December 28, 2012

Cover Girl Dara.com Januari 2013 | Yuyu Zulaikha

142 comments
Assalamualaikum

komersial sangat tau tajuk entry yuyu kali ni.

kite nak bagitau ni, Dara.com edisi Januari 2013 kan, kite jadi Cover Girl. hikhik. kite malu la nak bagitau semua orang, sebab kite memang pemalu, tapi kite nak bagitau juga. tak kire. hikhik sekali lagi siap tutup mulut.

sejak dua menjak tiga menjak awal tahun 2012 ni, banyak pulak benda-benda glamer femes emes febeles  (over sangat) yang yuyu dapat. yuyu pun tak semena-mena rasa sangat tak boleh blah untuk bajet femes juga. tapi, membajet je la mampu. padahal banyak benda yang kena fokus. study la, praktikal la, kawen lagi (tunggu hint lepas ni. heee)

Alhamdulillah. ada juga yang cakap "untunglahh, dah ada blog banyak followers" "boleh la, dah memang banyak orang kenal, masuk TV lagi" 

tapi, perjalanan untuk dapat semua tu, tak semudah yang kita selalu nampak. sungguhpun dahku sendiri tak kejar semua kepopularitian itu. namun, kalau ada offer apa-apa yuyu beriya terima, tu pun tengok juga kelas dan hal hal bukan laqha yang lain. kalau ada, terpaksa tolak bebaik. well, berbudi pekerti amalan mulia. -.-'


malu pulak tengok muka sendiri bergelimpangan di kedai kedai majalah. 


termasuklah offer untuk jadi Cover Girl Dara.com. rata rata manusia kat mukabumi ni mesti tau Dara.com. yuyu mula berjinak tengok majalah ni start masa yuyu pakai tudung. tapi menyimpan hasrat untuk jadi Cover Girl yuyu kuburkan serta merta. sedar diri. dengan tak cukup banyak inci ni, mana la layak kann. jadi yuyu cuma tak miss je la baca setiap edisi (kipas kipas)

sampai la satu hari dapat satu email dari kak Ina, untuk ambil yuyu jadi cover girl. time tu rasa macam kak Ina ni menipu besar je. malas la tanam cita-cita menggunung tinggi dan mengeksaited bukan bukan.

tapi bila tengok kak Ina siap call, siap bersungguh sungguh nak juga yuyu jadi covergirl, yuyu sikit-sikit mula tanam rasa syok membawa nak mati. dalam celah tu pulak, tarikh photoshoot bersilih ganti, tiket pun kena rescheduled tauu. sanggup dahku. dugaan macam macam. jerawat lagi ngade terjojol sana sini.

sampai saja Karangkraf, mekap mekap, baru la di situ rasa sangat-sangat gembira tahap gaban. gaban pun tak pernah rasa gembira macam yuyu. nak happy awal awal macam segan, sebab dulu pernah dapat offer jadi covergirl satu majalah ni, bila dah syok sendiri, tetiba takde respond. tskk. sedih tauu. macam nak serik.

tak nak la yuyu cerita banyak pasal Dara.com ni kan, korang sendiri la pulak kena gigih dapatkan Edisi Januari 2013 di pasaran. hikhik.

kalau nak banding yuyu dengan korang yang lain, korang lagi layak tau. dah la yuyu ni ketot je, nak join benda benda meraih kepada populariti ni macam susah la banyak. tapi tu semua mitos semata mata. Allah jadikan kekurangan kita beserta dengan kelebihan. kalau kita nampak kelemahan dan kelonglaian kita je, maka, result yang kita dapat adalah apa yang kita rasa dan fikirkan.

yang lain, lepas usaha, doa dan tawakkal, kita kena percaya pada rezeki. ada orang mengidam sangat dapat masuk TV la, magazine la, tapi tak dapat, bukan maksud takde rezeki, ada tapi rezeki bukan arah macam tu, mungkin kerja ke, anak bini ke, kengkawan ke

hambekkk. aku dah membajet fadhilah kamsah seboleh mungkinnnn.

kena la sentiasa rasa bersyukur. ada hikmah kenapa ALLAH bagi dan kenapa tidak. macam yuyu sendiri, teringin sangat dapat kawen dengan Aaron Aziz, tapi tak dapat, hmm, yuyu redha, ada hikmah kenapa Aaron Aziz tak memilih yuyu. tskk.

nah tatapan umum di sebalik tabir. heee.

          
          
penat tau. start dari 9pagi sampai 3petang yuyu kena posing posing. sampai rasa macam nak pitam. tskk.

ni dah tambah lagi satu pengalaman yuyu. Alhamdulillah, sejak dapat offer dengan TV, magazine, newpaper, talk di sekolah, IPTA & IPTS, duta product, banyak benda yang mematangkan yuyu sekarang. InsyaALLAH, 2013 pun ada beberapa offer lagi. tapi kena betul pilih, sebab ittew nak grad dah! yaiy!

kalau nak tengok video di sebalik tabir shooting semua ni dari Dara.com sendiri, KELIK la sini, boleh terus tengok video kite tengok posing tauu. heee. ( VIDEO )

terima kasih yang sangat istimewa siap ada ♥♥ dari yuyu kepada ButikPinkKu sebab sudi menaja shawl yang super sweet dan Dalz Button untuk menaja dress yuyu yang kawaii! korang nak dapat dress dan shawl cute cenggitu, kena la order kat dorang. 

p/s : jangan lupa beli tauuu!
p/s lagi : ni sekadar berkongsi pengalaman dan memberi inspirasi. 

terima kasih sudi baca :)

December 27, 2012

Wedding Kakak ♥

101 comments
Assalamualaikum

---------------------------------------------------------------------------------
kredit kepada We Luv Peplum untuk busana yuyu sepanjang entry ini.
---------------------------------------------------------------------------------

bulan ni, bulan paling jimat beras. kenduri kawen sana sini sinun sunan sanun. agak lapar, boleh yuyu ngadap mana-mana kenduri kawen. yuyu suka la bab-bab menyahut seruan untuk berjimat dengan cara macam ni. selain boleh berjimat, boleh juga mengurangkan insflasi negara.

ini statement budak finance yang tak grad lagi tau. -.-'

Sabtu lepas (boooo.. dah lapuk dah yuyu.. booooo), yuyu ngadap kenduri kawen kakak yuyu. okay. tipu. yuyu takde kakak. tapi senior yang yuyu dah nyusahkan dia selama lima sem berturut turut. jadi, kira kakak lah kan kan kan? 


antara hadirin hadirat sidang majlis yang hadir masa tu, yuyu lah paling muda. dah muda, sopan santun berbudi pekerti pulak tu. yang lain semua senior yuyu. sebab, dari semester satu, yuyu lebih rapat dengan senior. jadi bila sem lepas dorang dah grad, _________________________ (sila isi tempat kosong). tskk T_T

masa kenduri tu, bila dah boleh ngadap balik muka senior, tetiba rasa macam nak ajak dorang buka buku subject Real Estate, sesama ulangkaji kat rumah kenduri macam kami ulangkaji kat kelas dulu. yuyu rasa happy tahap kamehame haaaa ♥ ♥ 

         
       OfficialPhotographer : Zulhilmdin.                                                  bakal pengantin

di sana, sedang pengantin sibuk dengan kenduri dia, kami kami ni sidang hadirin hadirat pengerusi majlis ni sibuk bincang pasal kenduri kami. Kak Amoi dengan Abang Ali nak kawen masa raya cina, Kak Huda dengan Abang Shrek nak kawen awal bulan dua, yuyu pulak nak kawen bulannnnnnn..

heeee. supriseeee! sila buat buat terkejut tau. yuyu pun tak nyabar dahh. asyik orang lain je kawen. lalala.


hantaran i-Mac tuuu! O.O terjojol bijik mata masa tu! ada photobooth lagi. Omai! Omai! tu yang eksaited lebih. masa tulis ucapan, yuyu tulis dalam bahasa Arab. rasa macam ustazah pulak masa tu. dah la tandatangan yuyu pun jawi. baiklah. yuyu seorang ustazah pilihan. *muntah warna warni cepat*

dannnnnn......

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

inilah pengantin! Kak Dayah dan Abang Latip! untung kak Dayah, dapat suami Imam Masjid. sejuk limpa ginjal usus trakea salur darah semua. dorang bercinta dari dedua tak mumayyiz lagi, sampai la sekarang dah kawen. awww~ sweet sangat! masing masing tengok masing masing membesar dan matang.

_________________________________________________________________________________
kepada Kak Dayah Abang Latip,
semoga dimurahkan direzeki, bahagia hingga akhir hayat cepat dapat anak yang soleh & solehah, dan hubungan diberkati ALLAH dunia dan akhirat. Aminnn
.
_________________________________________________________________________________



         
dan OOTD yuyu pada hari kejadian adalah peplum dari We Luv Peplum . sesuai dengan ketaksuban fesyen zaman sekarang. sana sini orang pakai peplum. dahku juga taknak la ketinggalan ketaksuban duniawi yang fana ini. hikhik ^^

sekarang dah siap bercorak, dah ada banyak design dan dah ada warna warni warnu. okay! buat buat pengsan sambil mata pejam, tangan kanan order peplum baru.

terima kasih sudi baca :)

December 22, 2012

Saya Suka Selca ♥

80 comments
Assalamualaikum

setiap ketul manusia akan ada perubahan dalam diri memasing. termasuklah saya yang sopan ini, Yuyu Zulaikha. kalau bandingkan hidup dan perangai yuyu, yuyu sekarang bagus budaknya. hikhik. saja promote diri sendiri, mana tahu mak-mak laki hensem terbaca entry yuyu ni :)

tapi satu benda yang yuyu rasa takda anjakan paradigma. yuyu suka selca. hari-hari yuyu selca. dalam kereta, dalam kelas, sebelum tidur, tengah makan cekedis, tunggu Pak Cik Karim tambat kambingnya, sampailah blaa. blaa. blaa.

oh lupa, selca bukanlah nama sentipik untuk kuih talam, bukan juga nama glamor kendondong, selca adalah Self Capture. "Camwhore" rasa macam tak sopan pulak. kita kenalah sopan dan berwawasan 2020!

baiklah, sambung balik cerita yuyu. emak cakap, kecik kecik dulu, yuyu pantang nampak kamera. kalau nampak, terus yuyu posing Kim Kardasian. patutlah besar besar ni, muka yuyu macam Kim Kardasian. oh. tak ek? fine.

tapi yuyu rasa, bukan yuyu saja suka selca. majoriti spesis perempuan. kan kan kan? 

sebab hari tu masa beli Takoyaki 3ketol lima ringgit, amboi mahal kemain, dulu beli 3ketol tiga hengget je tau, lepas tu yuyu tengok sorang perempuan tu selca masa tengah tunggu takoyaki settle tapau. rentetan kejadian itu, yuyu pun TER-selca juga. hmm. nak buat macam mana.

dan dibawah ini adalah secoet daripada gerombolan gambar yuyu untuk beberapa jam. tengok, beberapa jam dah berjaya mengumpulkan beribu lemon gambar. mempersembahkannnnnnnn!

dalam kereta. senyum bajet gigi rapat lagi bermuafakat.

buat buat terkejut. wadefuuuu -.-' 

memanfaatkan masa terluang untuk tunggu Lasagne sampai.

mahupun dalam tandas. jadah -..-'

___________________________________________________________________________
lep lep kat IMAAN Boutique untuk shawl extra labuh, lebar dan lembut.
senang bentuk dan material sangat berkualiti. beli sebab tengok model dorang gayakan
banyak cara untuk nampak labuh. korang pun tengok juga tau :) 
____________________________________________________________________________


Girls being girls

kadang kadang, bukan sedar pun kusyuk selca. sebab dah jadi tebiat dah. jadi bila dah balik rumah barulah "hamagadddd! bila masa ai selca sampai banyak kemain ni? ai tak suka buat benda-benda laqha  macam ni la" blahh. -.-' 

p/s : cepat mengaku, sapa suka selca juga! aipp! tak baik tipu!

terima kasih sudi baca :)

Pilihan Terbaik.

81 comments
Assalamualaikum

minggu lepas minggu paling suka hati. weekdays sepatutnya ada kelas, tapi asyik cancel sebab musabab masing-masing lecturer tak wujud lagi. satu subject lecturer baru bersalin. hari yang lecturer bersalin takde, yuyu manfaatkan makan Durian Crepe di Mid Valley. satu lagi subject lecturer tak dapat dikenal pasti. untuk masa subject tu, yuyu manfaatkan jumpa rakan taulan di kampus dorang.

Rabu untuk kelas lecturer tak dapat dikenal pasti, yuyu telah ke Nilai University untuk pelop pelop cium gossip sikit dengan Shelly. seharian okay. siap hampir terjojol lutut pusing sana sini tengok ketaa'juban Nilai University. 

Ini Shelly. Shelly adalah kawan yuyu. Dagu Shelly adalah men-jelly-kan hati. 

jadi, sebab yuyu telah jejak kaki ke Nilai University, Shelly terangkan satu satu, kenapa kita kita semua perlu pilih Nilai University. hmm. 

Dale Carnegie Training
nak Nilai University! Nilai University ada Dale Carnegie! :D

pernah dengar tak, Dale Carnegie. sapa sapa yang amat bermotivasi kena lah kenal beliau. macam mana pula klau yuyu cakap, Dale Carnagie Training bergabung tenaga dengan Nilai University membentuk satu course di sana. rasa tak macam mana beruntungnya kalau study di Nilai University? Uni lain takde kan kan kan?

kebetulan, masa hari jalan jalan cari pakwe kot kot dapat sorang macam Aaron Aziz, Dale Carnegie ada buat satu talk untuk sejam. faham tak apa perasaan? sejam tapi rasa sangat bersemangat. siap rasa macam keyakinan diri melonjak lonjak dengan mengadanya. well. tahniah Dale Carnagie saya menjadi lebih Yuyu Zulaikha! motip? -.-'

Dale Carnegie is a world-renown training provider and here at Nilai University students are able to take their personal development programmes. This is a FIRST in Malaysia. No other institution has this arrangement with them. A certificate from Dale Carnegie is sure to get you a job.

awak ada perasaan macam perasaan yang saya ada sekarang tak? eh.

Kemudahan 
saya pelajar Nilai University sehari. heee. tapi tak iktiraf pon. saya iktiraf sendiri.

tempat lepak student untuk release tension study ada macam ni. hebakk arr! O.O

nak library macam ni. sambil study, sambil rasa aman damai di hati. sambil rasa macam semangat tak hengat.


boleh bayang tak student Nilai University petang petang main golf kat sini, lepak kat cafe yang siyes terbaik, boring boring terus swim kat pool yang cantik. mewah nya kemudahan di uni sana. jeles T_T


rasanya, kalau masuk Nilai University, sangat berbaloi. yuran tak la mahal mana kalau compare dengan private uni yang lain kan. dengan yuran yang murah, dapat pulak world class education. world class hokey. dan yang palig best, suasana yang jauh dari pancaroba kekusutan dunia. rasa tak bertuahnya di sana?




okay. sekian video kali ke dua dari saya. saya nampak ke-kontra-an di situ -.-'


lagi seronok di Nilai University ada tawarkan Account & Finance + Business courses. ada la kesinambungan dengan course yuyu sekarang kannn. hee. boleh la sambung Master di sana nanti. selain tu, ada tujuh examption dari Chatered England Accountants in England and Wales. hamagaddd. O.O terbeliak bila Shelly bagitau semua ni. antara exemption nya :
  1. Financial Management
  2. Accounting
  3. Assurance
  4. Business and Finance
  5. Law
  6. Management Information
  7. Principle of Taxation
mungkin sebab ni juga Nilai University dapat 5Bintang dari SETARA kan. sejajar dengan IPTA yang ohsem lain. kalau yuyu rasa berbaloi ke Nilai University, akak yuyu (tetiba jadi akak) suggestkan adik adik semua masuk Nilai University nanti. tauuu.

takkan la tak nak masuk sini kannnnn. hebakk kan kan kan ^^

terima kasih sudi baca :)

December 21, 2012

Kereta Idaman Dahku.

57 comments
Assalamualaikum




apa perasaan kalau yuyu parking kereta macam tu depan rumah korang? jeles tak?

macam mana pula kalau yuyu bagitau korang, walaupun pembeli yang pertama kali mampu dapat rebate sehingga RM2,000 ataupun tak  payah langsung bayar charge untuk service selama setahun, free roadtax untuk 2 tahun, juga tak payah bayar langsung pembaharuan lesen memandu untuk lima tahun. (semput terus)

tapi kan korang, ada yang lebih menarik untuk orang orang seperti yuyu ( yeah, first time nak beli... boleh dapat bila beli SAGA FLX 1.3 atau SE 1.6. cepat pasang banyak  kat hati.. senyum cepat! macam ni :D

daripada kita-kita (merujuk kepada first time buyer yang sangat noob macam yuyu, sekian) beli second hand punya kereta, ye la, nak save budget punya pasal, tapi kita tak tahu kan entah apa risiko bahaya dia, entah mana lagi tuan kereta tu dah buat rosak apa, last last kita pula lepas tu kena bayar service mahal mahal. tak rasa sedih ke nasib macam tu? tskk T_T

lebih baik kita beli SAGA FLX !

baiklah. cuba cerita dengan yuyu. dengan kereta yang boleh membuatkan rakan taulan rasa nak sekeh jeles dengan kita, tapi harga start cuma dari RM38,361, korang tak nak ke? fine! lagi lagi. dah tu, luas pulak, selesa yang amat amat, berteknologi sangat canggih, dan sangat driver-friendly, korang tak nak lagi ke? lagi lagi lagi! dengan kita nanti ada ride and handling Lotus-nya, dengan set kulitnya, hamagaddd, korang tak nak lagi ke ni??

haaa... tahu pun rasa sangat tak nyempat nak beli kan kan kan? macam tu juga yuyu macam pertama kali dengar! okay sep! kita boleh jadi geng!

tapi tapi tapi.. hmm. kita cuba sedar diri kejap.

minyak pulak jadi masalah nanti bila dah ada kereta kan. minyak hitam lagi nanti kita kena tukar, rabak poket, lagi dengan air-filter lagi, dengan oil-filter lagi, plug lagi, sobsobb. habislah poket, nak tak nak kena la habiskan duit untuk semua tu, demi keselesaan bila drive nanti.

road tax lagi, yuran lesen lagi. hmm macam mana. tapi semua tu takkan jadi beban sangat bila kita dah dapat rebate up to RM2,000, dan service charge free selama setahun, free roadtax for 2 tahun, and free 5 tahun driving license renewal bila beli SAGA FLX !

hoorayyy! :D

mari kita cuba test-drive! tak kisah la kereta mana kita pilih pun, tapi kalau tak test-drive, macam mana kita nak tahu ke-ohsem-an bakal kereta kita tu nanti ye dak? apa kata hujung minggu ni, kita pakat pakat test-drive SAGA FLX dan mana mana kereta idaman yang lain.

boleh la kita tahu, samaada ruang 413 litres dan CTV (Continuously Variable Transmission) boleh memberi kepuasan maksima kepada kita yang muda muda yang rakus gila nak drive dengan rasa riak takabburnya. heee..boleh ke kereta lain boleh bagi semua tu macam SAGA FLX SE bagi? ada ABS, EBD dan dual airbags untuk driver and co-driver sebagai perkara mesti.

hmm. sebab tu kita semua kena pilih SAGA FLX SE sekarang! ya! sekarang tahu! 

sebab dengan SAGA FLX saja kita, kita akan akan dipenuhi cita cita berkereta kita. kalau kita betul betul nak rasa berbaloi dengan investment akan  kereta pertama kita, memang la  kena pilih SAGA FLX, urus sikit paperwork nanti kita dah boleh jadi pemandu yang sangat di-jelly-kan orang lain. 

yaiy!! memang lepas ni SAGA FLX je la. kelik www.epicsaga.com.my untuk maklumat lanjut.

terima kasih sudi baca :)

December 20, 2012

Sila Jeles Dengan Saya.

138 comments
Assalamualaikum

macam mana kalau yuyu buat korang jeles tahap nak cekik leher sendiri, kendian korang hentak kepala kat dinding selow selow sebab kalau kuat karang sakit pulak? aww. keji la yuyu ni khonn. tapi tak kira, keji pun keji la.

buat bagi korang jeles macam ni. hikhik.

yuyu ada bau kejelesan amat sangat di sini. heee :D


Samsung NX1000 dah ohsem dah. kaler pink pulak tu. okay. ohsem kali namblasriburatusjuta. 

sekarang simpan untuk patplohtigariburatus saat sat kejelesan korang itu. baca sambil ilek bebanyak. hikhik. kali ni, flagship ciptaan Samsung (Smart Camera)  akan memudahkan kita kita semua yang hidup inginkan kesempurnaan namun mudah.  tatabahasa huduh, tak bermaksud tuannya pun huduh. sekian.

apa yang penting? kerjasama! bukan. yuyu sangat sopan santun! betul, tapi untuk entry ni bukan.

yang penting, dengan adanya fungsi Remote ViewFinder, kita boleh download application (iOS atau Android) tersebut di smartphone kita, kendian guna Smart Camera macam yang yuyu punya, NX1000, untuk control gambar dari kamera kita dengan hanya guna smartphone bila melalui wireless.

lepas tu kan kan kann, kita boleh share terus dari Smart Camera seperti yang yuyu ada yang kiut giler siap kaler pink tu (perlu ke mencari publisiti di sini?) ke Smartphone kita (iOS/Android) supaya memudahkan sesi meng-upload ke Facebook, Picasa, Photobucket, Instagram atau Youtube.

inilah perkara daebak abad ini! korang ada? -Oo- terus kembang hedong sebelah je.

sebab Smart Camera NX1000 adalah yang paling mampu beli, maka, sampai fikir sebelum masak, yuyu tanpa segan silu beli. sekarang rasa hidup amat bermakna. lagipun kalau beli sebelum 31Disember2012, boleh dapat lens 50-200mm secara percuma. rugi la benda hebakk lepas tu dapat percuma pula, kita tak beli kan :)


nampak tak WiFi connectity di situ? Smart Link? dan Share Wifi? terus ada banyak banyak kat hati.


pilih, pink untuk yang kiut, putih untuk yang gojes, hitam untuk yang ohsem. yuyu pilih pink, sebab yuyu tahu yuyu kiut. heee ^^


dan ni pula, gambar gambar dari NX1000 sendiri. tanpa filter atau edit hokeh.

Focus

Brightness

Selective Colors.

ohsem, bukan? mesti ingat, dengan Smart Camera Samsung ni, kita boleh control gambar dari SmartPhone kita cuma dengan application Remote ViewFinder. ehh. skemanya ayat yuyu ni. booo yuyu boo.

maka, marilah jadi geng yuyu. kita berjemaah pakai Samsung NX1000 dengan kembang hedongnya. heee. macam ni  -oo- . tapi haruslah tau, kalau nak beli, lebib baik sebelum 31/12/12 tau, kalau tak, lens 50-200mm tu saja pun dah RM999. kalau beli sebelum tarikh tamat, boleh dapat percuma.

percumaaa.. percumaaaa.. percumaaaaa.. *-* (terus ada suara dalam kepala otak memasing)

fuhh. baiklah, dah rasa lega dihati untuk share perkara daebak ini. harap korang eksaited tahap gaban dan terus tak nyempat untuk beli dengan kadar super segera dan jadi geng yuyu.

kalau nak beli atau tengok harga atau tengok specification beliau yang comel itu, silalah jangan segan silu untuk ke sini : http://www.samsung.com/my/consumer/camera-camcorder/smart-cameras/nx-cameras

terima kasih sudi baca :)

December 14, 2012

Sore Eyes & 3 Days MC

77 comments
Assalamualaikum

uhuk uhuk. im having sore eyes. uhuk uhuk. waddehelllll. and and and. doctor said, i get three days MC. omaigadddd.  (Parody)

musim sekarang ni, belungguk pulak spesis manusia yang sakit mata takpun ketumbit, yuyu pun tak ketinggalan untuk join spesis manusia cenggitu. baiklah. manusia manusia sakit mata dan ketumbit, mari kita high five secara besar besaran! 

*pap* ! okay. high five sangat 'pap' tu. -.-'

kali terakhir yuyu ketumbit, masa tingkatan lima. yuyu ingat lagi, masa kejadian yuyu langsung seminggu tak datang sekolah. malu kot. mata bonjol bonjol sebelah kecik sebelah besar, masuk kelas pun siap duduk di koordinasi paling ceruk supaya classmate tak nampak. esok pagi nampak makin besar, fine, nekad tak datang kelas selagi tak ayu seperti sediakala (muntah please). seminggu la citer dia.

lepas tu kan, minggu ni pula yuyu jadi. tapi kali ni siap pakej sakit mata sekali. sadis sangat. 

masuk kelas, sental sental mata lebih, event sini sana banyak yang terpaksa cancel last minute, jumpa client dengan shades besar gedabak. ai sangat diva tau sepanjang menjadi pesakit ketumbit ni. tskk T_T

tapi yang paling risau, ketumbit jadi masa kurang dari seminggu untuk hari yang yuyu tunggu tunggu. (okay, part tunggu tunggu ni tak nak cerita pada public. hikhik ^^ ) nak tak nak, kurang seminggu, mata wajiblah tak ngade bonjol lagi.

makanan orang sakit mata. sekian terima kasih.

Dua hari lepas bangun tidur, sebelah mata ilek je terbuka luas, sebelah lagi mata, celik je dah bergelimpangan dengan darah dan nanah. jenuh cari cotton bud sana sini demi mencuci noda dan kotoran yang tersemat hebakk di mata dahku. ewww. 18SG kan perenggan ni.

lepas dah habis adengan 18SG tersebut, Alhamdulillah, sekarang mata dah sihat 80%. ketumbit dah pecah maksudnya. sekarang cuma selalu tarok eyedrop dan sapu eye ointment demi mendapat kesejahteraan mata. antibiotik tak boleh tinggal supaya cepat sikit suruh ketumbit yang bermaharajalela tadi.

banyak cara tradisional yang hamagadddd O.O

dan sini perkongsian cara tradiosional untuk hilangkan ketumbit yang yuyu dapat dari PAGE yuyu hari tu. antaranya :
  • tenyeh bawang putih di ketumbit
  • rendam tuala bersih dengan air panas dan tekan tekan ketumbit dengan tuala basah yang panas tadi.
  • kemam tuala bersih, dan letakkan pada mata.
  • potong ketumbit, dan picit (fine, ini sangat ganazzz tau korang)
  • sapu dengan air liur kita masa baru bangun tidur. -.-'
  • tunggu je dengan sabar. (okay, ni solution buat yang ada kesabaran di dada)
  • ambil air kencing masa baru bangun tidur, dan sapu pada ketumbit. O.o

tapi yang yuyu amalkan hanya makan antibiotik dan berpantang makan. yuyu cuma makan bubur, buah dan roti, sebab tak nak makin bengkak dan menggatal. sekarang dah pulih. cuma rasa macam nak tikam mata sendiri dengan pisau doposen. gatalnya sampai tahap mintak maki.

minggu klimax ketumbit membesar, yuyu ada kerja di Nilai Universiti. cuba cerita dengan yuyu, macam mana nak ngorat kalau mata barai macam tu. demm. -.-'

orang sakit zaman sekarang sangat diva. siap pakai shades Fendi dan Shawl dari Raina Scarf. shawl ni besar sangat. lagi besar dari Guru Besar tau. cantik kan? terus rasa sihat bila pakai shawl cantik. hikhik.

p/s : tak kisah la kan sakit mata ke, ketumbit tahap terjojol bijik mata ke, muka hudoh kena pakai shades besar ke, asalkan waktu macam ni tengah menikmati hari hari indah bersama famili di kampung halaman nan indah lagi permai lagi aman lagi selalu hujan lagi banyak durian. hikhik.

p/s : 3 hari lagi....

terima kasih sudi baca :)

December 9, 2012

Pengalaman Ahad di Konsert J.Lo

84 comments
Assalamualaikum

apa perasaan kalau abang aku kutuk mak kau? okay. tu emo lebih. takde kaitan. 

apa perasaan bila impian jadi kenyataan? impian beli MiniCooper, kawen dengan Aaron Aziz, cungkil gigi di Korea, dapat semuanya. mesti rasa macam nak meninggal kan? macam tu la dengan ai di sini ni. impian dahku ingin tengok dengan bijik mata sendiri akan Jennifer Lopez telah menjadi kenyataan. 

baiklah. buat buat pengsan supaya nampak over di situ. x_x

orang kata, konsert untuk orang muda mudi. jadi sebab yuyu selalu nampak muda lagi mudi, maka yuyu pergi la. hehe.

Nuffnang dan Xpax, sangat sweet tau. dah tau orang suka, dorang bagi pulak tiket free. tskk. terharu la. nak lari lari sembunyi belakang pintu terus menangis terhinjut-hinjut bahu. T_T


nak tak nak, apa jua hal yang mendatang di 2/12/12 telah yuyu batalkan demi JLo tersayang. sanggup. kalau siap bergaduh pun, ape kesah. demi JLo tersayang. basah kuyup lenguh kaki nak pengsan, ape kesah. demi JLo tersayang. huhu. sweet kan yuyu.


kepala hotak dah memang tahu, kalau JLo haruslah belungguk kemain manusia berpusu-pusu untuk datang. sanggup tau dorang semua tengok konsert tengah hujan. yuyu sebelum tahu lokasi seat yuyu, yuyu dah fikir nak tengok JLo menyanyi untuk satu dua lagu je. lepas tu berambus. kononnya la. sebab ai tak suka tau hujan hujan melimpahi badan ai. ai sensetip sangat. boo yuyu. -.-'

hampir frust la takut takut tak dapat tengok JLo sampai habis. masuk je Stadium Merdeka dengan hati yang dah lebam. hujan di luar, hujan jua di dalam dahku. metafora sangat di situ.

apa motif yuyu senyum se-ayu mungkin kalau muka blurr, nampak siku orang lain je lebih. cis. -.-'

bila masuk stadium, foine, yuyu jerit dalam hati se-over mungkin. covered seat tahu! dikala manusia lain dibasahi hujan yang amat dahsat, dahku ilek di bawah bumbung siap popping collar lagi. demm swag habis. macam nak takabbur pun ada  masa tu.

walaupun seat jauh yang amat, tak dapat nampak muka JLo sendiri, tapi puas hati la, dari jauh, nampak la jugak lobang hedong dia dari screen, yeah, dari screen, dan dapat la nampak seketol JLo besar ayam KFC ligat di stage. manusia lain yang bayar memahal, siap JLo menari depan dorang. jeles betul benda benda macam ni!

masuk masuk JLo, terus nyanyi lagu fevret yuyu seabad ini, Get Right! hoi. masa tu dah rasa nak fengsan sangat. elak terus lari kat JLo cium cium dia sikit. huhu. memang best la. dalam video clip tengok best, masa live di stage lagi la bapak best.

dalam banyak banyak konsert yang yuyu pergi, konsert JLo adalah konsert paling hebakk. seluruh manusia yang hadir bersatu padu untuk sing along siap menari tak ingat anak bini. yuyu tak menari. control cun. heee. okay tipu. menari sikit. sikit je pun. :')

JLo was sporting enough to come out into the rain and perform for us mere mortals
sangat sangat sporting. sanggup JLo menari tengah hujan demi Yuyu Zulaikha peminat beliau di Malaysia. sayang JLo lebih. tak nak nakal nakal tau JLo. :'(

selepas Get Right, terus nyanyi lagi Money Cant Buy Love, Aint Funny...Dance Again... bla.. bla.. sampai la habis. tapi kan, bila dah 10.45pm, yuyu terus berambos keluar lebih awal. sebab demi kesejahteraan beli tiket LRT sejagat. malas hadap jem dan semak dengan segerombolan manusia. 


apa motif tepek muka sendiri di tengah tengah gambar yang cerita pasal kenderaan? motip yuyu? motip?

puas hati. walaupun lenguh kaki, lapar dan rasa nak mengamuk sebab minah kat belakang melalak kemain kuat nasib tak terjojol gegendang telinga aku, kang aku suruh kau yang nyanyi depan kang, tapi seronok sangat bila dapat tengok JLo secara realiti. dua hari tak boleh tidur tau teringat semua ni.

apa pun, terima kasih sangat sekali lagi kepada Nuffnang dan Xpax kerana sangat sweet terhadap dahku untuk pengalaman siyes indah ini. ♥

terima kasih sudi baca :)

December 5, 2012

Kongsi Kemenangan ♥

55 comments
Assalamualaikum

saja nak bagitau semua orang, semalam kan, yuyu kann, pergi Nilai 3 kann, beli kannn..... hikhik. gelak tutup mulut segedik mungkin saja buat korang nyampah frust. bajet. -.-'

baiklah. marilah yuyu nak kongsi kemenangan yuyu pada kali ini. 

entry lepas yuyu ada cakap yang yuyu nak berhenti dari bergiat dalam aktiviti shopping kan? paling rajin pun dua bulan sekali. maka, tahniah buat Yuyu Zulaikha. tengok handbag tersergam bapak la indah pun dah tak bernafsu. heels siap terjojol bijik mata lawanya pun, ilek je tak beli. sila cakap tahniah buat yuyu.

tips mudah yang yuyu buat untuk meminimizekan perbelanjaan dan memaximizekan penjimatan (well, ayat wajiblah menjelaskan student Islamic Finance kan) adalah dengan bagi terus debit dan credit card kepada yang dipercayai. tskk.

sepanjang bank card takde kat yuyu, rasa hidup lebih aman. dah tau dah, duit memang ada, nak shopping susah. jadi setiap minggu cuma ambil RM50 untuk belanja di hostel. kan bagus kalau awal awal berbelog lagi buat macam ni, bila dapat duit Nuffnang je, terus berjimat. ni takkk  T_T

lepas ni kena ingat, shopping haruslah dua bulan sekali, demi memberi sedikit reward kepada diri sendiri yang suka bekerja keras dan kiut. lalala

last haritu beli Telekung dari Gaya Creates, buat diri rasa sangat cantik. asyik bercantik depan kawan-kawan je, kali ni yuyu beli untuk bercantik depan ALLAHsedikit sebanyak dengan telekung yang colorful dan material tahap premium, buat kita rasa sangat eksaited kemain untuk solat. heee :D

lepas solat, terus rasa tak nak buang telekung. ittew rashe tejukkkk cangat dengan telekung GayaCreates ni ! :D

beli sebab terkesima dengan akak ni. nak juga secantik ni dalam solat. hikhik 

telekung di iringi dengan tasbih super lawa dan di-wrap penuh class dari GayaCreates. rasa sangat dihargai sebagai seorang pembeli. terharu tau. :')


nasiblah harga berpatutan tau. susah nak jumpa online shop yang jual telekung cantik dan tak jarang macam ni. asyik plain je. tskk. yang ni tak rasa rugi pun nak shopping. lep lep lep GayaCreates.

sebab bulan lepas dah shopping telekung cantik siyes rasa Diva, bulan ni tak boleh shopping dah. duit kepam ketat ketat celah purse tersemat hebakk rasa penyesalan untuk guna. dah umur 23tahun dah. tak lama lagi ittew nak tawen. hee. kena jimat lebih.

p/s : cuma, ada la juga beli senyap-senyap, lepas tu buat konon-kon tak beli, lepas tu suruh orang cakap tahniah sebab pandai berjimat. boleh? -.-'

p/s : lebih baik beli sekarang telekung GayaCreates! dorang tengah sale tau. mana mana telekung, cuma RM199 je sekarang. haaa. O.o

terima kasih sudi baca :)

December 3, 2012

Le' Kakak

63 comments
Assalamualaikum

menjadi seorang kakak, lepas tu sulung pulak tu dalam keluarga, ditambah lagi sebagai cucu sulung lagi dalam keluarga besar adalah sangat mencabar. lagi lagi yang terasa bertanggungjawab untuk memikul tugas sebagai KAKAK. dan yuyu tak rasa jadi kakak ni, satu benda yang mudah.

dalam family, yuyu ada dua adik. sepasang, Akmal, 17tahun dan Hani,12 tahun. 

dari mula ada adik, yuyu dapat rasa satu kebahgiaan dalam rumah, dan dari situ juga, yuyu cuba memainkan peranan sebagai "kakak" sebaik mungkin. yuyu ingat lagi, masa yuyu darjah lima, yuyu dapat APOLLO Layer Cake dari rumah jiran, walaupun sikit, yuyu tetap bahagikan dengan adik yuyu. bila adik kena buli, mati mati yuyu "haramkan" orang yang buli adik yuyu untuk pijak kawasan rumah kami. nekadnya yuyu masa tu untuk lindungi adik.


bila besar, yuyu perhatikan minat adik yuyu masing masing. supaya senang yuyu tahu apa yang dorang nak. sebagai kakak, walaupun ai nampak sangat sopan santun lagi kiut tapi ai sangat tegas tau. lalalala

lambat balik rumah, yuyu bagi syarahan tajuk bebas. masuk rumah lepas magrib, selalunya terus kunci pintu, nanti ada la yang tidur depan pintu, kalau yuyu mengajar pelajaran ada yang kena pukul tangan, ada juga yang kena tengking. habis keayuan dahku selama ni. bhahahah. macam best pulak puji diri sendiri.

yuyu cuma jadi cuba kakak yang terbaik. contoh yang terbaik. baju baru, barang keperluan sekolah, makanan kegemaran dorang, yuyu cuba bagi seboleh mungkin. dengan harapan, adik adik yuyu rasa seronok ada seorang kakak.

setiap inci adik adik buat, yuyu nak tahu. dan sampai sekarang walaupun masing masing dah besar, yuyu tetap rasa dorang masih adik adik yuyu yang yuyu perlu ambik berat semuanya. 

sampai la sekarang, Akmal baru habis SPM. dia ambik keputusan untuk bunuh diri. heeee. yuyu tipu je. terkejut lettew :') Akmal ambil keputusan untuk terus kerja. orait. tu okay juga memandangkan akademik dia tak berapa okay, Akmal lebih suka pada kemahiran. 

tapi, selain dia decide untuk bekerja, dia juga decide untuk kerja luar dari Langkawi. Ya ALLAH. sampai sekarang yuyu tak dapat lagi bagi kepercayaan yuyu pada Akmal. bila emak bagitau Akmal nak duduk rumah sedara di Penang, yuyu siap bantah habis habisan.

bukan sebab kongkong, tapi yuyu tetap rasa Akmal tetap adik. dia patut di rumah, kerja di Langkawi, teman emak, amik tanggungjawab dia jaga emak sebab dia je lelaki, dan dia tak patut jauh dari family. yuyu takut dia terikut dengan masalah masalah remaja sekarang. 

tapi Sabtu lepas Akmal dah bertolak ke Penang. hari ni emak talipon, emak rindu Akmal. Akmal kuat sakat kami satu keluarga. kalau emak moody macam mana sekalipun, emak mesti okay balik sebab Akmal suka buat lawak. kalau emak sakit, Akmal la nanti yang sanggup tadah muntah emak, yang sanggup dukung emak dari katil ke tandas. atok pula, harap Akmal saja untuk sana sini. Akmal sangat rajin.

jadi sekarang bila dia dah jauh dari family, yuyu tak sanggup terima. tak dapat bayang bila yuyu balik Langkawi, takda gelak-gelak dengan adik adik yuyu, takda lagi makan ais krim sama sama, masak sama sama, kongsi pasal K-Pop, dan bla bla. :'(

yuyu sampai risau Akmal buat bukan bukan. langsung tak dapat lagi bagi kepercayaan yuyu untuk dorang berdikari. untuk rasa life sendiri. dari tadi yuyu talipon adik, cakap sikit, nangis lebih. sampai yuyu berdoa pada Tuhan supaya Dia bukakan hati Akmal untuk kerja di Langkawi.

padahal dia niat nak kerja je pun.

yuyu nak sangat tengok keluarga yuyu dapat yang terbaik. termasuk lah adik adik yuyu. yuyu dah sedaya upaya cuba berikan contoh yang terbaik untuk adik adik. dan sekarang, bila masing masing dah besar, yuyu kena kuatkan diri untuk percayakan adik adik yuyu mampu ada life sendiri yang terbaik dan sentiasa ingat family. tapi susah.

ini baru jadi kakak, belum lagi emak orang. hmm. sekarang yuyu dapat faham, kenapa makbapak kita selalu kongkong kita. bukan sebab tak sayang, tapi sebab ambil berat dan terlebih sayang.

Ya ALLAH. lindungi keluarga kami, dan berikanlah keluarga kami yang terbaik dalam hidup mereka. Amin. 

terima kasih sudi baca. :'(

Ketaksuban Akan Kafein Ini.

43 comments
Assalamualaikum 

tahu tak apa benda gila yuyu buat minggu ni? sila teka dengan jayanya.

boring. korang asyik tak dapat jawab je. -.-'

minggu ni selain ber-JLo-an di tengah hujan (nanti yuyu buat entry tau tau), yuyu juga habiskan Nescafe.  6 tin beli sekali gus, 6 tin terus habis. baru yuyu sedar sekarang yuyu pentaksub Nescafe dari zaman  jahiliah lagi. kat rumah, siap beli satu dozen terus. sebab nak buat sendiri malas. Huhu

apakah spesis ketaksuban dalam handbag yuyu ini? nahh. 6 tin hanya sepanjang satu hari.

sapa pencinta Nescafe sama dengan yuyu, sila angkat kening seseksi mungkin dan terus tak nyempat untuk baca entry ini sampai habis...

antara product Nescafe, Mocha, Latte, dan Original, yuyu lebih pilih Latte, ni bukan kes diskriminasi kaler, Latte putih sikit dari yang ori dan mocha. tak tak. sebab yuyu suka yang bersusu. sebab ia buat tekak rasa macam hoiii. susah nak cerita. peminat Nescafe Latte tau la apa perasaannya.

sebagai peminat tegar Nescafe, lepas yuyu melantak 6 tin sampai goncang perut pun bunyi Nescafe, balik hostel, terus rasa terpanggil untuk LIKE Fanpage dorang. sebagai tanda penghargaan kerana menyediakan minuman kecintaan tekak yuyu. huhu. ayat nak gewd gewd je kan.

tapi terus takde mood. fine. ada kontes hebakk yuyu dah terlepas. tskk. sekarang cuma panggilan untuk mengundi. fine. kita semua dah terlepas untuk join sekaki! terlepas juga untuk hadiah tahap terjojol bijik mata. tskk :'(

saya rasa hampa, namun saya ada perasan satu keterujaan di situ :')

untuk mengaut keterujaan tersebut, dengan kadar segera dan tanpa segan silu dahku register. heee :D

sebabnya.... walaupun kita kita semua ni tak sempat join sekaki kontes Necafe On The Life untuk buat mini video tentang future kita, namun kita selaku antara 10 pengundi mampu meraih incentive sebanyak RM500. hikhik. terus ada mood balik!

sementara kita masih ada masa sebelum sesi vote tutup 9/12/12 ni, marilah kita berpusu pusu sekarang untuk kaut peluang sebagai penerima incentive RM500. sesimple  dengan register lalu masukkan Kod di bawah tin Nescafe yang kita beli sebagai bukti pembelian. lagi mudah dari kacang!

lepas tu Vote la mana mana 20 entries yang telah join di Gallery ni. lepas tu kita menang pengundi terpilih! lepas tu kita gebang la satu kampung! weeeee ^^

tengok, benda simple macam ni pun dah boleh buat kita rasa happy kan. cuba je apa apa benda baru yang boleh memberi peluang dan aspirasi untuk kita, termasuklah application sesimple ni. bagi yuyu, campaign NESCAFE On The Life ni, memang on my life la. lalala. 

terima kasih sudi baca :)
© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.