Assalamualaikum ♥
dah lama tak sharing menyering bab kecantikan ni. dulu pernah la share, tetiba ada plak yang cakap:
"muka hudoh, ada hati nak tulis pasal mende cantik-cantik ni, puihh".
amboi. siap puih. mungkin beliau tak kenal peritnya kena herdik hidup-hidup balik, mungkin. kalaulah beliau kena herdik hidup-hidup oleh Yuyu Zulaikha, barulah beliau kenal erti sopan santun dalam mengatur ayat.
huh. *sambil tepis tepis habuk tepi bahu dengan takabburnya*
minggu lepas, yuyu reward diri yuyu dengan mencuba Hansaegee. ini adalah antara contoh termakan dek review banyak blogger akan product Korea ini. tak berupaya bajet cool lagi, yuyu telah order tiga product tersebut. tskk. kenapa aku cepat sangat termakan kata kata orang? kenapa? kenapa? T_T
Sensitive Sun Cream SPF50+, Sulfur Nose Pack & Pore Serum, Charcoal Mineral Mask. habis duit dalam sekelip mata. janji tau Hansaegee. awak jangan kecewakan hati kite. janji bagi kesan cantik kat kite tauu. :')
15minit selepas product sampai :
tak menyempat. yuyu tau. tapi ni la kali pertama yuyu pakai nose pack. tolong la bagi peluang. tolong la korang. ni bukan masalah jakun, ni masalah selalu perasan hidung cantik. p.a.d.a.h.a.l.

ia mempunyai kuasa sedut yang tiada tandingan. rasa macam nak bertumbuk dengan diri sendiri masa nak bukak mendealah ni.
nahh mempersembahkann!
okay, ni lepas kali ke dua pakai. kalau yuyu tunjuk hasil yang kali pertama pakai, mestilah ada yang heart attack secara tiba tiba. sapa yang nak baca belog yuyu kalau dah semua heart attack nanti? habislah populariti belog Yuyu Zulaikha! -.-'
tapi perkara daebak mengenai nose pack ni, ia didatangkan dengan pore serum, ia menjalankan tugas untuk mengecilkan pores demi melenyapkan blackhead dari pandangan hidung. mari beri tepukan gemuruh untuk Nose pack + Pore serum ini. *clap! clap! clap*
2 jam selepas sampai product:
tak habis dengan ketidaksabaran pakai nose pack, yuyu terus try Charcoal Mineral Mask. haruslah pakai dua atau tiga seminggu. hatta Yuri SNSD yang cantik putih mulus tu pun tak pakai setiap hari, tahu.

saya berwajah hitam, namun hati saya Alhamdulillah, lembut sangat. siap baca 10 Tokoh Idola Muslimah tau. heee, anda semua haruslah contohi saya :')

sehari kemudian:


Hai. saya Princess Yuyu Cute Zulaikha sehari selepas guna nose pack, mask, dan sedang memakai sun cream. ihik. baru pamper-kan muka sekali, terus nak tukar nama kann. mengada tau yuyu ni.
lima point tiga bintang untuk Sun Cream ni, selain bertindak membidas ray yang jahat dari terkena kulit, ia juga bertidak sebagai make-up base. kat situ kita dah jimat banyak dah. bau pun sedap sedap mata memandang, bahu memikul je. dan paling penting, tak melekit.
***
jadi sekarang, sebab yuyu sendiri dah try sendiri, yuyu memang suggest lepas ni, korang pulak try. kita boleh tengok hasilnya dalam sekali pakai. benda baik kan, mestilah kita patut sama sama cuba. try ke website dorang untuk secara tak menyempatnya order : www.hansaegee.com
p/s : ini adalah sponsored post ye. jangan fitnah cakap tiru blogger lain buat product sama. cili kang!
terima kasih sudi baca & selamat menjadi cantik yang sihat :)
p/s : ini adalah sponsored post ye. jangan fitnah cakap tiru blogger lain buat product sama. cili kang!
terima kasih sudi baca & selamat menjadi cantik yang sihat :)