June 27, 2013

Mencairkan Hati.

53 comments
Assalamualaikum

minggu lepas, yuyu ikut family tunang yuyu pergi kenduri kawen cousin dia, Intan. malu tau. tak biasa lagi dengan bakal family baru yuyu tu. macam mana pun, kena biasakan diri juga kan. takut nanti kekok. tskk. sekarang pun kekok lagi.

tapi, bila sampai saja di majlis tu, terus rasa nak jerit, nak gigit pun ada. ada bayi comel! arghh. cair terus. terus lupa pasal pengantin, sekarang memang kepala otak fokus kat bayi comel tu. huhu. siap snap gambar banyak banyak weh. 

NawalSara. aloo. first time tengok gambar dia di Instagram abang arn (bakal abang ipar), terus buat wallpaper Whatsapp tau. bila dah nampak depan depan, mata dia besaq baq hang. mulut kecik toet je. putih gebu pulak tu, okaylah, doa banyak-banyak dalam hati nanti dapat anak comel macam tu. huhu.

susah sikit nak ambil hati dia. nak dukung tak nak. jual mahal. lama lama pujuk, dah nak balik kenduri, baru dia nak yuyu dukung. takpe la, dukung sekejap, namun hati dahku berbunga selamanya. -.-'

ini emak dan kakak NawalSara. bakal maksu yuyu. huhu. mak cantik. memang la. kakak dia omeyyyy sangat. cair tengok dorang. 

 
ni lagi satu budak comel nak kena gigit hidup hidup. Alin namanya. aloo, tak sempat snap gambar banyak banyak. dia asyik nak makan je. Alin ni, sampai je yuyu kat majlis kawen tu, terus cakap yuyu cantik. aww. pandai amik hati tau. okay lah, besar nanti Aunty Yuyu ajak Alin shopping okay.

entah la sekarang suka sangat budak-budak, lagi lagi baby yang bulan bulan lagi. dulu kauu, jumpa budak je, dah nyampah. dah la memekak macam enjin KTM dah uzur, lepas tu mengada sangat suruh dukung bagai. well, spesis tak sedar diri macam ai memang gitu. 

padahal, mak cakap, yuyu masa baby dulu, kalau nangis, satu kampung berganding bahu, rasa hiba tak boleh hidup aman tau. 

mungkin ikut peredaran usia kan. sekarang umur dah boleh geng dengan mak mak orang, mesti la sikit sebanyak suka budak budak. banyak juga yuyu nampak perubahan diri yuyu bila dah umur 24tahun ni. cara bergaul, cara berfikir, berkawan, macam macam la. 

paling jelas, dulu selalu wehh buat duckface, siap tak faham kenapa orang sumpah seranah bila upload gambar duckface. comel apaa. tapi sekarang,  geli geleman pulak tengok gambar dulu dulu. hoii, mencanak bulu roma tegak. seram. korang mesti pernah duckface juga kan? O.o

sekarang rilek je muka kalau bergambar. takde kemut kemut dah :
ohh, sebelum tu, banyak yang tanya pasal baju yuyu ni. masa di Bandung pun, Fatin, Ida, & Iena tanya benda yang sama, masa pergi majlis kawen Intan tu pun, yuyu pakai baju yang sama. dan, soalan sama, masing masing suka dengan Peplum yuyu ni.

sorry, Peplum yuyu ni dari House of Jazaba. Tribal Peplum, tapi sekarang dah habis dah yang Tribal punya, sedih kan. tapiiiii..

ada yang lagiiiii cantik! Peplum dari House of Jazaba juga, khas untuk raya ni. ada tiga pilihan warna cantik, biru, hijau dan purple. siap dengan kain corak Paisley lagi. rambang terus mata nak pilih untuk buat baju raya nanti. tskk. 




lebih baik korang cepat, sebab last order 30June2013 ni je. lepas tu dah habis dah. tak la baju Raya cantik. tskk. kalau nak, boleh try tengok sini ( LINK )

huhu, sempat pulak ajak korang shopping khonnn. ala, benda best, share je la dengan korang. 

terima kasih sudi baca :)

June 26, 2013

Wedding Preparation : Facial Treatment

77 comments
Assalamualaikum

sekarang ada berapa bulan saja lagi untuk Big Day yuyu. Big Day, Big Stress. sumpah tak tipu. rasa macam nak terberanak keluaq habis Mee Goreng makan tadi kalau fikir pasal Big Day ni. tapi tu la, nak tak nak, dah nak kawen, kau hadap la semua tu.

seperti yang dijanjikan, sikit sebanyak pasal persiapan hari bahagia nanti (cececeee orang tu dah nak kawen leww) yuyu akan kongsi. at least, nanti dah tua, boleh baca sama-sama dengan suami, anak dan cucu. tidakkah itu perkara suwit, kalian? :')

jadi, yuyu akan share dengan korang mengenai persiapan pertama, iaitu facial. yuyu ambik keputusan serta merta untuk kurangkan make up tebal nauu nanti. kalau boleh, nipis ala-ala omputih punya wedding. gitu.

lepas banyak buat research pasal product kecantikan. dari murah ke mahal, dari biasa je ke famous punya product kecantikan, yuyu dah try. nak kulit sihat kauu. tapi kesilapan adalah membabibuta je pakai tanpa tau kondisi kulit sendiri.

tunang yuyu suggestkan yuyu untuk jumpa doktor kulit sendiri. dan yuyu rasa, itu idea bernas lagi nanas dan shahnaz. -.-' lepas tu jadi satu keje dok pilih belungguk list doktor kulit pulak. pikiaq pasal hantaran tak habis habis, ni pasal doktor kulit. 

sesi meluahkan hajat. masuk je situ, dah macam masuk hospital. dah la putih semua, nampak macam doktor. nurse & ubat bagai. selesa sangat emosi dahku ini. :')

yuyu ambil keputusan untuk ke The DRx Clinic. sebab yuyu dah banyak kali baca review pasal DRx ni. memang hampir semuanya bagi keputusan terbaik. okay la. try. lagipun, yuyu pernah baca banyak kat magazine. dekat pulak tu dengan rumah, Plaza Damas, Hartamas je punn. 

sebenarnya, ada banyak je lagi. tapi takpe. try The DRx Clinic dulu.

selepas share dengan Joycelyn (stuff DRx) pasal hajat yuyu, step seterusnya diaturkan. selamat la hari tu tak ramai, pergi awal pagi kan. jadi, semuanya berjalan dengan sangat cepat. habis make up diremovenya. nak tengok kondisi kulit sebenarnya. ala. down terus. malu. hmm

step dua, photoshoot. bhaha. amik gambar kulit muka untuk tengok kondisi muka sebenarnya. semuanya guna hi-tech punya mesin. supaya boleh tengok berapa banyak kau ternak jerawat, sunburn, wrinkle, pigmentation dan sebagainya. 

lepas tu, gambar tadi beserta result kulit yuyu, diberi pada Dr.Jason. doktor ai kali ni u'olls. tau tak apa kata Dr. Jason pasal kulit yuyu? :

kulit you okay je, takde masalah sangat, cuma ada jerawat sikit, mungkin sebab hormon nak 'period', yang lain okay


sumpah happy rasa macam nak hentuk dinding je tau. bangga siot. tapi..


cuma, dah ada tanda tanda pigmentation, you tak pakai sunscreen ye? kulit you tak even. kurang glow. 

tskk T_T terjun bagunan sekarang. habis, apa tadi yang 'okay' tu? nak tak nak je pasrah masa ni. memang pun, kalau sunscreen, susah sungguh nak pakai. malas tau muka minyak masak. rasa macam nak kena goreng je. hmm.

jadi, dapat la syarahan tajuk "Penjagaan Muka" dari Dr. Jason.  tapi makin bersemangat, sebab beliau sudi tolong membuat yang terbaik. happy tau. banyak la tips dan info yang Dr. Jason kongsi masa tu.

dan buat masa ni, yuyu kena stop dengan mana mana product lain, yuyu kena concentrate dengan product yang dari clinic Derma-Rx Exclusive yang hanya ada di The DRx Clinic je. lagipun yuyu macam yakin sikit, product dari doktor sendiri kan. takde chemical yang tak perlu, tanpa pewangi, dan pengawet. i loike.

step by step penggunaan product yang betul dorang ajar. memandangkan kulit yuyu "OKAY" je, jadi, takde la banyak sangat product yuyu kena guna. 

mempersembahkannn!
product dari DRx Clinic sendiri. Derma-R. product diberi ikut kondosi dan keperluan kulit kita. kalau untuk yuyu, yang tu je la. kebanyakkan product, cuma pakai bila perlu. ♥

secara personal, puas hati sangat la hari tu, tapi tak tau lagi kan kesannya macam mana. berserah je pada ALLAH sekarang. ni usaha. InsyaALLAH, lepas tiga minggu pakai product, yuyu kena lagi pergi DRx Clinic untuk facial treatment (yang sesuai dan kalau perlu)

dan InsyaALLAH, lepas ni, yuyu harap, nanti Big Day, mampulah aku make up nipis nipis u'olls. Amin. 


ini gambar konon-konon photoshoot tadi tu. 18June2013. InsyaALLAH nanti, parut takde, tone lebih even, glow menghelip mengelap muka ai. gituu. eyebag pun sekarang dah kurang. Alhamdulillah.

takpe, kita tengok awal bulan depan, macam mana result muka yuyu. kalau okay, korang haruslah bermuafakat antara satu sama lain untuk berganding bahu ke The DRx Clinic. jumpa Dr. Jason. 


jumpa tiga minggu lagi DRx Clinic! 

kalau nak try, boleh try contact dorang dulu untuk appointment ( 03-62013088 ), tak pun try tengok website dorang dulu, tak banyak tahu pasal DRx ni, sebab dorang asal dari Singapore, cuma baru je base di KL. check juga la Facebook dorang. 

yuyu pun dapat tau dari blogger Singapore. lepas tu jumpa review di magazine CLEO. dorang win best product. sebab tu lagi terhegeh hegeh nak datang. semoga entry ni, membantu juga bakal pengantin atau sapa sapa yang teringin dapat nasihat kulit. Amin.

harap semuanya memberi hasil positif dan awesome. kalau tak, ni entry terakhir pasal DRx untuk korang. -.-'

terima kasih sudi baca :)

June 24, 2013

Seteres.

73 comments
Assalamualaikum

tahu tak, sekarang ni yuyu selalu demam, pening, selsema lepas tu sembuh, lepas tu jadi balik. wuu T_T sumpah tak best tau. sebab kadang kadang, nak buat satu hape benda pun tak jadi. buat kerja sikit, lepas tu terbongkang atas katil lama lama. ambikk. gejala tak sihat berleluasa. 

bila tanya doktor, sebabnya cuma tak cukup rehat. serius tak cukup rehat? rasa macam terlebih rehat ada la. lepas tu doktor cakap, mungkin rasa macam cukup rehat, tapi bukan rehat yang sempurna. lepas tu makan yang tak cukup semua nutrisi. okay fine. yang tu boleh terima. kadang kadang makan pun ape benda je la kann, cekelat, roti calit cekelat, lepas tu makan benda takde sayur. 

sadis la macam ni. 

lagi, mungkin sebab stress lebih kot. kot la. faham faham je la. lagi enam bulan kan. preparation macam macam pulak kena buat. hantaran lagi, catering lagi, baju lagi. hmm. lagi macam nak mampos, bila yuyu cuba nak jimatkan duit, semua nak buat sendiri. malam malam googled pasal DIY bunga telur. gigihh kauu. 

nak balik Langkawi, nak gomol gomol Puteh ni :'(

sekarang pula, yuyu dah start jaga muka. ini betul betul jaga muka. jaga tahap kamehamehaaa. sebab yuyu ingat masa majlis nanti, yuyu tak nak bermake-up tebal. hee. malu tauu. jadi, dari satu product yuyu cuba, sampai la tadi, yuyu jumpa pakar kulit. nak tahu la apa kondisi kulit yuyu sekarang.

part tu, yuyu share nanti ye. tunggu tauu :)

lepas tu lagi, kemain banyak pula minta yuyu update belog. tu laa pasal, yuyu sendiri pun nak update belog, tapi, paham paham la, seperti sedia maklum paklom toklom, kesihatan mencemburui kita. gituu. 

sekarang, solusi yuyu adalah :
  1. tidur lebih awal dan cukup. untuk dapatkan rehat yang amat cukup. amat okay.
  2. makan lebih berkhasiat. yuyu dah mula nak ambil sayur. pahit macam nak muntah serta merta pun tetap dahku cuba tahan demi mendapat kehidupan lebih bahagia. cecehh.
  3. bahagikan masa, satu untuk habiskan internship, dua, masa untuk fikir pasal BIG DAY, tiga, masa ntuk rehat, empat, masa untuk kerja. 
  4. banyak doa untuk kesihatan diri, dan ketenangan hati dan fikiran. ALLAH saja mampu buat semuanya. InsyaALLAH

dan, masa ni, yuyu faham, makin lama, makin banyak kita akan rasa tanggungjawab kita dalam kehidupan kan. tu ujian kita untuk berhadapan dengan masalah dunia. baru dunia, tanggungjawab kita untuk akhirat. ingat ingat. :')

bila stress macam ni, lega pula boleh share dengan korang semua stress tu dengan belog. mungkin, ni tanda tanda yuyu tak boleh lama lama tak update belog kot. hee. apapun, please doakan semuanya berjalan lancar, dan kesihatan yuyu semakin baik. Amin Aminn Ya RABB.

terima kasih sudi baca :)

June 23, 2013

Untuk Kulit Lebih Sihat.

42 comments
Assalamualaikum

okay, sambil sambil tengok Che' Ta tengah masak kat MasterChef Selebriti ni, teringin pulak yuyu share dengan korang pasal event Dove yuyu join minggu lepas. personal invitation dari pihak Dove sendiri. benda macam ni, memang rajin sikit yuyu join. sebab boleh personally kenal dengan product itu sendiri kan. 

event kali ni, Dove banyak kongsikan untuk penjagaan kulit kita. benda yang selalu kita buat, tapi benda yang selalu kita pandang remeh. okay la, kena jujur, selalu kalau bab kulit badan ni, buat bodo je, asal mandi, sental je dengan mana mana sabun, habis sangat kalau kering, tenyeh losyen.

ewhh. aktiviti tak sihat sangat selama ni. 

the pretty host, and beautiful place :')

and ever pretty yet gorgeous ladies. okay, pengsan. shawl pun tak iron. kemahenn nak gojes. -.-'

jadi, bila dapat perkongsian dari pakar pakar sendiri tentang penjagaan kulit, baru masing masing tersedar. kulit sangat penting, kau nak umur baru 30 tahun, kering kedut kedut sana sini? lepas tu kendur macam dagu opah sebelah rumah? -.-'

takut wehh. 


sebab tu penting cara mandian yang betul. kalau pilih sabun, sepatutnya, pilih sabun yang mempunyai formula pelembab. kalau tak, kulit dah tak lawa, nak rawat, memang susah la. macam ai ni. tapi takpe, lepas ni, sama sama kita mula memilih sabun yang mempunyai pelembab.

lagi lagi sabun yang ada SUSU. fungsi susu untuk melembabkan kulit tak payah nak berdebat dah. tapi kalau nak mandi susu setiap hari, mampu? 

dari situ, DOVE menemui penemuan baru, yakni mencipta mandian berunsur susu. penting untuk menjaga kesejahteraan kulit wanita sejagat. sebab memang motif DOVE selama dah 58 tahun dah untuk memberi sesuatu manfaat terhadap penjagaan kulit. kan.

dengan terhasilnya formula NutriumMoisture, InsyaALLAH, lipid dan protien kulit akan sentiasalah terjaga. jadi, takde la kulit kering kering kedut leher opah lagi lepas ni.

Dove, Nouring Body Wash dengan formula NutriumMoisture. perfect body wash for healthy and beautiful skin. trust me, it's amazing!

masa ni juga, ada ujian kelembapan sebelum dan selepas kita guna Air sahaja, cuci guna Susu, dan cuci guna Dove Body Wash. tahu tak, tahap kelembapan bila guna Dove lagi tinggi dari guna susu. apa hebat sangat la mendealah ni. kami semua taajub tahap gaban masa ni.

yaiy! lepas ni, kepada diri sendiri, ingat, kena guna body wash yang betul, cara cuci badan pun kena la betul. best pula event macam ni kan. kalau tak join, sampai mampos la yuyu sental sental dengan amat tragis sekali dengan sabun ntah pape. lepas tu, merungut kulit tak okay.

dah selesai sesi pasal kulit, kami semua ada sesi yang lagi menarik! aww. suka tau buat orang happy! nangis kang.

MEMASAK! kecintaan hati dahku! tapi team yuyu kena buat salad. takpe la. salad pun okay. kalau nampak carrot tu, tu la carrot yang Fatin parut, kalau nampak bawang dengan walnut, hamba la yang menggoreng lalu mencingcang lumat beliau. alaa. boleh kawen dah la cam ni! ^^



tapi tu la, lepas masak, tak sempat makan, sebab yuyu berebut ke event lagi satu. wuu T_T nangis dalam kete, lalu tutup muka dengan selendang tak iron itu. apakah ini dugaan dunia? overrated. 

secara personal, selepas yuyu guna dalam beberapa hari saja Dove Body Wash yang bersusu (original), hari ni, yuyu tengok banyak perubahan. bukan kipas kipas tau, ni jujur. memang tak perlu pakai losyen dah lepas mandi. lembab banyak jam juga la. korang patut try juga la, lagi lagi yang kulit kering. 

tapi ingat, pesan pakar dari Dove hari tu, waktu ideal nak mandi maksima 15 minit. ingat, jangan sental lama lama, nanti protein dan lipid semulajadi kulit akan rosak. 

terima kasih sudi baca :)

June 12, 2013

Innershine. ♥

61 comments
Assalamualaikum

baru-baru ni, yuyu dijemput untuk ke new product launch event dari BRAND's Innershine. siap tema purple lagi. jenuh juga la nak cari baju yang sesuai dengan majlis kaler purple ni. nak tak nak, dah la hari tu juga ada audition, jadi kena pilih baju yang sesuai dengan dua benda alah tu.


baju kurung kedah modern jadi pilihan. okay la. penat tau jahit tengah tengah malam T_T


masa sampai saja Grand Millenium, event baru satt satt saja  mula. terus tengok Altimet & Adeeb perform dulu. awal awal lagi dah nyanyi lagu CANTIK. alaa. terus terbayang bayang macam macam muka duta baru BRAND'S Innershine.


 Cantik. dirimu buatku tertarik. thanks Altimet & Adeeb. kite malu tauu :')


picture courtesy KIFLY MALLY


tengah tengah dorang menyanyi, tetiba keluar Izara Aishah dari pintu Innershine tu. seperais sangat aih. lawa SubhanaALLAH. yuyu yang tengah makan Salmon  pun terus surrender letak garfu tepi lap peluh tengok dia dulu. lagi cantik dari dalam tivi! 

sekarang ni, baru yuyu tahu, rupanya selama ni yang jadi serabut kepala otak pasal 'buah hati' Izara Aishah adalah BRAND'S Innershin Pati Prun dan Camu Camu. formulasi baru dari Brand's Innershine tau. aww. nak tiru dia juga la macam ni. :')


New Brand's Innershine Ambassador. Adore her talent and beauty. Izara Aishah. picture courtesy SizzlingSuzai. 

tak sempat nak ambil banyak banyak gambar lawa. yuyu lupa bawa DSLR. hmm. guna phone, korang faham jela kan. nyakitkan hati je. 

tapi yang penting Camu Camu adalah sejenis buah yang mempunyai kuasa 30 hingga 50 kali ganda banyaknya Vitamin C berbanding buah limau. hebakk baq hang. bagus la untuk hasilkan kolagen baru, untuk immune diri, paling bagus untuk kecantikan kulit yang tak terhengganya. 

hebakk kan kan. sekarang, boleh dapat manfaat untuk kesihatan dan kecantikan dalam satu botol setiap hari. setiap malam satu botol. patut la Izara Aishah nampak sihat dan cantik. kalau cantik saja tak okay mana pun kan. 

doorgift.


masa event hampir selesai, semua hadirin hadirat diberi satu kotak hadiah. amomomoo. sweet sangat sapa suruh ni. buka buka kotak kauuuuu, rantai butterfly purple, tiga 4 botol BRAND'S Innershine Pati Prun dan Camu Camu tuu...

thanks BRAND'S Innershine. terharu tau kalau selalu macam ni. :')

tindak balas BRAND'S Innershine Pati Prun dan Camu Camu. begitu aktif ya. 


dah balik rumah, tak nyempat pulak nak minum Innershine tu. ntah pape kan. tapi bila minum jaaa, sedap Ya Rabbi. lagi sedap dari yang Prun Plus. tekstur lagi licin la. telan pun sayang sayang je tau. ingat lepas ni dah habis 4 botol, yuyu nak beli satu kotak terus. buat minum setiap malam.

mohon kulit yuyu secantik Izara Aishah la. mohon juga kalian lepas ni panggil Izara Yuyu je la. ihiks ^^

terima kasih sudi baca :)

June 7, 2013

Yakin Dan Seksi.

73 comments
Assalamualaikum

Minggu lepas punya cerita, yuyu dapat invittion untuk meraikan keluaran baru Dove. benda ni patut tak ditolak. sebab, sebagai peminat tegar Dove (kipas semaksima mungkin), benda benda baru haruslah diambil tahu lebih awal dari korang semua. 

event berlangsung dengan ohemjaynya. dari segi logistik juga aturcara majlis, sangat lima binatang bintang. 

sampai sampai terus posing untuk photoshoot. namun tak sempat bagi pose maut Tyra Bank sebab , awal lagi weh. tak kenal sesapa. malu. biasalah bila dilahirkan sebagai pemalu lagi sopan santun ni. -.-'

dah nampak geng. Kak Iza. hakak okey. jangan ingat beliau 19tahun. dah beranak dua dah. masa ni kami emulunkan diri personalize singlet petition. gittuuu. boleh ikut suka hati tau.

yuyu kenal Dove masa sekolah menengah lagi. masa tu juga yuyu guna shampoo Dove. lepas tu, setiap product Dove, yuyu menggila. puas hati dan sesuai dengan yuyu sendiri. lepas tu, pakai pula shower cream Dove, dan sekarang bila tahu Dove ada Deodorant Spray, mesti la guna brand ni pula kan lepas ni.

bagi yuyu, Dove memang menghargai perempuan. setiap product dari Dove betul betul untuk memberikan extra confident untuk kita kita semua. terharu tak? okay. yuyu terharu sorang sorang je. jenis ntah pape selalu begini.

dari situ, kami semua hadirin majlis launching new Dove products, di educate kan dengan hal hal kecantikan. banyak benda yang kita pandang ringan sangat, jadi satu kesalahan kita. takmo takmo. contohnya :

 
tahukah anda (walhal yuyu baru tahu malam tu, demmm):

    1) mencabut bulu pada bahagian Kety (nama glamour ketiak) dengan cara yang salah boleh mengakibatkan Kety hitam. 
       2) bulu Kety boleh di cabut, di shave, di wax, juga boleh di epilate. empat kaedah dengan kebaikan dan keburukan memasing. 
        3) kalau nak tahan lama dan kurang risiko sakit dan infection, kaedah mencabut adalah terbaik. 
        4) shaving mengurangkan masalah iritasi, tapi cara yang salah boleh menyebabkan bahagian Kety hitam. mestilah memastikan arah untuk shave dan arah bulu Kety sama selari. 
        
penjagaan rapi pada bahagian Kety sangat penting. kau nak angkat je tangan orang lain dah segan silu nak tengok Kety hitam legam lepas tu bau jamban. nak? kalau tak nak, bulu bulu rapikan dengan cara yang betul,  pastikan makan juga betul kalau nak badan sihat dan menghasilkan bau bau badan harum. 

dan juga extraaaaa penjagaan seperti roll deodorant Dove dengan tiga jenis, Original berbau segar macam baru lepas mandi, Unscented dengan tanpa bau, dan Silk Dry untuk haruman  yang manis manis gitu. boleh juga cuba Dove Deodorant Spray. okay ni fav yuyu sekarang. lep lep

penting di sini, keluaran Dove kali ni, akan mencerahkan bahagian Kety dalam masa tujuh hari. ya. 7 ya. betul atau propa brand, yuyu kena tahu juga ni. mesti cuba.

reward untuk orang yang pening dengan hal internship. manicure masa event. sweet la dorang ni.

personalize petition dari Yuyu Zulaikha yang sexy. bhahaha. muntah la sekarang kalau dah tak tahan.

sekarang banyak saja cara untuk kita lebih yakin dengan diri kita. bau badan dah ada solution, masalah baju kuning kuning bahagiaan Kety, dah ada solution. jadi sekarang, pilihan di tangan kita. terus tak berkeyakinan, atau buatkan hari lebih sexy dengan keyakinan yang kita miliki dalam masa 7hari. amboi. 

pilihan yuyu untuk tampak lebih seksi dengan keyakinan yang ada. seksi sangat. mampu?

takda alasan lagi tau untuk lebih yakin dengan diri sendiri lepas ni. 

ingat kan pasa pemutihan bahagian cik Kety dalam masa 7 hari. jadi, yuyu menyahut seruan Dove Deo 7Days Challenges ni. start hari ni, yuyu akan pakai deodorant ni. dan tunggu keputusan Dove Deo 7Days Challenges ni dalam entry yuyu seterusnya..

tunggu tau. kalau yuyu berjaya, kita mesti berjemaah pakai Dove Deo lepas ni! opss. tengok juga video ni. 


terima kasih sudi baca :)

June 5, 2013

Kehidupan Semasa dan Simple GiveAway.

159 comments
Assalamualaikum

Ya ALLAH, Alhamdulillah sangat ada masa untuk berbelog. dan syukur sangat masih ramai yang selalu singgah belog yuyu walaupun yuyu busy macam ni. terharu campur lapar nasi goreng ayam sangat macam ni. sebagai token, baca entry ni sehabisnya, ada mini give away untuk kalian.

eceh. kalian sangat.


Birthday Party
jadi, entry kali ni, yuyu nak cerita kaw kaw pasal life yuyu. sepatutnya, 22May hari tu, yuyu dah update pasal birthday yuyu. tapi busy baq hang. sampai birthday yuyu lagi sehari pun, yuyu ingatkan tiga hari lagi. lepas tu, bila orang buat surprise, ambik kauuuu..

thanks fatin, ida dan iena sebab susah susah buat kite susah hati. ahh. mencik la macam ni. selalu tau buat kite happy melampau. tskk T_T

lepas tu balik dari celebrate dengan BFF, tunang yuyu pulak buat surprise dengan Chocolate Cheese Cake dia. alaa. syukurnya dikelilinga dengan orang sweet sweet. tengah tengah malam, emak call, wish birthday dengan adik dan abah di pantai. itu sentap!

dah 24 tahun dah yuyu sekarang. makin matang, makin banyak pengalaman dalam hidup, makin dekat dengan mati. Ya ALLAH, semoga umur kita penuh dengan redha-Nya. Amin.


Study, Internship & Work
sekarang yang jadi yuyu sikit busy, sebab internship. nak update belog di office, macam serba salah pulak. dah balik rumah, nak update, penat kauuu. tapi tu la life. time management mesti sangat bijak kalau betul nak berjaya. dan sekarang yuyu tengah adaptasi dunia baru. omaigod. ayat.

banyak juga yang tanya yuyu plan lepas internship. yuyu decide untuk kerja sendiri, blogging, buat bisness sendiri lepas internship ni. sambil ambil pjj master. InsyaALLAH. ilmu kan, walaupun kita nak kerja sendiri, tak semestinya kita tak boleh ambil sampai phD.

tapi macam sedih sikit bila ada orang lekehkan kerja yuyu dengan blogging. bila tau yuyu decide kerja sendiri, ada je yang cakap

"tak kebulur ke kalau blogging je nanti?"

"lebih baik kerja dengan orang. at least dapat duit setiap bulan"

Alhamdulillah. kata kata macam tu yuyu tak terasa sangat. yuyu tahu apa kemampuan yuyu. rezeki masing masing kan. yuyu lebih suka bekerja sendiri. lebih banyak masa dengan family. ye la. kan dah nak kawen. uhuk uhuk. kite tak suka la terbatuk batuk tanpa sebab ni. -.-'

bila yuyu decide untuk kerja sendiri, yuyu ada reason sendiri. yuyu lebih suka berdikari dan usaha lebih. itu bagi lebih kepuasan dalam hidup yuyu. 

pasal kebulur, nama Rezeki. usaha, tawakal, dan terus doa. ada saja rezeki untuk orang yang berusaha. kalau rasa dunia blog tak boleh jadi kerja, secara jujur, selama yuyu jadi student sepenuh masa, dan blogger separuh masa, Alhamdulillah, yuyu mampu ada kehidupan yang tak menyusahkan orang lain. 

bukan nak riak, tapi jangan pandang sinis dengan kerja orang lain. itu nama rezeki. dan yuyu percaya, niat yuyu untuk lebih banyak masa dengan family dan bakal family baru yuyu tak lama lagi, ALLAH suka. InsyaALLAH, banyak rezeki atas mukabumi ni. 



Nuffnang
alaa. serius sangat pulak khonn perenggan atas ni. emo tauu. tak suka orang pandang rendah dengan kerja yuyu. uwarr T_T

tapi, paling best bulan ni, terima kasih Nuffnang sebab sudi jadikan yuyu sebagai Blogger Of The Month (BOTM)! yaiy! dulu selalu berangan je nak difeaturedkan di Nuffnang BOTM tu. sekali dapat call masa nak birthday yuyu tu, kauuuu, yuyu punya happy sampai masak Ayam Masak Merah jadi Ayam Masak Hitam!

nahh, baca lengkap kat sini. baca tau. kalau tak, merajuk enam hari! ( Link )

dapat pengalaman dan peluang macam ni, happy sangat tau. ye la. yuyu ni blogger cikai cikai je. dalam semua ni, rasa lebih bersemangat jitu pulak nak berbelog lagi. gituuu. :')

apa pun, terima kasih Nuffnang sebab sudi pilih kite yang amat naif lagi ni. dan terima kasih kepada semua pembaca belog yuyu, yang sokong penulisan yuyu, sebab korang la yuyu sampai tahap eksaited gini ni. lep lep lep banyak kali. ♥ ♥ 



***



untuk penghargaan buat korang semua, simple giveaway yuyu buat sebagai token. ala. simple je.

step satu : jawab soalan di ruangan komen beserta email.

soalan : bila birthday yuyu?

itu saja. pemenang dipilih melalui kretiviti. dan yuyu akan emailkan pemenangnya. dan hadiah adalah...

Rainbow Quran

p/s: kite tukar soalan sebab rasa macam susah pulak. ihik

terima kasih sudi baca & good luck! :)
© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.