. ehem. terbatuk serta merta pulak. 


tang masa tu jugak la yuyu pakai inai, jadi setakat buffering bodo-bodo je mampu dorang buat, takut nanti inai jadi warna malas nak hidup kan. orang yang buat simple ni, balik la hotel lebih cepat. bagus la, rehat lama, malam tu nak dinner pulak.

masa nak makan, takut jugak dapat yang tak halal, tapi syukur la, sebab team Mary Kay seboleh boleh cari makanan halal, takde la kami yang beberapa ketol je Muslim ni rasa kebulur sangat.

tema dinner Black + Gold. tema yuyu, Lantak-Aku-Lah. 

Steve Dave, Vice President of Marketing dari Dallas. Dallas? okay lah, kena baik ni dengan orang ni, kot kot dapat handbag Coach sebijik. huhu. 


dari sebelum dari Hong Kong, yuyu dah demam, masa dinner tu, lagi rasa teruk, siap pening-pening, nak muntah, sejuk-sejuk badan, dah la esok pukul 7 kena siap tengok model training di The Space. adoi. Marina (manager Mary Kay dari Malaysia) suruh rehat lebih esok.

balik dinner, kak Shiela bagi ubat, makan, tidur sampai tak perasan tunang whatsapp beribu lemon. rindu ittew lettew. aloo, tampar kang :')


Hari Ke Dua:
model & beuaty consultant pagi pagi buta lepas Subuh dah training di The Space, media dan orang sakit ni pukul 12 lebih baru keluar hotel. sakit-sakit semalam hilang banyak dah. yuyu syak, mungkin sebab yuyu kurang rehat kot. tak cukup tidur.

sampai The Space, tengok model Taiwan tengah make up, model model dari Korea tengah buat rambut, Malaysia? dah siap dah, nak training untuk catwalk je. cepat tau. sampai kan Mr KK ketua Mary Kay dari Asia Pacific cakap, team Malaysia amat menepati masa. bangga namblas hari kami semua.

model, media, dan beauty consultant. blogger? selca dan instagram sampai lebam ye :)

model dan beauty consultant dari Philippine dan Malaysia tekun dengar Cara G share ilmu pasal kecantikan. 

ohh, Cara G ada bagi tips untuk badan cantik:

"makan bila lapar, jangan makan kalau tak lapar walaupun tu waktu makan"


untuk hari ke dua di Hong Kong ni, model model akan di nilai masa training dorang untuk photoshoot dengan Sean Lee Davies, hair styling dengan David Chung, catwalk dengan Cara G, styling dengan Christy. jadi, dengan hari tu juga la nak tahu sape #OneWomanCan tu.

dalam 2.30petang, masing masing trainig dah habis, yang Malaysia balik hotel dulu, sebab habis paling awal. aww. bagus. ada banyak masa untuk shopping. okay, yang untuk ni, tunggu next entry tau. promise! :')


Hari Ke Tiga:
hari yang paling semua orang  tunggu, tak sabar nak ke SKY100, cuba google kot kot terbeliak bijik mata korang. tapi last minit, lokasi bertukar sebab typhoon teruk sangat. tak boleh bawa props naik ke atas SKY100. ya ALLAH, masa tu rasa macam nak nangis kot. kalau tak, mesti panjang berjela lagi entry ni dengan gambar SubhanaALLAH cantik.

untuk keselamatan semua, terpaksa rela la kami akur. tapi dengar juga sokseksoksek orang lain sebab tak boleh naik SKY100. hmm.

pagi-pagi tu, terus bersuai kenal dengan orang atasan Mary Kay, saja ikut pihak Media Malaysia. abang Hafizan dari majalah EH! dan Siew dari The Chinese News. ada Chency blogger Malaysia juga, dan Shine blogger dari Singapore. 


eh! ada Yuyu Zulaikha la! -.-'

sementara kami blogger dan media ni bertemuramah dengan orang atasan Mary Kay Asia Pacific, yang model dan beauty consultant tengah kalut siap, mekap, photoshoot dan berlatih untuk catwalk malam nanti. aloo, syian dorang penat, kami siap lepak minum kat Starbuck bersaksikan typhoon kuat meniup habis serkup kepala.

lepas tu, balik guling-guling atas katil dan shopping, yang model dan beauty consultant tengah berhempas pulas lagi. alooo. syian syian syiannn!

pukul lima petang lebih, yang sepatutnya kami ke SKY100 terpaksa ke venue baru The Space. tapi takpe, tetap meriah cap Anita Sarawak walaupun sesak dengan orang ramai. dalam pukul8 lebih macam tu, acara yang semua orang nantikan bermula. semua nak tahu, sape #OneWomanCan tu yang boleh jadi model MaryKay siap photoshoot di New York nanti. hamai hamai!

satu-satunya model bertudung dari Malaysia, Kak Reen. semua sorak sorang suka dengan dia. siap jadi fav model emak Sean Lee Davies tau, elegant katanyee.


model model Mary Kay ni, adalah wanita wanita biasa yang tak tahu langsung pasal modeling. jadi event ni la Mary Kay train dorang kaw kaw. malam tu, baru nampak yang sebelum ni kayu je, masa tu nampak macam model dah bertahun tahun. taajub kuasa lapan!


TOP 8.  Sheila antara salah sorang model dari Malaysia yang dalam top 8. syabas! dan Ephraim dari Singapore. 


model Malaysia yang lain, walaupun tak termasuk Top8, dah syukur dah tau, bagi yuyu, model dari Malaysia bukan setakat cantik, tak sombong dan peramah berbanding model negara lain. okay lah, korang pemenang di hati Yuyu Zulaikha. gitu.


Fatima dari Philippine. cantik kann. ayu ayu Rozita Che Wan sangat dia.

Ephraim 2nd runner up dari Singapore, Yani 1st runner up dari Filipina dan Fatima winner #OneWomanCan dari Filipina. memang patut pun dorang memang. tahniah!


malam tu, macam takde sorang pun yang tak happy, memasing happy dengan negara masing-masing. Malaysia cara Malaysia, Korea cara Korea. rasa macam tengok citer Korea takde subtitle pulak masa tu. huhu.

dalam 11malam lebih kami sampai hotel, kebanyakan dorang shopping, eleh, kami yang media ni kan dan penat shopping *popping collar*. jadi yuyu lebih banyak keluar hotel tengok typhoon lepas tu masuk bilik kemas beg, esok dah nak berambus dah. hmm. hiba je hati.


Hari ke Empat:
ini hari last, pukul 10 kami dah siap siap ke Lantau, Hong Kong Airport. tskk. pagi pagi lepas Subuh, terus yuyu merayau sekitar Causeway Bay. tengok typhoon, tengok awan bergerak kalut macam nak kejar KTM, tengok orang Hong Kong yang memasing baru ngeliat nak buka kedai. aloo. rindu pulak.

bukan barang yuyu. serius siap hentak kepala kat dinding.


flight sepatutnya pukul 2.30petang, delayed sampai 4.30petang sebab typhoon Utor yang agak la dahsat dia. dengar kata Malaysia pun kena tempias juga, ek? Airport Hong Kong siap tutup sehari tau.

sampai je Malaysia, alaa, dah nak kena berpisah dengan semua model & beauty consultant. macam tak sedia lagi je. back to reality, takde lagi layanan VVIP di Malaysia, takde lagi  relax kepala otak macam di Hong Kong. sampai je KLIA, terus fikir pasal kerja. kerja. kerja.

panjang la pulak entry ni. tunggu tau next entry, pasal Yuyu dan Hong Kong. tunggu tau!

p/s: pemenang GiveAway Biotherm dan Christy.Ng dah diumumkan dan diemailkan kepada pemenang. hadiah pun dah selamat sampai. 

terima kasih sudi baca :)

August 18, 2013

Ehemm. Update Juga Belog.

63 comments
Assalamualaikum

selalu macam ni kan. bila nak update belog je, lepas tu, mak mintak jahit butang baju, lepas tu, nak update pulak, kawan ajak pi open house, nak update pulak, dupdapdupdap tak sabaq packing baju nak pi Hong Kong, nak update pulak, konon-konon menabur janji manis nak update belog selalu dulu tu, tengok-tengok dah 20 hari tak update.

sabar je laa.

oh, sebelum terlambat, yuyu nak ucapkan Selamat Hari Raya merangkap Selamat Hari Raya Enam juga buat semua pembaca belog yuyu. harap Ramadhan Kareen kali ni memberi sejuta makna buat hidup kita semua. terharu tak?

mini re-union dengan ex-classmates. ada yang dah kahwin, ada yang ada jadi ustazah, ada yang sambung master, ada juga yang dah nak kawen (ihik ai lee).


mood raya tak habis lagi tau. siap semalam, pi Mid Valley dengan tunang beli Rendang Tok nak cicah dengan Lemang. tu pun, lemang beli, empat ketoi besaq chett dah RM6.50. kesianlah musafir dari Langkawi macam ni. tssk.

tahun ni, raya macam kelam-kabut sikit. masa nak raya, orang sibuk buat preparation raya, yuyu sibuk buat preparation blah ke HongKong. kauuu. raya kat HongKong tau. padahal kerja.

pakai baju raya di HongKong. cool.


jadi, tunggu next entry tau. pasal raya edisi full, gituuuuu, dan entry mengenai Hong Kong. yaiy! tapi tak tahu bila ada masa lagi. teheee. InsyaALLAH.

terima kasih sudi baca :")
© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.