May 31, 2013

Peluang ke Bali.

48 comments
Assalamualaikum

yuyu ni, benda benda berbentuk kemasyarakatan dan kemakmuran tubuh badan sendiri, memang minat sikit. hujung minggu rajin rajin hampar Yoga mat, lepas tu terbongkang Yoga sengsorang. tak pun pergi taman Botani dengan tunang, masing masing jogging. tapi yang paling tercorot sambil rehat tak ngalah, tau tau la khonn. :')

sekali sekala, kalau ada marathon, rajin juga mengadap benda benda macam ni. walaupun paling jauh pun 5km. tskk T_T lepas tu nak bagitau suka marathon tahap gaban kan.

tapi, cuba bayangkan...ini.... 

marathon dengan route yang SubhanaALLAH melampau cantik di Bali. ya. Bali ya..

penginapan percuma untuk DUA orang, lepas dah penat Marathon tadi, siap dengan Spa percuma. serius, kalau sapa tak pernah cuba spa di Indonesia, sekali try, balik Malaysia mesti hentak kaki nak datang spa dorang lagi.

over kauuu best dia. 

tapi ni la realiti untung untung kalau kita menang kontest dari Maybank ni. simple tak ngalah punya kontes pun boleh dapat hadiah macam tu khonnn. apa la baik hati sangat dunia sekarang ni. padahal jawab satu soalan mudah je. 

"Why do you think BALI is the perfect place for marathon?"

lepas tu cenggitu je dapat tiket pergi balik ke Bali, penginapan mewah, spa free, makan free bagai untuk DUA orang. sia sia je jadi reward untuk orang yang kita sayang kan. bawa spouse ke, tak pun BFF, mak ayah ke. sebab masa tu disediakan games dan entertainment juga.

kalau yuyu menang, yuyu bawa emak kot, lepas tu beli tiket lagi untuk abah dan adik adik. boleh la dorang happy happy sikit June nanti. tapi kena cepat cepat join kontes ni la, sebab last sampai 5JUNE2013 je. tak banyak masa dah kann.

kalau nak tahu lebih lanjut, hadiah, penyertaan apa la bagai, boleh try check SINI okay. jangan lupa tau sama sama join kontes Maybank ni. nahh (LINK), like, dan jawab soalan sekarang.

semoga berjaya....

terima kasih sudi baca :)

May 29, 2013

Kesejahteraan Handphone.

62 comments
Assalamualaikum

di Benteng Martello, Jakarta. credit pakaian daripada Nia's Collections


sekarang handphone dah sangat penting kan. phone yuyu ni, selalu sungguh bunyi. kadang kadang bangun solat Subuh pun, dah ada whatsapp pasal bisnes. tu baru pagi, kalau tengah hari, petang, malam? tak rasa banyak pula call satu hari tu.

harap tak dapat la apa apa kesan jangka masa panjang dengan guna menatang henfon ni sangat. keje kan. nak tak nak, takkan nak usung celah ketiak mende ipad. besaq sangat aihh.

masa bercuti di Indonesia dulu, kesalahan besar terhadap diri sendiri adalah tak banyak plan pasal kesejahteraan henfon. jadi, bila bawa phone, nak Instagram satu hal, nak check email lagi, nak facebook bagai lagi, apa lagi guna camera phone setiap sudut Indonesia.

jadi, battery flat taknak ngalah. masa petang tu dapat email dari cliet, tiba tiba nak balas tak boleh, sebab bateri phone dah habis. tskk T_T penting kot. takde rezeki untuk audition jadi host tivi tau. besaq sangat peluang tu.

lepas tu, masa kat Magnum Cafe kauu, tak boleh nak tangkap gambar setamak mungkin, sebab bateri henset juga. malas sangat nak usung mende Nikon 1 yuyu. tu juga satu kesilapan besar tak buat perancangan untuk henset.

jadi, balik Malaysia, terus cari terus Power Bank


power bank sangat membantu pada era manusia terkejar dengan dunia sosial network sebegini. ewah. dah macam nyawa kedua henset kita. kalau yang tak aktif sangat travel okay la. yang aktif kemain bagaikan Yuyu Zulaikha (gilis diri sendiri dengan mesin rumput), banyak luangkan masa luar rumah, power bank amat penting.

kalau korang nak power bank bagus, yuyu suggestkan jenama Pineng. yuyu dapat dari website TheFaizIbrahim ni. sebab power bank yang jenama Pineng ni bagus sangat. siap boleh tahu peratus energy power bank tu terus. boleh la plan kan kalau nak keluar.

lagi best sebab kalau nak phone kita fully charged, dia akan stop charging, jadi takde la bateri phone kita overcharge. tu yang bahaya kalau overcharge. cepat rosak bateri. haa.

ada plug dua kaki tau. nak travel overseas senang sangat. :')

bagus la power bank dari TheFaizIbrahim ni. sebab selalu tengok power bank lain macam tak berkualiti sangat. yuyu punya ni 11200mAh je, tapi boleh charge sampai 7-8 kali juga la. design pun lawa. macam bongkah emas je. yuyu ambil hitam, sebab tunang yuyu suka guna, syian dia pulak yang metal nampak fashionista gituu. huhu.

sekarang power bank dah jadi benda wajib dalam handbag yuyu dah selain Galaxy S3 mini yang selalu busy dengan notification Instagram ( @yuyuzulaikha ), eyeshadow untuk sentiasa nampak segar, lipstick untuk nampak cantik, dan semestinya kecintaan setiap masa Lotion Mustajab Dunia Herb guna untuk hilangkan stress dan legakan lenguh berjalan :')

boleh la kalau korang teringin ada juga power bank kan. kualiti, yuyu boleh jamin la sangat bagus, sebab ada warranty 1tahun lagi. kalau nak tahu lebih lanjut, try check sini:
website : TheFaizIbrahim.com  Facebook : The Faiz Ibrahim  Blog : TheFaizIbrahim
terima kasih sudi baca :)

May 27, 2013

Selepas Sepuluh Hari.

49 comments
Assalamualaikum

Ya ALLAH. dah lama sangat cari masa untuk belog yuyu. susah nau sekarang. selalu plan nak update paling kurang pun empat hari sekali. tapi, sekali nak update je, mesti kerja bersepah sepah, lepas tu kena pergi banyak celah bedah punya tempat

selama praktikal ni, masa tak banyak sangat. siang habiskan dengan kerja. malam pulak sah sah terbongkang umpama kau tak reti nak solat Isyak dulu ke. jadi, kalau ada niat untuk berbelog, mesti sia sia terkubur macam tu saja.

tskk T_T


sekali dapat main. haaa.. 

sekarang ni, yuyu diberi tanggungjawab untuk buat dua seminar. keadaan kepala otak huru hara kau tak yang nak cakap banyak lagi. tapi InsyaALLAH semuanya akan berjalan se-smooth Ferrari di Tol Sg Besi  petang tadi. setakat ni, kemalangan jiwa tak berlaku lagi. cuma tahap sampai ambil MC migrain tahap mengada, dah pernah dah dua kali.

dua kali weh. dua kali. 

tu part internship, dalam celah celah ni, wedding preparation tak ngalah dijalankan. hee. malu kuasa namblas tau bab bab ni. tapi yuyu telah decide untuk berkongsi dengan para kalian hadirin sidang pembaca belog yuyu semua. harap dapat rasa lah sweet nye Yuyu Zulaikha ni. *sila muntah jika perlu*


one of the wedding preparations. tak baik tau mengutuk dalam hati hasil amatur kurang berjaya ni. 


dan, internship tinggal lagi sebulan lagi nak habis. lepas tu, sesi pengfokusan berganda pada wedding, business, dan belog. okay. ni harap harap bukan tanam tebu di pinggir bibir lagi. ni tanam tebu di pinggir hati yang suci lagi murni. mampu?


sebagai pengguna setia Dunia Herb, Lostion Mustajab sibuk mana pun, tetap di sini. lep lep lep


tunggu next entry yuyu lagi tauu.. okay, usaha sampai jaya Yuyu Zulaikha. 

terima kasih sudi baca. :)

May 17, 2013

Ratu Segala Buah dan Khasiat.

48 comments
Assalamualaikum

rata rata manusia kalau tanya spontan sekalipun apakah Raja segala buah, kau mesti jawab Durian. Duri duri beliau sumpah persis Lan Todak, cukup menampakkan ia sebagai Raja. tapi, tahukah anda, Manggis pula dikenali sebagai Ratu Buah-Buahan.

Manggis dinobatkan sebagai "Ratu" atas dasar beliau mempunyai banyak kebaikan dalam kecantikan. kuasa 40 kali ganda anti-oksida (Xanthone) yang tak dapat disangkal lagi. kuasa tersebut adalah jauh jauh jauhhhhh lagi bagus dari Vitamic C dan E.

ni la benefit yang telah menominatedkan beliau dalam award buah buahan. Alhamdulillah. berkat usaha memberi kebaikan secara hamagadnya, beliau menang tanpa bertanding. gituuuu.

dulu zaman muda mudi, atok ada la tanam sekor pokok Manggis, kebaikan beliau tak sempat disedut oleh manusia lain seperti emak, adik, juga atok yang menanam pokok itu sendiri, sebab, Yuyu Zulaikha lah manusia yang selalu nangis kalau orang lain makan buah Manggis tersebut.

tskk. sadisnya zaman kanak kanak yuyu. tamak nauuu. T_T

bila dah besar, menjadi fanatik Manggis, tak pernah pupus. lagi lagi bila study sendiri pasal benefit kandungan buah tu sendiri. sekarang, bila ada product berasaskan ekstrak semulajadi dari Manggis. apa yang expect yuyu akan buat? takkan la tak cuba kan.

SAFI, sekarang ni ada pencuci muka dengan sari susu Manggis. boleh bayang tak macam mana bagusnya pencuci tu. sampai guna beberapa kali sehari pun, tetap kulit jadi lembab. yang penting, Halal :')

sekali nak cuci muka, selalu layan bau Manggis. tekanan emosi pulak masa tu, kang terus makan kangg.


mari buat sedikit eksperimen, baru la tahu bagus ke tak:

Sebelum                                                                              Selepas

beza kan sebelum dan selepas. yang sebelum tu, dahi hidung semua dah boleh buat cermin. over tau minyak dia. yang selepas nampak lebih lembab  dan segar kan? huh!

tapi kalau amalkan mendealah ni setiap dua kali sehari, nampak la kesannya mencerah dan melembab tu. tak make up dah pun, tetap kulit nampak lebih segar. 50ml RM5.90, 100ml RM9.90. memang mampu sangat la nak beli. murah melampau.

gambar dari instagram.com/yuyuzulaikha . tanpa filter. lepas seminggu guna Safi Manggis ni. kira orait le kann. nak riak pun ada juga sekarang. -.-' okay pengsan. pipi selambak tepek satu belog.

kalau jumpa di mana mana farmasi atau supermarket, jangan la segan silu untuk turut beli tau. memang bagus pencuci ni, sebab tu la sampai buat entry baq hang. semoga Safi sari susu Manggis mendapat tempat di hati 1Malaysia. cececeyyyy.

untuk info tambahan pasal pencuci ni, boleh try check Page Safi (  www.facebook.com/#!/SAFI.MY ) atau website Safi sendiri ( www.safi.com.my/  ). Selamat menjadi lebih cantik!

terima kasih sudi baca :) 

Jimat dan RM10.

29 comments
Assalamualaikum

dan, baru baru ni kan Yuyu baru dapat Komichi kan? apa pula langkah seterusnya? haruslah memastikan Komici sentiasa penuh disuap dengan data and infomasi. ha. gituu. 


apa lagi bila ada Komici dual sim card ni. Nokia Asha 310 khonn. ambik kauu. satu untuk bisness, call & sms sampai tak larat nak lebam lebam, satu lagi number buat untuk bersosial. habis untuk instagram, online facebook, whatsapp dan twitter.

Astaqfirullah. nampak macam ibu segala pembaziran di situ.

masa tengah survey ni Yuyu jumpe Hotlink Social Edition yang baru, ape yang best sangat dengan bende baru adalah dapat unlimited Facebook, Twitter ngan whatsapp. Dengar unlimited ni terus la ternganga sebab berbaloi sangat sangat!


benda awesome di sini, kita memang takde la nak download application bebanyak kan, kesian pulak dak Komici jadi slow pulak. jadi, Hotlink Social Edition ni memang sesuai untuk Yuyu sebab dapat je berfacebook dan twitter suke ati yuyu je!

Best kan? Agak dah.

Kalau yang x suka nak commitment untuk bayar bill setiap bulan, ini la yang paling sesuai sebab topup RM10 je da dapat RM7 credit untuk call dan sms, lepas tu dapat lagi free 500MB data yang akan di upgrade kan 1GB 2am sampai la 7pm, boleh la kau nak online sampai lebam. ambik..

tapi kalau korang takde life lepas ni, jangan la marah yuyu ye. hee.

terima kasih sudi baca :)

May 15, 2013

RESEPI Roti Pisang BerMILO

58 comments
Assalamualaikum

Selamat Petang semua. dah lunch? dah breakfast?

banyak benda kena buat pagi tadi. semua dah settle. sekarang kita buat sesi hati ke hati. semua kita ni ada motif hidup masing masing. sebagai Yuyu Zulaikha, seorang blogger, haruslah nak jadi blogger yang amat berjaya. eceh. malu tauu.

korang pun mesti ada goal dalam setiap yang korang buat, kan kan? hari tu yuyu tanya mak, "apa yang mak nak sebagai sorang mak" nada perempuan skema bingkai spek hitam tebal masa tu.

 "tengok anak anak mak berjaya, cukup lahh" sambil beliau sambung hiris bawang merah.

simple, semua nak yang paling terbaik dalam hidup. student nak dapat 4flat. businessman nak business maju dan bertambah maju. mak bapak nak anak sihat dan berjaya. tapi, disebalik kejayaan tu, ada yang sangat penting kita kena tahu. penting untuk completekan segala mala goal kita semua.

betullah kata para emak sekalian, sarapan adalah menu paling penting dalam rutin harian. bukan setakat bagi kita tenaga, tapi sarapan ni berkait rapat dengan kesihatan termasuklah  untuk performance kita setiap hari. sebab tu nak tak nak, sarapan wajib jangan skip sampaikan portion untuk breakfast adalah lebih banyak berbanding lunch atau dinner.

dari breakfastlah membekalkan tenaga sepanjang satu hari.

sekarang pula, MILO buat bulan The Breakfast Movement nak kita semua sedar kepentingan breakfast yang sihat. yang penting, mesti la share dengan dorang apa goal kita setiap hari. untung-untung dapat RM5000 okayy. terjun bangunan, senang sangat nak dapat RM5000 tu. haish.

successful blogger sangat tau. amin. goal korang? apa pula? share jom!

May 9, 2013

Cabaran Mary Kay

26 comments
Assalamualaikum

sebelum ni, product Mary Kay, yuyu selalu je dengar. pernah dapat banyak kali invitation untuk event launch, untuk make over. tapi macam segan silu lagi. lepas tu, baru baru ni dapat pulak invitation untuk join One Woman Can- Beauty Contest in Celebration of 50th Anniversary.

dapat hati nak tak nak je join, segan sangat la benda benda berunsur kontes ni. tak yakin sangat dapat. sobbs. lepas tu, bila tengok hadiah dia kauuu. berpinar pinar bijik mata tak boleh nak tak join. terus serta merta cari Mary Kay beauty consultant. huhu.

Hong Kong wehh. sapa tak nak kan.

ya. cuba bayang kita menang, dan dapat menikmati udara Hong Kong. makan kat Hong Kong. nasib baik, dapat ngorat pakwe Hong Kong. oh tidak!


lepas tu, hadiah lagi, dapat jumpa dan bercakap pasal fesyen dengan Asia's Top Model. hoi. melampau hadiah dia!

sebab tu, nak tak nak, yuyu join juga. besar sangat hadiah cenggitu. kalau tak join, sia sia je tak dapat. kalau join, hee, mana tahu, rezeki dapat. malu tau siap berangan main main tenteng depan Disneyland Hong Kong. kite selalu over tahap tak ngalah.

jadi, step pertama, cari beauty consultant dulu. jenuh nak cari yang lapang masa yuyu lapang. selalunya, lapang waktu yuyu busy. well. budak internship yang tak habis habis lagi kan. jadi bila kebetulan kenal juri masa di UKM festival hari tu antara beauty consultant Mary Kay. heeee ^^ mesti la merebut peluang itu.

step dua untuk set date berlaku dengan omaigod lancarnya. sekarang berbincang, sekarang juga set lusa buat make over. harap product Mary Kay tak mengecewakan pengguna pertama kali seperti saya ini. tskk.

step ketiga adalah hari kejadian tersebut...


product Mary Kay banyak berkaitan dengan alam semulajadi. jadi, sangat sihat untuk kulit. yuyu suka lips scrub Mary Kay. pakai je, terus bibir nampak sihat.

untuk make over kali ni, Kak Fiza (Mary Kay beauty consultant), akan make over yuyu dari basic step mencuci sampai la make up. best sangat masa tu. buat setakat make over, tapi banyak ilmu baru pasal kecantikan yuyu dapat.

contohnya, cuci muka dengan facial cloth lembab lagi bagus dari cuci gosok guna air saja. yuyu try masa make over tu. memang nampak daki (eww) kalau guna facial cloth. cuba bayang kalau kita yang tak guna ni? -.-' 


arah sepatutnya untuk mencuci muka juga di ajar. direction yang betul untuk sesi toner dan sapu pelembab pun penting sangat. masing masing membantu memperlahankan proses penuaan seperti kendur dan kedut. yuyu suggest, korang pun kena jumpa beauty consultant Mary Kay juga. banyak ilmu lagi yang kita kena tahu secara praktikal.

jadi, ini cabaran muka togel yuyu. sebelum make up.

 
muka tak fresh sangat. pucat. dengan eyebagnya. biasalah, kalau student yang amat rajin membaca buku tengah malam. tipu. :'(

dan, ini cabaran make over yang yuyu pertaruhkan. hee. di make over oleh beauty consultant Mary Kay sendiri. tadaaaaa....

         
muka nampak segar. warna make up yang sesuai dengan umur 24tahun yuyu. paling best, nampak sangat sesuaai dengan yuyu, walaupun make up nipis sangat. yang penting, kena tahu kesesuaian kita. selalunya, kalau nak nampak cantik macam ni, mesti tebal. wuu T_T tak suka. sumpah.


barang make up yang yuyu guna masa make over tu. simple je. 

bagi yuyu, lepas make over tu, yuyu rasa, lebih suka dengaan product Mary Kay ni. kita tak payah jenuh tepek tebal tebal untuk cantik. yang penting muka nampak sihat tak lesu. dan, sesi make over dengan Mary Kay juga, banyak bagi yuyu ilmu dalam kecantikan.

setakat cantik, tak cukup. yang penting kulit sihat. :')

harap harap dengan make over ni, yuyu dapat la jadi pemenang contest tu. tak lama lagi dah nak tutup tarikh penyertaan, lebih baik korang pun join juga. cepat!

terima kasih sudi baca :)

May 8, 2013

1st & 2nd Day, Liburan di Jakarta.

66 comments
Assalamualaikum

sibuk tak sibuk, cuti cuti Jakarta Mac lepas, baru hari ni nak buat entry. jangan ingat entry saja, ole ole untuk sanak saudara, rakan taulan, siap dah boleh consider sebagai barang antik dah. susah nauu mencari masa free. sekarang tak payah banyak cakap, kalian layanlah entry mengenai hari pertama dan kedua di Jakarta. 

haruslah di-separate-kan hari, nanti kang data broadband terlebih melampau digunakan, sapa patut dipersalahkan? 

untuk pengetahuan kalian, ini adalah pertama kali yuyu ke Indonesia. jadi, tahap eksaitednya lain macam sikit. perasaan eksaited yang tak dapat dibendung sampai ke sudah. 

Hari pertama: 
seperti yang sedia maklum paklum toklum, trip kami (Yuyu, Fatin, Ida Iena, Abang Annas), disponsor habis habisan oleh KLM, Ministry of Tourism and Creative Economy, dan Department of Tourism and Culture Jakarta Capital City Government. hambekk kau. nama saja dah penuh satu entry. 

penjimatan yang banyak di situ.
sepanjang perjalanan, over sangat siap berangan main main salji di negara orang. hello yuyu. get alive okay. Indonesia bukan negara empat musim. Geography fail sangat. dari atas, bila dah nampak secoet Jakarta, macam tak percaya pula, sampai juga yuyu di negara orang. Alhamdulillah. 

Jakarta-Soekarno Airport. benda pertama yang yuyu ingat sampai sekarang pasal Jakarta adalah "Putu Malam". seorang abang di kaunter airport. apakah sangat kelakar nama beliau. gelak sampai terjojol halkum kang.

kami sampai Jakarta tepat 6pm waktu Indonesia. bersamaan 7pm Malaysia. beza cuma sejam. jadi jangan la nak membajet skype dengan family di tanah air gelabah tanya pasal jam. sejam wehh. tak jejas mana pun longitude kita semua.


kami semua memilih untuk pakai seluar jeans. menyenangkan kot kot huru hara tertinggal flight. sanggup ke lari lari dengan skirt terkibas kibas. ish. malu laa. terima kasih kepada De Sara Collections, sebab jeans  merah beliau, dahku nampak lebih ohsem dari yang lain. gituu perasan nak mampos. 

kalau korang teringin jeans banyak warna, try la jenguk De Sara Collections. sekarang kan trend. haruslah mengikut perubahan fesyem semasa. :')

lepas dah kat airport, kami nampak kad tertulis "MALAYSIAN BLOGGER" dari kementerian Indonesia. tskk. kami la tuu! terasa retis namblaspointtiga saat. moment orang pegang banner tu, tak sempat nak capture, masa tu malu malu lagi nak huru hara kan keadaan. walhallllll.. kau tengok la jap lagi.

sempat dinner bersama orang orang atasan dari Kementerian Kewangan Jakarta di Dapur Babar. terharu sangat malam tu. dari layanan, makanan, persiapan, semuanya sempurna. rindunyaaa Jakarta!

ingat lagi tak pasal Nasi Padang nak menari tu (LINK) ? huhu. sampai gatal gatal allergic. sadis diri dahku ni.

masing masing dapat sim card siap dengan data plan. RP25.000 bersamaan lebih kurang RM7.65, namun, mampu Instagram berpuluh puluh gambar sampai lima hari. okay, pindah Indonesia sekarang -.-'

Millennium Hotel adalah tempat kami berteduh sepanjang di Jakarta. tskk. ayat macam seorang musafir pulak. masing masing tak boleh tidur awal, sebab over excited malam tu. padahal, kami kena bangun awal, esok nak island hoping. pftt. tak paham dengan diri sendiri.


Hari Kedua:
untuk hari kedua, kerja kami cuma terkinja kinja di pulau pulau cantik di Jakarta. Pulau Bidadari, Pulau Onrust, Pulau apa lagi ntah. untuk hari kedua di Jakarta, baju yuyu oleh Nia's Collection. musim Peplum kann, dapat pulak peplum lace, terus pakai sepanjang hari kauuu.

sedia untuk ke Pulau Bidadari. sun block dah tepek tebal tebal dah. mohon jangan la sunburn. solat taubat kang.

Welcome drink. hari panas, namun hati tak panas. gituuu. 

fatin ni pejam mata pun cantik melampau. benci tauu T_T

feeling omputeh di negara orang. alang alang nak honeymoon, boleh la try kat Pulau Bidadari. situ ada chalet, ada pantai cantik, ada restoran sedap, ada tempat bapak banyak menarik. okaylah, set terus Disember nanti.  :')

pulau yang sesuai untuk bulan madu. kann :)

dua minuman wajib minum masa di Indonesia. lep lep!

Pohon Rejeki. semoga rezeki kita semua diberi oleh ALLAH, murah dan semakin murah. aminn. percutian lebih menarik bila bersama BFF tersayang, ida dan iena. i love you!

Benteng Martello. Benteng purbakala di Pulau Bidadari. banyak pre-wedding shooting di sini. masa di sini, semua orang complain dah hangat dah, tapi yuyu je tak, sebab wa pandai pilih material baju wehh. lepas ni kena la cari Nia's Collections!

sampai nak magrib kami laqha di pulau pulau ni, balik terus dinner di Restoran DJakarta. enjoy makan enjoy makan. tu je la kerja kami sepanjang lima hari. at least tu saja masa untuk kami yang selalu sibuk ni berehat. kalau dah sampai KL, Yuyu, Fatin, Abang Annas, Ida Iena, mesti sibuk dengan kerja. cari duit wehh.


Hotel yang semangat sukan lagi kejiranan. Earth Hour 2013 di Jakarta.

sampai je bilik, semua dah tau nak terbongkang je. tapi yuyu dengan fatin macam biasa, tidur lambat. sebab berbincang mengenai hati ke hati. sangat. -.-' lepas tu bangun lambat, lepas tu huru hara breakfast sebab masa breakfast digunakan dengan tidur. apakah?

foreigner. eceh. :')

nanti sambung selebih hari pula ya. tapi dua hari di Jakarta memang best. sebab boleh belajar culture Indonesia. jurang hidup antara kaya dan miskin di Indonesia sangat besar. kalau kaya, kaya sangat, kalau miskin, ya ALLAH, tak sanggup tengok. hmm.

***

File:Hong Kong Night Skyline.jpg
lepas ni teringin sangat nak ke Hong Kong. harap harap, dengan join contest Mary Kay (LINK) ni, dapat la menang percutian ke Hong Kong tu. sapa tak nak wehh benda sponsor. huhu. korang try la join, mana tau sama sama menang, boleh over over menggila  di sana. alaa. contest simple je. upload before and  after photo.  jom join!

bersambung...

terima kasih sudi baca. :)

May 7, 2013

Kiut Komici.

429 comments
Assalamualaikum

sekarang ni, boleh bawak kelabu bijik mata kalau nak cari handphone. lagi lagi smartphone. masing masing macam dah perlukan mendealah ni. Twitter benda wajib nak update setiap langkah kau buat, GPS la ape lagi, semua perlukan smartphone.

tapi, yuyu jenis susah kelabu. sebab kalau phone, selain nak harga murah, mesti lah yang menjimatkan. student baru nak grad kan, lepas tu dah nak kawen. jimat didahulukan, kepuasan diutamakan. gituu

jadi, dalam banyak banyak smartphone, yuyu memilih Komici. oh, Komici adalah nama manja untuk Nokia Asha310 baru yuyu. feeling Korean sikit dapat panggil handphone sendiri nama Korea. wuuu T_T sadis pulak perenggan ni.

Hai Komici, jadi handphone paling berkhidmat bakti ya. janji puas hati tahu. kaler gold menjadi pilihan, nampak swag sikit dari kaler hitam atau pun putih. 

interface yang simple. pasti semua suka kan yang simple tak peningkan kepala hotak. ciri Dual Simcard, sangat memudahkan yuyu yang number Maxis untuk urusan penuh glamorous (muntah cekedis sikit please), number Digi, khas untuk kawan dan famili. tak payah dah nak usung dua tiga phone. bazir tau.

tengok, nampak sangat sesuai untuk yang suka berfesyen. mewah, padahal RM360 je. mesti terkejut kan? agak dah. 

nak online pun rasa pikir namblasribu kali dah. sebab Nokia ni ada kuasa meng-compress-kan website, supaya dapatlah hanya meng-consume-kan sejumlah kecil data. penjimatan maksima di situ, satu website, hanya guna beberapa kb. jadi, ini patut diberi lima bintang. bagus dak Komici ni. 

40 jenis pelbagai game tak boring boleh download percuma. apa lagi yang kita nak demand lagi kan? murah,  style, dual sim, game pulak belungguk sedia untuk download je. The Sims 3, wajib la permainan dikala senggang. sapa suka The Sims, mari sep sep dengan yuyu. gang!

opps. nampak tak, application LINE tu kan? alaa. mesti korang semua dah install kan? hmm. app femes macam ni, sila rasa zaman batu sangat kalau tak ambil tahu application terkini ni.

macam ni la baru smartphone, bukan saja jadi phone yang smart, tapi smart untuk pengguna dia juga. bagi penjimatan yang maksima, kesengangan berganda, dan style yang luar biasa. haa. sampai macam tu la yuyu rasa. RM360 jauh sangat sangat mampu untuk beli semua ni.

***


sebagai satu penghargaan untuk pembaca belog yuyu, mini giveaway untuk dapat hadiah comel softtoy sponsored dari LINE, haruslah jawab soalan simple cenggini: limited edition tau. dalam dunia ni, ada berapa ketul je :)

step satu: jawab soalan
" apakah warna lain NOKIA Asha310 selain warna GOLD? "

step dua : jawab soalan di ruangan komen entry bersama dengan email kalian. kalian sangat tau.

simple kan? good luck!

terima kasih sudi baca :) 
© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.