January 30, 2013

Imperfections.

111 comments
Assalamualaikum

hari tu, yuyu jalan jalan di Mid Valley, sementara tunggu jumpa client. omai. macam tipikal drama melayu pulak business business siap jumpa client ni tau. tapi takde kisah berebut harta la. sebab yuyu sampai terlalu awal, yuyu lepak dulu di tepi tepi tangga.

ada seorang perempuan, berbadan berisi sembang pasal Herbalife di Pancake House. siap pakai badge Herbalife. semangatnya dia nak turunkan berat badan. tapi ada perempuan sebelah yuyu dari tadi lagi asyik tengok perempuan berisi ni

"tengok tu, yang gemok tu, siap pakai Herbalife. aku rasa kalau dah gemok macam tu, kena lenyek lori baru kurus kot. bhahah"


imperfections make us unique. hee. ni gambar hari tu tuuuuuu. ^^

yuyu rasa macam nak lenyek pulak perempuan yang mengata tu dengan lori. kalau dia tengok yuyu pulak, entah lagi teruk dia mengata yuyu. dah la genit, serabai babai *pun boleh* pulak tu, bawa dua beg dengan payung sangkut kat lengan lagi. tskk. orang naik KTM. biasa la.

cepat cepat yuyu sembunyi balik tiang besar gedabak kat situ demi menyelamatkan diri dari jadi mangsa kedua. kejam T_T. tak sanggup diri di dimotivatedkan celah celah penat tak habis lagi turun dari KTM.

apa la salah perempuan berisi tu macam tu sampai nak kritik kan dia. tak kenal pulak tu. selamat la dia tak dengar. kalau dengar, memang betul betul demotivated tahap tak boleh blah la. padahal, dia bersembang pun pasal dia nak turun berat badan. kejam.

pegang ni :

It is much more valuable to look for strength in others. You can gain nothing by criticizing their imperfections. Daisaku Ikeda

sibukkan hidup kita untuk dapat sesuatu yang bermanfaat, daripada sukakan hati kita dengan sesuatu yang tak bagi apa apa. semua manusia tak sempurna, termasuk diri kita. kalau kita sibukkan diri kita dengan tanggungjawab kita, kita mesti tak ada masa untuk tengok kekurangan orang lain.

terima kasih sudi baca :)

January 28, 2013

Pembahagian Masa.

80 comments
Assalamualikum

_____________________________________________________________________
kredit untuk RAINA SCARF untuk tudung yuyu sepanjang entry ini.
_____________________________________________________________________


Pembahagian masa adalah satu masalah paling dahsat sekarang. lagi dahsat dari fakta kupukupu merasa makanan bukan dari mulut, tapi dengan kaki. omai omai. kalau mak kita selalu pesan "jangan lupa basuh kaki sebelum tidur", mesti mak kupukupu pesan "jangan lupa basuh kaki sebelum rasa makanan".  *sambil senseng kain batik, sanggul rambut*

sekarang ni huru hara sikit masa yuyu. paling susah bila nak nak divide 24jam sehari dengan macam macam benda penting. rasa macam nak buat solat hajat mintak tuhan bagi lapan hari seminggu. okay, tampar muka sendiri dengan buku nota Sains.

masa yang yuyu nak divide tu perlu di-divide-kan sama rata, adil lagi saksama untuk kesejahteraan yang tertera:

Diri Sendiri :
okay, kite mengaku, kite tak adil mana sangat. sebab selalu bagi masa untuk diri sendiri lagi banyak dari untuk yang lain. kadang kadang, takde langsung masa untuk diri sendiri. macam minggu lepas, seminggu tu memang tak sempat nak laqha. hujung minggu demam dan selsema. badan dah bagi warning. tak larat sangat dahh. 

tapi lepas dah habis semua benda, sekali dah dapat masa untuk diri sendiri, Sushi King sampai bawa ke mimpi, lepas tu tengok movie, lepas tu tidur sampai lupa buat esaimen, lepas tu orang call pun malas jawab. tolong la faham, berikanlah dahku peluangggg.. *emo*

Study :
 
selca masa subject Taxation & Zakat adalah perkara cari mampos dalam kelas subjek paling susah. 

study lagi satu benda paling mustahak sekarang selain dari check twitter Aaron Aziz setiap jam.  yuyu dapat la rasa macam mana azabnya saat saat nak habis study ni. dalam kelas bila dengar lecturer cakap ada esaimen je, hiba tiba tiba. 

buat masa sekarang, yuyu kena bagi masa lebih untuk study dari yang lain. dulu tak pernah pun rasa buat esaimen dalam LRT macam sekarang selalu buat. sekarang ni, siap bawa buku pergi event. bagi yuyu, sesibuk mana pun kita, bila dah nama student, memang kena penting study dari yang lain.

tips yuyu untuk tetap sibuk tapi study tak terjejas, make sure fokus dalam kelas, balik baca sikit, dan cari masa untuk terus buat esaimen. 

Kerja :
masa ni, lepas balik kelas, terus ke Nilai University untuk advertorial Nuffnang, balik tu terus ke klinik. *lap lap peluh yang macam nak tak nak je keluar*

nak tak nak, yuyu kena cari duit sendiri. sebab nak tanggung study dan perut diri sendiri. umur dah 24tahun, rasa malu bergantung mak bapak. tskk. jadi, setiap advertorial, event dan invitation, yuyu kena buat sedisplin yang mungkin. tapi nak tak nak juga, yuyu kena sikit selective untuk terima juga, sebab tak nak terganggu study.

haa. susah tau, nak cari masa untuk semua ni. lagi susah untuk spesis takde transport ni. hadap KTM lagi. kalau terlepas train, tunggu la pulak 30 minit kemudian berserta sikit sabar dan lebih maki. *astaqfirullahhh*

***

tapi realitinya, yuyu happy dengan masa masa sekarang. walaupun busy, tapi best baq hang. best tu hanya untuk orang orang yang aktif lagi produktif je akan rasa. bhaha. kembang part ni. sebab, kalau takde keje, siyes aku keje refresh blog sendiri *tahap psycho paling tinggi*, lepas tu, tetiba dah sampai Mid Valley -.-'

dan akhir sekali sebelum dahku berundur diri, ijinkan memberi sedikit credit untuk RAINA SCARF untuk menaja Tribal Shawl (pic 1), Pattern Shawl (pic 3) dan Two Layers Instant Hijab (pic 2). tunggu lepas ni tau, banyak stock baru lepas ni :)

terima kasih sudi baca :)

January 24, 2013

Sepanjang Langkawi.

82 comments
Assalamualaikum

sementara yuyu nak siap siap blah ke KLCC untuk event NUFFNANG, adalah lebih baik yuyu update sikit entry belog sepam dua daripada terbongkang atas katil macam orang hidup malas mati tak nak. ni la hidup orang final semester yang ambik tiga paper jewww. 

jewww?? -.-'

jadi pendekkan cerita daripada melalut macam mintak kena debik, seminggu ni adalah minggu KUIS punya mid-semester break, dan sebab tu la seminggu juga yuyu tak update belog. buzy dengan family kann. semalam baru la bertolak balik ke Kelompo. padahal sepatutnya Ahad malam baru balik, tapi atas sebab Jumaat, Sabtu, Ahad yuyu ada hal....

terpaksa la buat buat rela korbankan tiga hari bermakna dengan family. tarik luggage pun macam nak tak nak je. kenapa la Langkawi dan Kelompo tak macam kangkang kera je. pagi pagi, Subuh pun tak habis lagi, yuyu dah siap bertolak ke Jetty Langkawi. sayunya hati dahku. tetiba  dengar lagu Dendang Perantau celah lubang telinga. tskk T_T

 
ya, awal awal pagi yang suram dan hati yang muram. suuuriramram suuuurirammm. sempat la dalam ferry yuyu tengok matahari malas-malas nak terbit. cantiknya tengok Langkawi masa ni, terharu tempat sendiri cantik tahap nak kamehamehaa. jeles penduduk Zimbabwe tauu.

pepagi kalau duduk di luar ferry, dapat la feeling Titanic. angin tiup macam nak tercabut serkop kepala. 

tapi kalau petang, boleh la nampak Dolphin meloncat loncat dengan meriahnya di sekitar pulau kecik ni. kalau pulau kecik tu kita boleh nampak Dolphin, belakang pulau kecik tu, kita boleh nampak ikan Paus

hebakk kan Langkawi. sila baca dengan intonasi sumpah riak, please. *popping collar*

tapi kena la naik ferry waktu petang, sebab Dolphin dan Paus tak keluar pagi pagi. bukan sebab taat dengan perintah mak dorang, kena rotan kalau keluar pagi, tapi sebab nelayan dari Thailand suka tangkap dorang waktu pagi secara haram. tskk. badigol. :'(

mempersembahkan pipi terlebih isipadu saya! -.-' 

subhanaALLAH. sepanjang Langkawi ke Kuala Perlis, tenang sangat tengok laut hijau, matahari samar samar dengan kabus, langit biru kemain. kretifnya ALLAH buat. nampak jelas ikan bilis tengah merempit dalam laut.

cantik kan Langkawi. tempat wa. memang arr cantik

muka orang nangis cekup muka dengan handbag dalam ferry. bhahaha. rasa macam nak terajang diri sendiri.

kalau korang nak tengok cantik cantik perjalanan dari ferry, pastikan waktu paling pagi atau petang. tau. tapi kalau nak tengok orang Langkawi cantik cantik pulak, tengok je Yuyu Zulaikha. hikhik ^^

terima kasih sudi baca. :)

Minggu Cantik.

79 comments
Assalamualaikum

minggu ni, minggu cantik yuyu. sepanjang minggu ni, macam-macam yuyu dapat benda cantik. rasa riak lagi takabbur pun ada. bhahah. walaupun penat dengan banyak event, appoinment, meeting, assignment, presentation dan audition bagai, namun minggu ni tetap minggu cantik.

sebab semuanya cantik. yuyu pun cantik. ooo. dah tau dah? terima kasih.

        
nampak tak eyebag yuyu macam kena penumbok dengan bini orang tu? tak nampak kan? sebab eyebag telah di-overshadow-kan oleh Satin Peplum yang cantik tu kan? dan biji mata korang tengok pada casing phone omey yuyu tu kan kan kan kan?

lalala. sebab tu la minggu ni minggu cantik yuyu

yuyu tahu, korang suka kan dengan custom made casing phone yuyu ni? well, malas nak citer. yuyu pun suka juga casing phone yuyu ni. rasa macam nak tayang lama lama depan KLCC pun ada. terima kasih LYNZ Studio sudi decorate Xperia Neo V yuyu yang dah dhaif tu. lep lep!

satu lagi, minggu ni yuyu kena tasmiq surah Naba' dan An-Nazia't. banyak tuuu. sampaikan selalunya tidur mimpi Sushi King, minggu ni yuyu asyik mimpi hafal Quran je. tetiba rasa macam ada nur pulak kat perenggan ni. hee.

tapi sebab rasa nak laju sikit hafal hafal ni, guna Rainbow Quran sangat membantu. sebab bila kaler kaler, kepala otak cepat ingat. fakta okay. -.-' lepas dah baca dari Rainbow Quran, tips yang ustaz yuyu bagi, tulis balik apa yang kita hafal pun dengan pen warna warni. fahamkan maksud, dan ulang sampai lebam.

RM70 senaskah. tak mahal mana pun kalau nak banding reward yang kita dapat bila kita amalkan isi dia. InsyaALLAH.


yuyu ada Satin Peplum cantik, okay, puji mak sendiri sebab pandai menjahit. lepas tu ada custom made casing phone cantik. terharu sangat dengan LYNZ Studio, macam tau tau je citarasa hati, lepas tu dapat pulak RAINBOW QURAN, rasa semangat pulak nak tasmiq walaupun minggu ni minggu sangat penat yuyu.

tengok, sebab tu la minggu ni minggu cantik yuyu. korang pun boleh ada minggu cantik korang sendiri. nak?

terima kasih sudi baca :)

Kecantikan Untuk Semua.

55 comments
Assalamualaikum  & Salam Maulidur Rasul semua 

weekend, selalunya yuyu kena hadap dengan macam-macam invitation event. ini adalah perjalanan hidup yang sihat. menghadiri event disamping memperlbagaikan jenis kawan, serta menambahbaikkan ilmu kecantikan adalah perkara awesome.

eleh. bajet gewd gewd habis. -.-'  dan ini, antara event yang yuyu pergi minggu ni. HiShop Launch Event.  Makes Beauty Accessible to All. gittew

muka togel. sekian. tskk. tampar diri sendiri sebab terlalu malas nak mekap sekarang ni. kata nak cantik -.-' ni sebelum event mula, tengok la muka wa jap lagi. tengok arr.... 

bergambar dengan orang yang sangat bertuah. RedMummy memang quiz, abang Nara menang Lucky Draw. yuyu menang di hati pembaca. eceh. :p 

banyak blogger awesome datang, Jane, Baby Yang, RedMummy, Cik Epal, Elia, Abang Nara, dan banyak lagi. yuyu rasa macam segan silu pulak tetiba. nak je, sampai sampai sana, terus hibernasi bawah meja makanan. tskk. tapi, yuyu teruskan hidup. *pergolakan emosi*

hiburan untuk para hadirin sidang tetamu sekalian. Singer, Lucky Draw, simple quiz, dan cute cupcake! tak sempat nak rasa letih naik train dari Kl Sentral turun Klcc tau. hadiah yang dorang sedia, bukan cikai cikai. paling best, percutian 3hari 2malam di private island, Terengganu. okay, kenapa tak bertuah dahku hari tu? kenapa? kenapa? *pergolakan emosi berlaku sekali lagi* :')

Premium Soho, Binjai 8 okay. atas sekali okay. nampak seluruh Kelompo okay. rasa macam nak jerit terkehel halkum okay.  apa la hebat sangat tempat event ni.


umur aunty Shaun Lee 70tahun. sama umur dengan atok yuyu. baiklah, mari sama sama kita terkejut.  cantiknya. kami ingat 50 la paling sesuai dengan muka aunty Shaun Lee. rasa serba salah pulak tak jaga muka dari muda muda ni.

aunty Shaun Lee adalah owner HiShop. nampak sangat kesungguhan untuk kongsi dengan semua kecantikan beliau. sebab tu la kita semua kena pilih HiShop. buatkan kecantikan itu adalah tidak mustahil untuk setiap individu. alolooo. sweet tauu :')

kiranya, HiShop ni macam hub untuk product kecantikan local dan international la. sangat sesuai untuk kita kita yang sibuk dengan tugas tugas duniawi ni. dengan online, pilihlah product apa yang kita nak. kacang.

kami disajikan bijik mata dengan pertunjukan mekap mekap dari ARTY. Mekap-mekap dia sangat bergaya, mutu, keunggulan. dari sini, yuyu belajar sikit, macam mana nak mekap untuk lebih nampak sexy namun elegant. 

 
make over oleh FCC (Farmasi) dan Mircoz. aww. ni yang suka ni. :')

FCC sangat best. staff FCC pun sangat best. friendly tau. lepas tu, tak kedekut ilmu. tanya sikit pasal warna kulit, terus habis bagitau mekap apa sesuai dengan kulit kita. ni la bagi betis, bagi lagi peha. omputeh kata. 

Gerombolan freegift. histeria enam hari tengok banyak sangat dapat. setiap hari yuyu makin alpha menge-test setiap barang barang dari Stage, FCC, Yadah, ARTY, ShangPree, NaturalLife. apakah baiknya sangat ini?

bersempena pelancaran HiShop 18Januari baru baru ni, kita kita boleh dapat 20% discount untuk setiap product dan free delivery. hamai hamai. kita kena cepat ni. yuyu dah beli tiga barang secara online di sana, sekarang turn korang pulak tau. 

haa..breathe in, breathe out..yoga terus. cuma tengok kelik sini ( www.hishop.my ), koraang boleh shopping se-laqha mungkin dari sekarang! 

terima kasih sudi baca :)

January 7, 2013

Teaser : My Engagement Day.

238 comments
Assalamualaikum

sekarang yuyu dah tukar status. status dari "single" kepada "engaged". ya ALLAH, rasa macam baru semalam saja baru bertunang, semua perasaan takut, syukur, malu, seronok, tak hadam hadam lagi. padahal.....

majlis pertunangan diadakan pada 17 Disember 2012 lepas. fine. dah lama dah kan. tapi tak hebah mana mana pun. yang tahu pun berapa ketol manusia saja. sedara mara, kawan-kawan baik, dan photoG. semuanya serba ringkas, tapi memenuhi kehendak dan keperluan 1Malaysia *okay. sangat tetibe* 



masa ni, kita takkan tahu untuk pilih mana satu perasaan yang kita patut rasa dulu. terharu dulu ke, sebak ke, tak pun rasa gementar nak sarung cincin dulu. 
Alhamdulillah. this is a step nearer to a new beginning. InsyaALLAH.

Yuyu Onejet. ni antara hantaran dari yuyu untuk tunang yuyu.

heee. dah la, teaser je pun kan, kan? malu pulak yuyu nak berbelog pasal ni. rasa segan macam kena kenyit mata dengan mamat hensem membajet romeo seboleh mungkin pulak. *kedip mata berkali-kali sambil pintal rambut*

InsyaALLAH. akan bersambung dengan entry lebih panjang...

hmm. kot

Terima kasih sudi baca :)

Solusi Shopping.

60 comments
Assalamulaikum

baiklah. sekarang kita buka topik serius sikit. demi kesejahteraan hati kita semua. ya. yuyu paham kalau bab tahun baru ni. masing masing bersenang senang hujung tahun, bersusah susah awal tahun kemudian. nahh. hambek pepatah ni. 

tahun lepas lepas (2011), bijik mata yuyu kelabu tengok sana-sini dengan permainan perniagaan masing-masing. brand ni ada discount, brand ni pulak mark down, siap buat further mark down! amboi, kemain. lepas tu tang discount, ada 50%, hoi huru hara yuyu try selamatkan poket.

tapi tuntas...tskk. T_T

aku benci diri aku yang selalu tertipu dengan auta alam fana ini.

masa Krismas 2011, terrrrrrr beli juga lipstick baru, dan baju baru dan handbag baru dan hampir beli jam baru. konon-konon further mark down punya pasal. haha. lawak la aku ni. ambik finance, tapi bodo bab finance. well. well. tak semestinya doctor tak pernah sakit. *okay, lame reason untuk cover lame action dahku*

jadi, kesinambungan kisah sungguh lame tu, yuyu buat pengajaran, lepas ni yuyu akan lebih memilih kepada online shopping, tidak lagi kepada mall. kot. cara ni sangat membantu dari segi mengelakkan proses rambang mata dan kecelaruan kepala otak merembes keputusan maklumat yang tepat. wadefuuuuu.

contohnya, kalau kita online shopping, hmmm..kononnya la di Fashion Valet, macam macam kita boleh shopping. di FV memang kita dah boleh save melampau. satu, free shipping seluruh Malaysia, okay, dah jimat dah.

saya punya, khas dari Fashion Valet :)

dua, ada sistem reward, sekali register dengan FV, otometik dapat reward 10points. semakin banyak kita habis duit di FV, semakin banyak kita dapat reward. jadi, ada rasa apa apa pembaziran tak di sini? tskk. rasa lagi dihargai ada la kann. T_T

jadi bila dah shopping secara online, terutama di Fashion Valet (highly suggested), kita dah memang save banyak, tambahan, kita takkan dapat mana mana kontroversi delivery lambat la ape jadah la sebab bagi FV, COSTUMER IS KING.

*tetiba terbayang, tengah pilih wedges di FV sambil pakai crown ada diamond besar gedabak, king kann*

traditional sopan macam yuyu ada.

modern lagi trendy macam yuyu pun ada. sila muntah segera.


tapi di sini, yang lagi best, perhatian kepada pembaca belog saya yang tercinta :)

kehadapan pembaca kupukupukecik.blogspot.com,
dengan ini, anda akan mendapat discount 10% storewide Fashion Valet, dengan hanya menaip masuk code FVYUYUBLOG .opss. jangan lupa register dulu tau tau, kalau tak, tak dapat la 10% tu. ihiks.
yang ikhlas, Yuyu Zulaikha

sangat gedik saya.

p/s :  FV is an online shopping store with over 150 different brands of local origin and within the South East Asian region such as Thailand and Indonesia. you got me, ha??

terima kasih sudi baca :)
© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.